DUA MINGGU, DUA HARI, DUA JAM, DUA MINIT DAN
DUA SAAT KEMUDIAN..
Aku melangkahkan kaki memasuki Syarikat
Winner’s Jaya Holding dengan hati yang berkobar-kobar. Aku melihat penampilanku
di cermin ketika aku diarahkan menuju ke tingkat lima belas.
“Dah cantik dah tu.” Teguran itu membuatkan
aku tersipu malu. Aiseh, macam mana boleh terada orang pulak kat sini? Bukan ke
tadi tak ada orang yang lalu lalang pun disini.
“Mari masuk.” Ajak lelaki itu apabila pintu
lif sudah terbuka. Didalam lif itu tiada seorang pun. Dengan teragak-agak, aku
memasuki lif tersebut.
“Tingkat berapa?” Tanyanya.
“Lima belas.”
Pantas lelaki itu menakan punat lima belas
dan tujuh belas. Pasti lelaki itu mahu ke tingkat tujuh belas. Fikirku.
“Nak jumpa Encik Qamarul ke?” Tanyanya.
Aku mengangguk. Mana dia tahu? Hey Qash, dia
kan pekerja di sini. Pasti dia sudah tahu selok belok syarikat ini.
“Ada tujuan apa?”
“Minta kerja.” Memang aku seperti meminta
pekerjaan pun kan?
“Oh.. Kenapa minta kerja disini?” Soalnya
membuatkan aku berkerut. Salah ke? Hak aku! Suka hati akulah! Yang kau nak
menyebok pasal diri aku ni ape ke hal?
“Salah ke?” Soalku balik.
“Tak salah. Cuma, tak takut ke?”
“Apa yang nak ditakutkan?”
“Bos syarikat ni garang-garang tau.” Jawabnya
bersama senyuman. Senyuman itu lebih kurang kepada sinis ataupun nakal.
Aku menjungkitkan kening. Garang? Papa dengan
abang garang ke? Pelik!
“Garang sangat ke?”
Lelaki itu tidak menjawab tapi, sekadar menjungkitkan
kedua bahunya.
“Anyway,
good luck.” Ucapnya apabila tiba di tingkat lima belas. Aku tersenyum
kepadanya sebelum keluar dari lif.
Aku terus memasuki ke dalam pintu utama dan
melihat ke dalamnya. Pintu yang bertulis Pengarah Urusan aku masuki apabila
tiada setiausaha yang selalunya disitu.
“Papa!” Sapaku.
Encik Qamarul memandang kearahku. Bibirnya menguntum
senyum. “Duduk Qash.” Arahnya.
Aku menurut. Tidak berapa lama kemudian,
pintu diketuk dari luar.
“Masuk!” Jerit papa.
Pintu terbuka dan kelihatan seorang lelaki
bersama fail ditangan masuk mengadap.
“Hey. Ingat tak datang tadi.” Ucap Qayyum dan
duduk disebelahku. Dia memeluk kejap bahuku.
“Kalau adik tak datang sini, kang ada pulak
orang tu serang rumah kita. Macam Singapura di langgar Todak.” Perliku.
“So
papa, macam mana?” Tanya abangku memandang papa.
“Mari papa tunjukkan bilik kamu.” Papa sudah
berdiri dan memakai coatnya. Aku dan
abang juga berdiri. Kami keluar dari bilik itu dan menuju ke sebuah bilik di
tingkat tujuh belas. Bilik itu terlalu besar. Mengalahkan bilik papa!
“Macam mana?” Soal papa.
“Tak nampak macam besar sangat ke?” Tanyaku.
“Tak adalah. Bilik abang lagi besar. Boleh
buat rumah dalam tu.”
Aku menjungkitkan kening memandang abang yang
tersengih disebelah. Jadi, bilik aku dan bilik abang lagi besar dari bilik papa
lah ni? Memang tak adil!
“Mari papa kenalkan kamu pada staf seliaan
kamu.”
Aku berdiri disebelah papa apabila melihat
semua staf-staf dibawah seliaanku sudah berkumpul dihadapanku. Semua mata yang
memandang kearah ku membuatkan aku menunduk. Malu untuk melihat mereka.
Walaupun aku tahu, maluku ini tidak lama. Pasti akan runtuh jua sebelum pulang
nanti.
“Seperti yang dijanjikan, department ini akan mempunyai ketua
mulai dari hari ini. Ini saya perkenalkan anak perempuan saya, Qashrina
Aleesya. Tolong berinya tunjuk ajar memandangkan dia masih lagi baru disini.”
Tegas papa berceloteh.
“Selamat berkenalan.” Ucapkan seraya
tersenyum.
SELESAI sahaja makan tengah hari bersama papa
dan abang, aku dikejutkan dengan sebuah projek besar yang memerlukan khidmatku
untuk menyiapkannya. Aku menyumpah seranah abang. Hey, aku baru aje masuk. Satu
ilmu apa pun aku tak tahu lagi. Takkan nak terus dapat projek kot. Memang tidak
adil. Kang aku nyanyi lagi Yuna kang!
“Ini projek pertama yang adik kena buat.”
Beritahu abang sambil menghulurkan sebuah fail tebal kearahku.
“Projek apa ni?”
“Pembinaan sebuah resort di Selat Melaka.
Syarikat kita akan bekerjasama dengan Syarikat Star King Holding. Jadi, adik
akan selalu bersama dengan syarikat tu sepanjang berlangsungnya projek ni.”
Terang Qayyum. Berkarisma dan sangan jelas percakapannya membuatkan aku kagum
dengannya.
“Malasnya.” Sungut ku. Asyik kena buat kerja
aje!
“Nak naikkan nama syarikat ni kan? No lazy, tired or anything else! Ada
reti?”
“Baik, bos!” Ucapku bersama tabik ditangan.
“Good!”
Qayyum berdiri untuk keluar dari bilik
adiknya. Membiarkan adiknya menyesuaikan diri dengan suasana biliknya yang
baru.
“Hold
on!” Jeritku. Qayyum berhenti dari melangkah. Kepalanya
dipusingkan memandang adiknya.
“Macam mana nak mulakan projek ni?” Tanyaku
sambil menggarukan kepala yang tidak gatal.
Qayyum tersenyum. Manis! Dan kacak! Hailah,
nasib baik kau abang aku. Kalau tak, dah lama aku tackle kau!
“Ask
your secretary and he know what to do next.” Qayyum mengenyitkan matanya
sebelum berlalu keluar.
“Oh ye! Sebelum abang lupa..” Qayyum yang
sudah keluar, tiba-tiba masuk kembali ke dalam bilikku membuatkan aku terkejut.
“Secretary
you're not like the others.”
“You
mean?”
“S.U adik adalah seorang lelaki.” Jawabnya
formal.
“What?
Boleh ke dia buat kerja?”
“Tak kenal maka tak cinta, sayang.”
Sekarang, barulah Qayyum keluar dan tidak
memandang kearahku lagi. Setiausaha aku lelaki? Memang choyy!
Aku berdiri dan melihat persekitaran bilikku.
Cantik! Pengolahannya juga menarik. Warnanya yang lembut membuatkan hatiku juga
menjadi lembut. Aku menghidu haruman yang keluar dari pewangi bilik. Wanginya!
Tenang kepala otak aku.
Tanpa membuang masa, aku terus keluar dari
bilik. Sebelum keluar, sempat aku menjeling sekilas sebuah fail tebal berwarna
hitam diatas mejaku. Biarlah! Esok boleh buat. Hari ni aku nak berehat dan
menikmati keindahan pejabat ni dahulu.
Aku membuka pintu bilikku dan keluar. Aku
memandang sekeliling. Semuanya sedang khusyuk membuat kerja. Kerja apakah yang
mereka lakukan? Mata ku sorotkan pada seorang lelaki yang tekun menulis
disebuah buku hitam berkulit itu. Inikah setiausahaku seperti yang dicoretkan
abang sebentar tadi?
Aku menghampirinya. Meja itu ku ketuk. Dan
lelaki itu memandangku sambil tersenyum. Aku mengelengkan kepala apabila
mengetahui lelaki yang menjadi setiausahaku ini adalah lelaki yang aku
ketemuinya di lif tadi. Lelaki itu berdiri dan menunduk hormat kepadaku.
“Garang sangat ke abang dan papa saya?”
Soalku apabila fikiranku mula mengingati perbualannya dengan ku sebelum aku
memboloskan diri keluar dari lif.
“Maaf. Saya tak tahu pulak Cik Qashrina
adalah bos dan anak majikan saya.” Terangnya sekaligus merapatkan kesepuluh
jemarinya kepadaku. Sedarlah sikit, ini bukan bulan Syawal.
“Its
okay. Boleh saya minta tolong dari awak?” Soalku.
“Apa dia?”
“Tolong tunjukkan saya keseluruhan syarikat
ni.”
“Baik Cik Qashrina.”
Aku menggosokkan telingaku. Berbulu pulak
dengar dia panggil nama penuh aku. Qash sudahlah!
Lelaki tidak bernama itu segera berjalan
dihadapanku untuk keluar dari tingkat tujuh belas ini. Namun sebelum keluar,
aku berhenti di tengah-tengah department ku.
“Perhatian! Perhatian!” Ucapku meninggikan
suara.
Semua mata yang memandang kearahku membuatkan
aku tersenyum manis.
“I may
not know you all right now, but I hope you all can help me to lead this
department. And one more, just call me Qash only. No need to call with my full
name.”
“Okay Cik Qashrina.”
“Kan saya dah cakap tadi. Korang ni!”
Gumamku.
Semua staf tersengih sebelum menjawab “Baik
Cik Qash.”
“Macam itulah. Can you all intro yourself one by one?” Pintaku.
“Nama saya Iwan..” Berdiri seorang lelaki
dihujung bahagian kananku. Diikuti yang lain sehinggalah kesemuanya sudah ku
ketahui namanya.
“Oh ye, apa nama awak?” Aku memandang kearah
setiausahaku yang tersenyum memandangku.
“Nama saya Ezam Harith.” Lelaki itu
memperkenalkan dirinya kepadaku.
Aku mengangguk. Ezam.. Nama yang menarik dan
cantik!
MEMANDANGKAN hari ini adalah hari Sabtu, jadi
Qashrina sudah merancang mahu membawa Hamqa keluar berjalan-jalan. Awal pagi
lagi, dia sudah keluar dari rumah dan memecutkan kereta menuju ke rumah Hamqa.
Dia bercadang mahu membawa Hamqa berjogging bersama-samanya.
Tiba dihadapan rumah mewah itu, dia menekan
punat loceng yang tersemat cantik di tiang hujung pagar automatik. Tidak sampai
beberapa saat, muncul seorang lelaki yang segak mengenakan pakaian sukan keluar
dari rumah dan menuju kearahku yang sudah masuk kelaman rumah itu apabila pintu
pagar berwarna emas itu terbuka.
“Assalamualaikum.” Sapaku ceria.
“Waalaikumussalam. Cari siapa dik?” Soal
lelaki itu sambil tersenyum nakal kepadaku.
“Saya nak cari Hamqa, dia ada?” Tanyaku.
Malas mahu bergombrol dengan lelaki kepala mereng itu. Ehh, bencinya aku dengan
lelaki ni. Masih tergiang-ngiang di kepalaku dia memanggilku mak cik! Hish, tak
faham betullah aku...
“Hamqa? Dia tengah..”
“Mummy!”
Jerit Hamqa keriangan dan meluru kearahku. Dia memeluk kakiku. Aku melutut
untuk menyamakan ketinggianku dengannya. Pelukannya ku balas jua.
“Mummy
datang sini sebab rindu Hamqa ke rindu daddy?”
Tempelak Hamqa membuatkan aku membuntangkan mata.
“Mummy
nak rindu daddy? Huh.. Tak layak!”
“Mummy
nak pergi jogging ke baru balik?” Soal Hamqa apabila melihat mummynya mengenakan baju bersukan
berwarna cerah. Menyerlah kejelitaan mummynya
membuatkan dia tersenyum. Cantik!
“Mummy
datang sini sebab nak bawa anak mummy
ni jogginglah. Jom..” Ajakku.
“Alah.. Hamqa pun nak keluar jogging dengan daddy jugak ni.” Jawab Hamqa serba
salah. Nak ikut daddy ke ikut mummy? Kalau ikut daddy, mummy macam mana?
Kalau ikut mummy, daddy macam mana pulak? Kalau aku tak
ikut kedua-duanya, macam mana pulak erk?
Aku mengeluh kehampaan. Jadi, aku terpaksalah
jogging sensorang hari ni? Hilang semangat aku!
“Lain kali nak datang, bertiahu dulu. Ye cik
adik?” Suara itu membuatkan aku menjelingnya. Tapi.. Baru aku perasan, yang dia
tidak lagi memanggilku dengan panggilan mak cik! Horeyy. Sukanya aku!
“Macam mana ni mummy?” Tanya Hamqa.
“Macam mana lagi. Hamqa ikut daddy ajelah. Mummy boleh jogging sensorang.” Jawabku. Suara, alahai lemahnya!
“Senang awak ikut kami ajelah jogging
sama-sama.” Harris memberikan idea bernasnya.
Aku memandang lelaki itu. Dia juga
memandangku. Ni yang aku malas kalau keluar dengan mamat ni. Ada aje yang tak
kena nanti! Bukan boleh percaya sangat lelaki ni.
“Okay jugak tu daddy. Macam mana mummy?”
Soal Hamqa memandangku. Jari kecil Hamqa sudah memegang kedua pipiku.
Aku merenung mata Hamqa. Ada riak permintaan
dimata itu membuatkan aku menjadi serba salah untuk menolaknya.
Akhirnya.. “Okaylah.” Jawabku.
“Jom. Kita dah lambat ni. Awak parkirkan
kereta awak kat dalam dan naik kereta saya.” Arah Harris.
“Kenapa pulak?” Tanyaku.
“Jimat minyak. Dan dapat mengurangkan
pencemaran udara dengan bertambahnya bilangan kereta. Nak selamatkan bumi,
kan?”
Aku mengeluh. Dalam pada mengeluh itu, aku
turutkan juga.
Harris yang melihat reaksi gadis dihadapannya
sekadar tersenyum. Kemudian, dia bersama Hamqa menaiki kereta Honda Accord
miliknya.
Setelah memakirkan kereta, dia menuju kearah
kereta berwarna hitam yang berhenti diluar pintu pagar.
Hamqa yang melihat mummynya mampir kearah kereta, segera menurunkan cermin tingkap
tempat duduk belakang.
“Mummy
duduk depan ek.” Suruhnya membuatkan Qashrina mengeluh sekali lagi. Baru ingat
nak duduk belakang tadi. Hailah nasibku!
Tanpa melengahkan masa, aku membuka pintu
sebelah pemandu dan memboloskan diri ke dalam perut kereta. Tali pinggang ku
pakai untuk keselamatan jalan raya. Juga keselamatan diriku sendiri. Dengan
lafas basmallah, kereta memecut laju membelah jalan raya menuju ke sebuah tasik
tempat kebiasaan mereka bersukan.
“Awak memang pendiam ke?” Tanya Harris.
Semenjak tadi, gadis disebelahnya hanya mendiamkan diri.
Aku menoleh kearah lelaki itu. Tanpa
disengajakan, aku melihat penampilannya. Segaknya dia dengan hanya berseluar
panjang dan berbaju lengan pendek berwarna biru.
“Tak ada apa yang perlu dibualkan.” Jawabku
memandang kehadapan semula. Melalui cermin pandang sisi, dapat dilihatnya Hamqa
yang sedang bermain entah permainan apa di tempat duduk belakang.
“Macam mana boleh kenal Hamqa ek?” Soal
Harris untuk menarik minat gadis disebelahnya supaya berbicara dengannya.
“Saya yang selamatkan dia dan bawa dia ke
kaunter khidmat pelanggan masa dia kehilangan awak kat mall dulu.” Jawabku senafas.
“Ohh.. Anyway,
terima kasih kerana mengurangkan penat lelah saya mencari Hamqa masa tu. Thank you very much.” Ucap Harris
ikhlas.
“Mentioned
not. Kalau orang lain yang punyai rasa simpati melihat Hamqa menangis
ketakutan pada masa tu pasti akan melakukan perkara yang sama dengan saya.”
“Saya terhutang budi pada awak. Apa yang
perlu saya lakukan untuk membalas kebaikan awak?”
“Satu aje. Stop calling me mak cik!” Jawabku tersenyum.
“Okay.”
“I’M HARRIS..
HARRIS RAFEEQI.” Ucapnya ketika kami sedang berehat di bawah satu pondok.
Menghilangkan penat lelah setelah berjogging.
Aku memandang lelaki itu. Lelaki itu hanya
memandang kehadapan dan membuat aktiviti menyejukkan badan diikuti Hamqa.
“Sepanjang kita berkenal, kita tak pernah
tahu nama masing-masing. My name Harris
Rafeeqi, and your name?”
“Harris Rafeeqi? Sedap nama tu.” Tapi kenapa
perangai tak seperti sesedapnya nama awak? Ucapku dalam hati. Gila nak straight!
“Thanks.”
“Your
nickname?” Soalku.
“Harris.”
“Boleh saya panggil awak, Eqi? Singkatan bagi
Rafeeqi.” Pintaku.
Dia memandang kearahku sebelum tersenyum. “Sure. Why not? Bertambahlah nama saya selepas ni. Eqi! Sedap nama tu.”
Aku membuat muka toya. Masak maggie makan
sendiri nampak!
“Kenapa nak panggil saya Eqi?”
“Saje. Lagipun saya suka panggil seseorang
dengan nama yang orang lain tak pernah panggilnya dengan nama tu. Kiranya, lain
daripada yang lainlah.” Ye ke kau Qash? Gasaklah!
“Oh yeah? And
your name?”
“Qashrina Aleesya.” Ujarku berserta senyuman.
Nama sendiri, mestilah sedap!
Harris terdiam. Macam pernah dengar nama tu..
Tapi kat mana?
“Hmm.. Like
you, saya pun suka lain daripada yang lain.”
“Hah?”
“Boleh jugakkan saya panggil awak, Sya?”
Aku tersentak. Sya? Kenapa.. Kenapa perlu
nama tu? Nama tu mengingatkan aku pada.. Pada lelaki curang tu!
“Kenapa? Tak boleh ke?”
“Erkk..”
“Kalau tak boleh tak apa.”
“Boleh..” Tanpa sedar mulut ku menjawab.
Harris mengangguk dan tersenyum. Sya! Sya!
Dan Sya! Cantik nama kau Sya! Secantik tuan empunya nama.
Thanks cause sudi menghabiskan meluangkan masa korang dengan baca karya aku nyh.. hoho
Mind to comment?
#Salam_maulidur_rasul_1435H
Mind to comment?
#Salam_maulidur_rasul_1435H
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.