Episod -1- -2- -3 -4-
Matanya statik pada isterinya. Ingatkan hanya dia sahaja
yang perasankan perubahan isterinya, kawan-kawannya, ahli keluarganya juga
perasankan perubahan itu. Tertanya-tanya dia sendiri, siapa perempuan ni? Kalau
dia bukan isteri aku, mana isteri aku? Kenapa perempuan ni yang ada di sini
bukan isteri aku?
“Kenapa
bagi Ayish susu botol?” Tanya Harris.
Shafliya
mendongak. Membulat matanya bila nampak lelaki itu di sini. Sekarang baru jam
satu petang. “Awal you balik?” Wajah terkejutnya cuba dikawal.
Harris
senyum. “Harinikan hari Rabu.”
Shafliya
mengerut dahi. “Maksud?” Dia tak faham. Kenapa dengan hari Rabu?
“Sayangg..”
Dia duduk di sebelah isterinya. Kepala Ayish diusap penuh kasih. “Takkan tak
ingat kot? Hari Rabukan abang selalu balik awal.” Beritahu Harris. Tepat sekali
tekaannya. Sah. Tiada ragu. Senyuman sinis cuba disembunyikan.
“Kenapa
bagi Ayish susu botol?” Soalan yang sama, diulangnya lagi. Inilah kali pertama
dia nampak anaknya diberi susu botol. Rasa.. Entah. Dia tak tahu nak rasa apa
sekarang ni.
“Err..”
Shafliya mati ayat. “Susu I kering.” Balasnya lambat. Harris angguk. Kering,
huh? Bukan sebab kau memang tiada susu?
“Liyaa..”
Panggil Harris sebelum mengeluh. “Siapa awak yang sebenarnya?”
Shafliya
menoleh. Berkerut dahinya. “Maksud? Saya.. Tak faham.” Jantung Shafliya dah tak
tenang duduk. Lelaki ni.. Lelaki ni dah tahukah siapa dia? Tak! Selagi Shafliya
yang sebenar masih dibawah naungannya, takkan ada satu orang pun yang tahu
siapa dia. Tak mungkin perempuan tu dah bebas dari ikatannya. Tak mungkin!
Harris berdiri.
“Just nothing.” Dia capai tuala
mandinya dan masuk dalam bilik air.
“SHE’S fine, but
she need some rest.” Terang doktor muda itu. Adam dan Farid Lee mengangguk.
Syukurlah wanita yang diselamatkan mereka itu selamat. Selamat luaran dan
dalaman. Jadi betullah perasaannya pada rumah kosong itu. Rupanya, aura wanita
yang diselamatkan mereka yang menarik mereka ke sana.
“Tak
boleh nak hubungi sesiapa. Perempuan tu sehelai sepinggang.” Terang Farid Lee.
Adam mengeluh. Keadaan ini sukar bagi mereka. Tentu keluarga wanita itu teramat
risaukan dirinya. Sudah berhari-hari ditinggalkan disitu. Tanpa diberi makan
dan minum. Kejam sungguh pada siapa yang memperdajalkan wanita itu.
“It’s okay. We’ll take a good care of her.
Will you?” Soal Adam Lee. Farid angguk. Tersenyum mereka berjemaah.
PUAN LAURA pandang menantunya pelik. Semenjak setengah
jam yang lepas, dia hanya nampak menantunya itu duduk menekur mendiamkan diri
di sofa. Tiada tanda-tanda mahu berbual ataupun beramah mesra dengan orang
lain.
Puan Laura
pandang pula anak lelaki tunggalnya. Tersenyum melayan anak sulung pasangan
suami isteri itu. “Macam ada yang tak beres ni.”
“Apa
yang tak beresnya mak oii.” Anak sulung Puan Laura menyergahnya dari belakang.
Nasib tak melatah aje Puan Laura sebab terkejut. Lengan anaknya dipukul lembut.
Suka sangat buat mak dia ni terkejut.
“Mak
pandang apa ni?” Datang pula anak bongsu Puan Laura dari ruang tamu. Dari tadi
lagi dia nampak yang mak dia duk pandang sesuatu. Tak berkelip kata kau. Macam
nampak hantu aje gamaknya.
“Tu ha..
Menantu perempuan mak tu.” Siapa lagi kalau bukan Shafliya. Dia seorang ajelah
menantu perempuan Puan Laura. Yang lain semuanya menantu lelaki.
“Kenapa
dengan Kak Liya?”
Puan
Laura garu lehernya. “Kenapa dia macam lain sangat? Selalunya, dia ajelah yang
suka sangat tolong mak dari korang berdua.”
Husna
dan Hazra muncung. Masa-masa macam ni lah mak nak perli kitorang. “Bukan tak
nak tolonglah mak. Dari kecil kitorang dah tolong mak. Apa kata dah besar ni
tolong mak mentua pula.” Balas Hazra selamba. Husna buat thumbs-up pada adiknya. Bravo! Idea yang bernas tu.
“Iyelah
tu. Entah-entah kat rumah, laki korang yang buat kerja rumah.” Serkap jarang
Puan Laura buatkan keduanya mengerutkan dahi.
“Iyelah
mak. Dalam Islam kan tugas isteri melayan suami aje.” Balas Hazra bergurau.
Gila kau duduk rumah goyang kaki? Memang mati kebulurlah kalau tak dia yang
memasak kat rumah. Dahlah suami dia tu reti masak maggie aje.
“Menjawab
eh. Dah dah, tolong mak masak lunch.”
Puan Laura gelak dengan ayatnya.
Husna
dan Hazra pun turut sama gelak. Mak dah pandai cakap omputihlah. Caiyok mak!
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.