"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Monday, March 16, 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 25]



DAMIA pandang depan. Dah setengah jam perjalanan, tapi Iskandar masih tak berhentikan keretanya. “Nak pergi mana ni?”

            “Rumah mak mertua boboy lah.” Beritahu Iskandar sambil senyum.

            Ternaik kening Damia. Rumah mak mertua Iskandar? Rumah ibu aku kan? Apalah yang susah sangat nak beritahu yang nak pergi rumah ibu aku? Ni main cakap, nak pergi rumah mak mertua dia. Aish..

            “Apa buat? Bukan baru lagi ke kita pergi sana?”

            “Aish.. Makan kepala ikan banyak sangat ke sampai lupa?” Damia jeling suami dia. Sesedap cencaluk dia aje cakap aku makan kepala ikan. Aku selalu makan hatilah sebab crush dia.. Itu yang sampai lupa!

            “Muluttt.. Bila last makan selipar?” Iskandar sengih.

            “Kan ibu ada buat kenduri tahlil.” Beritahu Iskandar. Apalah isteri aku ni. Tahu nak bengis aje kerja dia. Datang period apa?

            Damia pantas beristighfar. Dia tengok tarikh dalam telefon dia. Dua puluh empat hari bulan, patutlah ibu buat tahlil. Ya Allah.. Macam mana aku boleh terlupa ni? Terus dalam hati, dia sedekahkan al-Fatihah pada orang yang tersayang yang sudah dipanggil Illahi kurang lima tahun yang lepas.

            “Hmm baby..” Mendayu-dayu Iskandar panggil isteri dia. Sampaikan tangan kirinya capai tangan Damia sementara sebelah tangan lagi kawal stereng kereta.

            “Amende?” Malas aje suara Damia.

            “Tak fahamlah.. Kenapa setiap dua puluh empat hari bulan, ibu akan buat tahlil? Siapa yang dah meninggal? Atuk dengan nenek babykan masih ada lagi. Seriously, tak faham.” Dia memang bebetul tak faham. Sepanjang hampir dua tahun dia bernikah dengan Damia, dan sepanjang perkenalan mereka berdua, tahlil tu selalu keluarga Damia adakan setiap tahun. Tapi dia masih tak tahu siapa yang ditahlilkan. Sungguh!

            Damia lepas nafas keluhan. Ya.. Siapa yang dah meninggal? Atuk dengan nenek Damia, samada belah ibu dengan ayah dia masih hidup lagi. Sihat walafiat lagi. Alhamdulillah untuk itu.

            Damia pejam mata. Dia.. Dia orang yang paling Damia sayangi. Orang yang selalu ada masa Damia hampir-hampir berputus asa masa peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia. Orang yang sama dah naikkan semangat dia untuk terus berjuang. Orang yang selalu buatkan dia tersenyum.

            “Seorang manusia.. Ada dua mata. Dua tangan. Dua kaki. Banyak bulu roma. Ada sepuluh jari tangan dan kaki..”

            “Okeh stop.. Stop! Kalau yang tu, baby kasi tahu tahun depan jelah.”

            Damia sengih. Dia pandang Iskandar. Bukannya dia tak nak beritahu siapa.. Tapi dia tak kuat. Dia takut kalau air matanya menitis lagi sebab orang tu. Sebab dia pernah janji dengan orang tu sebelum orang tu meninggal, yang dia takkan menangisi pemergian orang tu.

            “Betul ni?”


            “Hmm..” Iskandar berhentikan keretanya di porch. Enjin dimatikan dan terus melangkah keluar.

**********

Damia turun dari tangga terus ke ruang tamu. Alhamdulillah, majlis tahlil tadi dah berlangsung dengan selamatnya. Sekarang semua tetamu dah pulang. Tak adalah ramai sangat tetamunya. Ibu dengan ayah hanya jemput jiran terdekat dan juga orang masjid.

            Tak sangka, pejam celik pejam celik, dah hampir lima tahun arwah pergi tinggalkan Damia. Sungguh dia merasa kehilangan. Tadi masa alunan ayat suci al-Quran dibacakan, Damia merasakan seolah-olah arwah juga turut berada disitu untuk sama-sama memeriahkan majlisnya. Ya Allah.. Aku rindu dia sangat-sangat.

            Sekarang kita masih bernyawa. Kita masih berjiwa. Namun…. Setelah sampai ketentuan Allah, kita semua akan jadi macam bangkai yang tidak bernyawa. Allah telah menetapkan bahawa bila sampai masa dan ketikanya, sekalian makhluk bernyawa ciptaanNya, pasti tidak bernyawa lagi. Kenapa tidak bernyawa? Kerana yang bernyawa akan menemui mati akhirnya. Setiap yang bernyawa pasti akan sampai ajalnya. Ajalnya adalah kematiannya. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” Surah Ali ‘Imran, ayat 185.

            Orang tua mati, kanak-kanak pun mati. Lelaki mati, perempuan pun mati. Pemimpin mati, rakyat jelata pun mati. Insan mulia mati, insan hina pun mati. Orang kaya mati, orang miskin pun mati. Para Anbiya dan auliya pun mati. Para mukminin dan solihin pun mati. Yang suka mati pun mati, yang benci mati pun mati. Yang sakit mati, yang sihat pun ramai yang mati. Orang gagah mati, orang lemah pun mati. Para pesakit mati, para doktor pun mati. Cikgu mati, murid pun mati. Tukang gali kubur dan tukang mandi mayat pun mati.

            Pendek kata…. Semua kita akan mati. Semua yang bernyawa pasti akan pergi. Pergi takkkan kembali! Yang tidak mati hanyalah Zat yang memiliki kemuliaan, kekuatan, keagungan dan keluasan. DIAlah Allah SWT!…… Dia sahajalah yang kekal lagi abadi. Dialah Tuhan yang Menciptakan kehidupan dan kematian. Dialah Tuhan Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Dialah Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah insan yang terbaik dan terpuji dari kalangan hamba-hambaNya.

            Kalau semua kita akan mati, maka apakah tindakan kita? Apakah persiapan kita? Kita masih mahu menimbun dosa? Kita masih belum puas membuka dan menelanjangkan aib sesama manusia? Apakah kita masih belum puas dengan harta yang ada? Ya Allah, semua kita akan meninggalkan dunia yang fana ini, walhal bekalan kita tidak seberapa. Sungguh, persiapan kita pula tidaklah sesungguh mana, walhal semboyan kematian semakin kuat kedengaran. Mungkin esok lusa, mungkin beberapa jam lagi dan mungkin seketika lagi kita dijemput kembali ke pangkuan Yang Maha Mencipta...kembalinya diri kita tanpa sempat kita bersedia membawa bekalan yang secukupnya untuk ke sana?

            Ayat tu.. Damia pernah baca masa dia mengkorek Facebooknya minggu lepas. Dari Facebook Paduka Ayahanda Cikgu Joe. Dah bosan, itu yang dia tak ada pilihan lain selain buka laman sosial Facebook miliknya.

            “Pergi mana, dik? Kesian Is cari tak jumpa-jumpa.” Tanya Darwish.

            Damia senyum. Dia.. Tak pergi mana-mana pun. Ada aje dalam rumah ni. Damia buka laci meja almari ruang tamu. Segugus kunci yang digenggamnya diletakkan baik dalam laci tu sebelum ditutup dan dikunci. Kemudian, kunci laci tu dia sangkut dalam bekas kunci di dinding.

            Dia ikut duduk disisi Iskandar. Pisang goreng dalam pinggan yang disediakan ibu dengan Kak Hajar di atas meja dia capai dan masuk dalam mulut.

            “Pergi lepaskan rindu.” Beritahunya. Berkerut dahi masing-masing bila dengar Damia balas macam tu. Lepaskan rindu? Pelik bunyinya.

            “Ibu.. Kunci tu Damia dah masukkan balik dalam laci. Kunci laci, Mia sangkut kat bekas kunci. Nanti ibu ambil simpan ek.” Tutur Damia, perlahan.

            Ibu, ayah, along dan Diyana yang dengar dah hentikan perbuatan tangan mereka yang baru nak sumbat pisang goreng dalam mulut. Serentak pandang Damia. Wajah dah bertukar suram.

            “Mia..” Suara Encik Imran kedengaran sayu ditelinga anak-beranak tu.

            Damia lepas keluh. “It’s almost five years, he left us. I miss him so much-much.” Seakan-akan berbisik, Damia bersuara.

            “Depan mata Mia, dia pergi.. Depan mata Mia, dia suruh Mia jangan menangis pasal dia. Depan mata Mia dia cakap yang dia sayang semua orang. Depan mata Mia..” Damia menunduk. Air mata dah meleleh. Sempat dia seka sebelum tersenyum. Walaupun dia tahu, senyuman dia tawar. Senyuman yang sarat dengan perasaan kehilangan.

            “Along pun rindu dia. Sangat.” Suara Darwish kedengaran. Meskipun dia tak rapat sangat dengan arwah, dia juga turut rasa kehilangan sebab arwah mempunyai pertalian darah dengannya.

            “Me too.” Diyana juga turut sama merasakan hal yang sama. Meskipun dia dan arwah selalu bergaduh manja, selalu bertegang urat, kehilangan arwah sangat memberi kesan padanya.

            “Tak elok menangis macam ni, sayang. Arwah tak suka. Dia terseksa di sana.” Suara ibu makin buatkan perasaan mereka tersentuh.

            Iskandar, Hajar dengan Iqmal yang tak tahu apa-apa hanya pandang pelik. Bukan senang dapat tengok keluarga ni berkongsi satu perasaan yang sama. Bukan senang.. Sangat susah..

            “Dari kita mengalirkan air mata macam ni, baik kita sedekahkan arwah al-Fatihah.” Encik Imran menenangkan hati anak isterinya. Dia pandang menantunya yang terpinga-pinga. Perkara ni.. Mereka masih belum tahu lagi sebab dia dan keluarga sudah sepakat yang benda ni biarlah hanya mereka sekeluarga aje yang tahu.

            “Segarang macam manapun dia.. Dia tetap lelaki yang paling Mia sayang.” Tersentap hati lelaki Iskandar bila dengar Damia cakap macam tu. Wujud satu perasaan halus dalam hatinya. Cemburu!

            Walaupun dengan orang yang dah mati kau nak cemburu, Is?

            “Arwah tak pernah hampakan kita.” Damia senyum bila kenang balik memori bersama arwah.

            “He always stay beside me.” Darwish pula bersuara. “Walaupun kitorang tak rapat.” Sambung lelaki itu.

            “He the best son ever.” Suara ibu pula kedengaran.

            “Esok.. Kita ziarah dia?” Cadang Diyana.

            “Hmm.. Esok kita ziarah dia.” Setuju Encik Imran. Yang lain tersenyum.

1 comment:

  1. Hi there Dear, are you in fact visiting this site regularly,
    if so then you will without doubt get fastidious know-how.

    ReplyDelete

Buah fikiran anda amatlah di hargai.