"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Wednesday, November 26, 2014

Suamiku Ramai Crush [Part 5]


Damia mematikan langkahnya bila dia terdengar sayup-sayup suara orang memanggilnya. Dia pusing ke belakang. Mencari gerangan manusia yang mencarinya. Bila dah nampak wajah orang itu, dia kembali pusing ke hadapan. Langkah diatur selaju mungkin meninggalkan perkarangan perpustakaan ini.

“Mia!” Bersama itu satu tarikan kuat dilengannya membuatkan dia berhenti dari melangkah. Iskandar berdiri di hadapan isterinya. Nasib baiklah laluan kat sini tak ada orang lalu sangat. Kalau tak, boleh musnah harapannya mahu berbaik semula dengan Damia. Semalam tidur tanpa pelukan Damia buatkan dia tak lena tidur weh. Selalunya ada aje Damia kat sisi dia, tapi malam tadi.. ahh salah dia ke?

Is.. Is.. dah memang salah kau, kau boleh tanya lagi? Terus ingatannya mengimbau pada malam sebelum majlis perkahwinan itu.

Damia merapati suaminya yang sedang khusyuk menonton televisyen. Malam Jumaat macam ni memang Running Man ajelah yang Iskandar selalu layan. Katanya, tengok Running Man boleh hilang stres. Hilang stres yang macam mana tu, Damia tak tahulah.

Dia pandang suaminya bila iklan menjelma. Iskandar yang perasankan pandangan isterinya menoleh. Tersenyum pandang Damia yang bersanggul malam ni. Pelik. Tak pernah-pernah pula Damia bersanggul. Paling tak pun, dia hanya akan lepaskan rambutnya ataupun ikat kuda. Inilah kali pertama dia nampak Damia bersanggul. Nampak.. cantik sangat! Terpesona jap.

“Ada something nak cakap ke?”

“Ada. Ada..”

Iskandar jungkit kening. “Cakap ajelah.”

“Esok, boboy free tak?” Tanya Damia. Rambut hadapannya yang sedikit jatuh dibetulkan.

“Esok..” Pantas Iskandar mengingat. “Esok tak freelah. Kenapa? Nak ajak pi mana-mana ke?”

Damia gigit bibir bawah. Alah! Dia tak free pulak. Baru nak ajak dia pergi kenduri kahwin abang Zulaikha. Tak boleh pergi dengan dialah nampaknya. Nafas keluhan dilepaskan.

Dia mengangguk sebagai jawapan. “Macam tulah.”

Iskandar gosok tengkuknya. “Sorry, baby. Boboy tak boleh temankan esok. Urgent sangat. Ada discussion dengan kawan.” Kelat wajahnya. Macam mana dia nak jujur yang dia sebenarnya nak keluar dengan Aida?

Damia mengangguk. Ohh, ada perbincangan. “Sokaylah. Tak kesah.”

“Betul ni?”

“Hmm..” Mengangguk.

“Kalau awak panggil saya, tapi tak nak cakap apa-apa, lebih baik saya pergi dulu.” Tangannya direntap. Terus dia melangkah keluar dari bangunan ini.

Sementara Iskandar sudah menghantukkan kepalanya didinding. Apalah ke bangangnya aku ni. Patutnya minta maaf dengan dia. Pujuk dia. Ceritakan perkara sebenar. Bukannya mengelamun ingatkan benda lama!

Keturunan bangang mana yang kau ikut ni, Mikhail Iskandar?



DARWISH pandang adiknya yang gigih menyiapkan assigmentnya malam tu. Macam banyak aje kerja dia sampaikan tak layan langsung Iqmal yang dari tadi dok cuba cari perhatian mak ngahnya. Kesian budak tu.

“Dik!”

Damia angkat muka. Dari pandang skrin laptop, kini dia pandang wajah tampan alongnya. “Pe benda?” Kemudian dia pandang skrin laptop balik. Tak nak tangguh masa siapkan assigment ni. Minggu depan dah kena hantar. Dia memang tak suka buat kerja saat-saat akhir.

Busy?

Damia angguk. “Sangat.” Tambahnya.

“Ohh..”

Damia berhenti dari menaip. Lain macam aje pertanyaan along ni. Selalunya tak pernah-pernah pun tanya aku sibuk ke tak. Tapi malam ni macam pelik tau ea. Dia pandang alongnya yang sedang melayan anak sulungnya bermain.

“Along ada nak cakap apa-apa ke?” Tekanya.

“Nop.” Menggeleng.

Sure?” Tanya Damia. Sebab dia memang tengah pelik dengan perangai alongnya malam ni. Dia panjangkan lehernya. Cari Kak Hajar.

“Mana kak long?”

“Kat atas. Pening kepala.”

“Pening?” Tanya Damia. Yang tu lagi satu pelik. Tak pernah-pernah pening kepala.. aish.. ni kenapa dengan laki bini ni? Ada masalah dalaman apa?

Darwish angguk. “Dia muntah-muntah tadi. Itu yang along suruh dia rehat terus.”

Mata Damia tiba-tiba bersinar bila dengar apa yang alongnya cakapkan tadi. “Nak tambah orang baru ke?” Damia sengih. Mengikut tilikannya.. tilikan kau ek Damia. Hahaa.. lantaklah.

Mengikut tilikannya, itulah antara simptom-simptom wanita mengandung. Wohohaa..makin bertambah anak buahlah aku tahun ni. Bangga jap.

Darwsih angkat bahu walaupun memang betul apa yang diteka adiknya. Tak sangka, Iqmal tak sampai dua tahun lagi sudah dapat adik. “Nak tunggu kau, memang sampai bila-bilalah tak adanya.”

Damia menunduk. “Orang belajar lagilah. Tak nak ada anak lagi dalam usia baru nak naik ni.” Perlahan suara dia. Cukuplah hanya mereka berdua aje yang dengar.

“Ye lah tu. Ingat along tak tahu, yang Is tak kasi adik beritahu orang lain yang korang dah bernikah. Hah?”

Damia pandang alongnya. Tepat ke mata. “Ma.. mana along tahu?” Dahinya berkerut. Perwatakannya yang tadi ceria sudah bertukar terkejut. Semestinya dia terkejut sebab hanya dia dan Iskandar sahaja yang tahu perkara ni. Tak mungking orang lain dapat tahu!

Terdengar Darwish mengeluh. “Semua pasal adik-adik along, ada dalam ni.” Ditunjuk tangan kanannya yang digenggam. “Everything! Tak ada satu benda pon yang along tak tahu.”

Persoalan dari mana alongnya tahu menjadi tanda tanya dalam benak Damia. Ye.. mana along tahu? Along dengar ke masa dia dan Iskandar buat perjanjian tu? Tak.. tak mungkin! Sebab dia dah cukup pasti yang masa tu mereka cakap pintu bilik sudah ditutup rapat. Jadi, dari mana along tahu? Along ada pasang hidden camera ke?

Apa lagi yang along tahu?

“Kenapa boleh jadi macam ni? Pernikahan tu suci, dik. Kenapa mesti kena sorokkan dari semua orang? Orang lain berhak tahu.” Bertukar lirih suara Darwish.

“Jangan salahkan Mia boleh tak? Kalau ada orang yang perlu disalahkan sekalipun, orang itu adalah Iskandar. Bukan Mia.”

“Ni sampai bila nak berkampung kat sini?” Tanya Darwish lebih kepada mahu menukar topik. Sebab dia dah dapat rasa perang saudara akan berlaku. Dia tanya bukan nak menghalau, tapi walaumacam manapun keadaan Damia, Damia tetap isteri Iskandar. Dia tak punya hak untuk menyimpan Damia lama-lama meskipun Damia adalah adiknya.

“Kenapa? Nak halau Mia ke? Dah tak nak jaga Mia dah?” Kalau alongnya cakap ya. Memang malam ni jugak dia angkat kaki. Cari hotel pulak. Ibu dengan ayah dia kaya, apa ada hal! Nak duduk bertahun-tahun kat hotel pun bolehlah.

Berlagak kau Damia ek.

“Bukan halau sayang. Mia tahukan apa hukumnya tinggalkan suami?”

Damia mengeluh. Ini yang lemah ni kalau along dah bangkitkan soal hukum. Akhirnya dia sekadar mengangguk perlahan.

“Adik nak ke jatuh hukum tu?”

Damia angkat mukanya. Pandang Darwish. Lama dia pandang sebelum dia bingkas bangkit. “Kenapa dengan Mia aje along nak berceramah soal hukum hakam macam ni? Tu.. dengan adik ipar kesayangan along tu, tak nak pulak berceramah kat dia.” Damia terus susun kertas di atas meja dan terus angkat laptopnya panjat anak tangga.

“Urghh stres!”

Darwish mengeluh. Dia pandang Iqmal yang pandangnya. “Ngah?” Tanya Iqmal dengan pelatnya sambil menunjuk ke arah tangga.

Darwish senyum pandang anak sulungnya. “Jom kita tidur, sayang.” Lantas digendong anak itu sebelum menutup suis televisyen, lampu dan kipas di ruang tamu. Dipastikan juga semua pintu dan tingkap dikunci.

Sementara Damia.. dia duduk bersandar di belakang pintu biliknya. Mengeluh sesaat. Kenapa aku terlebih emo minggu ni? Kenapa semuanya aku nampak salah? Padahal masalah aku dengan Iskandar boleh dibincangkan kot.


Damia jungkit bahunya. Entahlah. Dia nak period kot. Itu yang emosi tak stabil. Bengong sikit minggu ni.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.