"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Saturday, May 30, 2015

Klon (Episod 7)

“Tak ada sudu ke?”

            Puan Laura, Encik Hasri dan semua yang ada di meja makan pandang Shafliya. Soalan apa ni? Sejak bila Rasulullah ajar makan pakai sudu? Pakai tangankan sunnah. Dapat pahala lagi. Kenapa nak guna sudu juga?

            Encik Hasri pandang anak lelakinya. Harris hanya jungkit bahu sebagai jawapan. Bukan Ayah aje yang pelik, orang lain pun pelik juga dengan perangai isterinya semenjak tiga minggu ni. Kenapa dengan dia sebenarnya? Kenapa dia berubah?

            “Biar Ara yang ambilkan sudu.” Hazra bangkit. Sudu dan garfu diambil dan diserahkan pada kakak iparnya. Tanpa ucapkan terima kasih, Shafliya langsung menyudu nasi dan disumbatnya dalam mulut.

            “Sejak bilanya kamu makan guna sudu, Liya?” Tanya Puan Laura. Teka-teki apa ni? Permainan apa yang dimain menantunya ni? Kenapa perangai makin sulit ni? Makin susah. Mana Liya yang sempoi dan selamba tu? Hilang ke mana?

            Shafliya mati tingkah. Dia pandang suaminya. Nampak yang suaminya juga memandangnya pelik sepelik pandangan orang lain padanya. Err.. Liya yang betul makan pakai tangan ke? Tak guna sudu? Apa ke kolotnya perempuan tu. Hmm, masih banyak dan jauh lagi rupanya yang dia perlu belajar dari perempuan tu.

            “Tangan Liya sakit. Kena makan pakai sudu. It’s okay, kan?” Alasan baru diberinya.

            Puan Laura angguk dalam pelik. Selalunya, kalaupun sakit tangan, menantunya itu sebolehnya akan makan pakai tangan. Hmm, sakit sangatlah tu agaknya. Dia malas mahu membuat simpulan yang akhirnya akan mengecewakan dirinya.


“I nak keluar jap.”

            “Pergi mana?” Soal Harris. Surat khabar yang dibacanya dilipat bila anak lelakinya yang tengah lena bergerak. Ditepuk lembut punggung anaknya.

            “Pergi.. Rumah ibu.”

            Ternaik sebelah kening Harris. Rumah ibu? Sejak bila isterinya panggil mak dia ibu? Bukan Mama ke? Dan bila pula Mama dah sampai Malaysia? Bukan Mama kerjakan umrah dengan Ayah ke? Bulan depan kan baru balik sini.

            Harris senyum. Dia capai telefon sebelum angguk. “Hati-hati drive.” Sempat dia titip pesan.

            Bila dengar enjin kereta isterinya sudah semakin meninggalkan rumah, dia telefon seseorang. “Dia dah keluar. Kau ikut dia. Lepastu beritahu aku ada kat mana korang. Okey?”


“SHIT!” Wanita tu menendang pintu yang sudah pudar warnanya. Matanya mencerlung pandang sekeliling rumah. Tiada. Kosong. Hanya bunyi hembusan bayu sahaja yang kedengaran. Tak guna. Mana perempuan tu? Segenap rumah dia cari. Tapi tak juga jumpa. Bila nampak darah yang sudah mengering dilantai, dia yakin yang ada seseorang yang cuba selamatkan perempuan tu.

            Dia keluar dari rumah tu. Pintu kereta dibuka. Dia menoleh bila dengar ada orang menegurnya. Lelaki. Berwajah cina. Tersenyum padanya. “Do I know you?” Soalnya dingin pada lelaki itu.

            Adam Lee mengerut dahi. Perempuan ni tak kenal dia? Bukan ke mereka baru aje sarapan bersama pagi tadi? Dia makan apa sampai lupa aku? Setahunya, Mamanya takkan bagi orang makan makanan yang pelik-pelik sampai boleh tak ingat orang. Dia pasti itu.

            “Liya.. You buat apa kat luar? Bukan you tengah tolong Mama I di dalam ke?” Tanya Adam Lee bingung. Tadi bukan main beria wanita ini menyuruh mamanya mengajarnya memasak makanan cina. Ini macam mana dia boleh ada kat sini?

            “Adam..”

            Adam Lee menoleh. Dipintu masuk rumahnya, berdiri wanita itu. Terkejut. Dia pandang pula wanita yang baru sahaja berbual dengannya tadi. Juga sama. Mereka..

            “Siapa ni?” Shafliya bertanya sendiri. Terkejut dia bila keluar rumah nampak Adam tengah berbual dengan wanita tu. Baru ingat nak ajak lelaki tu bergerak sekarang. Sebab dia sangat rindu dengan suami dan anaknya. Tak sabar nak tatap wajah keduanya sekejap lagi.


            “Muka you all.. Sama.” Itu yang terluah dibibir Adam.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.