"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Tuesday, July 14, 2015

Truth or Dare -40-




Aireen termanggu sendirian. Dia pandang kiri, orang ramai lalu lalang. Dipandangnya ke kanan pula, juga sama. Tak cerita lagi bila dia pandang depan dan belakang. Masih juga dipenuhi orang yang lalu lalang. Dia mengeluh penat.

            Bila pandang jam, dia rasa macam nak menjerit. Dah satu jam dia menunggu kat sini. Tapi bayang Fawwaz langsung dia tak nampak. Mana suami aku pergi ni? Kata nak ajak tengok wayang. Siap bagi amaran kat aku lagi cakap jangan lambat. Tapi sekarang, siapa yang lambat sebenarnya?

            Aireen tak boleh sabar. Sudahnya, dia capai telefon dalam beg tangannya. Nombor suaminya didail. Tak sampai beberapa saat, telinganya menangkap suara operator yang tekun menjalankan tugasnya siang dan malam bila orang yang didail tidak berangkat. Terima kasih kak operator. Nasib kau ada. Kalau tak, sampai ke tengah malam nanti aku tak tahu yang suami aku tak tengok langsung telefonnya.

            Dia hembus nafas kemudiannya. Nombor pejabat Fawwaz didailnya selepas tu. Lepastu dengar suara Maria, setiausaha Fawwaz menjawab.

            “Assalamualaikum.. Reen ni.” Sapanya malas. Kalau bukan sebab suaminya, tak ada masa dia nak telefon. Buat buang habis bil telefon aje.

            “Waalaikumussalam.. Ada apa Puan Reen?” Tanya Maria ceria. Dah memang tugasnya macam tu. Kena sentiasa ceria bila menjawab panggilan. Dapat duit okeh. Siapa tak nak..

            “Hmm, bos Mar ada tak?” Tanyanya pada Maria. Aireen sabar menanti.

            “Bos? Ada. Kenapa puan?”

            Terbuka mulut Aireen sebab terkejut. Okay, tak puas hati sebenarnya. Rasa macam memang betul-betul dia nak menjerit kat sini. Dia yang tunggu lelaki tu separuh mati kat sini, sanggup tak makan dari tengahari sebab ingat nak makan bila keluar dengan lelaki tu, tapi Fawwaz,, Grrr!

            Aireen pejam mata. “Ohh..” Dia hembus nafas. “Cakap kat dia, saya kirim salam maut.” Aireen terus letak panggilan. Hati dia, sakit sangat. Amat.


HELLO? Hello? Puan?”

            Fawwaz baru sahaja keluar dari biliknya sebaik sahaja mendengar setiausahanya tengah bercakap di telefon. Dia pandang Maria yang berkerut tu. “Kenapa ni?” Tanya Fawwaz pelik.

            Maria pandang bosnya. Gagang telefon diletakkan. “Saya pun tak tahu kenapa sebenarnya. Tetiba aje terus letak telefon.” Maria garu kepalanya. Sesekali rambutnya yang terjuntai diselitkan belakang telinga. Berkerut-kerut dahinya saat ni.

            “Siapa tadi tu?” Kotlah ada orang nak buat tak baik ke.

            “Puan Reen,”

            Fawwaz kerut dahi. Ai? Ai telefon pejabat? Ada apa? Bukankah selalunya, isterinya itu akan menghubunginya langsung? Dia pandang telefon ditangan. Hmm patutlah. Dia buat flight mode tadi. Tak nak orang ganggu. Lepas dah offkan flight mode, ada tiga panggilan tidak berjawab diterimanya dari isterinya.

            “Hmm bos.. Puan Reen ada tinggalkan pesan.” Tak tahulah samada pesanan ni wajar untuk dia sampaikan pada bosnya.

            “Apa dia?”

            “Dia,, kirim salam maut kat bos.” Lambat-lambat Maria bersuara.

            “Hah?!”

            Maria menggeleng. “Dengar dari suara, Puan Reen macam tengah marah. Bos gaduh dengan dia ke?” Soal Maria.

            Fawwaz garu cuping telinganya. Ai kirim salam maut? Pada aku? Gila! “Pagi tadi kitaorang okay aje.” Hah betullah. Pagi tadi diaorang okay. Sampai sempat dia berjanji dengan isterinya nak bawa tengok wayang petang karang. Ni kenapa tiba-tiba sampai nak kirim salam maut kat aku?

            Ehh jap, jap!

            Fawwaz pandang jam tangannya. “Ya Allah!” Kuat suaranya mengejutkan staf yang lain. Dia tepuk dahi tiba-tiba.

            “Kenapa bos?” Tanya Maria kalut. Terkejut dia dengar suara bosnya yang kuat daripada biasa. Kenapa? Yang lain yang duduk berdekatan pun nak tahu cerita.

            Fawwaz terus berlari laju ke arah lif. Berlari tanpa tinggalkan jawapan pada setiausahanya. Isterinya lagi pentinglah sekarang ni. Habislah aku. Macam mana boleh lupa pasal temu janji tu?

            Fawwaz kembali berlari masuk semula dalam pejabatnya bila dia ingat yang dia tertinggal kunci kereta. Bersepah sudah segala kertas kerja atas mejanya bila gugusan kunci keretanya berada di bahagian paling bawah segala macam kertas.

            Ai, my dear. Tolong jangan merajuk. I tak reti pujuk!


FAWWAZ melangkah masuk. Mengeluh dia bila nampak batang tubuh isterinya di ruang tamu. Berbaju tidur warna biru muda. Rambut panjangnya diikat kuda. Ditangannya ada satu bungkus makanan ringan. Matanya itu galak pandang televisyen yang tersiar drama Korea. Langsung tak menoleh pada dirinya di sini.

            Pintu ditutup. Kunci kereta disangkutkan di key locker. Dia berjalan penuh lemah ke arah isterinya. Punggungnya dilabuhkan di sebelah isterinya. Rapat sampai bahu dan paha mereka berlaga.

            Aireen menoleh. Ditahan segala sumpah seranahnya pada suaminya ini. Dia tarik nafas panjang sebelum tersenyum. “Dah balik? Sorrylah I tak perasan.” Katanya tanpa nada. “Nak air tak? Ohh, I sempat pergi Secret Recipe tadi, kejap I ambilkan kek untuk you.” Sambungnya lagi. Aireen letakkan bungkusan jajan disofa sebelahnya sebelum dia bangkit.

            “Ai..” Panggil Fawwaz. Tapi hampa bila isterinya menonong berjalan ke dapur. Dia raup wajahnya kasar. Rambutnya digosok kuat. Serabut.

            Makan malam, malam inilah Fawwaz rasa antara makan malam yang paling bosan dia pernah lalui. Selalunya, ada sahaja yang isterinya mahu ceritakan padanya bila tiba waktu makan malam. Tapi hari ni, huh. Dia sedar salah dia. Dia yang lupa dengan janjinya pada Aireen.

            “Ai..” Fawwaz tahan langkah isterinya. Dia kena betulkan salahnya juga malam ni. Kalau tak, memang sampai bila-bilalah Aireen akan dingin dengannya.

            Aireen berhenti. Tapi dia tidak menoleh. Menunggu ayat Fawwaz yang seterusnya. Hati dan perasaannya masih lagi sebal dengan lelaki ini. Kalau tidak ikutkan rasa sabarnya, dah lama dia tumbuk lelaki ni. Aireen memang pantang pada orang yang tak tepati janji ni. Lagi-lagi yang buatkan dia terpaksa menunggu sehingga satu jam. Tak! Satu jam dua minit.

            “I’m sorry.” Tangan Aireen digenggamnya. “I.. I betul-betul terlupa pasal janji I petang tadi. I,” Fawwaz menggeleng. “I am so sorry. Again, I’m sorry.” Sambungnya tak putus-putus memohon maaf.

            “Okay.” Balas Aireen perlahan. Orang dah minta maaf kan. Tapi hatinya tetap juga sakit. Tengoklah kalau hati dia terbuka nak maafkan Fawwaz dengan ikhlas nanti.

            “Just like that?” Fawwaz tak puas hati. Walaupun dia tak tahu berapa lama isterinya terpaksa menunggu, dia masih rasa tak puas hati kalau isterinya memaafkannya dengan senang sebegini.

            “Then, what you expect from me?” Soal Aireen sinis.

            “Atleast, hukum I.”

            Aireen senyum sinis. Hukum dia? Wajarkah?

            “You should punish me for what have I done, Ai.

            Aireen angguk. Baik. Kalau dia nak sangat aku hukum dia. Bukan aku yang nak sangat pun buat macam ni, dah dia sendiri yang minta. Tak salahkan kalau orang menjual, sekali sekala aku membeli? “Tidur kat luar malam ni.” Hukuman dijatuhkan.

            “What?!” Terjerit kecil Fawwaz bila dengar hukumannya malam ini.

            “Tiada siaran ulangan. Terima kasih.” Aireen panjat anak tangga tanpa langsung menoleh pada suaminya. Biar. Biar dia rasa. Dia yang nak sangat, kan?


P/s : As I told before, cerita ni akan berhenti kat sini. Ehh, tapi belum tamat lagi lorh. Insya-Allah kalau ada rezeki akan dibukukan. Last but not least, thanks for those yang membaca cerita ni dari awal sehinggalah part ini. Once again, thanks.

Dan blog ni kembali menyepi.

Sunday, July 12, 2015

Truth or Dare -39-




Aireen senyum. Sesekali udara di negara orang ini dihirupnya. Sangat melegakan otak. Dia berdiri di balkoni di mana tempat penginapan mereka sepanjang berada di bumi arab ini. Dalam hatinya tak putus-putus mengucapkan syukur pada Illahi kerana mengabulkan doanya selama ini. Mengerjakan umrah bersama suami sememangnya menjadi impian Aireen Humaira semenjak dahulu lagi.

            Pintu gelangsar ditutup selepas puas menghirup udara segar. Langsir juga ditarik supaya menutupi pintu gelangsar. Kakinya melangkah ke katil. Direbahkan tubuhnya di atas katil.

            “I baru on telefon, dapat mesej dari Ham yang Nis dah selamat bersalin tiga hari lepas.” Beritahu Fawwaz yang lagi tersenyum memandang skrin telefon.

            “Really? Alhamdulillah.” Aireen senyum. Nisa dah selamat melahirkan anak mereka pun dia dah rasa bersyukur. Sekurangnya, Nisa adalah peneman selepas ni kalau-kalau Ilham outstation. Tak adalah minah tu duk bergesel dengan aku lagi dah.

            Aireen pandang suaminya pula. Bagus betullah laki aku ni. Esok nak balik Malaysia, hari ni baru dia buka telefonnya? Hah cakap orang, kira baguslah tu. Ada juga niat dia nak on telefon. Dari aku.. Dari sampai Makkah ni sampai nak balik Malaysia dah esok, niat nak buka telefon pun tak ada. Telefon dia simpan kat mana pun dia tak ingat dah!

            “Baby boy. Comel..” Sambung Fawwaz lagi. Tersenyum-senyum bibirnya bila melihat gambar bayi lelaki yang dihantar Ilham padanya. Nak buat aku cemburulah tu!

            “Tahu..” Balas Aireen malas. Dia mengantuk, tapi matanya tak nak lelap. Tak tahulah kenapa. Mungkin dah tak sabar nak balik Malaysia. Tapi dia rindu bumi Makkah ni! Rasa macam sayang pula nak balik Malaysia.

            Fawwaz toleh pandang isterinya. “Tahu? Dari mana?” Berkerut-kerut dahi dia menyoal. Sebab setahunya, isterinya tak ada belajar ilmu menilik orang.

            Aireen mendongak. Gulp! Alamak, dia dah terlepas cakaplah. Lantas dia tersengih. “Teka sendiri.”

            Fawwaz pandang isterinya tak percaya. “Iya ke ni?” Soalnya tak percaya. Nadanya pun dah tak percaya. Matanya dikecilkan. Mencari kepastian.

            “Hmm..” Aireen garu dahinya. Dia duduk dan bersandar di kepala katil. “Actuallykan, Nis buat scan jantina baby senyap-senyap.” Lambat-lambat ayat Aireen terluah. Dia takut nak pandang suaminya. Takut kalau suaminya marah sebab dah berkomplot dengan Nisa.

            “You teman dia?”

            “Ehh tak!” Potong Aireen laju. “Sumpah.” Dia angkat tangan tanda bersumpah. “Nis yang beritahu I pasal tu. And dia cakap jangan beritahu sesiapa.” Aireen telan liur.

            “Bila kauorang dapat tahu?”

            “Bulan lepas.”

            Nampak Fawwaz menggeleng. “Tak baiklah berkomplot dengan orang. Kan dah kena tanggung sekali dosa si Nis tu.”

            Aireen menunduk. “Tahu. Habis I dah terlanjur janji dengan dia, kan.” Dia bermain dengan jemarinya.

            “Dah. Lain kali jangan buat lagi. Kalau nak buat juga, atleast biar I tahu sekali. Biar kita sama-sama kongsi dosa.” Gelak.

            Aireen dah melongo kat situ. Apakah?


SAMPAI sahaja di Malaysia, mereka terus pulang ke rumah. Mereka berehat di rumah selama dua jam sebelum bergerak ke rumah Nisa dan Ilham. Nak tengok baby baru. Penat lelah yang melekat di tubuh semuanya hilang bila niat nak tengok baby lebih menguasai diri.

            Sampai sahaja di rumah pasangan tu, mereka disambut oleh Ilham dengan senyuman. Nampak wajah ceria lelaki tu. Ilham dan Fawwaz berpelukan seketika sebelum lelaki itu menjemput kami ke dalam rumah.

            “Lebar betul senyuman kau.” Usik Aireen. Dia pandang keliling rumah. “Mana Nis?” Soalnya. Tak sabar betul nak jumpa minah tu.

            “Nis ada kat atas. Pergilah naik tengok. Ajak Nis turun sekali.” Suruh Ilham. Lepastu dia terus berbual dengan Fawwaz. Banyak betul cerita dua lelaki ni. Tak pernah habis gamaknya.

            Aireen panjat anak tangga. Tiba di satu pintu yang terbuka, kepalanya dijengahkan masuk ke dalam. Nampak seorang wanita tengah mengendong bayi di atas katil. “Nis?” Panggil Aireen. Kotlah orang lain ke. Memang dia cabut terus turun bawah. Ingat dia ni berani sangat ke?

            Nisa menoleh. Tersenyum melebar sampai ke telinga wanita tu bila nampak kawan baiknya di pintu bilik. “Weh, Reen! Masuklah.” Ajaknya. Nak melompat macam selalu bila dah lama tak jumpa, dah tak boleh dah.

            Aireen menapak masuk. Dia duduk di hujung kaki Nisa. Nampak Nisa tengah susukan anaknya tu. Comel aje aku tengok. “Dah jadi mak dah kau sekarang eh. Dulu nerd je aku tengok.” Usik Aireen sambil mengekek ketawa.

            Nisa gelak. Perlahan ajelah dia gelak kali ni. Nak gelak kuat-kuat tak boleh. “Ceh, ada penghinaan kat situ.” Balasnya sambil senyum. Dia tutup selakan bajunya. Bayi dalam dukungan diserahkan pada kawannya.

            Aireen sambut bayi itu tanpa rasa kekok. Mungkin lepas dah selalu pegang anak Along dan anak abang iparnya, rasa kekok tu berjaya dikikisnya. “Nama apa ni weh?” Sambil mencium dahi baby lelaki dalam gendongannya. Wangi. Bau syurga.

            “Muhammad Fakhrul Aiman.” Beritahu Nisa dengan bangganya. “Panggillah apa yang kau nak panggil.” Tambahnya lagi lepas tu. Jangan panggil dengan nama yang pelik-pelik sudahlah. Memang tak cukup tanah nanti Aireen lari.

            Aireen angguk. Kali ni, pipi Fakhrul pula diciumnya. Kenapa comel sangat ni? “Diaorang yang lain dah datang tengok?” Tanya Aireen.

            Nisa angguk dua kali. “Dah. Hari aku bersalin tu, diaorang terus datang hospital.” Balas Nisa. Dia capai tudung segeranya yang tersangkut di kepala katil. Tudung itu disarungkan di kepala. Nasib baiklah dia memang dah pakai baju lengan panjang.

            “Kau pantang kat sini ke?” Tanya Aireen lagi. Mata pandang Fakhrul sementelah telinga pada Nisa. Aireen memang suka budak-budak. Sama macam Fikri dan Ishalah. Tapi tak adalah suka sangat macam dua manusia tu.

            “Ha’ah. Dah mak aku dengan mak Ham gaduh pasal tempat aku nak berpantang. Sudahnya, Ham suruh aje aku pantang kat rumah. Habis cerita.” Terang Nisa. Dia bangkit. Bersedia nak turun. Macam tak seronok pula kalau Fawwaz masih lagi tak tengok wajah anaknya. Takkan lelaki tu nak masuk bilik pulak kan?

            Aireen gelak. Macam tu pun boleh bawa gaduh juga ke? Lawak. Dia juga ikut sama bangkit dengan berhati-hati. Pintu bilik mereka tuju. Anak tangga dituruni mereka satu demi satu sehinggalah sampai ke tingkat bawah.

            Ilham bantu Nisa duduk sementara Aireen ambil tempat di sebelah Fawwaz. Fakhrul masih lagi dalam gendongannya. “Aku bawa Fakhrul balik boleh tak?” Tanyanya selamba. Comel gila weh. Macam nak culik aje.

            Dengar Ilham dengan Fawwaz gelak. Jelingan dari Nisa, Aireen balas dengan sengihan. Tahu, tak boleh. “Aku penat mengandung bawa dia ke hulu ke hilir, bersalin lagi, sesenang kau aje nak bawa dia balik.” Nisa dah cekak pinggang.

            “Ehh, kalau aku bawa dia balik pun kau boleh buat apa aje? Nak lari kejar aku?” Aireen gelak. Fakhrul sekali lagi digomolnya.

            Nisa jeling kawannya sekali lagi. Langsung tak makan hati dengan bicara Aireen Humaira ini. Dia dah lama berkawan dengan wanita ini. Segala perilaku dan kerenah wanita ini sudah ada dalam kocek kehidupannya.

            “Ni siapa yang masak?” Tanya Nisa pada Ilham bila matanya terpandang mee goreng atas meja dihadapan mereka. Sebab setahunya, Ilham tak masak makanan selain nasi dan beberapa lauk-pauk untuk hari ini. Takkan Aireen dengan Fawwaz yang bawa kot?

            “Fa yang masak. Biy tolong tengok aje.” Beritahu Ilham sambil tersengih. Tak sangka pula dia yang Fawwaz boleh masak mi goreng. Sebab setahunya, lelaki tu memang tak suka dengan mi goreng.

            “Kau masak? Pandai pula.” Nisa gelak. Tak tahu pula dia yang suami Aireen ni pandai memasak.

            “Kau pertikaikan kebolehan memasak aku ke apa ni?” Tanya Fawwaz dingin. Ingat orang perempuan aje ke yang pandai masak? “Kalau aku tak pandai masak, memang mati kebulurlah laki kau ni masa belajar dulu,” Tambahnya lagi. Ilham gelak.

            “Tak cakap pun. Aku hanya bertanya.” Ujar Nisa. Dia sandarkan tubuhnya di kepala sofa. Pandang Aireen yang masih lagi menggomol anaknya. Yang ajaibnya, anaknya langsung tak merengek. Masa dia dengan Ilham gomol budak tu, bukan main kuat dia teriak.

            Aireen pandang Fawwaz di sebelah. “Nah! Pegang ni kejap. Orang nak makan.” Sambil hulur Fakhrul pada Fawwaz. Tergoda pula dia bila nampak mi goreng depan mata. Sebab kat rumah, Fawwaz memang jarang goreng mi ni. Itu yang terliur.

            Fawwaz yang tengah pegang cawan di tangan, pantas letakkan cawan tu atas meja dan sambut huluran isterinya. Berhati-hati dia gendong Fakhrul. Sekarang, dia pula yang ambil alih menggomol Fakhrul.

            “You dah makan belum?” Soal Aireen pada Fawwaz yang lagi tersenyum pandang Fakhrul.

            “Belum. Lepas you sudah makan nanti, I makan lah.” Ujarnya. “Atau, you nak suapkan I?” Selambanya bersama senyuman nakal.

            “Kenapa? Tak boleh ke I suapkan you? Salah?” Aireen jongket kening. Urat mi goreng dipusingkannya dengan bilah garfu. Bila gulungan mi dah membesar, dia sumbat masuk mulut. “Serius ni dia masak?” Tanya Aireen pada Ilham.

            Ilham angguk. “Kenapa? Mesti tak sedap kan?”

            Aireen senyum. Kemudian dia jungkit bahu. Suruh Ilham rasa sendiri kalau nak tahu sedap atau tidak masakan Fawwaz ni. Aireen suakan garfu yang berisi gulungan mi goreng pada mulut Fawwaz di sebelahnya.

            Fawwaz yang terpinga-pinga lantas menjongketkan keningnya. Kenapa tetiba bagi aku?

            Aireen mengeluh. Bengang dengan suaminya. “You yang suruh I suapkan tadi kan?” Dia yang suruh, dia sendiri yang lupa. Apadaa..

            Fawwaz senyum senget. Dia main-main ajelah tadi. Tak sangka pula isterinya ambil serius. Lantas dia bukakan mulutnya. Dan tak sampai beberapa saat, mi goreng yang dimasaknya tadi bersama Ilham, selamat masuk dalam mulutnya. Hmm, sedap!

            Sementara Nisa dan Ilham, mereka berpandangan sebelum satu senyuman terukir di bibir masing-masing. Kalau bukan dengan rancangan mereka, pasti dua manusia ini takkan bersatu macam sekarang. Semoga, ikatan yang mereka bina akan kekal sehingga jannah. Amin.

 **********

AIREEN terjaga dari lenanya bila rasa tubuhnya terlampau sejuk. Bila pandang tubuhnya yang terbaring, baru dia tahu kenapa tubuhnya terlampau sejuk sebegini. Hmm patutlah, tak pakai selimut rupanya. Lantas selimut yang berada di hujung kaki ditariknya sampai paras lehernya. Lega sikit.

            Dia toleh pula ke kanan, nampak wajah penat Fawwaz tengah tidur. Lengan kanan lelaki itu diletakkan atas dahinya. Memang penat sangatlah tu. Dan bila nampak di mana dia sekarang, baru dia tersedar yang dia dah berada dalam bilik.

            Bila aku masuk sini? Bukan tadi aku tengah siapkan kerja kat ruang tamu ke? Takkan aku tertidur kat sofa kot. Dah tu, siapa yang angkat aku? Fawwaz?

            Aireen mengeluh. Dia pandang jam, dah jam dua pagi. Setahunya, kerja yang dia buat tadi masih belum siap. Lantas dia selak selimut dan melunjurkan kaki ke lantai. Bersedia nak bangkit bila rasa ada tangan menahannya dari terus berdiri. Aireen kembali duduk di katil.

            “Pergi mana?” Suara itu menyoal. Aireen menoleh. Matanya bertentang dengan mata Fawwaz. Dia nampak perlahan-lahan lelaki itu duduk dan meraupkan wajahnya. “I baru angkat you bawa naik atas, tahu tak?”

            Aireen garu lehernya. “Nak turun bawah, siapkan kerja.” Takut-takut dia menjawab.

            “Kalau I tak kasi?”

            Aireen mendengus. “Kena kasi juga.” Dia pandang Fawwaz yang tengah raupkan wajahnya itu. “You tahukan yang I tak suka tangguhkan kerja?” Soalnya.

            Fawwaz angguk. “I tahu, tapi janganlah workaholic sangat, sayang. Kesihatan tu kena jaga jugakan? Nanti dah sakit macam mana?” Lembut bicara Fawwaz. “I pun banyak juga kerja,” Dia senyum. Sengaja tidak mahu menyambung ayat seterusnya.

            Fawwaz rebahkan tubuhnya kembali. Selimut ditarik sehingga paras pinggangnya. Dia kemudiannya menepuk pula bantal Aireen yang masih kosong tanpa penghuni. Cara halus menyuruh isterinya kembali berbaring dan tidur.

            Aireen mengeluh. Dia lupa satu hal bila dia sudah berkahwin ini. Dia bukannya masih bujang lagi untuk tidur jam empat lima pagi. “Okay, fine.” Dia rebahkan juga tubuhnya.

            “Come.. Hug me, my dear.” Fawwaz letak tangannya di pinggang isterinya.

            “Huh, no!” Tentang Aireen. Dia ada bawa bantal peluknyalah. Buat apa nak peluk suaminya lagi?

            Fawwaz menggeleng. Lantas tubuh yang terbaring sama di sebelahnya itu ditariknya merapat ke arahnya. Tubuh isterinya dipeluk erat. “Tiada jawapan no kalau I bagi arahan.” Tambahnya bersama mata yang mula dipejamkan. “Good night, sayang.” Ucapnya.

            Tanpa sedar, Aireen tersenyum.

Friday, July 10, 2015

Truth or Dare -38-


Aireen ketuk pintu yang tertulis nama Ammar Airiz Muhd. Aidil itu. Lepas disuruhnya masuk, Aireen tolak pintu kaca tu dan masuk ke dalam. Nampak Alongnya tengah pandang kertas kerja di atas mejanya. Khusyuk sekali.

            “Yes?” Tanya Aireen. Pelik juga dia bila dipanggil Along ke biliknya. Tak pernah-pernah pula Along sampai suruhnya datang sini. Ada apa-apa yang berlaku ke?

            “Have a seat, Ai.” Suruh Ammar lagak tegas. Bila dipejabat, dia memang berubah karakter sembilan puluh peratus. Lagi sepuluh peratus? Memang dia akan berlagak biasa.

            Aireen ikut arahan. Dia tarik kerusi dan duduk disitu. Dia pandang Alongnya kembali. Nampak tali leher Along sudah terbuka sedikit. Bilik bukan main sejuk, takkan masih panas juga kot?

            Ammar silang tangan ke dada. Apa dia nak bahasakan dirinya dengan adiknya ni? Saya ataupun Along? Dan apa pula dia nak panggil adiknya? Ai ataupun Puan Ai? Ahh inilah susahnya kalau kerja bawah satu kompeni yang sama.

            “Along dapat repot dari staf Ai,” Panggilan seperti biasa menjadi pilihannya. Macam yang cikgu sekolah menengahnya selalu bilang, cakap sesuatu yang buat kita faham. Buat apa nak cakap benda yang berbelit sampai tergeliat lidah sudahnya kita tak faham apa-apa?

            Aireen jongket kening. Dapat repot dari staf aku? Pasal apa? Selama ni tak pernah-pernah pun buat repot. Kenapa kali ni ada pula?

            “Diaorang cakap yang Ai jarang senyum. Selalu sangat serius sampai diaorang kekadang takut nak berurusan dengan Ai.” Sambung Ammar lagi. Sebenarnya, dia malas nak panjangkan benda ni sementelah dia sendiri tahu yang adiknya ni memang jarang tersenyum. Tapi bila dah acapkali dia menerima laporan mengenai senyuman adiknya yang disembunyikan itu, dia terpaksa juga bersuara mengenai benda ni.

            Aireen gelak. “Pasal senyuman Ai pun diaorang peduli, kenapa?” Aireen mengeluh kemudiannya. “Salah ke Ai tak senyum?”

            Ammar jungkit bahu. “Along tak kisah sebenarnya, tapi dah banyak kali diaorang repot pasal benda ni. Nak tak nak, Along tetap kena ambil tindakan juga.” Pen di atas mejanya dicapai. Sesekali pen bermata bola itu dipusing-pusingkan.

            “Tindakan apa? Nak denda Ai suruh senyum sepanjang hari?” Sinis Aireen menyoal.

            “Kalau dengan itu boleh buat diaorang puas hati, apa salahnya?” Balas Ammar.

            Aireen mengeluh. “You know me, kan? Ai memang dilahirkan berwajah sombong. I don’t care what people wanna says about me. It just, none of my bussines.” Aireen jungkit bahu. Peliklah dengan zaman sekarang ni. Pasal bos mereka tak senyum pun nak jadi isu.

            Ammar senyum. “Yeah, Along memang kenal Ai. Tapi diaorang? Diaorang tak kenal Ai.” Lembut Ammar berbicara.

            “Then, make them know the fact about me.” Aireen bangkit. Kerusi dibetulkan sebelum pandang Alongnya. “Got to go. Assalamualaikum dan terima kasih.” Aireen berlalu pergi dengan hati yang sebal. Memang nak kena staf-stafnya ni. Sesedap diaorang aje pergi repot kat Along pasal aku yang tak senyum ni. Memang ada dalam undang-undang syarikat ke yang setiap bos kena senyum?

            Aireen hanya pandang ke hadapan sambil berjalan. Dia sangat tiada masa nak menoleh pandang sekeliling. Dia sama sekali tak kisah andai dia diberi anugerah majikan paling sombong dalam dunia ni. Sekurang-kurangnya, dia dapat juga satu anugerah dari tak dapat langsung. Kan?

            Fail ditangan dihempasnya atas meja. Masih sebal dengan senyumannya yang dipertikaikan. Senyuman aku membunuhlah, sebab tu aku tak nak tunjuk. Tolonglah faham. Dia rasa nak menjerit. Tapi tiada guna kalau dia menjerit hanya disebabkan senyumannya yang menjadi isu. Memang tak matanglah tu nak menjerit pasal senyuman.

            “Kenapa ni?” Datang satu suara menyoal dari belakangnya. Aireen menoleh. Terkejut dia bila nampak Fawwaz duduk disofa disudut biliknya. Dia buat apa kat sini? Dan, bila dia masuk? Kenapa aku tak sedar?

            Aireen sandarkan tubuhnya di meja. Dia pandang Fawwaz. “You buat apa kat sini?” Soalnya pelik. Fawwaz takkan muncul kat sini kalau tak ada sebarang agenda. Aireen dah mula teka bermacam-macam benda yang buatkan lelaki itu ke sini.

            “Tengok muka you yang berkerut nilah,” Dahi isterinya yang berkerut itu digosoknya lembut. “Tak eloklah muda-muda dah berkerut macam ni. Kenapa ni?”

            Aireen mengeluh. Perlukah diberitahu lelaki ni pasal senyumannya yang menjadi isu hangat hari ni? “I peliklah..” Aireen labuhkan duduk dikerusi dihadapan mejanya. Dia pandang Fawwaz yang berdiri dihadapannya.

            “Pelik kenapa pula?” Fawwaz ikut duduk di kerusi yang disediakan disebelah isterinya.

            “You tahu, tadi I kena panggil dengan Along. Dan Along beritahu I yang staf I repot kat dia pasal I yang tak tahu nak senyum. Pelikkan?” Terangnya. Tubuhnya disandarkan di penghadang kerusi. Tangan dibawa silang ke dada.

            Fawwaz gelak. “Pasal tu pun diaorang nak buat repot?” Tanya Fawwaz hairan. Inilah kali pertama dia dengar repot yang macam ni.

            Aireen angguk. “Itu yang I tak puas hati tu.” Dia pandang tangan Fawwaz yang melekat di lengan blazer yang dipakainya. Haish tangan dia ni, suka sangat merayap. “I bukan tak nak senyum, I just tak nak diaorang pijak kepala.” Sambung Aireen lagi.

            Fawwaz senyum segaris. “Salah tu,”

            Aireen jongket kening. “Jadi apanya yang betul?” Berkerut sudah dahinya.

            “Zaman sekarang ni kan, apa yang kita rasa elok dan betul, tak semestinya dianggap elok dan betul di mata orang. Orang sekarang ni, suka sangat cari kesalahan orang. Contohnya macam sekarang ni lah. Bila you tak senyum, orang cakap yang you sombong. Bila you senyum pula, orang mungkin akan cakap yang you tak ada perasaan lain. Asyik senyum aje memanjang. Kan?” Selendang isterinya yang senget di bahu, dibetulkan.

            Aireen angguk. Apa yang terluah dibibir Fawwaz tadi tersangatlah betul. Orang sekarang ni suka sangat burukkan sesuatu yang betul dan betulkan sesuatu yang buruk. Selalu tak puas hati dengan apa yang dimiliki orang lain. Tengok macam akulah, aku tak senyum pun dah boleh jadi isu negara! Tak ke gila tu.

            “Jadi, apa yang kita perlu buat sekarang ni adalah.. Just be yourself. Pedulikan apa orang nak kata pasal you. Kelebihan dan kekurangan you takkan sama dengan orang lain. Sebab itulah manusia ni diciptakan berpasang-pasangan. Kekurangan isteri ditutupi dengan kelebihan suami, dan begitu juga sebaliknya.” Fawwaz senyum. Suka dia bila isterinya tekun mendengar setiap patah bicaranya.

            “Jadi diri sendiri?” Aireen menyoal sendiri.

            Fawwaz angguk. “That because, I love you just the way you are.” Fawwaz kenyitkan sebelah matanya pada Aireen sambil tersenyum. Dia bangkit kemudiannya, “Dah, jom.” Ajaknya.

            Aireen terpinga-pinga. “Pergi mana?”


            Fawwaz capai tangan Aireen dan berdirikan isterinya yang lagi duduk itu. “Lunch. I datang sini memang nak ajak you lunch pun.”


P/s : Kenapa aku rasa macam nak stopkan cerita ni sampai part 40 je? Any idea?

Sunday, July 05, 2015

Truth or Dare -37-




“Nah!” Aireen hulurkan satu mug nescafe untuk suaminya yang tengah menghadap laptop disofa ruang tamu. Kemudian, dia labuhkan duduk disofa yang lainnya. Tangannya capai remote control dan menekan setiap punat yang ada disitu. Dari siaran lain bertukar ke siaran yang lainnya. Maklumlah, mereka memang tak pasang Astro buat masa ni. Sebab mereka jarang ada di rumah. Membazir aje kalau pasang Astro tapi tak tengok pun siarannya.

            “Thanks.” Sekejap sahaja Fawwaz angkat wajah, lepastu dia sambung kembali kerjanya yang tergendala tu. Jari-jemarinya lincah menari-nari di atas papan kekunci yang disediakan. Sesekali dahinya dipicit. Sesekali jemarinya diletupkan menghilangkan lelah ditangan.

            Dia kembali angkat wajah bila dia teringat sesuatu. Sesuatu yang masih belum dikhabarkan pada isterinya. Sesuatu yang dia dapat siang tadi. Dan semestinya, sesuatu yang mengembirakan mereka berdua.

            “Ai..” Panggil Fawwaz. Bila Aireen menoleh pandangnya, digamit isterinya supaya duduk disisinya. Bersama senyuman kacaknya itu.

            Aireen bangkit dan labuhkan duduk disisi Fawwaz walaupun dia agak pelik dengan gelagat suaminya malam ni. Tengah sibuk buat kerja pun boleh nak berbual dengan aku? Kang nanti kerja tak siap macam mana? Jangan salahkan aku sudahlah. “Ada apa?”

            “I dapat satu surat siang tadi.” Fawwaz senyum. Masih mahu bermain tarik tali dengan isterinya.

            “Apa dia? You naik pangkat?” Teruja aje Aireen menyoal. Kalau Fawwaz dinaikkan pangkat, dia pun turut gembira dengan berita tu.

            Fawwaz kerut dahi. Kerja pun tak sampai setahun lagi takkan dah dinaikkan pangkat? Cepat gila, Aireen ni. “Nop. I hanya akan naik pangkat kalau abang I letak jawatan.” Balas Fawwaz. Yeah, itulah kebenarannya. Selagi abang tak letak jawatan, selagi itulah dia akan tetap dengan jawatannya yang sekarang ni. Itupun kalau Daddynya letak jawatan sebagai Chairman lah. Memang terus jawatan Daddy diserahkan pada abang, dan jawatan abang Fariez akan jadi miliknya.

            “Then, what?

            “Tak nak teka dulu?”

            Aireen letak jari telunjuknya dibibir. Memikirkan sesuatu yang mungkin. “Hmm, surat sambung belajar?” Tebaknya.

            Fawwaz gelak. “I tak pasang niat lagi nak sambung belajar. Unlesslah kalau you ada niat nak sambung belajar, I ikut aje.” Ujarnya ceria. Dia memang dah berjanji dengan dirinya sendiri, akan bersama dengan isterinya ke mana sahaja Aireen Humaira ni pergi.

            “Takkan surat poligami kot.” Gumam Aireen perlahan.

            “I’m heared that.” Fawwaz pandang sisi wajah isterinya. Suka sangat cakap perlahan-lahan. Fikir aku tak dengarlah tu.

            Aireen sengih. “Dengar eh? Sorry..” Dia pegang lengan ketak-ketak Fawwaz. Cara dia minta maaf memang akan pegang lengan orang. Tapi tengok keadaan juga. Takkanlah bukan mahram pun dia nak pegang lengan jugakkan? Memang naya kalau macam tu.

            “Don't you ever mentioned about that again.” Tegas bicara lelaki tu. Aireen telan liur. Dia tak sengajalah. Kan dah minta maaf tadi.

            “Okay. Tak sebut dah. Janji.” Aireen angkat tangan berjanji.

            Fawwaz senyum. Dia tak makan hati dengan ayat isterinya tadi, cuma dia cukup tak suka kalau perkataan poligami tu bertandang di bibir isterinya. “I dapat ni siang tadi,” Sambil tayang satu surat berwarna putih dan bercorak hijau ditangannya.

            “Apa tu?” Laju aje tangan Aireen rampas surat tu. Surat-surat dalam sampul tu dibacanya penuh tertib. Kesudahannya, dia tutup mulutnya sebab tak percaya dengan apa yang dibacanya di dada kertas ini. “No jokes, kan?” Soalnya pada Fawwaz.

            Fawwaz angguk. “Tak pernah nak main-main kalau pasal benda ni.” Dia senyum. Juntaian rambut yang menutupi dahi isterinya diselitkan belakang telinga. Sesekali rambut perang asli isterinya dielus lembut penuh kasih.

            “Akhirnya, sampai juga impian yang ni.” Aireen gembira. Berkaca matanya sebab terlampau gembira dengan apa yang didapatinya sekarang ni. Tak fikir apa, dia terus peluk tubuh sasa Fawwaz.

            Fawwaz senyum. Jika isterinya gembira, dia seribu kali lebih gembira. Lantas pelukan isterinya dibalas erat.

Saturday, July 04, 2015

Truth or Dare -36-



“Hai mak buyung. Sorry I’m late.” Aireen labuh duduk di sebelah Nisa yang tengah menjamah mee goreng dalam pinggannya. Semenjak mengandung ni, makanan faberet Nisa berubah jadi mee goreng. Sangat tak berkhasiat.

            “Sokay. Tak ada hallah. Aku dah ada peneman dah sekarang kalau kau lambat.” Sambil tunjuk pada perutnya yang semakin membengkak tu. Kemudian Nisa sengih tayang giginya.

            Aireen senyum. “Cemburu pula aku dengan kau, Nis.” Gelak. Diam tak diam, dah lapan bulan usia kandungan Nisa. Tinggal lagi sebulan sahaja sebelum dia melahirkan anak sulungnya.

            Nisa jongket sebelah kening. “Cemburu?” Aireen angguk. “Suruhlah Fawwaz mengandungkan kau cepat sikit. Alang-alang boleh jodohkan anak kita.” Seloroh Nisa. Mee goreng disuapnya lagi dalam mulut. Semenjak mengandung ni, nafsu makannya makin membuak-buak. Kerja nak makan aje.

            Aireen gelak. “Tak habis-habis dengan jodohkan anak kita tu kan.” Menggeleng. Dari malam pertama lepas Aireen bernikah dengan Fawwaz lagi isu jodohkan anak ni dah berleluasa. Memang Nisa ni nak sangat berbesan dengan dia ke?
            “Kenapa? Kau tak nak ke?”

            “Bukan tak nak,” Aireen betulkan letak duduk selendangnya yang senget. “Cuma, kalau semua anak kita lelaki macam mana? Takkan nak jodohkan juga?”

            Nisa diam. Tapi tak lama sebab lepastu dia senyum, “Tak apa. Kita jodohkan pula cucu cicit kita.” Gelak.

            Aireen pun sama juga gelak. Nis.. Nis.. “Mana Ham?” Tanya Aireen. Ingatkan Nisa datang dengan Ilham tadi. Tapi sampai sekarang, dia tak nampak pun bayang Ilham kat shopping mall ni.

            “Mana Fa?” Tanya Nisa pula. Aireen ni amnesia ke apa?

            Aireen terkaku sekejap. Lepastu dia senyum. “Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa?” Makin lebar senyumannya. Macam mana dia boleh lupa yang Ilham dengan Fawwaz ada futsal? Katanya mereka ada tournament dengan team lain.

            “Ha itulah, makan semut banyak-banyak lagi.” Baki sirap limau dalam cawan dihirupnya. “Dah, jom.” Ajaknya lepas buat bayaran.


NEXT? Tanya Aireen. Stereng kereta digenggam lembut. Sementara tunggu lampu merah bertukar hijau baik mereka buat keputusan tentang sesuatu.

            “Aku dah penatlah nak jalan. Kita pergi kat laki kita ajelah.” Ucap Nisa sambil sesekali mengusap perutnya. Penat berjalan pusing satu shopping mall beli baju baby dengan Aireen mula terasa. Macam nak pengsan.

            “Tak nak balik rumah? You look so tiredlah, my dear.” Pedal minyak ditekan. Kereta bergerak bila lampu bertukar hijau.

            Nisa usap perutnya lagi. “Baby nak tengok abi main bola, ye sayang?” Lembut suara Nisa berbual dengan janin dalam perutnya.

            Aireen tersentuh dengan keadaan itu. Bila pula dia nak ada anak? Dengan keadaan dia dan Fawwaz yang tengah sibuk dengan kerja lagi. Kalau bercuti pun, mereka masih tetap pandang kertas kerja yang bersepah. Ni, cuti hujung minggu kali ni, Fawwaz pula ada tournament dengan team futsalnya. Macam mana nak luangkan masa bersama?

            “Pergi kat diaorang eh?” Tanya Aireen. Nisa angguk sebelum mak buyung tu perlahan-lahan pejamkan matanya.


GELANGGANG futsal yang besar tu mereka masuki. Tak ramai sangat orang kat situ. Bila tengok jam, dah jam lima petang. Dari pagi tadi mereka keluar rumah, sampai sekarang tak pulang-pulang.

            “Dah habis ke?” Soal Nisa pada Aireen bila tengok orang ramai dah beransur pulang. Ada wajah yang kecewa, dan ada juga yang tersenyum macam dunia ni mereka yang punya.

            “Tak tahulah.” Nampak dari jauh Fikri yang tengah melambai-lambaikan tangan mereka pada dua wanita ni. “Tu Fik. Diaorang kat sanalah.” Beritahu Aireen menunjuk pada Fikri disatu sudut hujung gelanggang futsal.

            Aireen pimpin tangan Nisa melangkah ke sana. Hailah mak buyung ni. Dah cakap balik rumah aje kalau tak larat jalan, tapi tetap juga nak menapak kat sini.

            “Yow.. Macam mana? Menang tak?” Laju aje pertanyaan tu keluar dari bibir Nisa sebaik sahaja dia duduk di bangku logam yang disediakan. Okay, tubuh mak buyung ni memang penat, tapi mulut dia tak pernah penat. Pembelajaran baru untuk harini.

            “Alhamdulillah.. Nombor dua je.” Balas Johan yang tengah duduk melepaskan lelah di lantai gelanggang. Habis dah semua baju dibukanya.

            “Okaylah tu. Menang juga.” Nisa senyum. Walaupun tak datang tengok cara mereka menggelecek bola tadi, bahang kemenangan tu tetap dirasai.

            “Hei, kenapa tak rehat kat rumah aje?” Tu dia.. Suara Ilham menyapa. Lelaki tu datang dengan Fawwaz dan Farhan disampingnya. Wajah yang lencun dengan peluh diseka dengan kain yang tersangkut dileher.

            Nisa diam. Tidak menjawab. Sesekali dia tersengih. Tahu yang dia dah langgar arahan suaminya. Pesannya Ilham tadi setelah menghantar dirinya ke shopping mall, dia disuruh pulang sahaja ke rumah. Tak perlu susahkan diri menapak ke sini.

            Ilham pandang Aireen. Keningnya dijongketkan. Aireen jungkit bahu. “Aku ikut aje mana dia nak pergi. Aku ada juga suruh dia berehat kat rumah tapi dia,,” Aireen sambung ayatnya dengan menggeleng.

            “Alah biarlah dia nak berjalan. Nanti dah pantang, kan tak boleh jalan sangat dah.” Farhan sokong Nisa. Nisa senyum bila ada penyokong dibelakangnya. Siap buat thumbs-up lagi pada Farhan.

            “Pantang empat puluh empat hari ajelah, bang.” Aireen menambah. Empat puluh empat hari tu sekejap saja. Pejam celik pejam celik, cukup empat puluh empat hari.

            “Eh bukan seratus hari meyh?”

            “Depends pada orang tulah nak pantang berapa hari.”

            “Okay.. Pengetahuan baru untuk hari ni. Thanks.” Aireen angguk seraya tersenyum. Tak ada hallah!

            “Mana Kim? Dia tak join sekali ke?” Tanya Nisa bila nampak tiada Hakim bersama mereka.

            “He busylah lately.” Jawab Farhan. Hakim juga yang beritahu dia pasal kesibukannya tu. Iyelah, semenjak dia dinaikkan pangkat ni, dah lupa kawan dah. Ingat kerja aje.

            “Busy?” Aireen menyoal. Dia pandang Fawwaz yang tengah minum air tu. Elok sangatlah minum sambil berdiri. “Aku lagi busy kot nak dibandingkan dia.” Sambungnya lagi. Sangat tak puas hati dengan Hakim.

            “Aku pun tak faham juga dengan dia tu. Lately ni dia macam nak mengelak dari kita.” Cerita Farhan. Setiap kali dia ajak Hakim berkumpul sama-sama, setiap kali itulah Hakim akan beri bermacam alasan.

            “­Guys, husnudzon. Remember?” Amin mengingatkan kawan-kawannya. Kan ke mereka sendiri yang tetapkan prinsip itu dalam persahabatan mereka ini sebelum ni?

            Masing-masing terdiam. “Ya.. Maaf, aku lupa.” Aireen angkat tangan kanannya tanda minta maaf. Dia dah terlupa dengan prinsip yang satu itu.

            “Me too.” Nisa juga bersuara diikuti yang lainnya.


            Husnudzon tu sangat penting dalam sesuatu hubungan, tahu? Kita hidup ni, kenalah berbaik sangka dengan orang keliling. Mungkin Hakim memang ada hal lain yang buatkan mereka tak dapat berkumpul bersama. Kan?