Hari ni
hari Ahad. Hari yang tersangatlah membosankan bagi seorang gadis bernama
Nameera Qaleesha binti Muhammad Khalid. Dari semenjak selepas sarapan tadi, dia
hanya duduk termenung di sofa ini sahaja. Tak ada mahu ke mana-mana. Bosannya!
Dia
hanya memandang sepi wajah alongnya yang kebetulan baru sahaja melintasinya
untuk ke laman rumah. Nak beri ikan-ikannya makan, mungkin. Tak habis-habis nak
manjakan ‘anak’ dia tu. Aku yang adik dia ni pun, tak dimanjakan! Nampak tak
sikap diskriminasi dia kat situ?
Kaki
masih lagi menghentak-hentak lantai yang dialas dengan permaidani lembut
berwarna biru air laut. Tak silap akulah kan, permaidani ni ibu dengan ayah
beli masa bulan madu diorang yang kedua kurang dua tahun yang lalu. Okay aku
tipu. Bukan bulan madulahkan kalau aku dengan along join sekali?
Bunyi
tapak kaki yang agak perlahan menembus pendengaranku. Dah kalau rumah ni sunyi,
bunyi semut berjalan pun boleh dengar!
Pantas
Meera menoleh ke arah tangga. Tidak lama kemudian, muncul dua kelibat yang
segak mengenakan baju yang begitu cantik pada pandangannya.
“Ibu
dengan ayah cantik-cantik ni, nak ke mana?” Tanya Meera.
Puan
Mastura berhenti di hadapan anak gadisnya. Senyuman diukirkan. “Nak pergi beli
barang sekejap.”
“Err,,
Meera ikut?”
“Okay.
Lima minit!” Arahan diberi.
“Fifteen minutes, please?” Rayu Meera.
Memang tak lah kalau dia nak bersiap dalam masa lima minit. Paling koman,
setengah jam kot!
“Okay.
Lambat, tinggal.”
Dia
terus bangkit. Berlari memanjat anak tangga.
“Cepatlah
sikit, langkah tu.”
Terus
terhenti langkah Meera apabila mendengar suara garau di belakangnya. Pantas dia
menoleh ke belakang. Sebelah kening dijungkitkan.
“Ingat
adik sorang aje nak ikut? Along pun nak jugaklah.” Niezam terus melangkah,
meninggalkan adiknya sendirian terpinga-pinga ditangga.
Ingat
dia sorang aje ke yang bosan? Aku pun samalah!
*****
Meera menarik satu pintu kaca sebelum melangkah memasukinya. Terus dia beratur
menunggu giliran untuk mengambil duit yang disimpankan di dalam akauan banknya.
Dia kini berada di Public Bank cawangan Bukit Indah.
Tiba
gilirannya, dia terus meletakkan telefon bimbitnya di atas mesin bersebelahan
dengan skrin mesin itu bagi memudahkan dia mencucuk wang. Eh! Macam lain jek
ayat aku ni.
Selesai
mengambil wang yang berjumlah lima ratus ringgit, dia terus mengambil resit dan
terus berlalu pergi meninggalkan bank tersebut. Duit dah dapat, so apalagi. Shoppinglah!
Tapi
sebelum shopping, dia harus ke sebuah
restoran yang tidak jauh dari Public Bank tadi. Kesemua ahli keluarganya sudah
menunggunya di sana. Tiba di restoran itu, Meera terus mengambil tempat
bersebelahan dengan alongnya.
“Dah order ke?” Soalnya.
“Dah.
Adik punya pun, along dah orderkan
sekali.”
“Thank you so much, alongku sayang.”
Niezam hanya
tersenyum manis. Sekaranglah baru nak sayang aku..
*****
Semenjak sepuluh minit tadi, dia hanya memerhati sebuah telefon yang ditinggalkan di
Auto Teller Machine (ATM) itu. Namun, tiada seorang pun yang mengambil telefon
itu. Hatinya berbelah bahagi sama ada mahu mengambil dan menyimpannya ataupun
hanya membiarkan telefon itu disitu sehingga pemilik telefon itu sendiri yang
datang mengambilnya.
Ahhh..
biar ajelah! Perlahan-lahan, kakinya melangkah ke pintu. Mahu beredar dari
situ. Namun hatinya seolah-olah menahannya dari berlalu. Nafas di tarik tenang.
Fikir Neal.. fikir..
Kalau
aku biarkan aje kat situ, takut pulak ada manusia yang tak punya sivik yang
ambil dan mungkin manusia itu akan menjualnya. Kasihan pulak pada empunya
pemilik telefon itu. Mahal kot. Iphone5 leyy..
Entah
macam mana. Entah bagaimana, kakinya sudah berhenti betul-betul di hadapan ATM
itu. Apa aku nak buat ni? Dipandangnya kesekelilingnya, tiada satu orang pun
berada disitu.
Ahhh..
ambil ajelah. Bersama itu, tangan kanannya mengambil telefon bimbit berwarna
biru muda itu. Kemudian, dia terus melangkah pergi meninggalkan Public Bank
ini.
*****
“Cari apa, dik?” Tanya Niezam pada adiknya yang semenjak tadi menyelongkar isi beg
tangannya. Namun semenjak itu jugaklah, adiknya itu tidak menemukan barang yang
dicarinya. Haishhh...
“My phone.”
“Adik
letak mana tadi?”
“Tu lah
pasal. Adik sendiri pun lupa letak mana.” Perlahan bicaranya sambil tersengih. Kepala yang dilitupi dengan selendang, dia garu perlahan.
Niezam
mengelengkan kepalanya. “Last adik
pergi mana tadi?”
Meera
berhenti. Dan berfikir. Last aku
pergi makan.. ehh tak. Sebelum tu aku ada pergi bank. Hah! Jari dipetik kuat.
“Bank!”
Diberitahu alongnya.
“Pergilah
cari.”
“Teman?”
“No!”
Tanpa
membuang masa, Meera terus menarik lengan kanan alongnya. Diheret juga alongnya
agar menemaninya ke bank.
Namun
dia hampa apabila tiba disana. Tidak kelihatan telefonnya di mana-mana.
Dicelah-celah mesin ATM tidak dijumpanya. Di dalam tong sampah pun tidak ada.
Hailah. Manalah kau pergi telefon? Aku dah sayang kau bagai menatang minyak
yang penuh, kau boleh pulak macam kacang lupakan kulit. Ehhh, asal aku
tiba-tiba berperibahasa ni?
“Nah!”
Meera hanya memandang kosong telefon alongnya yang dihulurkan padanya.
“Nak
buat apa?” Blur melanda diri Meera buat tika ini menyebabkan otak tidak dapat
berfungsi dengan baik.
“Telefonlah.
Mana tahu ada orang ambil ke.”
Ye tak
ye. Kenapalah aku tak terfikir langsung? Pantas diambil telefon milik alongnya
dan didail pula nombor telefon bimbitnya. Bismillah.. janganlah orang jahat
yang ambil telefon aku tu!
*****
Hampir terkejut Daneal apabila dia yang tengah khusyuk memandu dikejutkan dengan bunyi
deringan telefon yang kuat berbunyi di sebelahnya. Lantas diberhentikan kereta
di lorong kecemasan. Dia mencapai telefon yang dijumpanya tadi yang sedang
berbunyi nyaring membingitkan telinganya.
Nama
pemanggil yang terpapar di skrin di baca dalam hati. ‘Along?’ Dan tanpa membuat
si pemanggil menunggu lama, panggilan itu dijawabnya.
“Hello?”
“Err..
asaalamualaikum.” Suara seorang gadis yang lembut dan merdu kedengaran di
cuping telinganya. Suara itu sungguh mendamaikan hatinya dan suara itu jugak
membuatkan dia terkenangkan seseorang. Tapi siapa?
“Waalaikumussalam.”
Salam si gadis dijawabnya.
“Boleh
saya tahu, encik ni siapa?” Tanya suara itu.
“Saya
Dan.. Danish.” Ye! Semenjak empat tahun yang lalu, dia sudah menukar nama
panggilannya. Elok-elok dari Daneal, kini ditukarkan kepada Danish. Okay what? Nama aku jugak, bukan?
“Bukan
nak biadap tapi, telefon yang Encik Danish gunakan sekarang ni adalah telefon
saya.” Haishh, macam tak kena aje ayat aku ni. Gasaklah. Janji aku dapat balik
telefon kesayangan aku tu!
“Ohh ye
ke? Nasib baik saudari menghubungi saya. Telefon saudari berwarna biru, kan?”
“Ye.
Betullah tu. Emm, Encik Danish ada kat mana sekarang? Saya pergi ambil.”
“Tapi
saya dah jauh dari tempat tu.”
“Tak
apa. Biar saya ambil.”
“Tak
apalah. Disebabkan saya yang pegang telefon saudari, jadi biar saya ajelah yang
hantar ke sana.”
“Betul
ni?”
“Ye.
Saudari boleh tunggu saya di mana?”
“Hmm,
saya tunggu betul-betul dihadapan bank tadi.”
“Okaylah.
Jumpa di sana. Assalamualaikum.”
Daneal
menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Entah mengapa jantungnya berdetak kencang
sekali. Pernafasan dibetulkan. Mahu menyeimbangkan emosinya yang penuh teruja
tadi. Tak tahulah kenapa dirinya begitu teruja sekali.
Tangannya
menurunkan signal ke kanan. Manakala tangan kirinya pula menurunkan break
tangan dan menukar ke gear D. Kedua kakinya mula memainkan peranan
masing-masing.
*****
“Macam mana?” Tanya Niezam.
“Dia on the way datang sini.”
“Baguslah.
Ibu dah panggil along tadi. Bolehkan adik tunggu sensorang kat sini?”
“Hmm..
okay. Nanti adik menyusul yoww..” Senyuman dilemparkan.
Mata
Meera hanya memandang kepergian alongnya masuk ke dalam pusat membeli-belah
tidak jauh dari Public Bank ini. Terpaksalah aku shopping lewat sikit kali ni. Atotoyy..
Dia
duduk di bangku yang disediakan di hadapan bank. Menunggu dan terus menunggu
kedatangan telefonnya bersama orang yang menjumpai telefonnya.
So Meera, moral of the story is don’t
careless.. Kalau
kau cuai jugak, inilah akibatnya. Itupun kalau manusia yang menjumpai barangan
kau tu baiklah. Kalau tak, mimpi ajelah nak dapat balik!
Setengah
jam menunggu.. manalah lelaki ni? Dah berjanggut aku tunggu kat sini. Okay aku
tipu!
Akhirnya,
Meera duduk menyandar di cermin kaca. Mata dirapatkan sehinggalah..
“Assalamualaikum.”
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.