Pages

Search This Blog

13 May 2015

Truh or Dare -12-


Aireen pagung kepala. Sesekali wajahnya diraup. Bulan purnama dilangit dipandangnya kosong tanpa rasa. Mengeluh dia lagi. Siang tadi, Mama tanya lagi soalan yang sama. Dah lebih dari tiga hari dia biarkan dirinya istikharah. Tapi masih belum jumpa jawapan.

            “Reen..” Aireen menoleh bila Nisa panggilnya di muka pintu. Senyuman dari Nisa tu masih belum buatkan dirinya tenang.

            “Apa dia?”

            “Jiran sebelah ajak main bowling. Nak ikut?” Tanya Nisa. Dia baru aje dapat info ni dari Ilham. Mentang-mentanglah esok cuti peristiwa, semua duk pakat nak melepak.

            Aireen mengeluh lagi. Bowling? Dah lama juga dia tak main bowling. Kali terakhir dia main, masa ada hari keluarga di pusat bowling di bandar. Itupun dalam lima bulan lepas. Lama juga tu. Jadi gian pula tetiba. “Okay,”

            “Soal merisik kau tu dah selesai?” Tanya Nisa di dalam kereta. Mereka duduk dibahagian belakang. Biar Dyana yang memandu dan Isha si banyak mulut tu menemaninya. Kawan perempuan yang lain naik lagi sebuah kereta di belakang.

            “Belum. Aku buntu lah. Aku memang takkan pilih Hakim dan aku tak nak dengan Izzat yang aku tak kenal tu. Tapi Mama aku,, huh.” Aireen mati ayat. Tak tahu macam mana nak sambung.

            “Istikharah?”

            Aireen menggeleng. Dia memilih untuk menipu. Jujur, dia nampak seseorang dalam istikharahnya. Bukan Hakim. Bukan juga Izzat mungkin, sebab dia tak pernah lagi jumpa Izzat. Tapi dia nampak..

            “Apa kata kalau kau ikut aje apa kata hati kau. Kadang-kadang hati kita betul.” Cadang Nisa.

            Aireen berfikir sejenak. Ikut kata hati? Kalau ikut kata hati, dah lama dia suruh Mama dengan Ayah pinang Fawwaz untuknya. Tapi, ada ke perigi cari timba?

            Lantas telefon bimbit dicapai. Satu pesanan di hantar pada Mama.


AIREEN senyum. Tamat sudah segala benda yang menyesak fikiran. Betullah kata Nisa, ikut aje apa kata hati. Tapi kena bawa akal bersama. Alhamdulillah, selesai semuanya. Yeahh, walaupun jelas wajah Mama nampak sangat hampa.

            “Who that guy, huh?” Tanya Ammar.

            Aireen angkat bahu. “Kenapa Along nak tahu?”

            “Salah ke? Nak tahu bakal adik ipar aje kot.” Bebel Ammar.

            Aireen gelak. Bakal adik ipar konon. Entah jadi entah tidak bakal adik ipar dia tu. Nak kena tunggu habis belajar ni lama lagilah, Along. Mungkin dalam waktu yang panjang ni, calon adik ipar Along tu dah terikat dengan seseorang.

            “Apsal gelak?”

            Aireen tutup mulut dari gelak. “Dah lah. Nak gerak dah ni. Mana Mama?” Kepala dah dijengahkan nak cari mama.

            “Bertuah punya adik. Datang sini semata-mata nak beritahu yang dia dah ada someone aje?” Ammar cekak pinggang. Sesekali kepalanya digelengkan. Ingatkan bila dapat mesej dari Mama siang tadi cakap adiknya ada nak beritahu sesuatu, mesti Ammar dah fikir antara dua lelaki yang datang merisik tu, pasti adiknya akan terpaut pada seseorang.

            Tetapi hampa.. Memang lambat lagilah nampaknya dia nak dirikan masjid. Tunang dia dah tanya weh bila nak bernikah.

            Boleh pula adiknya cakap yang dia tengah tunggu seseorang dan suruh Mama pulangkan semula cincin merisik tu pada pemiliknya. Dan beritahu lagi yang abang-abangnya dibenarkan kahwin tanpa menunggunya.

            “Mamaa..!!!” Jerit Aireen bila kelibat Puan Afizah dia tak nampak. Dari dapur sampai kat luar rumah, Mama tak ada. Sudahnya dia menjerit. Lepastu dengar suara mama dari tingkat atas menyuruhnya menunggu.

            “Apa dia?” Batang tubuh Mama dah berdiri di hujung anak tangga. Bila nampak Mama yang tengah bertelekung tu, pantas Aireen sengih. Ops! Dia dah kacau Mama solatlah. Cepat dia bergerak ke arah mama.

            “Ai nak gerak dah. Mama jaga diri eh?” Tangan Puan Afizah diciumnya. Tidak lupa kedua belah pipi Mamanya, penuh syahdu kucupannya. Takut andai itulah ciuman terakhirnya untuk Mama. “Ai minta maaf kalau Ai dah lukakan hati Mama.”

            “Mama aje? Along?” Suara dari belakang menjengah. Aireen buat muka toya. Kenapalah Along ni suka sangat menyakat aku?

            “Iyelah. Ai minta maaf.”

            “Balik sana nanti, tulis apa salah Ai pada Along. Lepastu datang jumpa Along tunjuk senarai kesalahan Ai tu. Mana yang boleh Along pertimbangkan, Along maafkanlah.” Selamba bicara Ammar. Lepastu lelaki tu gelak.

            Sementara Aireen dah bulatkan matanya. Nampak Mama menggeleng sambil tersenyum. Ni baru ada Along seorang aje. Kalaulah Angah ada sekali kat rumah, mesti dah makan hati dia sebab kena usik macam ni.

            Ahh, tetiba rindu Angah. Katanya Mama, Angah bawa burung besarnya ke New York semalam. Mungkin lusa baru dia balik sini. Inilah susahnya kalau kerja jadi drebar kapal terbang. Asyik beterbangan di udara aje.

            “Mama.. Kirim salam Ayah.” Sempat Aireen bersuara sebelum kakinya melangkah keluar. Encik Aidil baru aje keluar tadi. Katanya ada hal penting. Tak sempat Aireen nak peluk Ayahnya sebelum balik rumah sewa.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai