"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Tuesday, December 30, 2014

Suamiku Ramai Crush [Part 12]




Jue tersenyum. Damia, June dan Zulaika juga sama tersenyum. Suka semestinya dengan berita yang Jue baru sampaikan kat kita orang. Tak sangka secepat ini.. hahaa tetiba rasa jealous pulak kat si Jue ni.

“Untung ah nak habis study dah.”

“A’ah kan.. untunglah. Tak macam kita orang ni, ada baki dua tahun lagi kena menapak kat sini.” Setuju Damia. Cemburunya bila tengok kawan-kawan dia orang yang lain yang tengah dalam mood nak habis study. Dah boleh kerja.. dah boleh tentukan jalan hidup memasing. Alahaii.. tetiba rasa menyesal pulak pilih course perubatan ni. Dah kena menghadap muka lecturer tetiap hari! Huh

“Tak kisahlah even kita lain course sekalipun, persahabatan kita tak pernah putus okeh.” Jue pegang tangan kawan dia. Tak nak berpisah kalau boleh. Tapi apakan daya, setiap pertemuan pasti diiringi dengan sebuah perpisahan. Insya Allah, kalau ada jodoh mereka akan berjumpa lagi.

Yeah, you right Jue.” June bersuara. Nak menangis pula rasa pepetang macam ni. Perbualan mereka sekarang ni lebih terarah pada detik perpisahan tu tiba, meskipun perpisahan tu akan muncul kurang lapan bulan dari sekarang. Lama lagi.

Tapi apa yang pasti, masa tu akan sampai jugak.

“Okeh, berbalik pada perbualan kita yang tergendala tadi..” Suara Zulaika memecah kesayuan di hati kawan-kawannya. “Seriously ke weh kau dengan Aliff, nak bernikah dah lepas grad nanti?”

Nampak Jue senyum. Betullah tu. “A’ah. Insya-Allah..doakan kita orang ek.”

Damia senyum. Pasti. Setiap doanya mengiringi setiap perlakuan kawan-kawannya. “Selalu menjadikanmu isi dalam doaku.” Damia gelak dengan ayatnya.

“Cet! Tiru lirik Jodoh Pasti Bertemu pulak kau.”

Mereka gelak lagi. Ahh! Gelaklah selagi mampu. Lepas ni, dah tak boleh nak gelak macam ni lagi dah. Sebab semua ni.. Bila memasing dah ada jalan hidup sendiri.. Benda yang macam ni, hanya jadi kenangan yang mampu disingkap oleh hati ajelah nanti.

“Hah, kau Mia. Aku, Jue dengan Ika dah jumpa dah Mr. Right kita orang. Kau bila lagi? Takkan nak membujang sampai ke tua kot.” Ayat tu.. Pertanyaan tu..

Damia keluh sesaat. Aku dah lama dah jumpa Mr. Right aku. Dah kahwin pun. Tinggal tunggu anak aje sekarang ni. Hmm..

“Aku..” Damia mati idea. Aku apa? “mana ada orang nak kat aku lah.” Heh, ayat dia. Tak ada orang nak kat kau ye, Puan Damia? Encik Mikhail Iskandar tu apa erk? Tugu negara? Pak guard? Driver?

Dengar Jue, Zulaikha dan June gelak. Minah tiga ekor ni, gelakkan aku memang nombor satu. Tapi bila kena batang hidung sendiri, dan-dan tulah semuanya senyap.

“Kau buta agaknya, Mia.” What? She say me, what? Damia angin. Aku yang cantik ni dikatanya buta? Ini yang buat aku rasa nak cekik orang ni.

“Kau kenal Adam?”

Damia kerut dahi. Adam mana pulak ni? Adam AF tu, aku kenal ah.

“Adam budak law. Yang selalu lepak dengan Is budak hot tu.” Beritahu Zulaikha sebab tengok pada kerutan Damia dah tau yang dia tak kenal siapa.

“Ohh.. Said Adam?”

“Ha yang tu ah.” Bertuah betul kawan aku sorang ni. Panggil Adam, tak kenal. Sampai berkerut-kerut dahi tu nak ingat yang mana satu Adam. Bila sebut, Said Adam kenallah pulak. Aiyaa.. memang Damia ni tau nama penuh orang aje ke? Nickname dia tak tahu?

“Apsal ngan dia?” Tanya Damia balik. Biskut Lexus dia gigit.

“Dari cara mata dia pandang kau, aku dah boleh agak yang dia minat kat kau. Kau takkan tak minat kat dia kot?”

“A’ah, Mia. Apa salahnya kalau kau dengan Adam tu berkasih sayang. Atleast, aku bangga jugak ada kawan aku yang tengah loving dengan budak hot tu. Iyelah, si Is tu pun dah ada yang punya kan.” Sambung June.

Minah dua orang ni, mengenakan orang memang pandai. Nasib baiklah Jue tak macam ni. Tetibe pulak nak sayang Jue lebih!

Damia kerut dahi. Is dah ada yang punya? “Siapa?” Seriously dia nak tahu. Dia memang pantang sekarang ni kalau terdengar nama Iskandar.. Automatik nak tahu sebab dan musabab.

“Aku pun tak tahu siapa. Tapi hari tu, aku ada terdengar yang dah heboh, Is buat announce yang dia dah ada cinta hati. Bila tanya siapa, dia just diam and senyum aje. Tuu yang buat perempuan-perempuan kat sini frustrated! Termasuk aku.”

Damia gelak. Tak sangka pula yang si Zulaikha ni minat kat Is jugak. Hmm.. kena beritahu Is cepat ni. Kang aku jugak yang makan hati, limpa, paru-paru...

“A’ah, aku pun ada dengar jugak pasal tu. Dengarnya dengan budak universiti ni jugak.”

Makin berkerut dahi Damia. Is buat announce? Kenapa dia tak tahu? Kenapa Is tak ada bagi tahu dia apa-apa?

“Bila ek dia buat announce?”

“Adalah dalam dua minggu lepas. Apsal nak tau?”

Just.. wonder.”

Hati Damia senyum. Senyum sebab apa, dia sendiri pun tak tahu. Lepas dengar apa yang kawan-kawannya beritahu pasal Is, hati dia terus senyum. Nampaknya, Is dah terbuka hati nak announce kat semua orang yang mereka dah kahwin ke? Hmm, perhaps.


DAMIA pandang ketiga-tiga kawannya. Hmm, semenjak dia lancar perang dengan Aida, tinggal tiga ajelah kawan yang dia ada sekarang. Nasib baik masa dia beritahu yang mereka dah tak geng dengan Aida, kawan-kawan dia tak banyak tanya kenapa. Kalau tak, jenuhlah dia nak menjawab.

Senyuman dibibir Jue, June dan Zulaikha disapa pandangannya bagai angin lalu. Huh. Apalah nasib aku sekarang ni? Dan.. Kenapalah pihak universiti ni menggedik nak buat macam ni? Itu boleh lagi, ni.. Kenapa antara mereka berempat, dia yang terpilih? Memang tak ada orang lain ke?

Damia raup muka. Nak aje dia menjerit bagi tahu satu dunia.. err.. satu universiti ni dah ler kot, yang dia protes sangat-sangat pasal benda ni.

“Alah, relaks lah Mia. Bukan senang tau nak dapat peluang macam ni.” Suara Zulaikha keluar.

“A’ah lah, Mia. Ish! Kenapalah bukan aku yang dapat? Dah boleh aku tunjukkan bakat terpendam aku.”

Bercahaya mata Damia. Apa dia Jue cakap? “Hah, ni ambillah. Aku bagi free.” Ceria aje nada Damia lepas dengar yang Jue nak benda yang dia dapat sekarang ni.

“Aku cakap hang bodoh, belajaq dah nak habis dah. Hang tak nampak ka dah terpampang besaq-besaq nama hang?” Tu dia.. Keluaq dah loghat utara si June ni. Damia, Jue dengan Zulaikha tahan gelak. Bila June dah keluarkan loghat negeri dia, memang gelak ajelah mereka.

“Dah lah Mia.. we drop this topic keh. Sekarang, kita fokus belajar.” Tegur Jue bila nampak kelibat orang yang jaga kaunter perpustakaan dah pandang ke meja mereka. Lupa pulak yang dia orang sekarang ni ada kat perpustakaan. Aish!

Damia cari sesuatu di atas meja. Mana pulak buku tu? Tadi bukan aku letak kat sini aje ke? Ke aku memang tak ambik lagi?

“Cari apa weh?”

“Buku.. jap ah aku pi ambik.” Damia bangkit. Macam mana boleh tak check dulu yang buku rujukan tu memang kena ada sebelum nak siapkan assigment?

Dari satu rak ke satu rak yang lain. Mana pulak buku tu? Bila aku nak lah dia asal boleh nak menyorok, bila aku tak nak, bersepah-sepah keliling aku. Damia senyum bila jumpa apa yang dicari. Huh, betullah apa orang cakap. Usaha memang tangga kejayaan!

Buku ditangan dia belek. Nak pastikan buku rujukan yang dia cari ni, memang kena dengan pembelajarannya kali ni. Tengah jalankan sesi membelek buku, ada seseorang cuit bahu dia dari belakang. Damia menoleh.

Terkejut dia bila pusing aje, dah terpampang wajah seseorang bebetul dihadapannya. Buatkan Damia menyandar tegak di rak buku. Terhenti jap nafas dia sebab terkejut.

Senyuman seseorang di hadapannya buatkan dia rasa nak.. nak apa ek? Luku lebih tepat?

Damia pandang sekeliling. Kotlah ada orang.. “Boboy.. buat apa kat.. mmmm.”

Iskandar sengih dalam hati. Berjaya jugak buat isteri dia ni diam waima sekejap. Asal boleh nak banyak tanya kalau bertentang mata.

Iskandar lepaskan tautan bibirnya perlahan-lahan. Wajah Damia dia tenung. Suka dia bila tengok muka malu bini dia ni. Usik sikit, blushing.. kiss sikit blushing. Entah apalah yang Iskandar buat agaknya yang buatkan Damia tercinta dia ni tak blushing?

Tapi peduli apa.. blushing Damia tulah yang buatkan hati dia terpaut. Nampak comel aje. Macam nak kiss aje laju-laju! Iskandar tayang senyum manis dia.

Damia geleng. Lepastu dia tumbuk dada Iskandar perlahan. Tak mampu ah nak tumbuk kuat-kuat. Kes sayang sangat lah ni.

“Asal boleh aje kan? Tak pandang kiri kanan pulak tu.” Muncung Damia dah timbul. Iskandar gelak. Muncung tu, dia cium lagi. Makin bulat mata Damia. Dia tolak Iskandar ke belakang, supaya dia boleh berdiri dengan stabil.

Rambut pacak Iskandar dia hancurkan dengan tangan.

Baby!” Tinggi sikitlah suara Iskandar. Tapi masih boleh dia kawal supaya tak dengar dek orang yang jaga kaunter hujung sana.

Damia mampu gelak aje. “Buat apa kat sini?” Manalah tau Iskandar datang sini memang berhajat nak buat benda yang dia buat kat aku tadi. Iskandar.. mana pernah tak boleh kalau tak kacau dia.

Nak tidur, dia kacau. Damia nak memasak, Iskandar jadi tukang kacau. Damia nak mandi pun dia kacau jugak. Dengan cara, main tutup buka lampu bilik air!

“Saje.. kacau baby.” Hah, kan gue sudah bilang.

“Orang datang sini, nak belajar tau.” Damia angkat tangan, nak tolong Iskandar yang tengah nak bina balik rambut dia. Tapi Iskandar tampar tangan Damia, tak payah menyibuk. Takut Damia makin hancurkan rambut landak dia ni. Dah lah berjam-jam dia renovate rambut ni pagi tadi.

“Boboy tengah belajar lah ni.” Iskandar senyum puas lepas dia berjaya pulihkan balik rambut dia. Dia dekatkan balik wajahnya dengan wajah Damia. Senyuman sentiasa menghiasi bibirnya bila berdepan dengan Damia.

Sudah! Apa lagi pulak ni. Damia hembus nafas. Bersedia dengan semua tindak-tanduk lelaki didepannya ni.

“Is!”

Tegak badan masing-masing. Sama-sama berpandangan. Air liur ditelan. Bila toleh, ada bayang Adam kat situ. Adam jungkit kening. Tak faham dengan apa yang dia nampak sekarang ni.

“Kat sini kau? Puas aku cari weh.”

Iskandar senyum kelat. Hopelah si Said Adam ni tak nampak apa yang dia dengan Damia dah buat tadi. Harap-haraplah..

“Apehal, bro?” Tanya Iskandar macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Adam pandang Damia sebelum pandang Iskandar  “Jomlah.. Kata nak melantak tadi.” Jujur, Adam pelik dengan Iskandar. Sejak bila dia kenal Damia ni? Bukan main rapat dia orang bercakap. Nampak juga dia tadi yang Iskandar rapatkan wajah dia dengan Damia. Seolah-olah macam dia nak cium Damia. Nasiblah dia datang tepat pada masanya. Kalau tak memang tak taulah apa yang berlaku tadi.

“Hah, okay.” Iskandar pandang Damia. Dia senyum manis sebelum kenyitkan mata. “Got to go. Jumpa dalam hati.” Bisik Iskandar perlahan. Cukuplah hanya mereka aje yang dengar.


Damia tahan senyum dari terluah. Haha.. Jumpa dalam hati jugak, Encik Iskandar. Jangan sesat sudah!

Sunday, December 28, 2014

Sweet Tak Cinta Kita ? [Chapter 1]



Yana toleh ke kanan bila ada seseorang menganggu ketenteraman dirinya. Lugagge miliknya yang terlepas dari pegangan tangannya dia pandang sebelum matanya pandang lelaki yang kini berhadapan dengannya.

Sorry miss.” Ujar lelaki yang berbaju t-shirt Levis berwarna merah menyala. Dia menunduk mahu mencapai lugagge milik perempuan dihadapannya. Lepastu dia serahkan balik lugagge tu pada tuan punya milik.

It’s okay and thanks.” Terima kasih sebab dah tolong ambil lugaggenya yang jatuh tu. Tapi.. memang dia perlu ambilkan pun kan. Sebab dia jugak yang jatuhkan.

Kaca mata hitam dia buka. Kaca mata hitam itu dia letak atas kepala. Rambut yang menganggu pandangannya dia selak ke belakang. Menghadiahkan senyuman manis pada si jejaka. “But next time make sure, mata tu letak kat kepala. Bukan letak kat kepala lutut.” Lepastu dia terus tarik lugagge miliknya dan keluar dari Lapangan Terbang Senai ni.

Kereta Audi yang berhenti betul-betul dihadapannya mematikan langkahnya yang berjalan. Macam kenal dengan kereta ni. Dan bibirnya yang menayangkan riak serius terus terukir bila nampak pemandu yang keluar.

“Gee?!” Jerit Yana bersama nada gembiranya. Dah lama dia tak jumpa dengan kawannya. Kali terakhir adalah dalam empat tahun yang lepas.

Gee tersenyum sambil membuat peach pada Yana. Terkinja-kinja mereka berdua ditengah-tengah pintu masuk lapangan terbang tu. Sesi jejak kasih pun bermula. Tiada air mata yang menitis. Hanya sebuah senyuman yang menggambarkan sejuta perasaan gembira yang terserlah.

I miss you, baby.” Tangan Gee dia genggam.

So..” Gee pandang Audi dihadapan mereka. “Kau nak drive or me?” Sambil tunjuk kunci kereta ditangan.

Ofcourselah aku. Dah lama aku tak dating dengan Audi aku.” Audiku.. kacaknya kamu pada pandanganku!

Kereta terus dihidupkan selepas lugagge dah dimasukkan dalam bonet kereta. Tali pinggang keledar dia pakai. Kaki kiri memijak break kaki manakala tangan kirinya menurunkan break tangan dan menukar ke gear D.

Sebelum dia nak memandu, dia pandang pada lelaki tadi yang setia memandang gelagatnya bersama Gee. Dari lepas mereka berlanggaran tadi, lelaki itu statik berdiri disitu. Senyuman dia hadiahkan pada lelaki itu. Tapak tangan kirinya dibawa ke bibir sebelum membuat flying kiss pada lelaki itu.

Tersenyum dan terus memandu. Yana tergelak kecil. Memang tempah maut betul aku hari ni. Tak kenal siapakah gerangan lelaki tu. Malah, inilah kali pertama dia tahu akan kewujudan lelaki tu kat planet bumi ni. Tapi dah boleh layang flying kiss kat dia.

Memang gila!



HARIEZ kerut dahi. Tapi tak lama sebab kerutan di dahi itu bertukar dengan senyuman manis di bibir. Nampak lesung pipit kat pipi kanannya. Dia ketawa kecil seketika bila kenangkan perbuatan perempuan tadi padanya.

Gila betul perempuan tu. Kenal aku pun tak, dah ajak main flying kiss ye? Tapi kisah apa, bukan senang dia nak dapat free-free flying kiss dari perempuan cantik macam perempuan tu.

I love you like a love song, baby.” Bisiknya perlahan sebelum capai lugagge dan terus menahan teksi untuk pulang ke rumah.

Dalam hati dah rancang nak cari perempuan tu. Macam seronok aje kalau perempuan tu jadi skandalnya. Skandal yang keberapa ye? Ahh, whateverlah yang keberapa sekalipun. Yang pasti, perempuan tu mesti akan jadi koleksi perempuan simpanannya.

Kepala dia sandarkan. Mata dipejamkan bersama bibir yang tersungging dengan senyuman.

Home, I’m back!



AUDI R8 warna silver metalik dia letakkan bawah porch rumahnya. Dia terus keluar dari perut kereta lepas enjin Audi dimatikan. Bonet belakang dia buka. Segala lugagge miliknya dibawa keluar. Dia bergerak menuju ke pintu masuk rumah.

Matanya meliar ke sekeliling laman rumah. Tak berubah langsung. Masih sama seperti empat tahun yang lepas. Ohh.. baru dia perasan. Mama beli beberapa anak pokok baru. Nampaknya macam masih baru ditanam. Kepala digelengkan. Memang tak boleh nak nafikan dah hobi mama yang satu tu. Kalau boleh, sampai masuk dalam bilik pun dia nak tanam pokok tu. Puaslah jugak baba nasihat, satu pun tak layan.

Baju kurung moden yang disarungkan ke badan kurang setengah jam yang lepas, dia rapikan. Nasib baiklah Gee baik hati kasi pinjamkan baju kurung dia. Mana taknya, Yana lupa nak bawa sekali baju kurung dia dari oversea. Bila Gee ingatkan tadi, baru menggelabah dia mencari.

Selendang yang menutupi sebahagian kepalanya juga dia betulkan. Kaca mata dia sangkut atas kepala. Pintu rumah diketuk beberapa kali. Senyuman terukir dibibir. Agak-agak, apa reaksi mama dengan baba lepas nampak anak dara dia orang dah balik ye?

Okay, let me guess. Hmm, mama akan peluk dia seerat mungkin? Atau tak pun, mama pengsan sebab tiba-tiba nampak anak dara dia kat depan pintu? Iye lah, Yana janji yang dia akan pulang ke Malaysia bulan depan. Bukannya awal sebulan.

Dalam pada berfikir, pintu terkuak dari dalam. Muncul dua kelibat yang kini berdiri dihadapannya. Yeah, itu dia pasangan suami isteri yang paling romantik dalam dunia. Encik Yazid dan Puan Linda.

“Mama! Baba! I’m back!” Jerit Yana girang. Tangan dia siap depakan. Berharap yang Puan Linda akan berlari dan memeluknya. Tapi sangkaannya meleset. Bukan mama seperti yang diharapkan, tapi..

Pang!

Yana pegang pipi kirinya. Auch, sakitnya! Yana pandang kedua orang tuanya. Mereka diam tanpa kata.

Pipi kiri yang masih terasa sakit, dia gosok. Apa ni? Adakah.. ini sebagai satu ucapan selamat pulang anakku?

“Apa ni, baba? Kenapa tampar Yana?” Soal Yana dua kali. Tak puas hati tentunya. Mana taknya, ingatkan bila sampai rumah boleh bermanja-manja dengan kedua orang tuanya. Yelah, duduk empat tahun kat negara orang tanpa kasih sayang orang tua. Tapi bila sampai rumah, ini yang dia dapat.

“Kita bincang kat dalam. Masuk!” Arahan dari Encik Yazid, diterima. Lepas pasangan itu masuk, Yana melangkah. Dibawa bersama lugagge miliknya. Lugagge itu diletakkan di hujung tangga. Kemudian dia kembali ke ruang tamu.

Baru aje dia nak duduk, beberapa keping gambar terbang melayang dihadapannya. Yana terpinga-pinga. Apa ni? Kejutan untuk dia ke? Tapi.. kenapa ada gambar? Kenapa tak buat macam birthday party tu? Siap ada belon..

“Apa semua tu?” Keras dan dingin suara Encik Yazid menyapa telinganya.

Yana mengutip gambar-gambar dilantai. Terbeliak matanya bila nampak semua gambar ditangannya. Madefaker.. terus dia pandang Encik Yazid.

“Baba pasang spy?” Tanya Yana.

Tak lain dan tak bukan, mesti baba pasang spy masa dia kat oversea. Kalau tak, tak adanya baba dan mamanya dapat tahu kegiatan hujung minggunya bila kat sana.

Nampak Encik Yazid senyum sinis. “Jadi betullah semua gambar-gambar tu?” Tangan, dia silangkan ke dada.

Yana geleng kepala. No! Tak! Baba dengan mama tak boleh tahu. Mereka tak boleh tahu kegiatan anak mereka yang liar ni kat negara orang.

“Baba lebih percayakan gambar tu dari anak baba sendiri?” Tepat anak mata Yana dan babanya bersatu. Tak lama, sebab lepastu, Yana pandang mamanya. Puan Linda hanya sekadar menjadi pemerhati. Tak nak masuk campur urusan anak dengan suaminya.

“Kalau baba cakap, ya?”

Yana senyum. Tak sangka, baba percayakan orang lain. “Baba.. zaman sekarang teknologi makin canggih. Baba mesti tahu persis perangai anak baba, kan? Baba dengan mama yang ajar Yana agama. Takkan Yana nak buat benda terkutuk tu? Yana tahu halal haram, ba, ma. Tak mungkin Yana yang buat.”

“Mungkin gambar tu orang expose. Kita tak tahu. Sekarang ni ba, makin ramai orang buat jahat. Dan makin sikit orang buat amal kebaikan. Then, terpulang pada baba samada nak percayakan anak baba sendiri, ataupun gambar tu.” Sambung Yana lagi.

Ekpresi wajahnya cuba dikawal. Dia tak boleh biarkan mama dengan baba tahu yang dia tengah menipu mereka. Orang jahat mana yang sanggup bongkarkan sendiri amal jahat dia?

Terdengar Encik Yazid mengeluh. Dia buntu samada nak percayakan cakap anaknya, ataupun gambar yang dihantar mata-matanya. Memang dia pasang spy untuk mengawal setiap tindak tanduk anaknya di negara orang. Tapi..

Wajah anak dan isterinya dia pandang silih berganti.

“Masuk bilik, sayang. Rehatkan diri. Nanti mama panggil, kita turun makan sama-sama.” Lembut arahan dari Puan Linda. Yana mengangguk.

Nak peluk mama, tapi.. huh. Nanti malam sikitlah. Sekarang dia nak berehat sekejap. Perjalanan yang terlalu jauh dia perlu tempuh untuk hari ni. Dari Kanada dia perlu terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dan dari KLIA dia terus ambil penerbangan ke Senai. Kalaulah ada penerbangan dari KLIA terus ke rumahnya, mesti dia ambil penerbangan yang tu.


PINTU bilik dia tutup. Lugagge disandar kat tepi dinding. Jacket yang menutupi tubuhnya langsung dibuka dan diletakkan di atas lugagge tadi. Katil dihampiri dan terus merebahkan tubuh di atas katil empuk yang sekian lama dia tinggalkan.

Bantal peluk dia tarik dan dipeluk. Tersenyum dia pandang bantal peluk tu. “Hey dear.. miss me?” Soalnya.

Serius, kalau orang yang kenal dia mesti tahu yang dia hanya akan tidur kalau ada bantal peluk disisi. Kalau tak, memang sampai mata lebam sekalipun dia takkan tidur. Sebab tu, mama dengan papa hadiahkan bantal peluk ni masa dia di zaman sekolah dulu.

Pintu diketuk dari luar dan dibuka. Hariez terus duduk diatas katil. Pandang seorang lelaki yang baru menapak masuk ke biliknya bersama sengihan.

“Yang kau duk sengih-sengih ni kenapa?” Tanya Hariez.

“Bro! Rindu giler kat kau.” Terus tubuh abangnya dipeluk.

“Dah, dah! Rimas aku.” Tubuh si adik dia tolak lembut. Hazrul betulkan duduk dihadapan abangnya. Bibirnya dicebik lepas dengar apa yang abangnya cakapkan.

“Eleh. Perempuan keliling pinggang peluk kau, kau tak rimas pulak. Aku adik kau, kau rimas. Ish!”

Hariez gelak. “Itu lain, weh. Hot stuff. Siapa tak nak?” Keningnya beberapa kali dijungkitkan.

Hazrul geleng kepala. Apa punya abang daa.. patutnya jadi abang ajar adik dia benda yang elok. Ni tak, asal balik dari oversea aje benda yang tak elok dia ajar aku. Teruk betullah.

“Bagi tahu mama karang. Tak cukup tanah kau merangkak!”

I’ll kill you for sure, kalau kau kasi tahu mama dengan papa.” Matanya dibulatkan. Nak beritahu pada Hazrul yang dia betul-betul memaknakan katanya.

“Kisah pulak!” Dia jelir lidah. “Hah, souvenir untuk aku mana?” Terus Hazrul tanya pada tujuan asal dia masuk bilik abangnya.

Kecil besar kecil besar aje Hariez pandang adik lelakinya. Mereka dua beradik. Kedua-duanya lelaki. Dan disebabkan jarak umur mereka yang hanya setahun tu, buatkan hubungan beradik mereka rapat.

“Ingatkan masuk bilik aku tadi nak dodoikan aku tidur. Penat ni kot. Aleh-aleh mintak souvenir?” Aku ketuk, mati jugak karang. Tak ada sifat prihatin kat abang langsung.

Hazrul sekadar sengih.

“Malam karang aku bagilah. Sekarang, chaw! Aku nak tidur.” Tubuhnya direbahkan kembali. Baru sekarang dia rasa badannya letih.

Hazrul angguk. Dia kenal abangnya. Sekali dia janji, lelaki itu takkan mungkiri. Abangnya selalu ontime dalam menepati janjinya. Dan sifat itulah yang buatkan dia suka.

Hazrul pantas bangkit. Nak keluar dari bilik. Tapi baru beberapa langkah, dia pusing ke belakang balik. “Kau pakai waze ke balik sini?”

Hariez yang tengah baring, mengiring pandang adiknya. Keningnya dijungkitkan. Tak faham.

“Iye lah.. empat tahun kat sana sampai tak balik-balik rumah. Mesti kau pakai waze kan tadi sebab kau lupa jalan balik rumah. Nasib baiklah kau tahu lagi alamat rumah ni.”

Hazrul terus berlari keluar bila nampak abangnya layangkan satu bantal tepat padanya. Dia ketawa kuat diluar bilik. Nasib baiklah tak kena.


SEBAL betul hati Yana sekarang ni. Beberapa keping gambar ditangannya dia pandang buat kesekian kalinya. Tadi tak puas nak tengok sebab mata mama dengan baba yang asyik pandangnya. Sekarang, meh kita teliti bebetul gambar ni.

Gambar pertama.. gambar dia dengan seorang lelaki yang tengah berjalan sambil berpegangan tangan.

Gambar kedua.. gambar dia dengan seorang lelaki yang sama tengah bercumbuan di sebuah kelab malam.

Gambar ketiga pula, juga dengan lelaki yang sama.. mereka berjalan sambil melakukan pelbagai aksi yang hanya layak dilakukan pasangan suami isteri.

Dan juga beberapa lagi gambar, adegan Yana dengan Ismeit! Lelaki tu, Ismeit. Lelaki yang dia kenal sewaktu tempoh menuntut ilmu di Kanada selama empat tahun.

Tapi yang dia musykil, kenapa dia tak perasan langsung yang ada orang ekori dia sepanjang dia kat sana? Ah! Mungkin dia tengah gembira masa buat benda terkutuk tu dengan Ismeit, mana dia nak perasan.

Lantas gambar itu dia koyakkan dan dibuang dalam tong sampah. Memang selayaknya tong sampahlah tempat gambar-gambar tu patut ada. Nak letak dalam frame? Sorry, tak ada orang nak pandang kot aku rasa!


Dan.. tanpa buang masa, tuala dia capai. Dan terus masuk bilik air. Panas pulak pakai baju kurung ni! Urgh..

Thursday, December 25, 2014

Suami Ramai Crush [Part 11]




Hari berganti hari, minggu berganti minggu segalanya berjalan dengan baik dan lancar. Alhamdulillah.. tanda kesyukuran dipanjatkan pada Allah S.W.T. kerana masih diberikan kesihatan dan keamanan dalam hidup.

Damia senyum pandang seorang perempuan meskipun wajahnya tak nampak yang dia tengah bahagia sekarang. Dalam hati ni, hanya Allah aje yang tahu macam mana rasa berkecainya dia sekarang ni. Tangan dah genggam penumbuk. Dia cuba bersabar.

Pesan ibu.. selagi mana kita boleh bersabar dengan sesuatu perkara yang kita tak suka tu, bersabarlah. Sebab kekecewaan merupakan cara Allah nak beritahu kita, bersabarlah Aku punya sesuatu yang lebih baik untukmu.

Hmm.. bala untuk yang ke,, entahlah. Tak larat dah dia nak kira. Banyak sangat. Ni kalau aku senaraikan berapa banyak crush laki aku, mesti tiga helai kertas kajang depan belakang, aku rasa belum tentu cukup.

Baru aje lepas seorang, sekarang dah tambah lagi seorang. Sampai-sampai pernah dia mengeluh yang kenapa dia boleh tersangkut dengan lelaki handsome nama Mikhail Iskandar tu. Sampai satu tahap, dia rasa fed up dengan semua benda ni.

Tapi apa boleh dia buat? Nak berpisah dengan Is? Haha.. itu kerja gila namanya. Tak kena cekik dengan along, kena maki dengan ibu. Tak kena pelangkung dengan Yana, kena kapak dengan ayah. Tapi sanggup ke dia lepaskan Iskandar? Dah bercinta sepenuh mati, takkan nak biar terlerai macam tu aje kan? Hubungan ni masih panjang lagi. Rugi kalau berhenti sekerat jalan. Nanti dia juga yang merana. Mana nak dapat suami yang pakej lengkap macam Mikhail Iskandar ni? One in a million aje weh!

“Mikhail Iskandar handsome weh!” Terdengar suara seorang perempuan. Jaraknya tak jauh dari tempat Damia dan kawan-kawannya melantak kat kafe ni. Damia yang elok-elok tengah lapar, terus mati selera lepas dengar.

“A’ah.. rugi kau tak ikut kita orang tadi. Dia punya senyum.. perghh! Terangkat beb.” Suara seorang lagi perempuan bersuara.

“Kau nampak tak tadi masa dia tolong seorang perempuan yang nak jatuh tadi. Perghhh! Gila macho aku tengok. Cair hati aku.”

Damia kuis nasi pakai sudu. Tak rasa yang dia akan makan nasi tu untuk hari ni. Maybe one fine day. Sebab yang pasti, dia dah tak ada selera nak teruskan makan dia lepas dengar apa yang perempuan tu cakap.

Iskandar tolong orang? Okeh, itu boleh terima. Perempuan kot! Part yang tu memang bikin hati dia membara. Sejak bila pulak Is tukar profesion tolong orang ni? Tak pernah-pernah pun sebelum ni.

Hmm.. tapi

“Weh Mia.. makan lah. Lepas ni kita ada kelas full weh. Kang pitam pulak kau dalam kelas. Aku tak larat nak angkat kau.” Tu dia.. suara June menjengah telinga Damia.

“Hmm.. makanlah ni.” Katanya perlahan.

Dah Mia.. lupakan pasal Is sekejap. Kita isi perut dulu. Lepastu kita pi belajar. Bila dah sampai rumah, baru ingat balik yer. Walaupun aku tahu, yang bila sampai rumah, gerenti dia dah tak ingat dah. Otak dia ni selalunya simpan benda-benda macam ni kat short-term memory aje. Baru dengar, lagi dua tiga minit hilanglah.



MACAM yang Damia beritahu tadi, bila sampai rumah terus dia tak ingat apa-apa yang dia dengar tadi masa tengah melantak kat kafe. Ah, heavennya rasa sekarang ni. Bukan yang dia dengar kat kafe aje dia lupa dah.. Yang dia dengar dan nampak kat perpustakaan pun dia dah lupa dah.

Damia kembali khusyuk pada pemotongannya. Berhati-hati dia potong sayur. Kang kena tangan, memang naya. Dah rosak jari dia yang runcing ni.

Sesekali Damia jeling ke pintu masuk ke dapur.. mana pulak Is ni? Kata nak tolong aku sekali tadi? Ni aku dah nak habis memasak dah, tapi dia tak turun-turun pun. Hmm, mungkin dia ada kerja kot kat atas. Damia teruskan aktiviti memasaknya. Malas nak fikir dah. Kalau Is nak tolong, jap lagi mungkin dia turun. Dan andai kata dia tak nak tolong, dia tak turunlah.

Damia tutup makanan pakai tudung saji. Siap dah masakannya untuk petang ni. Tinggal tunggu masa nak makan aje karang. Dia mendongak pandang syiling dapur. Acaca nampak aje Iskandar dari tingkat bawah ni.

“Apalah pak cik tu buat kat atas? Dari tadi tak turun-turun.” Ngomel Damia sendiri. Pipi kanannya digosok perlahan. Kakinya melangkah keluar dari dapur. Anak tangga dia hampiri dan melangkah panjatnya.

Sampai kat tingkat atas, dia dengar suara orang ketawa. Perlahan kepalanya digelengkan. Apa yang pak cik tu gelakkan? Nampak lawak bebenor. Pintu bilik berwarna coklat keemasan dia hampiri. Pintu tu dia tolak.

Terus cekak pinggang Damia bila nampak Iskandar sekarang ni. Rasa nak cekik aje mamat ni. Boleh pulak sesedap dia aje meniarap atas katil sambil menghadap laptop kesayangannya. Dah nampak yang dia duk gelak terguling-guling tu, tak lain dan tak bukan mesti layan Running Man ni.

“Ewah-ewah pak cik, buat apa?” Tegur Damia.

Iskandar pause cerita yang sedang ditayangkan. Lepastu pandang isteri dia yang berjalan ke arahnya. Tersenyum dia sekejap. Digamit Damia supaya duduk disisinya. “Tengok Running Man, mak cik.” Selamba dia membalas buatkan Damia jegil mata.

“Eh lah! Tak bagi tahu. Nak tengok jugak.” Damia ikut sama meniarap disebelah Iskandar.

“Nasib baik cakap awal-awal, baru aje tengok ni ha.” Jarinya pantas melalukan cursor ke bahagian awal cerita. Biar isteri dia boleh tengok dari awal sama.

“Episod berapa ni, boboy?” Tanya Damia. Kepalanya disandarkan dibahu Iskandar.

One one seven.”

Damia dan Iskadar beradu ketawa. Kelakar bila part Jea Suk pakaikan seluar Ha Ha yang baru bangun tidur. Giler skema weh. Pakai seluar pendek sampai pusat. Seriously macam budak terencat akal.

Damia tabik giler dengan orang Korea. Sebab apa.. sebab dalam banyak-banyak cerita yang mereka tayangkan, hanya kosong perpuluhan kosong lima peratus aje dia orang gunakan bahasa inggeris. Tak macam kat Malaysia ni, bahasa melayu dengan bahasa inggeris bercampur aduk. Macam ni ke memartabatkan bahasa melayu?

Terus teringat pada Sajak Anak Global, part ...

namun bahasanya aku tidak mengerti,
dua patah Melayu ditimbun sepuluh inggeris,

Memang part yang tu ajelah yang aku ingat sampai sekarang. Yang lain-lain, samar-samar. Kalau tak, memang dah aku bagi kat sini. Huhuu..

Memang.. Memang kita perlu, wajib belajar bahasa asing dalam hidup. Tapi kot ye pun na memartabatkan sesuatu bahasa tu, janganlah campur adukkan bahasa tu. Kan dah tak sedap didengar.

Damia dan Iskadar gelak lagi. Kali ni yang pasal part satu aktiviti sebelum ahli Running Man dengan artis jemputan tu kena buat sebelum dia orang boleh sarapan. Part yang Suk Jin kena dukung Ji Hyo tapi dia tak sedar yang dia dukung tu bukannya Ji Hyo, tapi Jea Suk.

Hah.. yang ni lagi satu hal. Dalam pada kita duk bergelak ketawa tu, kita tak perasan yang benda yang selalu ahli Running Man buat tu memang bertentang dengan agama Islam. Tengok cara dia orang dukung perempuan, cara dia orang tenung perempuan tu, memang bercanggah giler dengan hukum hakam. Dengan benda ni aje dah boleh semua orang dapat tahu, yang perkara tu boleh nak bezakan mana satu Islam, mana satu bukan Islam.


Just simple like that, am I right?