“Saya suka awak.”
Lelaki
tu terpinga-pinga. Tak faham apa yang diberitahu perempuan di hadapannya.
Tiba-tiba datang menghalang laluannya dan terus buat sesi luahan perasaan. Apa
ni? “Sorry?”
Perempuan itu tersenyum meskipun dalam hati sudah menggila-bergetar hebat
jantungnya. Macam nak pecah. Sumpah, inilah kali pertama dia buat kerja gila
macam ni. “Saya suka awak. Awak dengarkan?”
Berkerut-kerut dahi lelaki itu. Masih lagi tak faham. “Saya kenal awak ke?” Soalnya pelik.
Perempuan itu menggeleng, kemudian menjungkit bahu. Nak beritahu yang lelaki
itu langsung tidak mengenali dirinya. “Saya tahu awak tak kenal saya. Tapi saya
dah lama perhatikan awak. Dan.. Tanpa saya sedar yang saya dah mula sukakan
awak.” Senyum lagi. “Saya tak minta awak jadi kekasih saya. Tapi saya nak awak
tahu yang saya sangat sukakan awak.” Dia lepas keluhan. “Saya minta diri dulu.
Assalamualaikum.”
Dan
perempuan itu mulakan langkahnya. Bibirnya sentiasa dengan senyuman. Buat
pengakuan pada lelaki itu sudah cukup buat hatinya lega. Jiwanya yang resah
sebelum ni, kini dah lapang sejurus selepas dia meluahkan apa yang terpendam
dalam hati semenjak dulu.
Sementara si lelaki itu sudah menggelengkan kepala. “Tak kenal langsung dah
boleh terjatuh suka pada aku? Peliknya.”
Dia gelak kecil.
MATA Fikri ralit memerhati sesuatu. Kerja yang banyak
tergendala disebabkan seseorang itu. Tersenyum bibirnya bila mengingat semula
kejadian dua minggu lepas. Tak sangka, berani sungguh perempuan itu meluahkan
perasaannya secara terang-terangan pada dirinya. Selama ni, bukan perempuan
yang luahkan perasaan pada dia, tapi dialah dengan sendirinya meluahkan
perasaan pada perempuan yang disukainya.
“Qim!
Siapa perempuan tu?” Sambil tunjuk pada perempuan yang tengah pegang sesuatu di
tangannya.
Shaqqim
pandang arah tunjuk kawannya. Di lihat si gadis yang berjalan dari seorang
pelajar ke pelajar yang lain bersama bakul di tangan. “Oh perempuan tu..”
“Kau
kenal ke?” Tanya Fikri.
“Tak!”
Gelak.
Fikri
dah sebal. Rasa macam nak hentak saja si Shaqqim ni pakai kayu. Cakap tadi
macam kenal sajalah. Dia kembali pandang perempuan tu. Dalam diam, satu sisinya
berminat dengan perempuan tu. Entah kenapa, dia rasa macam perempuan tu ada
aura yang tersendiri yang tak ada pada mana-mana perempuan.
Dan kenapa, aku tak pernah
perasan langsung kewujudan perempuan tu sebelum ni?
“Pahal
Fik? Kau kenal ke?” Arafl yang sejak tadi mendengar, bersuara.
Fikri
ketawa. “Mana ada. Aku tak pernah nampak dia sebelum inilah yang aku tanya.”
Lain di hati, lain pula mulut yang berbicara. Betullah apa orang cakap, mulut
boleh menyangkal, tapi tidak hati.
Mata
Fikri galak pandang perempuan itu yang semakin menghampiri kumpulan mereka. Dia
kembali menyiapkan kerjanya bila perempuan itu berhenti di hadapan mereka.
“Hmm assalamualaikum.”
Shaqqim, Arafl dan Fikri mendongak. Masing-masing
berpandangan sesama sendiri sebelum pandang seorang perempuan di hadapan.
“Waalaikumussalam.” Jawab Shaqqim seorang.
“Saya
ada jual roti dengan air kotak. Awak bertiga, ada nak beli?” Ramah dan lembut
nada pertuturan perempuan itu.
Arafl
senyum. “Tak apalah, kita orang tak lapar lagi. Pergi jual kat orang lainlah.”
Balasnya dingin. Dia memang tak suka bila ada orang yang suka-suki datang
berjual beli dengannya. Sebab baginya, biar dia sendiri yang datang pada
penjual jikalau dia mahu membeli sesuatu.
Berubah
air wajah perempuan itu. Tapi kembali dimaniskan. Bukan sekali dia dengar ayat
macam ni sewaktu dia berjual-beli seperti ini. Dah acapkali. Dia kembali tenang.
“Hah,
betul tu. Lagipun, kita orang tak makan makanan macam ni. Tak terjamin
kebersihannya.” Sampuk Shaqqim pula. Tersenyum sinis dia pada perempuan di hadapan
mereka.
Perempuan itu mengangguk. “Tak apalah kalau macam tu. Maaf, saya ganggu. Saya
pergi dulu.” Bersama hati yang cuba dicekalkan, dia melangkah. Tapi langkahnya
dihalang seseorang dari belakang. Pantas dia menoleh.
“Saya
tak suruh pergi lagi awak dah pergi? Macam ni ke cara awak berniaga? Sangat tak
profesional.”
Ilya
pandang lelaki yang berpandangan dengannya. Ohh my, lelaki ni. “Maaf kalau cara
saya berniaga buat awak tak suka. Insya-Allah, saya akan cuba ubah cara saya
berniaga selepas ni.” Nada terujanya cuba dikawal.
“Satu
roti tu berapa harga dia?” Fikri dah berkira-kira nak keluarkan dompet dia dari
kocek belakang seluar.
Ilya
terpinga-pinga. Juga Shaqqim dan Arafl. Macam tak percaya yang kawan mereka
yang sememangnya tidak gemar beli makanan yang dijaja, kini sudah berubah
tabiatnya.
“Sejak bila kau suka beli makanan tepi jalan ni?” Soal
Shaqqim.
Fikri
terkejut. Pertanyaan dari Shaqqim macam tak hadam dalam pendengarannya. Tapi
dia tetap hulurkan not sepuluh ringgit pada perempuan yang menjual roti itu.
Bungkusan roti disambut.
“Err,
tapi.. Harga roti ni RM1.20 aje. Saya tak ada duit baki. Awak tak ada duit
kecil ke?” Tanya Ilya. Inilah pelanggan pertamanya untuk hari ini. Lagipun dia
memang tiada duit baki untuk diberikan pada lelaki ini.
“Hmm
it’s okay. Keep the change.” Senyum.
“Tapi..”
“Terima
kasih.” Fikri potong ayat perempuan ini bersama senyuman. Lepas itu dia kembali
duduk sebelum letak bungkusan roti di sebelahnya. Kerja yang masih belum
disiapkan disambung.
Sementara Ilya, terdiam. Rasa macam tak sedap pula bila baki duit yang banyak
ni dia kena simpan. Ada lagi RM8.80 kot. Takkan dia nak kasi aku macam tu aje
baki duit ni?
Hmm tak
apalah. Nanti lepas ni kalau lelaki ni beli lagi roti ataupun air kotak pada dia,
dia boleh guna balik baki duit ni. Senyum.
FIKRI masih lagi pandang perilaku perempuan itu. Semenjak dua
minggu dia memerhati perempuan yang tidak diketahui namanya tu, dia sudah boleh hafal jadual hidup perempuan ni.
Dia pandang jam di pergelangan tangan. Sekarang dah jam 10.00 pagi. Waktu macam
ni, dia selalu berniaga roti dengan air kotaknya di sini.
Selalunya dia hanya ambil masa dua jam aje berniaga sebelum menyambung pengajiannya.
Selalunya macam itulah. Kelas perempuan tu kebiasaannya tamat jam lima petang
nanti. Selepas pukul lima, dia langsung tak nampak perempuan tu lagi dah.
“Saya
suka awak. Saya tak minta awak jadi kekasih saya. Tapi saya nak awak tahu yang
saya sangat sukakan awak.” Suara lembut gemersik itu bermain-main di
pendengarannya. Serasanya, macam masih baru lagi dia dengar perempuan tu
beritahu perasaannya pada Fikri.
Tersenyum dia sebelum gelak kecil. Macam-macamlah. Tapi dia salute pada
perempuan tu. Kalau perempuan-perempuan yang lain, mesti akan pendam rasa tu
sampai lelaki yang dia suka jadi milik orang lain. Masa tu barulah nak menyesal
tak sudah.
“Awakk..”
Suara
yang seolah-olah macam dah sebati dengan jiwanya itu, buatkan Fikri sedar dari
imaginasinya sendiri. Dia betulkan suaranya sebelum pandang perempuan sama di hadapannya.
Di tangan perempuan tu ada sebuah bakul. Dalam bakul tu pula, ada banyak
bungkusan roti dan air kotak pelbagai perisa. “Ya?”
“Nak
beli roti? Air kotak?”
“Hmm
boleh juga. Bagi roti dengan air kotak nescafe susu tu eh?” Dia ambil dompetnya
dari kocek belakang seluar. Satu not lima ringgit dia keluarkan. Bersedia nak
serahkan duit itu pada penjual.
“Ehh tak
apalah. Baki awak yang hari tu punya masih ada lagi.” Ilya menolak. Takkan nak
kasi duit baru pula kot.
Straw
yang melekat di belakang air kotak itu dicabut sebelum dibuang pembalutnya.
Straw itu kemudiannya ditebuk pada penebuk air kotak lalu disisip air nescafe
susu itu. “Kan saya cakap balance haritu punya, awak
ambil aje. Nah, duitnya.” Dia hulur not lima ringgit itu.
Ilya
masih lagi tidak mahu mengambilnya. Tetap rasa tak enak hati bila lelaki ini
mahu memberi wang yang baru sementelah baki wang itu dia belum ambil
lagi. “Tapi..”
Fikri
mengeluh. Susah betul cakap dengan orang yang degil macam ni. Akhirnya, Fikri
letak baik-baik not lima ringgit itu dalam bakul yang berisi bungkusan roti
sebelum mulakan langkah.
Ilya
mengeluh sekali lagi. Apa masalah lelaki tu sebenarnya? Dah aku cakap yang aku
tak nak kan? Lagi dia mahu paksa-paksa. Ish!
PUAN FAKHIRA pandang suaminya sebelum jatuh pada anak sulungnya.
“Abang perasan tak apa yang saya perasan?” Soalnya pada si suami. Dah dua
minggu dia perasan kelainan pada anaknya.
“Apa
dia?” Encik Zamil yang tengah baca surat khabar segera melipat surat khabarnya
dan pandang isterinya. Dahi isterinya yang berkerut itu digosok perlahan.
“Anak
teruna abang tulah. Dah lain dah sekarang.”
Encik
Zamil menoleh pula pada anak terunanya yang tengah tersengih-sengih sambil menonton
televisyen. “Cerita seram dia masih boleh tersengih?” Musykil si ayah.
“Ha
itulah. Tadi, Arafl telefon rumah. Dia tanya kenapa saya tak kasi Fik keluar
malam sejak dua menjak ni. Pelik pula saya jadinya. Bila masanya entah saya tak
kasi Fik keluar malam.” Cerita Puan Fakhira.
Encik
Zamil garu kepalanya. “Dia pun dah lain sekarang. Selalunya lambat aje dia
pergi universiti. Sekarang ni, kelas belum mula lagi, setengah jam sebelum dah
sampai U dah. Dia okay ke tidak tu?”
“Itulah
yang saya bingung sekarang ni, Encik Zamil oii.” Dia cuit lengan suaminya.
“Abang
pun pernah juga alami benda yang sama macam ni dulu..” Encik Zamil buka cerita.
Dah lama dia simpan cerita ni. Mungkin sekarang dah tiba masanya, dia cerita.
Puan
Fakhira berminat nak tahu. Bersemangat dia betulkan duduknya hadap suami di
sebelah. “Ya ke?”
“Hmm..
Masa Abang dah jatuh cinta pada awak dululah.”
“Ehh
bukankah kita kahwin bukan atas dasar cinta? Bukankah orang tua kita yang
rancang perkahwinan ni?” Tanya Puan Fakhira.
Encik
Zamil menggeleng. “Siapa cakap?”
“Jadi
abang..”
Encik
Zamil angguk. “Dari sekolah menengah lagi abang dah sukakan awak. Awak aje yang
tak perasan. Dan abang bersyukur bila awak jodoh abang.”
“Abangg..” Puan Fakhira tergamam.
“Ibu..
Ayah..” Fikri garu kepala. Dah dua minit dia berdiri kat sini. Tapi ibu bapanya
masih lagi berpandangan sesama sendiri. Nak berasmaradana pun, tunggulah masuk
bilik dulu. Ini pergi buat tontonan umum pula kat ruang tamu ni.
Puan
Fakhira dan Encik Zamil berdehem. Sama-sama menoleh pada anak terunanya. “Hah
kamu Fik. Cerita seram pun boleh tersengih-sengih ni, kenapa?”
Fikri
sengih. Lehernya digosok. Ibu perasan pula. “Ada part yang
kelakar tadi. Itu yang sengih.” Bohongnya.
Puan
Fakhira menggeleng. “Perempuan mana yang dah buat anak ibu jadi macam ni?”
Fikri
kerut dahi. “Maksud ibu?” Dia tak faham.
Puan
Fakhira pegang bahu anak terunanya. Dia ada tiga orang anak. Fikri, Fiona dan
Fariez. Fariez baru berumur tujuh belas tahun dan tinggal di asrama sekolahnya.
Sementara Fiona, masih lagi belajar di tahun pertama di University of
Wollongong, Australia. Tinggallah Fikri sebagai anak sulung di sini.
“Ibu faham macam mana perasaan orang muda bercinta macam
kamu. Siapa perempuan tu? Tak nak bawa dia jumpa ibu dengan ayah ke?” Senyum.
“Apa ibu
ni? Mana ada perempuan. Fik nak belajar dululah.” Bergetar suaranya.
“Aik,
bukankah Fik cakap hari tu Fik nak kahwin lepas habis belajar? Ni apa cerita
ni? Sekarang, sem last Fik kan?” Encik Zamil pula bersuara.
Masa
anak terunanya beritahu perkara itu sebelum ni, dia terkejut pada mulanya. Tapi
akhirnya, dia sokong di setiap perbuatan anak-anaknya selagi ianya bertetapan
dengan agama. Sebab baginya, setiap orang ada pilihan masing-masing.
“Err..”
Fikri mati ayat. Apa aku nak cedok ni? Ya.. Betul apa yang dia beritahu
keluarganya sebelum ni. Itu masa dia masih berhubungan dengan Mellina. Tapi
sekarang, dia dengan Mellina sudah tiada sebarang ikatan. Dengan siapa pula dia
nak ajak kahwin?
“Kalau
ada jodoh Fik dengan sesiapa, insya-Allah takkan ke mana.”
SUDAH empat minggu dah Fikri perhati perempuan tu. Tapi tiada
tanda dia mahu menegur perempuan itu kalau bukan perempuan itu yang tegur dia
dulu, nak beli roti ataupun tidak?
Tapi
hari ni, entah dari mana datang keberaniannya, dia menegur perempuan itu di saat
perempuan itu baru sahaja menapak di hadapannya bersama bakul berisi roti dan
air kotak.
“Hai..”
Tegurnya. Topi di kepala dibuka sebelum rambutnya dibetulkan. Topi itu diletak
kembali atas kepala. Lolipop di mulut dibawa keluar. Satu bungkus roti bersama
air kotak nescafe susu diambil dari bakul. Macam kebiasaannya, tapi kali ni dia
dah siapkan duit terlebih dahulu. Tinggal tunggu nak hulur aje duit tu.
Ilya
senyum. Inilah kali pertama lelaki ni tegur dia. “Hai balik.” Balasnya.
“Nama
awak apa eh?” Tanya Fikri. Roti dan air kotak dia masukkan dalam sling
bangnya.
“Ilya.”
Balasnya sepatah.
“Just
Ilya, huh?” Inilah kali
pertama dia jumpa orang yang hanya ada sepatah nama aje. Bukankah orang zaman
sekarang semuanya nak nama asal boleh lima muka surat depan belakang kertas
kajang sampai tak cukup dia kasi anaknya nama. Tapi yang ni, just Ilya?
Ilya
angguk. “Ilya binti Imran.” Senyum.
Fikri
angguk. Anak perempuan pak cik Imran rupanya. Heh, cakap macam kau kenal aje
siapa pak cik Imran tu. “Course apa ni?” Tanya Fikri lagi.
“Law.”
Balasnya sepatah lagi.
Fikri
angguk. Namanya Ilya binti Imran. Jurusan undang-undang. Okay. “Tak takut kena
tangkap ke sebab berniaga kat sini?” Soal Fikri.
Kerana di universiti ini,
pelajar dilarang sama-sekali berniaga dalam kawasan universiti. Katanya pihak
atasan, tidak mahu menimbulkan isu dengan pihak kafe universiti yang merupakan
satu-satunya peniaga dalam universiti.
“Takut
juga. Tapi sebab ini sahajalah sumber pendapatan saya, nak tak nak perasaan
takut tu kena buang juga.” Balasnya senyum.
“Sumber
pendapatan awak?” Fikri tak faham.
Ilya
mengeluh. “Encik..” Dia jungkit sebelah kuning.
“Just
Fik. Fikri.” Dia hulur tangan nak bersalaman. Tapi dia tarik balik huluran
tu bila nampak Ilya hanya pandang angin sahaja huluran tangannya itu.
“Maaflah
Fikri.. Saya ada kelas. Saya pergi dulu.” Ilya melangkah pergi tanpa toleh
belakang lagi dah. Dia ada sebab tersendiri kenapa dia sanggup berniaga di
universiti ni. Tak perlulah orang lain tahu.
ESOKNYA. Seperti biasa, tepat jam 10.00 pagi Fikri sudah berada
di tempat kebiasaannya dia menunggu Ilya. Not lima ringgit dia keluarkan
awal-awal. Telefon bimbitnya yang berbunyi dia keluarkan dari kocek seluar. Ada
WhatsApp dari Shaqqim.
WhatsApp
itu dia balas laju sementara menunggu Ilya. Tapi dah dekat setengah jam dia
menunggu di sini, namun kelibat Ilya tiada. Dia pandang sekeliling, juga tiada
bayangan gadis itu. Sampailah jam 11.30 pagi, dia masih menunggu. Bayangan Ilya
tetap juga tidak kunjung tiba.
Keadaan
itu berlanjutan sehinggalah enam hari kemudiannya. Tanpa tunggu banyak masa,
dia ke bangunan undang-undang. Dia nekad mencari Ilya. Pelajar yang baru keluar
dari satu kuliah di hadapannya dihampiri.
“Tumpang
tanya.. Nampak Ilya?”
“Ilya
dah seminggu tak masuk kelas. Dia balik rumah dia. Dengarnya, emak dia sakit.”
Fikri
berkerut. Emak dia sakit? “Ada nombor telefon dia, tak?”
Perempuan bertudung itu menggeleng. “Ilya tak guna telefon.”
“Alamat
rumah dia?”
Perempuan tu pandang Fikri lama sebelum dia sauk begnya dan mengeluarkan
sehelai kertas kecil dan juga sebatang pen. Dia catitkan sesuatu di atas kertas
itu. Kertas tu dia serahkan pada Fikri.
Fikri
pandang kertas tu. Kuantan, Pahang? Gila jauh dia datang dari sana sampai sini.
“Thanks.” Fikri langsung berlari ke arah keretanya.
FIKRI membelok keretanya ke kiri bila nampak Waze menyuruhnya
supaya berbuat demikian. Kereta diberhentikan di bahu jalan. Nun di hujung
sana, ada sebuah rumah usang. Jauh dari kejiranan. Nampak suram dan sunyi.
“Inikah
rumahnya?” Tanya Puan Fakhira pada anak sulungnya.
Fikri
jungkit bahu. “Iyelah kot. Waze ni berhenti kat sini.” Sambil pandang Waze.
“Kita
turunlah, jom.” Ajak Encik Zamil. Dah sampaikan, duk tercegat dalam kereta buat
apa? Memang takkan jumpalah penyelesaiannya kalau duduk terperuk dalam kereta.
Mereka
bertiga keluar dari kereta. Berjalan menghampiri rumah usang itu. Nampak usang
gila. Sampai Fikri sendiri takut nak masuk. Nasiblah ada ibu dengan ayah dia.
Hilanglah sikit rasa takutnya ni.
“Assalamualaikum.” Laung Encik Zamil. Dia nampak ada dua pasang selipar
dihujung tangga. Sebab itu dia beri salam. Dah ada selipar, mestilah ada orang
kan?
“Assalamualaikum.” Laungnya lagi sekali.
Lepastu
dengar papan rumah di pijak orang sebelum pintu rumah perlahan-lahan terbuka.
“Waalaikumussalam.”
Fikri
pandang pintu rumah tu. Tersenyum bibirnya bila nampak gadis yang dicari sudah
berdiri di hadapannya. “Ilya..”
Ilya
pandang Fikri. Berkerut-kerut dahinya. Inilah kali pertama dia menerima tetamu
semenjak berpindah ke rumah ini. “Fikri.. Awak buat apa kat sini?”
“Saya
cari awak.” Jujur.
Ilya
pandang orang tua Fikri. “Masuklah dulu.” Pelawanya.
Ilya
hidangkan minuman dan sedikit biskut kering pada tetamunya. Tak lupa juga, roti
yang selalu dia jual juga dihidangkan. Air nescafe susu juga dihidangnya. Dia
tahu yang Fikri gemar minuman itu.
“Maaflah
kalau saya datang ni buat awak susah.” Ujar Fikri. Sungguh, dia rasa sedih bila
melihat keliling rumah gadis ini. Selalunya di universiti, gadis itu sentiasa
ceria. Senyuman tak pernah lekang di bibir. Tak kisahlah di saat dia dihina
oleh kawan-kawannya atau apa sekalipun. Bibirnya tetap tersenyum.
“Ilya sorang
aje ke kat rumah?” Tanya Puan Fakhira.
“Tak.
Ada umi dalam bilik. Tapi umi tengah sakit. Tak boleh nak layan pak cik dengan
mak cik. Maaf.” Lembut tutur nada suaranya. Dia menunduk kemudiannya.
“Umi
sakit apa? Teruk ke? Boleh mak cik lawat umi Ilya?” Pinta Puan Fakhira.
Ilya
angguk. Dia bangkit diikuti Puan Fakhira, Encik Zamil dan juga Fikri. Ilya bawa
tetamunya ke sebuah bilik di sebelah ruang tamu. “Umi.. Ada orang nak melawat
umi.” Beritahu Ilya perlahan.
Puan
Imsyar buka mata perlahan. Dikeliling katilnya ada dua orang yang dia tidak
kenali. Dan seseorang yang seperti pernah dia nampak sebelum ni. Dia pandang
anak gadisnya. Ilya senyum segarit sebelum mengangguk. Mengiyakan apa yang
difikir oleh uminya.
“Ehh tak
apalah, puan. Baring aje. Kami faham dengan keadaan puan sekarang ni.” Ayat
Puan Fakhira buatkan Puan Imsyar rebahkan semula tubuhnya di katil. Puan
Fakhira urut lengan Puan Imsyar seolah mereka sudah kenal lama.
“Dah
berapa lama jadi macam ni?” Tanya Puan Fakhira. Sementara Encik Zamil dan Fikri
hanya mendengar.
Sekali lagi mata Fikri
meliar di ruang kamar ini pula. Beginikah keadaan rumah perempuan ini?
“Dah nak
masuk seminggu.” Dengan tersekat-sekat, Puan Imsyar bersuara. Ilya membantu
dengan mengurut dada uminya yang sakit.
“Dah
bawa jumpa doktor?”
Ilya dan
Puan Imsyar berpandangan. “Belum.” Perlahan jawaban Ilya.
“Kenapa
tak bawa?” Prihatin, Puan Fakhira menyoal.
“Nanti melarat macam mana?” Jelas kerisauan di wajah wanita itu.
“Kami bukan
orang senang, mak cik. Saya tak ada duit nak bawa umi jumpa doktor. Ini pun saya
terpaksa tangguh pengajian saya sebab nak jaga umi.”
Puan
Fakhira berpandangan dengan suaminya. “Jom. Kami bawa puan jumpa doktor.”
Ilya
serba salah. Dia bersuara macam tu bukan bertujuan mahu meminta simpati dari
mana-mana pihak. “Ehh tak payahlah, mak cik. Susahkan mak cik sekeluarga aje.”
Puan
Fakhira senyum. “Apa pula susahnya. Kami menolong apa yang kami mampu aje.”
“Tak
payahlah, puan. Nanti sakit saya ni hilanglah.” Puan Imsyar menolak.
Fikri
bangkit tiba-tiba. “Hmm.. Tak apa, biar Fik suruh doktor datang sini.” Dia
terus melangkah keluar dari bilik itu. Halaman rumah dia hampiri mahu
menghubungi doktor yang dia kenal di sini.
Selesai
berbicara dengan doktor itu, dia menoleh mahu masuk kembali dalam rumah. Tapi
langkahnya mati bila nampak Ilya keluar mendekatinya. Fikri hadiahkan senyuman
pada Ilya.
“Mana
awak tahu rumah saya kat sini?” Tanya Ilya. Cukup terkejut dirinya bila ada
orang memberi salam tadi. Sesuatu yang tidak pernah dia alami sepanjang
berpindah ke sini.
“Classmate awak yang kasi.”
“Kenapa
awak datang sini?” Soalan lain pula dia beri.
“Sebab
saya nak jumpa awak. Saya rindu nak rasa roti yang selalu awak buat.”
“Awak
boleh buat sendiri roti tu. Tak perlu tunggu saya.”
“Tapi
roti tu lagi sedap kalau awak yang buat.” Fikri tak nak kalah.
“Fikri..” Panggil Ilya perlahan.
“Huh?”
“Terima
kasih.” Senyum.
Fikri
tak faham untuk apa ucapan terima kasih tu. “Sebab?”
“Sebab
awak.. Awak dengan kedua orang tua awak orang pertama yang datang sini. Selama
saya berpindah ke sini, tiada satu orang pun yang datang. Dia orang tak nak
kawan dengan saya. Orang kampung pulau saya dengan umi.” Kolam mata Ilya dah
panas.
“Saya..
Saya tak faham.”
Ilya
senyum. Tak perlu untuk lelaki ini faham. “Jomlah masuk.”
“UMI!”
Fikri
yang baru sahaja melintasi bilik Puan Imsyar segera menapak masuk dalam bilik
itu selepas dengar jeritan Ilya dari dalam. Bila masuk, dia nampak wajah Ilya
yang penuh dengan air mata. Terpinga-pinga sekejap.
Puan
Fakhira yang baru masuk terus menerpa Ilya dan Puan Imsyar yang terbaring.
“Kenapa ni?” Soalnya kalut.
Ilya
angkat wajah. “Umi.. Umi..” Makin banyak air mata yang menghujani wajahnya.
Puan
Fakhira segera mendapatkan Puan Imsyar yang sudah pucat lesu wajahnya. Lengan
Puan Imsyar dipegang. Sejuk. Kaki wanita itu juga dipegang. Juga sejuk. Hatinya
sudah tidak tenteram. Lantas ditepuk pipi Puan Imsyar perlahan.
“Akak!”
Puan
Imsyar tidak menyahut.
“Akak!”
Masih
lagi sama. Puan Fakhira cari nadi di pergelangan tangan wanita itu. Tiada!
Segera dia menggeleng. Innalillahiwainnailahirajiun. Dari Dia kita datang,
kepada Dia kita dikembalikan.
“Umi!”
“BETUL NI, FIK?”
Fikri
angguk. Dia pasti dengan keputusannya.
“Kamu
dah fikir masak-masak?”
Fikri
angguk lagi. “Dah, yah. Fik dah habis fikir dengan semua ni.Tapi.. Ibu dengan
ayah akan bantu Fik, kan?”
Puan
Fakhira berpandangan dengan suaminya. “Ibu dengan ayah selalu ada dibelakang
Fik. Fik buat sahaja, apa yang Fik rasa betul.”
Fikri
berjalan masuk bersama kedua orang tuanya. Dia berhenti dihadapan seseorang
sebelum menoleh pandang Ilya dihujung sana. Wajah gadis itu seperti gadis yang
tidak punya perasaan. Kosong. Tiada seri langsung.
Dia
mengeluh sebelum duduk. Lafaz basmallah disebut dalam hati sebelum tangan
kanannya diangkat mahu berjabat tangan dengan seorang lelaki dihadapannya.
“Aku
terima nikahnya Ilya binti Imran dengan mas kahwinnya seribu seratus ringgit,
tunai.” Jelas di pendengaran semua orang dalam masjid itu lafaz ijab qabul
Fikri malam itu.
Doa
diaminkan.
Ilya..
Saya tak janjikan kekayaan sepanjang kita membina masjid ini. Saya hanya
janjikan sebuah kebahagiaan, kemanisan tulus lahir dari hati saya untuk awak.
Pernikahan ini bukan bertujuan saya mahu membebankan awak. Tapi saya mahu awak
bergembira dengan insan lain seperti saya selepas kehilangan umi awak. Saya
mohon.. Mohon terima saya menjadi yang halal untuk awak. Selamanya..
P/s: Aku tak tahu kenapa pengakhirannya macam ni. Just read, and
leave. Nak komen pon boleh. Thank you.