Pages

Search This Blog

25 Mar 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 26]


Iskandar seka sisa air mata di pipi isterinya yang tengah terlena diatas katil. Perasaannya.. Tak payah cakap. Dia cukup tak suka kalau nampak Damia menangis macam ni. Tahun lepas, isterinya tak ada menangis macam ni pun. Berharga sangat ke arwah sampai semua orang dalam rumah ni sanggup menangis untuk dia?

            Kunci tu.. Baru Iskandar perasan sesuatu dalam rumah ni. Dalam rumah ni, ada satu bilik. Yang tak pernah dia masuk lagi. Dari awal dia jejakkan kaki disini, dia tak pernah lagi nampak pintu bilik tu terbuka. Bilik tu seolah-olah macam, memang sengaja dikuncikan. Hanya orang dalam aje yang tahu cara nak buka pintu tu.

          Tadi Iskandar nampak Damia simpan satu kunci dalam laci ruang tamu. Dan kunci laci tu.. Ibu yang simpan?

            Untuk apa dia orang kunci bilik tu? Ada sesuatu ke dalam bilik tu? Arwah? Bilik tu.. Bilik arwah ke? Arwah siapa? Saudara Mia? Adik beradik Mia? Pak cik? Datuk angkat?

            Ahh! Apsal rumit sangat masalah ni? Kena panggil Detective Conan tak nak selesaikan masalah ni?

            Okay tapi tak apa.. Pertanyaan yang bermain di minda sejak tahun lepas akan terjawab esok. Sebab esok, mereka akan menziarahi kubur arwah tu.


BARU aje Iskandar nak hidupkan enjin kereta, dia dapat panggilan dari seseorang. Dari Fairuz.. Kawan satu kursus dengan Adam. Iskandar dah pelik bila tetiba Fairuz telefon dia. Bukan selalu si Fairuz ni nak telefon dia kalau tak pasal Adam.

            Adam buat hal lagi ke? Dengan siapa pula dia bergaduh kali ni?

            “Hello assalamualaikum.. Apsal weh?”

            “Waalaikumussalam, Is.. Adam, Is.” Kalut Iskandar dengar suara Fairuz. Termengah-mengah bagai.

            “Relaks, bro.” Iskandar pandang ahli keluarga Damia yang pandang dia. Dia tayang senyum nak beritahu yang dia okay. “Cerita slow-slow. Adam kenapa?”

            “Dia accident!

            “What?!

            “Dia ada kat hospital sekarang ni.. Tapi dia..”

            “Okay aku pergi sana sekarang.” Potong Iskandar. Talian terus ditamatkan.

           Iskandar pandang yang lain. Wajah nak pitam dia, memang tak boleh nak disimpan lagi. Dia pandang Damia. “Adam accident!” Beritahunya.

            Macam Iskandar juga, Damia turut terkejut sama. “Bila? Dia okay tak?”

            “Baru sekejap tadi. Okay tak okay, kita tengok dia jom.” Ajak Iskandar terus. Terus lupa pada tujuan dia nak ikut keluarga Damia ke kubur.

            Damia angguk. Dia dah berada di bawah tanggungjawab suami dia. Jadi dia mesti dahulukan suami dia dalam semua perkara. Sekarang ni, tak minta izin dengan ibu dan ayah serta ahli keluarga yang lain pun dia boleh terus gerak ke hospital. Tapi itulah, atas dasar hormat dan tahu adab susila, dia minta izin dari ibu dan ayah untuk tidak turut serta dalam perjalanan mereka menziarahi arwah.

            “Lain kali.. Mia pergi dengan Is.” Beritahunya sebelum masuk dalam perut kereta.

1 comment:

Pendapat anda sangat saya hargai