"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Monday, January 13, 2014

Suamiku Ramai Crush [Part 1]

Assalamualaikum nd selamat petang.. hoho dah lama aku tak dating ngan blog tercinta aku nyh.. sorry my dearest blog kalau kau dah berhabuk.. huhu.. nd aku tak tahu nak melalut apa lagi,, jaz na tampal sebuah cerpen nyh sebagai peneman otak aku yang mungkin akan pecah pada bila-bila masa akibat SPM punye pasal!!!


Cover?? malas lha nak buat.. hoho.. insya Allah kalau aku ada waktu yang tenang, aman, makmur and what so all aku akan buat.. chayokk! chayokk! chayokk!!
   
ini dia..




Suamiku Ramai Crush [Part 1]




  Crush? Bermaksud kita sukakan seseorang tu dalam diam dan dia tidak tahu!

Aku hanya memandang tenang lelaki yang duduk di meja sebelah cermin kaca. Kosong pandanganku apabila lelaki itu juga memandang kearahku. Aku pandang pulak kawan-kawan aku yang kini duduk semeja denganku. Mereka semua tenang menjamah makanan yang dipesan tadi.

Dup.. dap.. dup.. dap

Jantungku tenang mengepam darah. Setenang raut wajahku yang sedang menguis nasi di pinggan. Serba-salah aku memandang mereka. Nak beritahu atau tidak? Otak kata jangan, hati pulak kata ya. Arghhh! Frust aku macam ni..

“Kau okay, Mia?” Jue menepuk lembut bahuku.

Aku pandang Jue. Jue pandang aku bersama kening yang terangkat. Perlahan aku menganggukkan kepala.

Selesai makan, ketiga-tiga kawan aku sudah bangkit mahu pulang ke rumah masing-masing. Tinggal aku bersama Aida disini. Saling berpandangan tapi tiada tanda-tanda mahu mengucap sesuatu.

“Kau kenapa tak balik lagi?” Soalku akhirnya.

“Aku nak beritahu kau sesuatu.” Perlahan tapi cukup untuk aku mendengarnya. Pantas aku membetulkan duduk dan segera melihat jarum jam di pergelangan tangan.

Empat lima minit petang.. Jam empat suku nanti, aku harus segera bergerak keluar dari restoran ini. Itulah janji yang aku buat dengan lelaki itu.

Aku pandang Aida berharap gadis itu meneruskan ayatnya.

“Err, dah lama dah aku simpan perkara ni. Sampaikan aku.. aku tak tahu..” Aida memegang dahinya.

Lantas aku memegang tangan kanan Aida. Berharap gadis itu tenang. “Relaks okay. Tarik nafas. Cerita kat aku satu per satu. Jangan gopoh.”

“Aku nak mintak tolong kau sikit, boleh?”

Aku tersenyum. Suara Aida sudah hilang gugup. Gadis itu lebih tenang kini. Perlahan aku menganggukkan kepala.

“Kalau aku boleh tolong kau, insya Allah aku tolong.” Jawapan selamat aku pilih.

“Err, kau rapat dengan Is, kan?”

Aku mengerutkan dahi. Emangnya kalau aku rapat dengan Is, kenapa?

“Aku kenal dengan dia semenjak kami sekolah menengah. Nak kata rapat tu, emm bolehlah. Tapi kenapa kau tanya?” Aku jawab jugak walaupun dalam hati dah rasa macam tak tenang. Macam tahu-tahu aje apa akan terjadi selepas ni.

“Selama ni aku crush dia. Aku tak tahu macam mana nak beritahu dia. Kau faham, kan?” Laju Aida menjawab membuatkan jantung aku seakan-akan berhenti berdetak apabila mendengar perkataan crush.

Seperti yang aku agak tadi. Syabas Damia! Tekaan kau sangat tepat.

Aku berlagak tenang. Senyuman nipis aku tayangkan seketika. Tangan dibawah meja sudah mengenggam penumbuk.

“Sejak bila?” Tanyaku.

“Sejak kali pertama kau kenalkan aku dengan dia.”

Senyuman yang muncul di bibir Aida membuatkan aku mengetap bibir. Macam nak menangis. Macam senyuman tu senyuman mengejek untuk aku kerana tak memberitahu siapa Iskandar yang sebenarnya. Rasa bersalah muncul dilubuk hati.

Belakang leher aku garu perlahan. Mahu mententeramkan hati yang mendidih. Cemburu ke aku? Ya! Aku mengaku aku cemburu apabila mengetahui Aida meminati Iskandar dalam diam. Dan kenyataan itu cukup menyakitkan hati kecil aku.



“HEY.. Kenapa diam aje ni?” Aku toleh ke kanan. Memandang lelaki yang tenang duduk disebelahku. Mata kami sama-sama memandang kearah sebuah kolam kecil buatan yang dibina enam bulan yang lalu.

Soalannya aku biarkan sepi. Sesekali aku mengeluh sehingga menarik perhatiannya. Aku memandang sepi tangan kananku apabila terasa sedikit hangat. Ya. Lelaki itu sedang mengenggam tanganku. Kemudian, dibawanya ke bibir untuk dikucup.

“Tak sihat ke?” Telapak tangannya dilekapkan ke dahiku sebelum jatuh di leherku.

I’m okay lha.”

“Kenapa diam aje ni? Selalunya kalau boboy tak tanya, mesti dah sepuluh perenggan baby membebel.”

“Entah. Tak ada mood pulak nak membebel.”

Look me.” Lelaki itu menghadapkan aku supaya memandangnya.

“Ada masalah, kan? Cerita sekarang!” Tegas suruhannya membuatkan aku menundukkan pandanganku.

Baby ada masalah kan? Ceritalah. Mana tahu boboy boleh tolong ke.” Suaranya berubah nada. Lembut sekali. Penuh pujukan pada nadanya membuatkan aku kembali memandangnya. Anak mata berwarna hitam pekat itu aku pandang tajam.

One more..” Ringkas jawapanku. Semoga lelaki ni faham.

One more, what?

Aku mengeluh sekali lagi. “Aida suka boboy.”

Jawapan pendek dariku membuatkan lelaki itu tergelak besar. Sakit pulak hati kita dengar ketawa dia ni!

“Boboy... Baby serius ni.” Aku memunjungkan bibir sekali memasamkan wajahku apabila lelaki itu masih lagi ketawa berdekah-dekah.

Lelaki itu memegang perutnya. Tangannya yang menekan-nekan hujung perutnya sudah cukup memberitahu yang ceritaku tadi tersangatlah lawak baginya.

Aku terus berdiri. Disaat kakiku mahu melangkah masuk ke dalam rumah, ada satu tangan yang memaut lengan kiriku. Automatik langkahku mati. Aku hanya berdiri statik dan tidak memandangnya.

Okay.. okay.. I’m sorry. Your story so funny lha baby. Mana boboy tak gelak.”

“Tapi ni tak lawak lah. Saya serius okay.” Aku meninggikan suara namun sedikit terkawal. Haishh..

“Jadi pasal ni lah yang baby dok muncung hari ni?”

Aku menjawab dengan menjungkitkan kedua bahu. Tanganku silangkan ke dada. Mata memandang kolam buatan di hadapan mata.

“Sini sayang..” Aku dibawa duduk disebelahnya.

“Ni kes cemburulah ni?” Ada senyuman di hujung bibir lelaki itu.

“Mestilah. Gila tak!”

“Baby busukk.. Aida aje kan yang suka boboy?”

Aku menganggukkan kepala.

“Ada boboy suka dia?”

“Mana nak tahu. Bukan hati baby.”

Lelaki itu ketawa kecil sebelum menjawab, “mestilah boboy tak suka dia.”

“Sebab?” Aku bertanya. Mahu menguji hati si lelaki ini.

“Sebab dalam hati boboy, hanya ada baby sorang aje. Bukan Aida, bukan Fyfy. Hanya Damia Aleesya.”

Aku tersenyum. Sampai macam tu sekali dia sayang aku? Wuhuu. Terasa diriku bahagia disini!

“Dah tak payah nak sedih-sedih kat sini..”

“Tak sedih. Cemburu jek.” Aku memotong ayatnya.

“Ye lah baby sayang..” Akibatnya, pipiku menjadi cubitannya.

Baby dan boboy.. nama gelaran aku dan encik suami. Sweet bukan? Entah macam mana nama panggilan itu boleh wujud antara kami, aku pun tak tahu. Segalanya berlaku secara tiba-tiba.

Kami baru mendirikan rumah tangga lebih kurang enam bulan yang lalu. Daripada menjadi tunangan orang, kini aku bergelar isteri orang. Jadi segala perilaku perlu aku jaga demi menjaga nama baik encik suami. Huhu

Nak dijadikan cerita sebenarnya, perkahwinan kami terpaksa ditukar ke tarikh yang lebih awal. Elok-elok selepas lima bulan, terus dicepatkan ke dua bulan. Jadi, hanya dua bulan sahaja kami bertunang. Mahu tak kecoh satu kampung, kad kahwin dah serahkan pada kawan-kawan dan sanak-saudara. Tup-tup, tarikh terpaksa ditukar. Masa tu, pelbagai cerita yang tidak elok kami berdua dengar. Namun berkat kesabaran semua pihak, cerita itu berjaya dihapuskan.

Mikhail Iskandar bin Malik adalah suami yang ku cintai semenjak kami di zaman universiti. Kali pertama aku kenal dengannya ketika kami ditahun akhir sekolah menengah. Masa tu, Iskandar adalah pelajar baru disekolah dan kebetulan kami sekelas menyebabkan hubungan kami terlalu rapat. Sampaikan satu sekolah sudah tersalah anggap dengan hubungan kami berdua.

Hubungan persahabatan antara aku dan dia bertambah rapat apabila kami berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta yang sama. Dan yang paling aku tak menyangka adalah, lelaki itu sama jurusan denganku. Nasib baik tak sama bilik!

Hubungan kami sedikit goyah apabila ada ‘langau-langau’ yang menganggu hubungan persahabatan kami. Namun takdir berpihak pada kami. Hubungan kami bertambah erat apabila lelaki itu datang ke rumahku secara tiba-tiba suatu hari dan terus memaknakan hubungan kami. Tak sangka betul aku yang dia mempunyai perasaan yang bukan sahaja sedikit, malah bergunung dan berbukit buatku.

Lumrah setiap perhubungan, pasti akan ada kesulitan. Dan disetiap kesulitan itulah, Iskandar selalu beralah dan mengalah denganku yang agak keras kepala ni. Mana tidaknya, semuanya aku nak menang! Tak bagi peluang langsung untuk Iskandar menang. Haha, jahat tak aku?

“Hey, menungkan apa lagi tu?” Aku tersentak. Lamunanku terus berkecai apabila disergah sebegitu.

Kacau betullah dia ni. Aku nak mengimbau kenangan lama pun tak boleh. Hentak guna kerusi kang!

Aku pandang Iskandar disebelah yang sedang memandang aku hairan. “Kenapa?” Tanyaku malas.

Terus dicuit hidung aku. “Kenapa baby tanya, tak nampak ke dah hujan gerimis ni?”

Aku pandang langit. Awan sudah gelap. Aku meluruskan tanganku. Membiarkan tapak tanganku disimbahi air hujan yang mula lebat.

“Jom masuk.”

Aku mengeraskan tubuhku apabila Iskandar menarik tanganku. Iskandar memandangku pelik. Kenapalah dengan bini aku hari ni?

“Kenapa lagi ni?”

“Cer tengok tu. Cantik.” Aku meluruskan jari telunjukku. Tanpa mengetahui diri dipermainkan si isteri, Iskandar memandang kearah yang ditunjukkan isterinya.

Pantas tubuh sang suami ditolak jatuh ke dalam kolam renang. Sedikit terjerit lelaki itu apabila dia diterbangkan oleh isteri sendiri. Sementara Damia hanya ketawa terkekek-kekek apabila melihat telatah suaminya yang seperti budak kecik.

Tapi.. Is pandai berenang ke? Sumpah aku tak tahu!

Aku pandangnya yang sudah tenggelam dan tidak mahu timbul-timbul. Ketawaku mati apabila menunggu hampir dua minit lelaki itu tidak juga timbul ke permukaan. Wajah takut aku tayangkan.

Macam mana ni? Kalau dia mati lemas macam mana? Bersediakah aku memegang tittle janda? Ohh no!

Tanpa menunggu lebih lama, aku terus terjun ke dalam kolam renang. Berenang ke tempat Iskandar tenggelam. Apabila tanganku sudah berjaya memegang tubuhnya, aku bawanya naik ke permukaan. Kemudian aku meraup wajahku berkali-kali sebelum memandang Iskandar disebelah.

“Ingatkan dah tak sayang boboy sampai sanggup tolak boboy.”

Seperti mahu menangis aku rasakan sekarang ni. Ingatkan nak kenakan lelaki ni, tapi sebaliknya pulak yang berlaku. Ugh!

Aku pandangnya badi-badi. Kenapalah hati aku ni cepat sangat buat spekulasi? Kan dah kena balik! Padan muka aku.

Aku terus berenang untuk keluar dari kolam memandangkan hujan semakin lebat.

“Aik, cepatnya keluar. Mandilah lagi. Tengah hujan ni seronok mandi.”

“Tak nak, nanti demam.”

“Alah, kita demamlah sama-sama. Baru sweet leyy.”

Sweet awaklah.” Aku terus berjalan masuk tapi langkahku terhenti apabila mendengar suara Iskandar menjerit. Aku pandang belakang. Membulat mataku apabila lihat lelaki itu sudah terlentang di atas lantai sambil memegang kakinya yang sakit.

Aku terus berlari anak kearahnya. Membantu apa yang patut aku lakukan padanya.

“Macam mana boleh jatuh ni, boboy?” tanyaku risau.

“Lantai licinlah. Nak kejar baby tadi.”

“Dah jom masuk.”

Aku membantunya bangkit dari duduk. Memapahnya ke dalam rumah tapi aku tidak berdaya kerana badannya yang terlalu berat dan lantai yang licin. Akhirnya seperti kerang busuk, kami sama-sama terjatuh di atas lantai. Ni baru sweet namanya!

Aku melepaskan keluhan. Dah alang-alang basah terkena hujan...

“Kita duduk sini ajelah sampai hujan berhenti.”

Aku pandang Iskandar. “Are you serious?

“Hmm..”

“Kat sini?” Aku meminta kepastian darinya.

“Ye lah, sayang.”

Aku pandang lantai dan lelaki itu silih berganti. Macam tak percaya yang kami akan baring diatas lantai ini sambil menikmati hujan yang menimpa tubuh kami.

Aku hanya merelakan apabila lelaki itu menarik tubuhku supaya berbaring disebelahnya. Aku memejam mata apabila hujan menimpa mukaku. Sakit woo..

Aku tidak bereaksi apabila tanganku dipegangnya..



To be  continue...


Mind to comment? hoho :)

1 comment:

Buah fikiran anda amatlah di hargai.