Damia
menggaru kepalanya yang dilapik selendang. Badannya semenjak tadi sudah
terbongkok-bongkok mencari heelsnya
yang hilang. Mana pulak heels aku ni?
Bukan aku park kat sini aje ke tadi?
Damia
pandang kawannya. “Hmm.. kau orang pergilah kelas dulu. Nanti aku datang.”
“Kasut
kau?” Tanya Zulaikha.
“Biar
aku cari dulu. Kalau tak jumpa pepandailah aku guna kasut kelopak jantung.” Tersengih
dia. Dalam pada hatinya risau tak sempat masuk kelas, dia masih sempat membuat
lawak.
“Tapi
betul ni kau nak kita orang pergi kelas dulu?”
Mengangguk.
“Tinggalkan
kau kat sini?”
Mengangguk
lagi.
“Seorang
diri?”
“Ya,
Ika.” Damia dah ketap gigi. Ada yang kena cium ni karang!
“Kau
tak nak masuk kelas dulu baru cari heels
kau?”
Menggeleng.
“Kau nak aku kena bahan ke masuk kelas berkaki ayam?”
“Kau
guna ajelah kasut aku.” Cadang June.
Dahi
June, Zulaikha ketuk pakai fail ditangannya. “Mangkuk, kau nak guna kasut apa?”
Hah, kan dah kena mangkuk sekali.
June
garu kepala. Iye tak ye. Kalau aku kasi Mia pakai kasut aku, aku nak pakai
kasut apa? Cetek betullah pemikiran kau, June! Otak tak centre betullah.
“Dah..
dah.. kau orang pergi masuk kelas dulu. Nanti kalau Prof. Nik ada bagi kerja
ke, kau orang dah boleh back up untuk
catit apa yang patut.”
Zulaikha
dan June mengangguk. Tapi dalam masa yang sama, mereka tak berani nak
tinggalkan Damia seorang diri di perpustakaan ni. Bukannya apa.. mereka bertiga
mana pernah berpisah. Berpisah masa nak mandi dengan balik rumah ajelah!
Damia
hanya pandang kepergiaan kawannya. Dan dia terus menyambung misinya tadi. Cari heels kesayangannya. Kenapa kesayangan?
Sebab heels tu Iskandar jadikan
barang hantaran masa mereka nikah dulu. Sebab tu dia sayang sangat. Sanggup dia redah lautan api kalau berkenaan dengan heels tu. Okeh, hiperbola tu.
Sedang
terbongkok-bongkok mencari, melalui hujung matanya dia nampak ada orang
berhenti dibelakangnya. Dan heels nya
yang berwarna biru terang itu berada betul-betul dihadapan matanya. Bibirnya
pantas tersenyum. Dia menegakkan kembali badannya. Nak ucapkan terima kasih
pada seseorang yang berjaya menjumpai heels
kesayangannya.
Tapi
senyumannya langsung mati bila wajah lelaki dihadapannya masuk ke retina matanya. Wajah lelaki itu ceria. Bibirnya tersenyum.
Lelaki
ni.. dah berubah. Wajahnya yang dulu bersih dan bebas dari sebarang cela, kini
dicemari dengan misai halusnya. Bukan tu aje, siap ada bintik-bintik hitam
dihidungnya. Dahi lelaki itu juga berminyak.
Damia
lepas keluhan. Diakah penyebab lelaki ni berubah?
“Awak
nak apa?” Dingin suara Damia. Walapun dalam hati dia rasa bersalah sangat. Mana
perginya Mikhail Iskandar yang handsome? Ohh suamiku..
“Ni..”
Sambil tunjuk ke heels biru terang
ditangan kanannya. “Nak pulangkan balik kat baby.” Ceria aje nada suaranya.
Damia
pandang sekeliling. Nasib baik tak ada orang kat kawasan letak kasut ni. Tak ke
haru nanti kalau orang lain dengar lelaki ni panggil dia baby. Nak-nak kalau crush
lelaki ni. Mahu disulanya aku nanti.
“Kita
kat tempat awam. Rasanya tak perlu kot awak nak guna panggilan macam tu.”
Sambil tangannya mencapai kasut tumit tingginya dari tangan lelaki itu. Kasut
itu dia sarungkan ke kaki.
“Like I care?” Keningnya dijungkitkan.
“Lagipun boboy dah bersedia nak hebohkan status kita pada semua orang.”
Membulat
mata Damia. Apa ni.. lelaki ni dah gila ke? Bukan dia yang beria-ia dulu nak
rahsiakan dari pengetahun orang lain?
“Tak
payah nak buat kerja gilalah, Iskandar!” Damia mengorak langkah. Iskandar
pantas mengikutinya.
Bila
rasakan dirinya diekori, Damia matikan langkahnya. Dia toleh ke belakang.
“Jangan nak tergedik-gedik ikut saya boleh tak?”
“Boleh!
Tapi selepas baby dengar penjelasan
boboy.” Melihatkan Damia tidak mengambil peduli dan mahu membuka langkah,
pantas dia bersuara. “Tak baik ingkar arahan suami!” Dan Iskandar berjaya
apabila Damia tidak jadi membuka langkahnya.
“Lima
minit untuk saya dengar penjelasan awak.” Damia memeluk fail didadanya. Dia
pandang wajah Iskandar. Ahh! Tapi sekejap aje sebab dia tak sanggup. Makin lama
dia pandang wajah tu, makin dia rindu nak peluk lelaki tu. Jadinya, dia pandang
tempat lain sementara telinga masih mendengar penjelasannya.
“Boboy
tahu, boboy pentingkan diri sendiri sampai tak pernah nak dengar sendiri hati
dan perasaan baby yang merintih.
Boboy tahu baby terluka bila nampak
boboy dengan perempuan lain. I know it.”
“Tapi
tu yang awak buat!”
“Maafkan
boboy. Boboy..” Iskandar telan air liur. “Bukan sengaja boboy tak nak beritahu
yang boboy pergi kenduri kahwin abang
Zulaikha dengan Aida. Boboy nak sangat beritahu.”
“Tapi
kenapa awak tak beritahu saya pun?”
“Sebab
boboy tahu.. kalau boboy kasitahu yang boboy pergi sana dengan Aida, mesti baby sakit hati. Sebab kita pergi ke
tempat yang sama.”
“Habistu
awak ingat kalau awak tak beritahu saya, hati saya senanglah? Boleh happy gelak ketawa macam orang gila?
Hah?!”
“Hati
saya lagi bertambah-tambah sakit bila nampak awak berduaan dengan Aida.
Berpegangan tangan. Di depan khalayak umum. Sampaikan telinga saya nanar bila
dengar awak dengan Aida sweet berdua.
Bila dengar yang kau orang sepadan digandingkan bersama.” Sambung Damia lagi.
“I’m sorry, dear..” Tangan Damia cuba
dicapai, tapi Damia pantas menepis.
“Never touch me!” Air mata yang mengalir
dia biarkan. Otaknya seolah-olah tak nak suruh tangannya mengesat air mata itu.
“Sayang.. forgive me?” Rintih Iskandar. Dia tak
minta benda lain, hanya sebuah keampunan dari isterinya. Hanya itu yang dia
mintak.
Hidupnya
macam orang tak tentu arah sejak Damia keluar dari rumah dan tak tahu tinggal
di mana. Dia hilang punca mahu mencari isterinya. Bila dia cuba ekori kenderaan
isterinya sewaktu perempuan itu pulang dari kuliah, seperti sedar dirinya
diekori, pantas Damia laju menghilangkan diri sampaikan Iskandar tak dapat
kesan.
“Is.. Mia.. what wrong with you guys?”
Suara seseorang buatkan perbalahan mereka terhenti. Damia dan Iskandar serentak
menoleh. Aida datang bersama botol air mineral ditangan kirinya. Wajahnya
berkerut. Tidak memahami dengan situasi yang terbentang dihadapan matanya.
“Huh..
pergi mampus dengan perempuan tu.” Damia terus buka langkah.
Iskandar
yang mendengar terkejut. Inilah kali pertama dia dengar isterinya keluarkan
ayat yang sebegitu kesat dihadapannya. Dia pandang Damia yang semakin jauh
tinggalkannya. Dan sesekali pandang Aida yang semakin menghampiri.
Sekali
lagi, hati Damia nanar bila nampak dari jauh Iskandar lebih tumpukan pada Aida
berbanding mengejar dan memujuk dirinya, isteri Iskandar sendiri.
Dia
dah tak cintakan kau, Mia. Baik kau cepat pergi dari sini sebelum banyak lagi
adegan yang kau nampak lepas ni.
Mendengarkan
kata hatinya, Damia pantas pergi dari situ.
Iskandar
meraup wajahnya. Dia tak punya masa nak berbual dengan Aida. Dia harus kejar
isterinya yang lagi berduka.
“Sorry. Need to go.”
Iskandar
berlari pantas mengikuti arah laluan Damia lalu tadi. Sehingga laluan itu
membawanya ke tempat letak kereta. Kereta milik isterinya dia cari dia selautan
kereta yang terpakir disitu. Bila dah jumpa, dia berlari pantas menghala ke
kereta itu.
Cermin
tinted bahagian pemandu dia ketuk
betubi-tubi. Pintu kereta juga dia buka tapi tak berjaya kerana Damia sudah
menguncinya dari dalam.
“Mia.. baby.. please open the door.”
Damia
pakai seatbelt. Dari gear P dia tukar
ke gear R. Brek tangan dia turunkan. Perlahan kereta mengundur ke belakang mahu
keluar dari kotak parkir. Lepastu dia terus pecut laju tinggalkan kawasan
universiti. Tinggalkan juga Iskandar disitu.
“Is..
kenapa dengan Mia? Dia okay ke?” Aida muncul dibelakang Iskandar. Semenjak tadi
dia mengekori langkah Iskandar apabila nampak perubahan lelaki itu apabila
berjumpa dengan Damia tadi.
Dia
perasan juga, Iskandar sudah tidak banyak bersuara. Dia jadi pendiam. Misai
yang menghiasi wajahnya juga semakin kelihatan. Wajahnya sudah tidak seperti
sebelum ni. Dulu wajah itu bersih tanpa sebarang noda. Kenapa Iskandar berubah?
“Mia..
she.. she my wife!” Lepas ungkap ayat
itu, Iskandar terus menuju ke keretanya yang terletak jauh sikit dari tempat
itu. Apa nak jadi, jadilah. Yang pasti, dia harus cari Damia sekarang ni jugak.
Sementara
Aida.. terpempan. Dia terkejut dengan berita yang baru dia terima yang keluar
dari mulut seorang lelaki bernama Iskandar.
Damia
dengan Iskandar dah bernikah?
p/s: salah satu part yang paling aku ta suka.. boring.. boring.. not in mood.