“Korang kembar ke?” Tanya Farid Lee. Terkejut dia bila
abangnya masuk bersama dua wanita yang sama rupa.
“Saya
tak pernah ada kembar.” Balas Shafliya. Matanya semenjak tadi statik pada wajah
wanita yang sama rupa dihadapannya ini. Siapa perempuan ni? Kenapa muka dia
sama? “Kau siapa?”
Wanita
itu tersenyum sinis. “So, kau lah
yang selamatkan dia dari rumah kosong tu?” Tanya wanita itu pada Adam. Adam dah
tak tenang duduk. “Maksud kau?” Tanya Adam.
Wanita
tu gelak. “Aku Kris.” Dia memperkenalkan diri. “Macam mana? Seronok tak duduk
berikat berantai dalam rumah tu?” Tanyanya pada Liya.
Shafliya
terkejut. Apa maksud perempuan ni? “Kau siapa sebenarnya? Apa kau nak? Kenapa
muka kau sama dengan muka aku?” Lantang Liya bersuara.
Kris
gelak sinis lagi. “Apa aku nak?” Dia jungkit bahu. “Tak ada apa-apa. Aku just nak Harris jadi suami aku aje.”
Seakan berbisik, dia bersuara.
Apa dia?
“No!” Shafliya berdiri. “Apa hubungan
kau dengan dia? Aku, Harris tak pernah kenal kau.” Semua yang suaminya kenal,
dia juga turut kenal. Setahunya, suaminya tak pernah berhubungan dengan wanita ini.
Jadi, siapa dia? Kenapa tiba-tiba muncul dalam hidup mereka?
“Kau
suka ataupun tak, aku dah jadi isteri dia. Yeah, walaupun hanya menyamar
sebagai kau. Guess what, dia pun sama
juga bodoh macam kau. Masih lagi tak cam yang aku, bukan isteri dia.” Gelak
lagi.
“Kau
gila!”
“Am I?”
Shafliya
bengang. Perempuan ni ada masalah mental ke? Kenapa tetiba masuk dan mengacau
hidup aku? Apa salah aku kat dia? Kenapa dia buat aku macam ni? “Kau keluar!”
Jerkah Shafliya.
Kris
jongket kening. Lepastu dia gelak. Dah macam orang gila. Tapi dia puas buat
semua benda ni. Dendam ibunya terbalas. Itu yang pasti.
“Adam,
jom.” Ajak Shafliya. Dia harus pantas. Dia kena mendahului wanita gila tu.
Mereka melangkah keluar. Tapi Shafliya mati langkah bila nampak Azman dan Saufi
yang baru keluar dari kereta. Apa yang kawan suaminya buat di sini?
Azman
dan Saufi juga mati langkah. Hati mereka was-was. Ini Shafliya for realkah? Berbelah bahagi mereka mahu
menegur wanita itu. Azman pandang Saufi. “Ini Liya ke?” Soalnya. Saufi jongket
bahu. “No idea.” Menggeleng.
“Man..
Saf.. Korang buat apa kat sini?” Tanya Shafliya. Macam mana dua lelaki ni boleh
tahu tempat ni? Sebab jarak tempat ni sangat jauh dengan kawasan lepak mereka.
Jarang-jarang mereka menyinggah ke sini.
Azman
dan Saufi pandang Shafliya. Di satu sisi mereka mengiyakan, tapi di satu sisi
mereka menidakkan ini Shafliya. Sulit sungguh keadaan sekarang ni. Susah nak
percaya. Boleh jadi ini bukan Shafliya, dan lelaki disebelah itu merupakan anak
buahnya. Boleh jadi juga ini Shafliya dan lelaki itu.. Orang yang
selamatkannya?
Ah! Kena
tunggu Harris untuk tentukan segalanya. Lelaki itu tahu mana satu isterinya.
Mata
mereka jatuh pula pada seorang perempuan yang baru keluar. Berkerut lagi dahi
mereka. Itu.. Dia pandang pula wanita yang memanggilnya tadi. Muka mereka.
Sama?
“Liya..”
Panggil Azman. Pada kedua-dua wanita yang berwajah serupa itu. Tapi yang
memandangnya hanya seorang. Iaitu wanita yang memanggilnya tadi. “Kau..”
“Aku
Liya.” Adam Lee juga turut mengangguk mengiyakan. Yeah, walaupun dia tak kenal
siapa dua lelaki ni.
“Kalau
kau Liya, yang tu siapa?” Menunjuk pada wanita yang baru sahaja mendekati
keretanya.
“Aku tak
tahu. Dia.. Dia menyamar jadi aku. Dan rosakkan segalanya.” Terang Shafliya
lagi. Sebal betul hatinya pada wanita tu. Entah tak tahu kewujudannya, tetiba
muncul hancurkan hidupnya.
Sebuah
kereta yang berhenti bebetul dihadapan mereka buatkan Kris menoleh. Kereta tu.
Dia cam kereta tu. Macam mana dia boleh tahu aku ada kat sini? Dia telan liur.
Macam mana ni? Apa dia nak buat? Pantas dia buka pintu kereta. Nak boloskan
diri.
“Hold on!” Jerit Harris. Pintu yang
terbuka di tutup kembali. Tangan wanita itu dipegang kuat. “Lepas apa kau dah
buat, ingat senang nak larikan diri? Hah?” Tangan wanita itu diseret. Kereta
Polis yang berhenti dibelakang keretanya didekati. Lantas diserahkan wanita itu
pada pihak polis. “Bermalamlah kau kat penjara sana.” Pintu kereta polis
ditutup. Dan pihak polis bergerak tinggalkan tempat tu.
Mujur
dia sempat.
Azman dan Saufi tersenyum. “Cepat betul kau bertindak
eh?” Sempat lagi panggil polis. Kalau lelaki ni tak datang tepat pada masanya
tadi, entah mungkin wanita tu dah lari hilangkan diri.
Harris
gelak. “See the leglah.” Sambil
tunjuk kaki panjangnya. Lepas aje dapat informasi kat mana perempuan tu ada.
Dengan bukti rakaman suara yang dirakam dua kawannya, dia terus buat laporan
polis. Bukan tu aje, dia siap jadi waze yang bawa pihak polis ke mari. Ini yang
rasa diri hero ni. Heh.
“Bro..”
Saufi tepuk bahu Harris. Bila Harris pandangnya, dia juihkan bibir pada wanita
yang terkaku pandang mereka. “Tuu..” Senyum.
Harris
pandang wanita tu. Perlahan-lahan bibirnya ukirkan senyuman. Tangannya didepa.
Kalau wanita tu masih tak faham apa yang dia buat ni, memang sah. Dia salah
orang. Salah tangkap orang.
Shafliya
balas tatapan tu sebelum perlahan-lahan dia senyum. Kakinya dibuka langkah.
Bergerak menghampiri lelaki itu. Dalam masa sesaat, dia sudah berada dalam
pelukan lelaki tinggi itu. Pelukannya dibalas erat. “Ohh, I miss you.” Ucapnya berbisik.
“Please, jangan buat macam ni lagi.”
Mendera perasaan orang ajelah. Harris cium kepala isterinya. Nasib baiklah ini
betul isterinya.
“Mana
ada. Saya tak buat apa-apapun. Perempuan tu ha yang tetiba datang.” Shafliya
muncung bibir. Tiba-tiba muncungnya dihilangkan bila teringat sesuatu. Dia
lepaskan pelukan dan pandang suaminya. “Mana Ayish?” Dia rindu gila dengan
anaknya.
Ayish?
Harris pandang kereta. Dia.. Tak bawa turun Ayish sekali ke? “Ya Allah. Dia
dalam kereta.” Kalut suami isteri tu menapak pergi ke kereta. Pintu sebelah
pemandu dibuka. Elok aje Ayish tengah bulatkan mata sambil main dengan kain
kesayangannya.
Shafliya
buka tali pinggang keselamatan di tubuh anaknya. Ayish dikendongnya. Wajah anak
itu digomolnya geram. Rindunya.. “Rindu Mummy tak, sayang?” Disoalnya Ayish
yang tengah mengekek ketawa sebab digomol ibunya.
Harris
pandang Azman dan Saufi. “Salah sorang dari korang, tolong bawa kereta tu
balik.” Pinta Harris menunjuk pada kereta yang diguna wanita yang menyamar
sebagai isterinya itu.
“Jomlah
kita balik.” Ajak Harris.
Shafliya
angguk. Tapi sebelum tu, dia pandang Adam Lee yang masih disitu. “Adam.. Saya
balik dulu. Terima kasih dah jaga saya kat sini.” Tuturnya lembut. Senyuman
juga dihadiahkan.
“Betul ni?” Soal Shafliya tak percaya. Ayish yang sudah
nyenyek tidur di baby cotnya buatkan dia dan Harris boleh berbual panjang atas
katil. Banyak betul soalan yang dia kena tanya pada suaminya. Tak boleh nak
tunggu esok-esok dah. Harus malam ni jugak.
“Betullah,
sayang. Tak percaya kat abang eh?”
“Mana nak
percayanya. Kucing mana yang tolak ikan?”
“Kucing
parsi.” Selamba Harris jawab. Lepastu dia gelak besar sebelum kena cubit dengan
isterinya.
“Cubalah
serius sikit.” Gumam Shafliya.
Harris
berdehem. “Okay, mood serius on.” Dia pandang isterinya.
“Abang,,
bebetullah. Abang tak memain, kan?”
“Betullah
sayang. Abang dengan dia tak tidur satu bilik. Abang selalu tidur kat bilik
tetamu.” Cerita Harris jujur.
“Sebab?”
“Sebab..
Perempuan tu macam,,” Harris mati ayat. Macam mana nak describe perempuan tu dalam ayat eh? “Dia macam scarylah. Tak berani abang nak tidur
sebelah dia.” Ya. Dari malam pertama perubahan wanita tu dia perasan. Sebab tu
dia ambil inisiatif lain. Dengan tidur kat bilik tetamu. Sekali dengan Ayish
dia bawa tidur bilik tetamu. Tapi lepas aje Subuh, dia bawa sekali Ayish masuk
bilik tu. Tak nak perempuan tu syak apa-apa.
“Abang
tak ada sentuh, usik dia kan?” Tanya Shafliya lagi.
Harris
angkat tangan. Macam orang berikrar. “Sumpah. Abang tak pernah cuit dia
langsung. Sentuh makanan dia pun tak pernah.”
“Kenapa?”
“Dia
mana pernah masak kat rumah. Selalunya dia beli.”
“Mana
abang tahu?”
“Selalu
nampak plastik polistrine dalam tong sampah luar.”
Shafliya
gelak. Serupa macam makan kat kedai berhampiran aje. “Then, Ayish?”
“Abang
yang jaga.”
“Masa
Ayish lapar? Nak susu? Abang jangan cakap yang perempuan tu yang bagi Ayish
susu.” Ohh tolonglah. Mummy Ayish
seorang aje eh. Shafliya sorang aje Mummy Ayish. Ayish tak boleh ada dua ibu.
Ibu mentua tu, lainlah.
Harris
cuit hidung isterinya. Takut sangat. “Perempuan tu manalah ada susu. Dia selalu
bagi Ayish susu botol aje.”
“Serius?”
Mata Shafliya membulat. Harris mengangguk.
“Eee..
Kesian Ayish tak dapat khasiat yang betul.”
“Tu kan
sebelum ni. Selepas ni kan dia dah boleh membesar dengan baik. En en en?”
Harris mainkan keningnya.
“Macam
mana dengan office saya pula?”
Harris
kaku. Air liur ditelan. Aduh. Pasal office
pula dia tanya. “Err.. Okay.” Dia berbohong. Terpaksa okeh. Dia tak nak
isterinya tahu yang office tu tinggal
tunggu masa nak bankrupt aje.
Shafliya
senyum. “Baguslah. Saya ingat, perempuan tu dah hancurkan my office.” Jeda. Dia pandang suaminya bila sesuatu yang sudah lama
dia fikir kembali terlintas. “Hmm, saya rasakan, saya nak rehat japlah. Nanti
lepas umur Ayish dah setahun, saya masuk balik office. Okay tak?”
Harris
pantas angguk. Okay sangat macam tu. Masa yang diberikan isterinya, mungkin
boleh buat dia naikkan balik kewangan syarikat yang menjunam tu. Hmm.. Kena
bertindak cepat ni.
“Oh ya..
Macam mana abang boleh cam yang perempuan tu, bukan saya?” Soal Shafliya lagi
dan lagi.
Harris
berfikir sekejap. Macam mana dia boleh cam? “Banyak sangat beza sayang dengan
perempuan tu. Sebab tu abang tahu.” Senyum. Rasa bangga sebab dapat cam
isterinya.
“Such as?”
“Gigi
dia.. Gigi dia teratur aje. Gigi sayangkan banyak taring. Then, cara dia gelarkan diri dia. Dia selalu ber I-you dengan
abang, tak macam sayang. Abang-saya. Apa lagi eh?” Harris berfikir lagi. “Hah!
Selalunya, kalau abang balik rumah sayang selalu sambut abang. Tapi tidak dia.”
“Lagi?”
Harris
senyum nakal. “Betul nak tahu?”
Shafliya
angguk yakin.
“Sayang
selalu pakai lingerie bila kat rumah. Tapi dia tak.” Gelak.
Shafliya
pejam mata. Malu. Segan. Semuanya bercampur. Ahh! Tak ada benda lain ke dia nak
bandingkan? Cubalah bandingkan letak duduk taik lalat dia ke. Tanda lahir dia
ke. Ini.. Benda macam tu.. Adesh!
Shafliya
gigit bibir bila dengar lagi gelak nakal suaminya.
-Tamat Sudah-
P/s : Cerita yang aku karang masa tahun 2012. Sorry for all the flaws, masih tak matang dan tak ada bakat lagi masa tu. Huhuu..
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.