Kenderaan yang mempunya enam gerabak itu berhenti di hadapannya buat kali
ketiga. Tertera dengan jelas di papan LED berwarna hitam yang bertulisan merah,
perkataan Sentul Timur. Sudah tiga kali jugalah dia melihat perkataan Sentul
Timur itu.
Kalau ikutkan, dia dah
boleh naik tren buat kali pertamanya dia melihat tren itu berhenti di
hadapannya. Tapi.. huh. Telefon di tangan dipandang. Sunyi. Lantas aplikasi
WhatsApp dibuka. Nama perbualan pertama disentuh. Jari pantas menari-nari di
atas skrin.
Mana
kau ni?
Mesej dihantar. Dan
percayalah, ini bukanlah kali pertama dia terpaksa menunggu seperti ini. Sudah
acapkali dan sudah banyak kali dia terpaksa menunggu ketibaan manusia yang
selalunya akan berakhir dengan janji yang dimungkiri.
Kenapa tak tinggalkan
manusia macam tu?
Hmm, I’ve got so many question ask me like that. Tapi, dia kawan aku.
Dan aku tak nak silaturrahim antara kami terputus dengan perhubungan yang
sementara ini. Kami hanya tinggal bersama selama dua semester saja.
Dan pesan ibu, jagalah
hubungan kawan tu baik-baik. Terima apa yang baik, dan tolak apa yang tidak
bersesuaian.
Getaran di tangan dan
skrin yang menyala buatkan Zara pandang telefonnya. Ada satu pesanan WhatsApp
dari manusia yang ditunggu semenjak tadi. Dengan keluhan perlahan dia membuka
pesanan itu,
Erm
weh, aku tak pergi dengan kau kot. Sebab ada classmate aku hantarkan aku pi
TBS. Dah on the way nak pi TBS dah ni. Sorry tau.
Entahlah, Zara tak tahu
nak beraksi macam mana sebaik saja selesai membaca mesej WhatsApp itu. Tapi dia
dapat rasa genggaman yang kuat pada badan telefonnya. Genggaman yang sangat
kuat. Gigi diketap.
Hanya satu ayat saja yang
bermain dalam hatinya saat ni.
Shit!
Tak guna punya housemate! Apa salahnya kalau kau
suruh classmate kau yang baik hati tu
hantar kita berdua sekali pergi TBS tu? Kenapa mesti kau pentingkan diri
sendiri? Macam ni ke kawan?
Bukan ke baru dua hari
lepas aku dengar yang kau suruh aku jadi kawan kau sampai bila-bila?
Dan sekarang? Ahh! Shit!
Shit! Shit!
MATA dipejam rapat. Nafas ditarik
dalam dan dihembus perlahan. Apa dosa yang aku buat hari ni? Kenapa sampai
macam ni aku diperlakukan? Ada kawan, tak berguna langsung. Ahh! Sumpah aku tak
nak berjumpa dengan jenis kawan yang macam manusia tu. Harap muka saja lawa,
tapi perangai, kalah syaitan.
Dari tempatnya berdiri
dapat dilihat kepala tren yang semakin hampir. Tren bergerak perlahan dan
berhenti di hadapannya. Pintu-pintu tren terbuka, dan Zara pantas memberi
laluan pada penumpang yang mahu turun di stesen ini sebelum dia melangkah
memasuki tren itu.
Tempat duduk dah penuh
dengan manusia, dia hanya mampu berdiri sambil berpaut pada tiang besi yang
berada di hadapan pintu masuk tren. Ramai pula orang petang-petang Jumaat macam
ni. Mungkin sebab esok cuti, jadi bermula petang ini orang ramai sudah mula
meneroka bandar metropolitan ini.
“Stesen seterusnya, Pandan
Indah.”
Zara mengeluh lagi. Baru
sampai stesen Pandan Indah ke? Lamanya nak sampai ni. Dan tren bergerak
perlahan sebelum berhenti di stesen Pandan Indah. Disebabkan kedudukan Zara
yang berdiri bertentangan dengan pintu tren, jadi dia dapat melihat manusia
yang akan memasuki tren yang dinaikinya ini.
Kelihatan ada seorang
pemuda berdiri di hadapan pintu tren bersama telinga yang dicucuk earphones berwarna putih. Dia menyandang
beg galas berwarna hitam dan luggage
kecil juga berwarna hitam. Suka warna hitam ke apa mamat ni?
Lelaki itu melangkah
masuk. Dia menarik luggage miliknya
dan berhenti betul-betul di hadapan Zara setelah melihat tiada tempat kosong
untuknya labuhkan duduk. Dia menghantar senyuman kecil pada Zara sebaik saja
mereka berpandangan.
Tapi hanya riak wajah
kosong yang ditayang Zara pada lelaki itu. Entahlah, dia tak punya mood yang
baik untuk melayan sesiapa.
“Sombong.”
Zara pantas mengangkat
wajah saat mendengar luahan kecil itu. “Excuse
me?” Soal Zara pada lelaki itu. Sakit hati pula bila dia cakap aku ni sombong.
Lelaki itu hanya
menjungkitkan keningnya. Satu dari fon telinganya dicabut sebelum bersuara, “talking to me?”
Zara mendengus. Pantas dia
menggeleng. Kerek gila lelaki ni. “No,
I'm talking with that person there.” Dan dia menjeling.
Lelaki itu menjongketkan
bahunya. “It’s okay, then.” Dan earphones kembali dipasang.
“Stesen seterusnya, Chan
Sow Lin. Untuk ke destinasi Sri Petaling, sila tukar di platfom 2A. Terima
kasih.”
Zara pandang ke luar
tingkap tren. Suara pengumuman itu buatkan dia bersiap-siaga untuk turun dari
tren ini. Sebaik saja tren berhenti dan pintu terbuka, dia pantas melangkah
keluar. Sempat dia melihat lelaki tadi juga turun di stesen ini.
Mungkin nak ke TBS jugak
kot. Kesimpulan berdasarkan pemerhatian yang dibuat.
Zara mengambil tempat
duduk yang disediakan. Menunggu tren macam tunggu kura-kura bergerak. Lama
benar. Dan setelah tiga minit, tren ke Sri Petaling muncul juga. Zara pantas
berdiri. Beg ditarik dan berhenti di belakang garisan kuning.
Dia berdesup masuk sebaik
saja pintu tren terbuka. Ada banyak kerusi kosong di gerabak tren kali ini. Dia
pantas melabuhkan duduk di kerusi sebaik saja melihat orang yang berpusu-pusu
masuk ke dalam tren.
Kang melepas tempat duduk,
berdirilah aku sampai Bandar Tasik Selatan nanti. Zara menoleh ke kiri bila
terasa ada seseorang duduk di sebelahnya. Keningnya pantas terjongket bila
melihat manusia itu. Mamat kerek ni lagi.
“What?” Tanya lelaki itu sebaik saja terpandangkan Zara yang lagi
memandangnya. “Dah ni aje ada tempat kosong.” Sambung lelaki itu lagi.
Zara kerdipkan mata
beberapa kali. “I didn’t say anything.”
Katanya sebelum membuang pandangan ke tingkap tren.
“Kerek gila perempuan ni.”
Zara mengetap gigi saat mendengar
gumaman lelaki itu. Apa masalah lelaki tu? Ergh, fed-up aku.
SAMPAI saja di Terminal Bersepadu
Selatan, Zara menarik begnya ke tingkat empat bangunan besar itu. Tempat
tujunya hanya satu, Food Court. Dari pagi dia tak makan. Sekarang dah jam 2.30
petang. Perutnya yang berkeroncong minta diisi memang patut didahulukan.
Tiba di Food Court, dia
beratur untuk mendapatkan kad yang sememangnya digunakan untuk membeli makanan
di Food Court ini. Kemudian, dia mencari meja kosong yang berada di tengah-tengah
medan selera itu. Nasib baiklah dia jumpa satu meja kosong di tengah-tengah
tempat makan itu.
Lantas dia meletakkan luggage kecilnya di bawah meja dan
bergerak ke tempat menjual makanan. Kedai nasi ayam dituju. Memang selalunya
kalau sampai sini, memang nasi ayam sajalah yang dicarinya.
Selesai membeli makanan,
dia kembali ke mejanya. Botol mineral yang dibelinya di kolej tadi dikeluarkan
dari dalam beg. Tangan ditadah untuk membaca doa makan. Sebaik saja dia
mengaminkan doa makan itu, dia melihat kelibat seseorang yang berdiri di
hadapannya bersama dulang yang berisi makanan.
“Kenapa?” Tanya Zara.
Lelaki itu tersenyum
kecil. “Boleh saya duduk sini? Tempat dah penuh.” Sambil melemparkan pandangan
pada sekeliling meja makan.
Zara juga melihat sekeliling.
Betullah, meja penuh dengan manusia. Tak ada meja kosong langsung. Dia kembali
pandang lelaki itu. “Duduklah.” Balasnya selamba.
Lelaki yang sama yang
ditemuinya tadi dalam tren, melabuhkan duduk di hadapannya. “Jemput makan.”
Ucap lelaki itu sambil mencapai sudu dan garfu.
Zara tidak mengendahkan
dan terus menyuap nasi ayam dalam mulut. Sesekali matanya memandang kaca
televisyen yang memaparkan siaran TV3. Sesekali matanya melirik pada lelaki di
hadapannya. Sesekali matanya meliar memandang manusia di Food Court ini.
“Awak nak pergi mana?”
Tanya lelaki di hadapannya secara tiba-tiba.
Zara kembali memandang lelaki
itu. Sebelah keningnya dijongketkan. “Talking
to me?” Soal Zara menggunakan ayat yang pernah digunakan lelaki di
hadapannya ini.
Lelaki itu memandang Zara
tajam. “If I say yes?”
Zara senyum nipis. “If you said so,” Dia mengangguk. “Saya
nak balik rumah.” Balasnya. Sudah terbayang di minda rumahnya. Nak jumpa dengan
ibu, dengan ayah. Katil. Bantal. Oh I
miss home.
“Jadi duduk dekat sini buat
apa? Studi?” Tanya lelaki itu lagi.
“Yup.” Balas Zara pendek.
Nasi disuapnya lagi. Makanan ni lagi menggoda dari lelaki di hadapannya.
Nampak dengan hujung mata
yang lelaki itu sekadar mengangguk sebelum kembali menyambung suapan. “Belajar
dekat mana? Dah sem berapa dah? Ambil apa?” Tiga soalan diutarakan si lelaki.
Zara kembali memandang
lelaki di hadapannya. “Perlu ke saya beritahu semua benda tu?” Balasnya dengan
soalan. Serasanya, dia tidak perlu memberitahu orang luar mengenai latar
belakang pengajiannya.
Lelaki itu mengangkat
kedua bahunya ke atas. “Well, I just
wanna break the ice.” Balas lelaki itu lebih kepada menggumam.
Zara lepas nafas perlahan.
Ice breaking, huh? “Is it the terms for ice breaking?”
“Huh?”
Zara mengeluh. Tak faham pula?
“Rarely for the ice breaking, you should
ask me my name, not awak nak pergi mana?”
Lelaki itu tayang wajah
tergamam. Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan. “So, for the ice breaking, we should ask the name firstlah?” Soalnya
kerek. “Such a typical.” Perlinya.
Zara jongket kening. “Am I even care about that typical, huh?”
Apa dia ingat aku peduli sangat ke dengan benda klise itu?
“So your name, miss?”
“Buat apa awak nak tahu?”
Lelaki itu kerut dahinya.
Pula dah minah ni. Tadi beria-ia suruh tanya nama. Sekarang apa cerita pula ni?
Hailah cik adik.
To be continue. . .
Hey, tadi masa tengah korek-korek laptop, terjumpa folder pasal segala mak nenek cerpen yang still in progress yang aku sudah pun lupa kepada mereka. Dan dalam banyak-banyak cerpen and novel there, entah kenapa aku lebih tertarik dengan cerpen yang ni. Entahlah,
Ohh, dan mungkin cerpen ni boleh jadi cerpen seterusnya yang akan tiba ke penamatnya kan?
First write on 04-April-2016.