Mata yang terpejam perlahan-lahan terbuka. Dia pandang
syiling. Putih. Sekelilingnya juga dicat putih. Dia kat mana ni? Dia nak bangun.
Tapi rasa sakit di leher dan seluruh tubuhnya buatkan dia tak bisa bangkit
tanpa bantuan orang lain.
Tangan
seseorang yang melekat di bahunya buatkan dia terkejut. Lantas ditepis tangan
tu kasar.
“Hey,
jangan takut.” Suara itu kedengaran. Suara yang langsung dia tak kenal. Dia
pandang wajah lelaki itu. Mata yang berwarna hazel cair. Chinese look. Dan kemerah-merahan wajah tu. Bibir yang berwarna
merah jambu itu membuktikan yang lelaki ini tidak menyentuh puntung rokok.
“Who are you? Where am I?” Berkerut-kerut
dahinya saat menyoal. Kepalanya sakit.
“Saya
Adam. Adam Lee. You ada kat hospital.” Beritahu Adam. Lega dia bila nampak
wanita dihadapannya ini sudah bisa berbicara. Entah kenapa, dia rasa sakit
sangat bila nampak tubuh wanita ni yang lemah tak berdaya tadi.
Wanita
tu terkejut. Lelaki ni fasih berbahasa melayu? “Macam mana saya boleh ada kat
sini?” Dia raba kepalanya. Nasib baik bertutup. Kalau tak, memang dia dah
selubung dirinya dengan selimut.
Adam Lee
tidak menjawab, tapi soalan lain pula yang diberi sebagai jawapan, “Macam mana
you boleh ada kat rumah kosong tu?” Rumah tu memang dah lama kosong. Sejak dia
dan keluarganya berpindah ke sana sejak tiga tahun lepas lagi rumah tu dah
kosong. Katanya jiran tetangga, penghuni rumah tu dibunuh dalam rumah tu. Dan
sampai ke hari ini, tiada satu orang pun yang berani dekat dengan rumah tu.
Wanita
itu raup wajahnya. Macam mana dia boleh ada kat rumah tu? “Saya.. Saya tak
tahu.” Menggeleng. “Tapi yang saya ingat,” Wanita itu pejam mata tiba-tiba. Nak
ingat sesuatu mungkin. “Masa tu saya tengah sidai baju. Dan tetiba, ada orang
tarik saya dari belakang. Sedar-sedar saya dah ada kat rumah tu.”
Adam Lee
menggeleng. Keji betul orang zaman sekarang ni. “Nama you?” Soal Adam Lee.
“Shaf..
Shafliya. Nur Aina Shafliya.”
“YOU ingat someone?”
Tanya Adam.
Shafliya
angguk. Mesti. Dia ingat dua orang. Yang dekat di hati. Masa dia dipekup
seseorang pagi itu pun dia masih terbayangkan wajah dua orang itu.
“Siapa?”
“Harris.
Ayish.” Perlahan dua nama itu menutur dibibirnya. Sarat dengan kerinduan. Kasih
sayang. Ayish? Ya Allah. Macam mana anaknya akan membesar dengan sihat tanpa
diberikan susu badan darinya?
Tangannya
masuk pula ke dalam tudung. Dibahagian leher. Mengucap syukur dia bila rasa ada
rantai dan cincin yang masih tersangkut di lehernya. Senyum. Nasiblah cincin
dan rantai pemberian suaminya masih di lehernya.
“Siapa
mereka?” Tanya Adam.
“Suami,,
dengan anak saya.” Beritahunya.
“You..”
Shafliya
angguk. Faham dengan pertanyaan tak habis Adam Lee. Dia dah kahwin. Dan macam
mana dia nak beritahu Adam supaya jangan jatuh hati padanya? Ceh! Bajet yang
Adam ni suka kau aje.
“You ada
ingat nombor telefon sesiapa? So that, I
boleh beritahu dorang yang you ada kat sini. Dengan family I.”
Shafliya
garu pipi kanannya. Perlahan dia menggeleng. Dia memang susah nak ingat nombor
telefon orang. Nombor telefon sendiri pun dia lupa. Bukan tu aje, nombor kad
pengenalan sendiri pun dia tak ingat. Nombor yang dia ingat, nombor kecemasan.
Itu ajelah. Tapi.. Ada satu benda yang dia ingat. Ya. Dia pasti yang dia ingat
benda tu. “Saya ingat jalan rumah saya.” Senyum. Lebar. Dia memang susah nak
ingat nombor orang, tapi jalan yang selalu dia pergi, dia ingat. Mesti dia akan
ingat.
Adam
turut sama senyum. Baguslah. Lagi senang macam tu. “Jom, I hantar you balik.”
Adam dah sedia nak bangkit.
“Saya
akan balik. Tapi lepas Mama awak ajar saya masakan cina eh? Sebab saya memang
dah lama teringin nak belajar masakan cina. Mama awak pun dah janji nak ajar.”
Sedikit teruja, Shafliya bersuara. Sudah agak lama dia mencari seseorang yang
sudi mengajarkannya masakan cina.
Disebabkan
selera suaminya yang lebih terarah pada masakan cinalah yang membuatkan dia
bersemangat mahu mencuba resepi yang diikutinya dalam majalah. Tapi semedang
itu jugalah, masakannya tak pernah berjaya.
Tapi
bila dapat tahu yang Mama Adam Lee ini sudi mengajarkannya masakan cina, dia
rasa teruja dan seronok mahu belajar. Esok.. Esok dia pasti akan pulang ke
rumah. Rindu dengan anak dan juga suaminya.
Adam Lee
angguk lambat. Rasa macam tak elok pula bila isteri orang ada dirumahnya.
Walaupun ada keluarganya di sini, tapi rasa tak senang itu tetap wujud. Tapi
dah kalau macam tu kehendak wanita ini, terpaksa dia turuti.
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.