"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Saturday, March 21, 2015

Truth or Dare -1-

Assalamualaikum.. Hmm e-novel baru, mungkin..


Truth, tell me how you really feel. Dare, prove it.

Aireen garu kepala. Dia tak pernah lagi main permainan ni. Tapi.. Tak cuba mana nak tahu kan? Lantas kepalanya dianggukkan. “Okay.” Dia senyum. Kerusi sebelah Fawwaz dia tarik dan dilabuh duduk kat situ. Getah rambut yang melilit pergelangan tangannya dikeluarkan dan di ikat kuda rambutnya.

            “Kau ikat rambut macam ni lagi cantik kot, Reen dari kau lepas macam pontianak.” Komen Fikri dengan muka terujanya. Iyelah, inilah kali pertama yang lelaki-lelaki ni nampak dia ikat rambut macam sekarang. Selalunya, dia lebih suka rambutnya dilepaskan tanpa ikatan.

            “Pakai tudung lagi lawa kot.” Telinga Aireen menangkap suara seseorang dari kanannya. Dia pandang Fawwaz. Fawwaz yang cakap ke tadi? Tak lah. Lelaki dingin ni mana nak bercakap dengan dia. Pandang sinis adalah.

            Tapi hati Aireen macam terkesan dengan ayat si Fawwaz ni kalau betullah dia yang cakap. Pakai tudung, huh?

            “Okay, let begin the game.” Farhan letak botol plastik yang berisi sedikit air laut di dalamnya. Senang nak pusing kalau macam ni. Tak jumpa pula dia orang botol kaca, kalau tak lagi senang guna botol kaca.

            “Siapa nak spin dulu ni?” Tanya Farhan pandang kawan-kawannya. Nampak Dyana angkat tangan. Farhan letak botol tu depan Dyana. Dyana lantas pusingkan botol tu. Botol berpusing laju sebelum perlahan-lahan berhenti. Dan, penutup botol tepat menunjuk pada Hakim dihadapan Dyana.

            Dyana senyum. “Truth or dare?” Tanya Dyana.

            Tak fikir panjang, Hakim terus menjawab, “Truth.” Sambil jongket sebelah keningnya.

            Dyana pandang Hakim lama. Soalan apa nak kasi ni? Dyana petik jari bila dah pasti soalannya untuk Hakim. Soalan yang pertama untuk permainan ni malam ni, dia bagi yang mudah-mudah aje. Nanti dah hujung-hujung permainan ni, baru dia bagi yang sulit dan sukar. “Kau minat kat siapa sekarang, berserta sebab.” See, kan dah cakap tadi. Soalan yang mudah punyalah.

            Hakim kelu. Dia minat kat siapa? “Soalan lain tak ada ke weh?” Dah berubah muka Hakim. Gila! Mana bisa dia nak beritahu ni. Malulah dia kalau macam ni.

            Dyana menggeleng pantas. “Sahut cabaranlah, bro.” Dyana senyum sinis. Dia tanya soalan ni pun bersebab sebenarnya. Dia tahu yang Hakim minat kat seseorang. Tapi lelaki tu masih tak punya keberanian nak beritahu. Jadi Dyana fikir, mungkin dengan cara macam ni dia boleh buat dua hati tu bersatu. Mungkinlah..

            “Come on, bro. Time is gold.” Gesa Johan.

            “Fine! Aku minat kat Reen.” Semua mata pandang Hakim sebelum jatuh pada Aireen. Nampak muka Aireen berubah. Kaku dan kelu. Tak percaya.

            “Sebab?” Tanya Dyana.

            Kali ni, Hakim jawab dengan yakin sekali. “Sebab dia ada daya penarik tersendiri yang tak ada pada mana-mana perempuan yang aku kenal. Habis!”

            Dyana senyum. Berjaya juga apa yang dirancangnya. Lepas ni, apa nak jadi pada dua manusia ni dia tak kisah. Asalkan, lelaki bernama Hakim tu tak lagi pendam apa yang dia rasa sejak dua tahun ni. Kau berjaya Dyana. Syabas!

            Hakim pusingkan botol plastik tu. Dan penutup botol menunjuk pada Ilham di bahagian tenggara. “Truth or dare?” Soal Hakim pantas. Dia sedar ada mata yang pandangnya. Bukan seorang, tapi dua orang! Itu yang dia perasan.

            Balik bilik nanti mesti dia kena dengan orang tu. Habislah.

            “Dare.” Jawab Ilham berani. Ilham senyum. Lelaki, mesti sukakan cabaran. Tak lelakilah tak suka cabaran.

            Hakim senyum. “Aku tahu kita semua still young. Belajar pun tak habis lagi. Tapi, aku nak kau lamar Isha depan kitorang semua.” Hakim naikkan keningnya.

            “Hoi! Dia couple dengan aku, apsal kena lamar Isha pulak?” Dengar seseorang di sebelah Ilham bersuara. Hakim ketawa. Tahu siapa yang menjerit tu. Tapi dia abaikan.

            Ilham tayang wajah kelat. Aish, macam menyesal pula ambil Dare ni. Baik ambil Truth tadi. Dia pandang perempuan di sebelahnya. “Nak biy buat ke?” Soal Ilham pada Nisa. Nisa pandang Hakim kecil besar. Memang nak kena humban dalam laut mamat ni karang. “Up to you. Biy okay aje.”

            “Berdirilah. Romantik apa melamar depan laut ni.” Cadang Fyka. Dia siap sponsor lagi bunga ros yang memang disediakan atas meja ditengah-tengah mereka tadi. Bunga ros tu dia serahkan pada Ilham.

            Ilham berdiri dihadapan Isha. Dia pandang Nisa sekejap, “Sorry eh biy.” Lepastu Ilham melutut dihadapan Isha. Bunga ros tu diserahkan pada Isha sebelum bersuara. “Aku..”

            “Kanda!” Potong Hakim. Apa pula nak melamar orang gelar aku-kau. Tak romantik betullah Ilham ni. Macam mana entah Nisa boleh tersuka dia pula. Aih.

            “Yelah, yelah.” Degus Ilham. Kerana terpaksa aku relakanlah jawabnya macam ni. “Tulang rusuk Kanda bergetar setiap kali memandang wajah Dinda. Bukan sebab Kanda ada kanser, tapi sebab Kanda terpegun melihat senyuman yang menghiasai bibir Dinda.” Ilham nak gelak dengan ayatnya sendiri. Dia tahan gelak bila dengar kawan-kawan dia yang lain dah ketawa kat belakang. Termasuk kekasihnya, Nisa.

            “Dinda nampak bulan tu?” Tanya Ilham sambil jari telunjuk menunjuk pada bulan separa di dada langit bersama bintang-bintang yang bertaburan disekitarnya.

            Isha gelak dulu sebelum menjawab pertanyaan Ilham. “Dinda nampak, Kanda.”

            “Nah! Dinda seperti bulan tu. Hidup Kanda gelap gelita tanpa bulan diwaktu malam. Jadi, sudikah Dinda menerima Kanda sebagai suami meskipun Kanda terpaksa menduakan kekasih Kanda?”

            “Dinda.. Dinda sudi, Kanda. Asalkan Kanda tidak lagi menyebut nama kekasih Kanda bila Kanda bersama Dinda.” Balas Isha. Wajahnya diseriuskan. Gelak dalam hati ajelah. Tangan Isha pantas menyambut huluran bunga ros itu lalu diciumnya.

            Dengar Nisa bangkit sambil tepuk tangan. “Bravo! Kau dah ambil marka aku, sesenang kau suruh dia lupakan aku eh?” Nisa cekak pinggang. Isha dan yang lain gelak aje bila dengar.

            “Aih.. Panas muka aku. Tak pernah seyh aku buat kerja gila macam ni.” Ilham pandang Nisa. “Sorry eh, biy. Sumpah! Ini kali pertama biy buat dengan orang lain.” Ilham dah angkat tangannya.

            “Dah.. Spin.” Suruh Hakim. Gelak dah habis. Permainan harus disambung kembali. Tapi tak sangka, Ilham sanggup sahut cabarannya. Tapi okaylah aku suruh dia buat depan awek dia, cuba kalau aku suruh dia buat belakang awek dia. Lepastu record then hantar kat Nisa. Memang saat tu juga Ilham tak terapung lagi dah lepas dilemaskan oleh Nisa dalam laut!

            Penutup botol yang dipusing Ilham berhenti pada Aireen. Aireen mula berdebar. Sememangnya, ini kali pertama penutup botol tu menunjuk pada dirinya. Dan saat ni, jantungnya berdebar lain macam. Macam ni rupanya rasa bila main permainan ni.

            “Truth or Dare?” Tanya Ilham sambil senyum. Akhirnya, perempuan ni sahut juga cabaran mereka untuk main permainan ni. Sebelum ni, semedang aje nak mengelak.

            “Truth.” Aireen senyum. Permainan baru nak mula macam nilah dia nak buat sesi soal menyoal dulu. Bila permainan ni makin panas, baru dia buat action. Hmm, main pun tak mahir lagi dah pandai rancang.

            Ilham gosok kedua tapak tangannya. Hari makin menginjak malam. Mereka masih lagi bermain Truth or Dare di tepi pantai ni. Tengah cuti semester macam nilah mereka selalunya akan memilih salah satu pulau-pulau yang menarik untuk dikunjungi. Dan menginap disini untuk beberapa malam. “Nisa pernah beritahu aku yang kau pernah menangis sebab seseorang.”

            Aireen pandang Nisa. Dia menangis sebab seseorang? Pantas matanya membulat. Nampak Nisa tersengih. Ish Nisa ni. Kan dah cakap jangan beritahu sesiapa. Adush. Jangan Ilham tanya siapa orang tu dah lah. Memang dia penggal kepala Nisa buat sup nanti.

            “Dan boleh kau beritahu kitorang, apa yang someone tu dah buat sampai kau menangis tak masuk kelas sehari?”

            Bibir Aireen menggigil. Semua mata dah pandangnya nak tahu jawapan. Tangannya yang dah sejuk digosok. Nak panaskan tapak tangannya yang semakin sejuk.

            “Just nothing. Cerita lama. Aku..” Aireen gigit bibir. Dia pandang Nisa. Hanya Nisa aje yang tahu benda ni. Tapi itu tak tahulah kalau Nisa ada beritahu Ilham ataupun tak. Tengok dari pandangan Ilham, macam dia dah tahu siapa. “Aku pernah terfall in love dengan dia. Dan bila aku dah betul-betul yakin dengan perasaan aku, aku datang fakulti dia dari jauh semata-mata nak confess kat dia. But at the same time, aku nampak dia dengan perempuan lain. Terus hati aku patah seribu. And that the reason why I’m crying.” Aireen lepas keluhan. Dia.. Tak ada sebut siapa nama orang tu kan? Nasib baiklah.

            Lagipun benda dah lama berlalu. Dah setahun dah pun. Dia tak nak ingat lagi dah pasal benda ni. Kalau boleh, nak padam semuanya. Sebab strange feeling tu sangat menyakitkan minda dan jiwanya.

            Dan apa yang pasti, orang yang pernah buat dia menangis tu, ada bersama mereka. Duduk di sini, bermain permainan ni. Lelaki tu tak tahu. Itu yang Aireen pasti.

            Aireen pusingkan botol tu. Botol terhenti pada dirinya sendiri. Lantas dipusing lagi sekali. Lama botol plastik tu berputar sebelum terhenti pada Amin di hadapannya. “Truth or Dare?

            “Dare!

            Aireen senyum senget. “Post gambar kau dengan Mina kat Insta with caption, kami couple paling sweet diabad ini. Dan, jangan lupa tag kitorang semua.” Serius wajahnya memberi arahan. Gelakkan yang lain dia tak hirau. Apa yang pasti, Amin mesti laksanakan tugasnya.

            “Serious, Reen?” Aireen angguk.

            Amin buka Instagram miliknya di telefon. Berbekalkan flash ditelefon dan juga samar-samar cahaya bulan, dia bersama Mina merakam gambar berdua. Selesai menaip kaption, dia tekan hantar.

            Aireen dan yang lain buka Instagram masing-masing. Bila dapat satu notification dari Amin, mereka sentuh gambar tu. Siap dengan tempat lagi si Amin masukkan sekali. Konon nak sweetlah tu bercinta kat Pulau Perhentian.

            “Satisfied?” Tanya Amin. Aireen senyum segarit sebelum angguk. Belum ada kekasih hati bolehlah buat macam tu. Cuba kalau dah ada. Mahu merayu minta maaf pada kekasih hati macam yang Ilham buat pada Nisa tadi.

            Amin pusing botol tu. Botol menunjuk pada Fawwaz. Lantas soalan yang sama disoalnya. Dengan wajah serius, Fawwaz menjawab “Dare!

            Amin senyum. Dia pandang jam. Dah pukul satu tiga puluh minit pagi. Mata masih segar bugar lagi walaupun dia dah nampak ada beberapa dari kawannya yang sudah menguap. Mungkin penat sebab berjalan seharian siang tadi. “Disebabkan waktu dah larut malam, Dare kau akan berjalan esok.”

            “Apa Dare aku?” Soal Fawwaz. Nak tahu sekarang. Atleast, dia boleh buat persiapan untuk esok.

            “Esok kita ada snokerling. Dan aku nak sepanjang masa snokerling tu, kau kena berada disisi Reen. By hook or by crook. Kau kena layan segala kerenah dia. Semuanya.” Amin senyum sinis hujung ayat.

            Sementara Aireen dan Fawwaz, dah tergamam kat tempat duduk masing-masing. Dare jenis apa ni?

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.