"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Friday, June 12, 2020

Certot - Sampai Bila

Dahi yang berkerut itu buatkan dia turut sama berkerut melihat. Wajah itu serius menatap skrin telefon. Sesekali jemari itu bersentuhan menaip sesuatu.

Masalah negara apalah yang dia khuatirkan sangat tu sampai berkerut macam tu?

"Kau buat apa tu?" soalnya lalu duduk di hadapan gadis itu.

Skrin telefon diintai. Lah! Dia tengok Shopee! Tapi, berkerut macam tengah selesaikan soalan add math saja.

"Ni haa.. Tengah tengok barang-barang dalam ni. Cantik pulak high heels ni." balas si gadis tanpa sikitpun mengangkat wajah.

"Sejak bila kau layan Shopee?" Setahunya, gadis bernama Lily ni jarang sangat tengok online shopping. Kenapa harini kedua mata itu dipasakkan langsung ke sana?

"Entahlah. Eh, tapikan bila aku ingat balik kali terakhir aku borong kasut masa diploma tau. Sejak masuk degree dah lain pulak minat aku." Bibir muncung. Teringat akan duit-duit yang dilaburkan pada perkara tak berfaedah, contohnya kasut.

Kasut di rumah bukan main banyak. Sampai ayah siap buat rak kasut khas untuknya seorang. Pelbagai jenis kasut yang dia pernah ada. Just name it!

"Habistu sekarang kau minat apa?"

Laila berpura fikir. Lama sebelum dia tersenyum. "Sekarang aku minat kau!" balasnya bersahaja.

"Kau ni..." meleret suara lelaki itu.

Laila hanya senyum nipis. Tahu dah. Tahu yang hati lelaki itu bukan miliknya. Tapi, dia tak mengalah. Bertahun kot dia kejar lelaki ini. Meskipun sering ditolak, dia tetap di sisi.

Tapi, kalau lama-lama mengejar pun, siapa yang tak kenal erti mengalahkan?