Pages

Search This Blog

17 May 2015

Cerpen

CERPEN : Kerana dia seorang Haq♡
Oleh : PenyuHandsome 
Tubir matanya panas. Pandangan mereka yang memandang tidak dihiraukan.
"lantak, aku tak kacau hidup diorang." bisik hatinya.
Dia datang lagi. Di sini. Di tempat yang menyimpan seribu kenangan manis antara dia dan si dia.
'Huh'. Keluhan dilepaskan perlahan.
Air hujan yang perlahan-lahan menitik membasahi tubuh yang dibalut sweater pemberian 'dia' disapu lembut. Sungguh, diri ini tak kuat!
Peristiwa sebulan lepas terlayar di ingatan.
.....................
Wui, nikmat betul mandi hujan!
"woi haha sengal ke duk bawah hujan?", jerit sahabatnya.
"apesal? meh lah join!"
sejenak, kelihatan sahabat fillahnya itu berlari menuju ke arahnya.
dan.. dumppp!
"woi jatuh lah aku!", marahnya kasar.
"haha lek lah. kata sahabat. ada masa jatuh dan bangun, bro!"
Tubuh yang melayang jatuh di atas jalan tar itu digagahi bangun. Sengal betul lah budak ni, bisiknya.
"kau pehal tak bangun? nak tunggu aku usung guna keranda dulu ke?" ujarnya, berseloroh.
"Hahaha meh lah. Nanti kau tolong imamkan aku tau. Aku duduk saf paling depan."
Jeda.
"Kau ni, jangan lah gitu. Aku gurau je bro.", ujarnya, cukup sekadar didengari antara mereka berdua.
Kalau Haq tinggalkan aku nanti, siapa yang nak teman aku usik makcik kantin gorengkan telur kicap?
Kalau Haq tinggalkan aku nanti, siapa yang nak teman aku nasyid Ya Hanana atas pentas setiap kali orang suruh buat persembahan?
Kalau Haq tinggalkan aku nanti, siapa yang nak jadi partner aku buat silat?
Kalau Haq tinggalkan aku nanti, siapa yang nak tolong aku kalahkan Zombie jahat dalam game lejen tu?
Kalau Haq tinggal...
"Woi termenung apa kau?!", sergah Haq, mematikan lamunanku.
"Kau ni kacau lah! Aku baru nak mimpi dipinang orang."
"Hahaha banyak lah kau dipinang orang. Baguslah tu mimpi masa mata celik!"
Kalau Haq tinggalkan aku.. Agak² macam mana hidup aku nanti?
.....................
"Haq.."
"Hmm.", balas teman yang dikenalinya dari kecil lagi. Umi kata Haq dengan dia suka main wrestling lepas bangun subuh. Konon nak tunjuk siapa bangun dulu letew. Sememeh ayaq hingus time tu, malu woi!
"Cuba kau tengok titisan hujan ni."
"Kenapa?", dipandangnya tapak tanganku yang bersih 'dibasuh' hujan.
"Mesti dosa kita tak terkira kan? Entah-entah lagi banyak dari titisan hujan ni."
"Kan Mir? Sometimes pun aku terfikir, agak-agak Allah terima tak taubat aku? Allah terima tak amal aku sebelum Allah tarik nyawa aku?"
Diam. Suasana sepi antara mereka.
Lima minit masa berlalu dan...
"Mir, kalau kau tak jumpa aku dekat syurga nanti.. Kau jangan lupa tarik tangan aku tau!" Bersungguh-bersungguh Haq mengingatkan. Entah mengapa, sejak dua menjak ini, Haq selalu memesan perkara yang sama berulang kali.
"Haaa lah. InsyaAllah aku tarik, kalau destinasi aku di syurgaNya. Kita kan dah janji sama-sama nak nasyid Ya Hanana dalam syurga.", balasnya bersama secebis senyum yang dilorek. Manis.
Jeda lagi.
"Weh Mir, jom baring?"
"Kau gila?!", marahnya, sedikit kuat.
"Halaaa mana tahu ni last kita mandi hujan sama-sama.." Ada nada hiba di situ.
"Haqqqq.." tegurnya, sedikit mengingatkan.
"Ish kau ni tak sporting langsung! Yelah, yelah. Tak cakap pasal tu dah.", ujar Haq, sambil tangan membuat gaya 'peace' di tepi mata. Comel ya ampun member aku ni!
"Apa kau pikir dengan peace tu kau nampak comel?" Ceh. Tadi di hati kata lain. Di mulut ucap lain. Hancur Amir ni.
"Kau memang dengki kan? Ish dah lah. Jom baring!", paksa Haq untuk kesekian kalinya.
"Kita kat padang ni weh. Orang nam.."
"Takde orang lah. Semua duduk rumah tidur atas katil. Kita yang sewel ni je mandi hujan. Pleaseeee mir, please?" Penuh gaya dan suara yang comel Haq merayu. Haha.
Dia pandang Haq. Haq pandang dia. Mereka masing-masing berbalas pandangan sehingga...
"Ye lah ye lah. Jom!"
'Mengalah jugak anak Pak Umar ni.', detik Haq bangga, cukup sekadar di dalam hati.
'Aku mengalah sebab sayang kawan okay. Bukan sebab cair dengan kau!', tingkah Amir di dalam hati. Seolah-olah tahu apa yang dibicarakan Haq.
Dan petang itu bersama titisan hujan, dua sahabat fillah ini berbaring merenung keindahan ciptaan Dia Yang Maha Esa.
.....................
Dua minggu itu, mereka tidak meluangkan masa berdua. Normal bro, minggu exam! Kerana course yang berlainan, mereka hanya sempat tersenyum simpul saat berlanggar bahu.
Ceh, bukan langgar bahu acaca cinta haram jatuh buku tu eh!
Ini kisah mereka. Kisah tersendiri antara dua sahabat fillah yang sama jantina.
Masing-masing sibuk date dengan buku.
Mereka cuma sempat bertemu di Malam Usrah di taman perumahan mereka malam Khamis lepas.
Ada rindu yang menyapa.
Ada sebak yang mencengkam jiwa.
Ceh, makin poyo Si Amir ni.
Entah mengapa, hatinya meronta-ronta untuk bertemu Haq.
Rindu yang bertamu menyebabkan dia tekad untuk ke rumah Haq sejurus selepas kertas terakhirnya tamat.
Itu tekadnya. Tekad seorang Amir Adam bin Umar!
.....................
Dia terhenyak di atas kerusi. Berita yang disampaikan umi tadi cukup membuatkan dia terdiam. Diamnya umpama fokus menjawab exam. Diamnya umpama fokus lecturer mengajar.
Dan diamnya, kerana berita itu.
Berita yang cukup mencengkam jiwa.
Dia terdiam hingga tak dapat berkata-kata.
"Amir, sabarlah. Allah ambil Haq sebab Allah sayang. If you were in the garden, then you will pick the prettiest flower, right?"
Dia masih diam. Pantas, dia bangun dan memeluk uminya yang masih kelihatan sisa air mata di tubir matanya.
"Umi, Haq.. dia.. tsskk.. janji.. ijazah.. sama-sama.. pentas.." Amat sukar untuk dia meneruskan kata-katanya.
Terasa usapan lembut umi dibahu nya.
"Isbir sayang. Dia ambil Haq, sebab Dia rindu. Dah lama Dia pinjamkan Haq untuk kita. Haq meninggal pun dalam keadaan baik, dik. Dia meninggal masa tengah peluk Al-Quran yang Amir bagi."
Ya, aku tahu itu. Haq meninggal semasa memeluk Al-Quran berwarna ungu muda pemberianku sempena kemenangannya dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran. Dan kerana itulah, aku bertambah-tambah sebak.
"Ibu Haq pun redha dengan pemergian anaknya. Takkan Amir tak boleh terima?", sambung umi, penuh lembut dalam nada memujuk.
Nafas dihela. Perlahan-lahan pelukannya dilepaskan dan jarinya naik menyapu sisa-sisa air mata.
'Ya Allah, aku redha.', bisiknya.
.....................
Dan dia disini. Masih di bawah titisan hujan di padang yang sama. Tempat dia meluangkan masa bersama Haq kira-kira sebulan lepas.
Dan kala ini, dia berseorangan. Tanpa seorang Haq.
Mata ditebarkan ke sekeliling padang. 'Memerhati' kenangannya dengan Haq, mungkin.
"Haq, padang ni.. Saksi ukhuwah fillah kita kan? Tempat jatuh bangun kita kan? tempat curhat kita kan? Kau mesti rindu tempat ni kan?", bisiknya sebak.
Dia berhenti. Tiada daya untuk menyambung kata-kata. Air mata yang lebat turun mengalir di pipi seolah-olah sama lebatnya dengan titisan hujan petang Jumaat itu.
"Haq.. Aku redha dengan pemergian kau. Kau beruntung Haq, pergi bertemu Ilahi pada Penghulu Segala Hari. Impian kau kan Haq?"
Dan diam lagi. Air mata disapu lembut.
"Haq.. kau ingat tak, kau suruh aku jadi imam kalau kau 'makmum' dekat saf depan kan? Aku dah tunaikan permintaan kau, Haq. Aku yang jadi Imam untuk Solat Jenazah kau. Aku yang mandikan kau. Aku yang masuk dalam kubur kebumikan kau, Haq."
Sebak dia menuturkan ayat itu.
Rasa itu mencengkam lagi. Mencengkam sakitnya ulu hati.
"Haq.. Nanti result dah keluar, aku nak kau teman aku ambik scroll atas pentas. Cukup kalau kau senyum untuk aku, Haq."
Air mata menitis lagi.
"Haq, maafkan aku untuk semua salah silap aku. Halalkan toy Ultraman kau yang aku curi-curi ambik masa kau tengah ngaji 17 tahun dulu. Halalkan cemburu kau sebab aku selalu gedik dengan ibu kau mintak goreng cekodok. Dan aku.. sentiasa maafkan kau, Haq."
Terletus gelak pahitnya mengingati segala kenangan yang mendewasakannya hingga mencapai umur 22 tahun kini.
"Haq, doakan aku tabah nak lalui hari-hari mendatang tanpa kau. Doakan ibu baba kau diberi kekuatan tanpa kehadiran anak sulung diorang ni. Dan doakan, doakan semoga aku takkan curang. Kerana aku, hanya ada seorang the real Haq!"
Senyum pahit diukir tanda diri tabah. Hati, qowiylah!
"Haq, insyaAllah.. Aku doakan segala amalan kau diterima Haq. Berbahagialah kau di sana. Tunggu aku, Haq!"
Tunggu aku, Muhammad Faris Dhiyaulhaq!

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai