Damia hanya mengikut arah yang ditarik kawan-kawannya. Pelik juga dia bila baru aje
keluar dari perpustakaan dah dorang ni main tarik-tarik tangan dia. Tapi
disebabkan Damia ni baik hati, dengan senang hati dia mengikut. Malas dah nak
melawan bagai. Bukan dia tak tahu perangai kawan-kawan dia ni. Pantang dia
melawan, mesti melawan balik.
“Ish korang ni.. Tadi aku tak nampak
pun korang kat library, sekarang bila
dah nampak batang hidung main tarik aku pergi mana entah. Nak pergi mana ni?”
Damia dah buka profesion membebel dia.
“Alah adalah.. Aku dengar Arissa dah
tahu siapa girlfriend Is.” Ayat tuu..
Buat langkah Damia mati.
Arissa dah tahu? Ah, mestilah dia
tahu sebab dah sah-sah dia yang ada masa Arissa tahu tu. Tetiba teringat balik
pada pertemuan tanpa sengaja mereka minggu lepas. “Jadi.. Korang nak pergi jumpa Arissalah?”
Jue, June dan Zulaikha angguk. “Dah
tu buat apa angkut aku sekali pergi sana?” Tanya Damia. Dia tak minatlah dengan
benda-benda macam ni. Baik belajar, boleh jadi pandai. Dari tahu benda yang tak
berfaedah yang tak boleh bawa kejayaan dalam hidup ni. Grr..
“Saje.. Kau pun mesti nak tau jugak
en?”
“Banyak lah.. Aku tak minatlah
bebenda macam ni.”
“Sekarang kau memang tak minat. Aku
janji lepas ni kau mesti akan minat. Dan masa tu, kau akan ucapkan terima kasih
pada kita orang.”
Damia buat muka toya. Dia orang ke
aku yang akan ucap terima kasih tu nanti lepas dah tahu? Hmm.. Patutlah pagi
tadi masa baru aje sampai universiti ni, ramai dah perempuan-perempuan keliling
tempat parkir kereta yang selalu Iskandar parkirkan kereta dia. Rupanya..
Arissa dah jual cerita ni pada semua orang. Dan.. Mestilah atas keizinan
Mikhail Iskandar kan?
“Eh kau orang.. Stop jap.” Damia dah berkira-kira dalam hati nak buka mulut. Dah
tiba masanya kot. Dari budak bertiga tu tahu dari Arissa, baiklah dia tuan
punya badan sendiri yang buka mulut.
Jue, June dengan Zulaikha berhenti
dan pandang Damia. Kening masing-masing dah ternaik. Ala-ala Ziana Zain kata
ko!
Damia gigit bibir bawah. “Hmm..
Kalau aku cakap aku dah tahu siapa girlfriend
Is, macam mana? Kamu bertiga percaya tak?”
Memasing dah membulatkan mata. Macam
tak percaya kalau Damia yang kurang ambil tahu dengan hal-hal budak popular
universiti ni boleh tahu. Tapi logik juga kalau Damia tahu. Sebab Damia kan
boleh dikatakan rapat dengan Arissa.
“Serius ke weh? Siapa? Kau kenal
perempuan tu?” Soal June bertubi-tubi. Macam dah tak sabar nak tahu siapa yang
dah bertakhta dihati Mikhail Iskandar.
Damia geleng kepala tengok perangai
kawan-kawan dia. Kan seronok kalau belajar tu matlamat utama kau orang. Sejuk
sikit perut mak korang yang mengandung. Tapi.. Huh. Tetengah belajar pun sempat
lagi nak ambil tahu urusan orang lain.
Hailah.. Kenapalah tak dari dulu
lagi aku nasihatkan si Is tu? Biar jadi hodoh sikit masa nak belajar ni. Hodoh
pun tak apalah. Asalkan jangan buat status Damia sebagai isteri dia tergugat.
Tak sukalah macam ni.
“Siapa, Mia? Beritahulah cepat,
weh.” Jue dah goncang tangan Damia. Sungguh, tak sabar nak tahu dah.
“Hmm.. Aku,,”
“Hey
guys..” Belum sempat Damia nak habiskan ayat dia, datang orang lain
menyibuk. Inilah padahnya kalau nak kasitahu orang sesuatu tu lambat sangat.
Kan dah jadi satu hal kalau benda ni akan tahu dari orang lain. Damia ketuk
kepalanya sendiri. Mengenangkan kebodohan sendiri.
“Hai Mia.. Lama tak jumpa kau. Last masa tengah beli barang dengan Is,
kan?” Damia sengih bila tiga kawannya dah pandang lain macam. Dah boleh nampak
dah hati dia orang bergerak-gerak duk sebut nama dia dengan Iskandar.
“Hmm.. Lama jugak tak jumpa kau.”
“Erm nak tanya ni.. Kau dengan Is,
ada masalah ke? Sebab minggu lepas, masa dia lawan bola sepak tu, kau tak
datang pun tengok dia main. Selalunya, ada aje muka kau orang kat sana. Any problem?” Damia hanya pandang wajah
Arissa yang tengah berceloteh dihadapannya. Dalam hati dah sumpah-seranah si
Arissa ni. Ada ke patut, tak pandang kiri kanan dulu nak menghebohkan. Ehh, kau
tau tak yang aku ni masih lagi tak beritahu kawan-kawan aku pasal hubungan aku
dengan Is? Alahaiiii..
“Ehh
stop.. Stopp!” Zulaikha yang tak tahan tadah telinga dengar ayat Arissa
macam bullet train terus hentikan
perbualan dua perempuan ni.
Damia dan Arissa menoleh pandang
Zulaikha. “Apa kau cakap tadi? Is dengan Mia?” Zulaikha pandang Arissa sebelum
pandang Damia.
Arissa pandang Damia lama.. Sebelum
jatuh pada Zulaikha. Dan dia mengangguk saat tu juga. “Kenapa? Mia..” Pandang
Damia. Lepastu mata Arissa membulat tiba-tiba. “Ops! Aku tersalah cakap ke?
Mia.. Kau tak beritahu kawan-kawan kau lagi ke?” Nada Arissa saat tu, terkejut.
Damia tayang sengih. Memang sekarang
ni, kerja dia hanya tayang sengih aje ke? Tak boleh gelak ke? Tapi dia dah
macam boleh bayangkan apa yang akan jadi kalau dia gelak. Tak leher, mungkin
tangan dia yang patah. Paling sadis pun, dia koma sehari!
Tapi Damia tahu, kawan-kawan dia
semuanya baik-baik belaka. Mungkin hanya kena maki seround lepastu terus kawan balik.
“Mia!
Mind to explain?” Bergabung terus tiga suara ni menjerit panggil Damia.
Damia gosok telinganya yang berdesing.
“Mia,
I’m so sorry. Aku.. Aku tak tahu.” Suara Arissa pula memecah keheningan
petang yang tegang ni. Sempat dia pegang lembut bahu Damia. Tanda minta maaf.
“Sokay.. Aku baru aje nak beritahu
dia orang, tapi kau datang mencelah. Tak apalah, aku boleh handle kot.” Damia tayang senyum pada Arissa. Tengok dari muka dia
dah tahu yang Arissa rasa bersalah sesangat.
“Hmm..
Got to go.” Arissa minta diri. Dia pun tak nak dah masuk campur dalam hal
yang dia sendiri yang timbulkan. Huh, teruk betullah kau, Arissa Sofea.
Sekarang.. Tinggallah Damia and the gang. Damia pandang seorang demi
seorang. Apa yang aku nak terangkan ni? Dia mula fikirkan ayat mana yang sesuai
untuk terangkan pada sahabat tiga orang ni.
“Kau nak beritahu hari ni ke tahun
depan?” Perli Jue. Masing-masing dah menyinga.
“Relaks. Tarik nafas.. Hembus..
Tarik nafas..”
“Dah Mia.. Beritahulah. Sejak bila
yang kau dengan Is boleh couple?”
Potong June.
Damia kerut dahi. Eh, bila masanya
pulak yang dia dengan Is couple? Couple
dalam Islam tak eloklah. Boleh membawa ke zina. Dan disebabkan dia orang tak
nak mendekati zina, makanya yang dia orang terus bernikah tu. Selamat sikit.
Zina dijauhi, pahala dihampiri. Barulah hidup diberkati.
“Hmm..”
“Mia..” Damia ketap gigi. Ni siapa
pulak lah yang datang potong ayat dia lagi? Memang nak kena cepuk ni. Dah lah
jawapan yang tadi dia belum kasi lagi. Takkan yang sekarang pun kena macam tu
jugak?
Bila tengok kawan-kawan dia dah
pandang orang yang panggil Damia tadi tak berkelip, Damia toleh. Terhenti terus
nadi dia.. Okaylah, bukan nadi. Terhenti terus pergerakan dia. Lorh.. Patutlah
tengok tak berkelip. Orang yang jadi topik utama perbualan dah munculkan diri
rupanya.
“Sorry..
Mengacai ke?” Lembut nada suara
itu menyoal.
“Ohh taklah..” June yang menjawab
sebab yang lain masih lagi terpegun. Damia yang pandang pun bolehlah terpegun
sikit. Terpegun sebab, Iskandar sangat kacak hari ni. Damia yang datang dengan
Iskandar hari ni pun tak perasan akan kekacakan suami dia.
Iskandar angguk. Rasa seram sejuk
juga bila kawan-kawan isteri dia pandang dia macam nak telan macam tu. Terus
meremang bulu roma dia. “Hmm.. Nak culik Mia boleh tak?” Tanyanya terus pada
tujuan dia datang sini cari Damia.
“Ehh boleh boleh.. Tapi boleh aku
tanya satu soalan?” Soal Zulaikha. Damia yang dengar dah boleh dapat agak apa
yang bakal si Zulaikha ni tanyakan pada Iskandar.
“Bila korang start couple? Tak pernah tahu pun.” Zulaikha dan silang tangan ke
dada.
Iskandar toleh pada Damia. Dia jongket
keningnya. Menghantar pertanyaan, ‘dorang ni masih tak tahu lagi ke?’ Bila
tengok sengihan yang terpancar ikhlas dari bibir isteri dia, Iskandar dah tahu
apa jawapan isterinya.
“Bila kita orang start couple tu, rasanya tak payah
tahulah kot. Asalkan kau orang dah tahu kan yang aku dengan kawan kau orang ni
dah mula berkasih sayang.” Iskandar sudahkan ayatnya dengan sebuah seyuman
dibibir.
“Patutlah tak minat. Dah tahu siapa
rupanya.. Bertuah kau, Mia. Tak beritahu kita orang pun kan.” Ayat tu.. Ni
lepas ni kalau dia orang berjumpa lagi, mesti Damia kena cekik.
“So,
dah bolehkan aku culik sayang aku?”
Tangan Damia terus dia tarik ikut
langkahnya.
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.