Fawwaz naik geram. Serabai dah rambut dia sebab digosok
kuat tadi. Ni semua sebab Aireen punya pasallah. Naik bot pun takut! Huh. Gedik
melebih. Dah cakap ada aku kat sebelah pun tak percaya. Makin geram dia rasa.
Fawwaz
putus daya. Last sekali, dia tarik
hujung baju Aireen bawa ke tepi bot. Itu belum naik bot lagi dah menjerit cakap
tak nak. Penakut rupanya minah ni. Patutlah bukan main beria si Amin suruh dia
jaga Aireen masa snokerling berjalan ni.
“Cepatlah
korang. Masa berjalanlah. Lepas ni kita ada aktiviti lain pula.” Jerit Isha
dari atas bot. Sempat minah tu bawa kipas tangan dia tu. Siap kongsi dengan
Mina lagi. Yang si Ilham pula, sanggup serahkan topi dia pada Nisa sebab tak
nak awek dia tu gelap. Alah, masuk laut nanti pun muka gelap jugak.
Fawwaz
lepas keluhan panjang. Dia pandang Aireen. Patutlah semalam, Aireen sehabis
boleh tak nak masukkan nama dia dalam aktiviti snokerling ni. Sebab dia tak
suka laut rupanya. “Aireen sayang, intan payung, emas berlian, permata zamrud.
Tolonglah buang rasa takut kau tu. Don’t
worry, aku ada aje kat sebelah kau. Aku akan selamatkan kau kalau kau
tetiba jatuh laut. Lagipun, life jacket
kan ada. Kau takkan lemas punya. Percayalah cakap aku.” Suara Fawwaz dah
berubah. Merayu. Tak nak bazir masa satu hal. Sebab aktiviti snokerling ni,
hanya satu jam setengah aje sebelum mereka dibawa dengan bot ke kampung-kampung
yang berdekatan.
Ini
kalau tak jalan juga, memang dia tinggal terus Aireen ni kat sini. Lepastu
beritahu Amin yang dia give up! Hati
keras Aireen, nak lenturkan dengan apa? Manalah dia tahu. Memang dari dulu kot
dia memang tak faham dengan yang namanya perempuan ni.
Aireen
pandang Fawwaz tak berkelip. “Betul eh kau ada kat sebelah aku? Kau.. Takkan
tinggalkan aku kan?”
Fawwaz
angkat tangan separa bahu. Berjanji. “Betul. Aku janji. Kalau aku mungkiri
janji, aku sanggup berenang dari laut lepas tu balik pantai ni.”
Aireen
telan liur. Dia ada sejarah dengan laut ni. Sebab dia pernah jatuh dalam laut
lepas masa naik bot dengan keluarga dia. Masa tu dia tak pakai jaket
keselamatan. Dia hampir lemas. Air laut dah masuk dalam paru-paru dia sampaikan
dia dikejarkan ke hospital masa tu juga. Dan sejak dari itulah, dia memang
fobia dengan nama laut ni.
Tapi
sekarang.. Takkanlah dia nak spoilkan
mood kawannya hanya disebabkan dirinya yang fobia dengan laut? Dia tak sekejam
tu. Datang dari jauh ke sini, dan aktiviti snokerling ni dibatalkan macam tu
aje sebab dirinya?
“Okay.”
Dia angguk. Hujung baju Fawwaz dia pegang. Sumpah! Inilah kali pertama dia rasa
serapat macam ni dengan Fawwaz. Inilah kali pertama, mereka boleh bercakap
lembut-lembut. Kalau tak sebelum ni, semedang aje bahasa kasar yang keluar.
Aireen
genggam baju Fawwaz kuat bila enjin bot mula dihidupkan. Dia siap pejam mata
lagi sebab takut sangat. Inilah kali pertama dia naik bot selepas dua puluh
tahun. Naik feri tu boleh lagilah sebab feri tu jenis yang tertutup. Dia tak
bimbang sangat. Ini naik bot yang jenis terbuka. Memang meraunglah jiwanya saat
ni.
“Relaks.
Tak ada apa-apa. Percaya cakap aku. Pak cik ni dah mahir bawa bot ni. Put your trust on him, and also The Creator.
Okay?” Aireen rasa bahunya ditepuk dua kali. Fawwazkah?
“But..”
“Aireen..”
Lembut Fawwaz panggil namanya. Inilah kot kali pertama lelaki dingin ni panggil
namanya lembut macam ni. Selalunya, semedang aje kasar. “Just imagine yang kau sekarang ni tengah naik kuda. Kau suka kuda,
kan?” Tanya Fawwaz.
Aireen
angguk dalam pelik. Macam mana Fawwaz boleh tahu yang dia suka kuda? Setahunya,
dia tak pernah beritahu sesiapa yang dia gemarkan kuda. Termasuk Nisa.
“Bayangkan
aje yang kau tengah naik kuda. You as
princess, while I’m.. Your prince charming. Got it?”
Tanpa
sedar, Aireen angguk dalam senyum. Jantungnya dah berdegup hebat. Itulah apa
yang dia rasa saat ni. Kali terakhir dia rasa macam ni, masa kali pertama dia
dikenalkan dengan seorang lelaki. Lelaki yang dah buatkan dia menangis sebelum
ni. Dan lelaki tu, adalah lelaki yang sama.
singgah ptg
ReplyDelete