"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Wednesday, November 18, 2020

Cinta Ini

Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti
 

Cinta Ini - Siti Nurhaliza

Wednesday, September 30, 2020

CerTot - Tegur

 Matanya hanya pandang dua manusia yang berdiri d ihadapannya. Ralit sekali. Bibir sesekali mengoyak senyum.

“Jaga diri baik-baik. Duduk sini jangan buat sombong. Pandai-pandai cari kawan.” Telinganya dengar sayup-sayup si ibu memberi sebuah pesanan pada si anak.

“Ish, ibu ni. Orang tahulah!” Dingin dan keras sekali ayat yang keluar dari mulut si anak. Langsung tak pandang wajah ibunya yang tersenyum.

“Nanti nak cuti, ibu datang sini ambil Amal.” Si ibu dengan senyuman bersuara lagi. Langsung tak ambil kisah dengan suara anaknya yang sudah meninggi.

“Tak payah ambillah! Amal duduk sini aje sampai bila-bila.”

“Takkan dah habis belajar pun masih nak duduk sini?”

“Dah habis belajar, carilah kerja. Lepas itu duduk rumah sendiri!”

“Tak nak balik rumah ibu ke?”

“Tak nak! Amal tak ada ibu yang suka paksa-paksa anak dia!” Beg sandang yang berisi baju di sangkut di bahu. Bersedia nak mulakan langkah.

Nampak si ibu masih dengan senyuman. Langsung tak terkesan di hatinya akan nada tak suka anaknya. “Okeylah. Ibu nak balik dulu ni. Nanti bila-bila, ibu datang lagi.” Masih berlembut.

“Tak payah datang pun tak apa. Amal tak ada ibu yang miskin macam inilah. Buat malu Amal aje. Dah, pergi balik sana!” Menghalau.

Juga dengan senyuman, si ibu melangkah perlahan pergi tinggalkan anaknya.

Si anak terus mengorak langkah, dan matanya ternampak aku yang semenjak tadi menjadi pemerhati. Si anak itu mendekati aku di sini bersama senyuman.

“Hai. Aku, Amal.”

Aku senyum. “Aku Iyaz.” Diam sekejap sebelum sambung. “Siapa tadi tu? Mak kau ke?” Tanya aku pada Amal meski aku sudah lihat semuanya tadi.

Amal mati senyum sebelum perlahan-lahan angguk. Riak wajahnya bertukar.

“Bro, aku nak pesan sikit ni. Tak elok kalau kau layan mak kau macam tadi.”

“Apa masalah kau?”

“Tak ada apalah. Aku cuma menegur. Sebagai saudara sesama Islam yang dah tiada emak, aku rasa aku patut tegur kau.” Diam. “Aku rasa kau sangat kurang ajar dengan mak kau. Kau tahu tak, aku sedih bila tengok kau layan mak kau nak tak nak macam tadi. Kalau kau tak nak mak kau, apa kata kalau kau bagi aje kat aku. Dah 20 tahun aku hidup tanpa seorang mak di sisi. Aku nak juga merasa hidup macam kau yang ada seorang emak.”

Amal diam. Tak tahu nak cakap apa.

“Kau tahu tak, mak kau sanggup tahan malu bila nak lahirkan kau depan doktor. Tapi sekarang, kau buat mak kau terpaksa tanggung malu sekali lagi sebab kau dah hina dia depan orang ramai tadi.”

Amal masih lagi diam.

“Kalau kau tak keberatan, kalau kau dah sangat benci mak kau, apa kata kau bagi aje mak kau pada aku. Aku janji, aku akan jaga mak kau macam aku jaga mak aku sendiri. Tapi, aku nak bagi amaran, bila kau dah bagi mak kau pada aku, jangan sesekali kau munculkan diri kau depan mak aku lagi. Dan sepanjang mak kau dah jadi mak aku, aku akan pastikan yang mak aku akan lupa siapa kau dalam diri dia.” Sinis senyuman Iyaz.

Amal jatuh terduduk di situ. Air mata mengalir di pipi. Menyesali apa yang dah dia buat pada ibunya tadi.

 

P/s : I made this story at 9.00pm, 18 Januari 2015, tajuknya Lintasan Idea.

Sunday, August 02, 2020

Certot - Boyfriend

"Do you have boyfriend?"

"No."

"You will have one today." Si dia tersenyum. "..and If you date me, you will get married right away."

Senyuman itu semakin bertambah manis.

Friday, July 31, 2020

Certot - Lagu Itu

"Tahu tak lagu Siti Nurhaliza..." belum sempat pun dia menamatkan pertanyaan, sudah dipintas gadis di sebelah.

"Yang mana?" Lelaki ini jumpa dengan orang yang tepat bila berkaitan dengan penyanyi nombor satu negara itu. Hello! Dia Sitizoner kot.

"Yang.. Macam ni. I tak ingat tajuk dia." Dia berdehem membetulkan suara sebelum mengambil nafas dan mula menyanyi.

"Ingin ku terus dicintai
walau bisikanmu azimat berduri.."

Gadis itu tersenyum mendengar lagu yang dinyanyikan lelaki itu. Dia approved! Sebab suara lelaki itu sedap banget!

"Tu tajuk dia apa?"

"Lagu tu dia ada dua version. Satu yang Malaysia punya, lagi satu Indonesia punya. Tajuk pun berbeza. Tapi, lirik dia tak berbeza sangat pun. Dia ubah kat satu baris aje."

"Oh ye?" Jujur dia baru mengetahui hal itu.

Si gadis mengangguk. "Indonesia punya tajuk; Betapa Ku Cinta Padamu. Malaysia punya; Aku Cinta Padamu." Terang si gadis.

Si teruna tersenyum. "Aku cinta padamu." Lebar.

"Huh?" Tak faham.

"Aku cinta padamu." Ulang lelaki itu lagi. 

Wednesday, July 15, 2020

Polaris


Bintang bersinar di langit dipandang sambil tersenyum. Teringat hobinya yang dulu suka mencerap bintang.

"Nak tahu tak, dulu saya suka gila tengok bintang." luahnya memulakan bicara yang sunyi sejak tadi.

"Ya? Tak pernah tahu pun." balas si dia menunjukkan minat.

Angguk. "Saya suka bintang Polaris. Tahu tak Polaris tu bintang paling terang?"

"Bukan Sirius ke?"

Geleng.

"Tell me why you love Polaris that much?"

"Bagi saya Polaris tu setia. Polaris takkan berubah kedudukan dia sampai bila-bila. Polaris akan tetap berada di langit utara walaupun bumi berputar. Polaris yang dicari nelayan, saat sesat di lautan lepas. Polaris bintang yang berada di tempat yang sama setiap saat dari senja hingga fajar. Polaris tak terbit dan terbenam.

Walaupun tak semua orang nampak kedudukan Polaris tu, dia tetap ada di situ. Memerhati kita."

Dan semoga dia menjadi seperti Polaris itu.

"Kenapa sekarang tak pernah nampak pun awak cari bintang tu?"

"Sebab bintang tu dah ada depan mata."

Senyum.

Manis.

-----
Q
0135am
24062020
Perak darul Ridzuan.

Friday, June 12, 2020

Certot - Sampai Bila

Dahi yang berkerut itu buatkan dia turut sama berkerut melihat. Wajah itu serius menatap skrin telefon. Sesekali jemari itu bersentuhan menaip sesuatu.

Masalah negara apalah yang dia khuatirkan sangat tu sampai berkerut macam tu?

"Kau buat apa tu?" soalnya lalu duduk di hadapan gadis itu.

Skrin telefon diintai. Lah! Dia tengok Shopee! Tapi, berkerut macam tengah selesaikan soalan add math saja.

"Ni haa.. Tengah tengok barang-barang dalam ni. Cantik pulak high heels ni." balas si gadis tanpa sikitpun mengangkat wajah.

"Sejak bila kau layan Shopee?" Setahunya, gadis bernama Lily ni jarang sangat tengok online shopping. Kenapa harini kedua mata itu dipasakkan langsung ke sana?

"Entahlah. Eh, tapikan bila aku ingat balik kali terakhir aku borong kasut masa diploma tau. Sejak masuk degree dah lain pulak minat aku." Bibir muncung. Teringat akan duit-duit yang dilaburkan pada perkara tak berfaedah, contohnya kasut.

Kasut di rumah bukan main banyak. Sampai ayah siap buat rak kasut khas untuknya seorang. Pelbagai jenis kasut yang dia pernah ada. Just name it!

"Habistu sekarang kau minat apa?"

Laila berpura fikir. Lama sebelum dia tersenyum. "Sekarang aku minat kau!" balasnya bersahaja.

"Kau ni..." meleret suara lelaki itu.

Laila hanya senyum nipis. Tahu dah. Tahu yang hati lelaki itu bukan miliknya. Tapi, dia tak mengalah. Bertahun kot dia kejar lelaki ini. Meskipun sering ditolak, dia tetap di sisi.

Tapi, kalau lama-lama mengejar pun, siapa yang tak kenal erti mengalahkan?