Pages

Search This Blog

9 Mar 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 23]



Damia pandang alongnya. Tersenyum sekejap dia. Dia perhati pulak Iqmal yang tengah disiap rapi oleh ayah dia. Tersenyum dia lagi. Ya Allah.. Aku nak rasa keadaan macam ni. Aku teringin sangatt..

            Terdengar Iqmal gelak. Damia pandang budak comel yang baru berusia setahun tu. Dia pandang pulak tangan along yang lincah pakaikan lampin pakai buang pada Iqmal. Along dah makin tunjukkan perubahan yang baik nampaknya. Ingat lagi masa mula-mula Iqmal lahir, bukan main susah lagi along nak handle anak dia.

            Sampaikan sanggup suruh ibu datang rumah semata-mata nak suruh tunjuk ajar cara-cara uruskan baby. Masa tu, Damia gelak aje yang boleh. Sampaikan ibu pernah cakap, “Kamu jangan duk gelak aje Mia.. Nanti sampai turn kamu, jangan panggil dah ibu suruh tolong.”

            Masa tu Damia terdiam sejenak sebelum sambung gelak dia sambil cakap, “Tak apa, bu. Seminggu sebelum Mia melahirkan, Mia dah bertapa dengan mak mertua Mia suruh ajar apa yang patut.”, dan sampaikan Damia pernah berjanji dengan mak mertua dia seminggu sebelum dia dijangka melahirkan, dia akan bertapa dengan mak Iskandar.

            Tapi.. Tapi.. Dah nak dekat dua tahun.. Tanda-tanda yang dia disahkan mengandung pun belum ada lagi.

            Huh.. Perempuan apa aku ni? Tak boleh bagi suami anak. Habistu.. Siapa yang nak teruskan keturunan mama dengan ayah Iskandar kalau bukan dia? Sebab Mazni dah sah-sah teruskan legasi keturunan mertua dia.

            Damia sandar badan di dinding. Kepala dia masih lagi pandang along dengan Iqmal. Lepastu Damia nampak Kak Hajar datang bawa makanan Iqmal. Tapi kali ni, Kak Hajar bagi Iqmal makan epal. Epal merah dan hijau yang dah dibuang kulit dan dihiris nipis-nipis. Selamba aje dia tengok budak tu makan epal tu.

            Tergelak Damia bila nampak muka tahan masam Iqmal bila makan epal hijau. Itulah.. Epal merah bukan main banyak, epal hijau jugak yang dia makan. Damia nampak pula, along tengah menggomol Iqmal sambil diperhati Kak Hajar. Ketawa mengekek Iqmal bila digomol macam tu kat perut dia.

            Tuhan.. Berikan aku peluang tu. Aku cuma nak rasa macam mana dan bagaimana nikmatnya merasai keindahan pengalaman seperti along dan Kak Hajar. Tak layakkah aku untuk merasainya?

            Damia menoleh bila rasa bahunya di peluk seseorang dari belakang. Mesti Iskandar sebab dalam rumah ni, hanya ada mereka berlima aje. Lagi tiga dah ada kat ruang tamu sana. Maknanya tinggal lagi seorang sebab dia ada disini. Yang seorang tu tak lain dan tak bukan mesti suami dia.

            Damia ukir senyuman kecil dibibir. Tengok dari mata Iskandar dia dah tahu kenapa lelaki tu pandang dia redup dan sayu macam ni. Bila dah tengok wajah suami dia macam tu, Damia apa lagi. Mata jangan cakap lah. Kelopak mata dia dah bertakung dengan air mata. Terus Iskandar tarik isteri dia dalam pelukan.

            “I want to be like that.” Bisik Damia disebalik dada suami dia. Iskandar tergamam lepas dengar. Dia tahu.. Walau macam mana sekalipun isteri dia nak biarkan rezeki tu datang sendiri, pasti terdetik juga perasaan halus tu dalam hati dia satu masa.

            Apa yang dia mampu.. Hanya gosok lembut belakang tubuh isterinya. Iskandar pejam mata sekejap sebelum lepaskan satu keluhan berat.


No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai