"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Monday, May 11, 2015

Truth or Dare -10-


Satu pagi baru Aireen sampai rumah. Sampai aje kat rumah, hanya lampu kolam ikan aje yang terpasang. Memang dah jadi kebiasaan mereka, lampu luar rumah akan ditutup bila waktu masuk tidur. Aireen keluar dari kereta. Kolam ikan yang sememangnya siap dibina oleh tuan rumah ni didekati. Makanan ikan dari atas rak dicapai. Dia duduk di tepi kolam. Makanan ikan ditangan di tuang sedikit demi sedikit dalam kolam. Berebut-rebut deretan ikan-ikan tu melompat nak makan.

            Aireen mengeluh tiba-tiba. Sebenarnya, dia dah lama keluar dari rumah keluarganya tadi. Dia bersiar-siar sekejap di bandar sebelum ambil keputusan pulang ke rumah sewa. Bila ingat balik tujuan dia pulang ke rumah tadi, dia mengeluh lagi.

            Hakim dengan Izzat datang merisik aku? Hakim? Hakim Fahmi jiran sebelah merangkap kawan aku tu ke? Dan.. Izzat? Izzat mana pula ni? Dia tak ada kawan nama Izzat.

            Tiba-tiba telinga Aireen menangkap satu bunyi. Bunyi pintu tertutup. Datangnya bunyi tu dari rumah sebelah. Aireen menoleh ke kiri rumah. Nampak lampu luar rumah dipasang. Dan ada satu bayang yang tengah berjalan menghampiri pagar besi. Dia tak dapat cam wajah tu sebab lelaki tu membelakanginya. Dan lelaki tu tengah berbual di telefon. Siapa yang dia telefon waktu-waktu tengah malam buta macam ni?

            “Hakim?”

            Aireen kerut dahi. Suara lelaki tu macam dia kenal. Macam suara, Fawwaz. Dan kenapa lelaki tu sebut nama Hakim? Kenapa dengan Hakim?

            “Ohh okaylah, Mummy. Nanti kalau ada apa-apa, Mummy bagitahu Fa eh?” Aireen nampak Fawwaz letak telefonnya dalam kocek seluar. Lepas tu dengar Fawwaz mendegus kuat dan bersuara, “Dia memang nak kena.”

            “Fawwaz..” Panggil Aireen akhirnya. Dia tak nak nanti dituduh pasang telinga. Dengar ayat berbisa dari Fawwaz pun dah buat dia sakit hati.

            Fawwaz menoleh. Terkejut dia bila nampak Aireen. “Ai.. Kau buat apa kat luar?”

            Aireen sebal. Dah berapa kali dia suruh Fawwaz panggil dia Reen? Kenapa masih panggil dia Ai juga? “Aku dari tadi kat luar.”

            “Kau apsal tak tidur lagi? Bila sampai rumah?” Dua soalan Fawwaz tanya. Sebab masa dia balik dekat jam sepuluh malam tadi, kereta Aireen masih belum terpakir di laman rumah lagi.

            “Aku baru aje sampai.”

            Fawwaz kecilkan mata pandang Aireen dari jauh. Nampak dahi Aireen berkerut-kerut. Minah tu ada masalahkah? Selalunya macam itulah, kalau dahi Aireen berkerut-kerut aje, mesti perempuan ni ada masalah. “Hmm, kita makan burger jom.” Ajak Fawwaz.

            Aireen pandang jam. Nak dekat jam satu lima belas minit pagi makan burger? Supperkah ini? Tapi dia jarang makan tengah malam. Tak nak gemuk. Nak jaga badan punya pasal.

            “Jomlah.. Aku lapar ni.” Fawwaz gosok perutnya. Siap dengan wajah sayu dan redup lagi dia tayangkan. Minta simpati. Dia tak pernah lagi makan berdua dengan Aireen.

            Aireen berfikir sekejap. Esok hari minggu. Mereka semua tak ada kelas. Dan masih tak tahu lagi ke mana arah tuju mereka esok. “Hmm.. Okaylah.” Aireen dah bersiap nak berdiri. “Kita nak naik apa ni?” Soalnya.

            Fawwaz pandang Aireen sambil senyum. “Macam biasa.” Dan dia tolak pintu pagar dan memboloskan diri. Fawwaz berdiri di hadapan pintu pagar rumah sebelah pula. Menunggu Aireen yang tengah capai beg dompetnya dari dalam kereta.

            Dari rumah mereka dah boleh nampak warung Pak Cik Ali yang meriah dengan anak muda taman perumahan mereka. Biasalah kalau malam minggu macam ni. Mesti melepak ajelah anak muda macam diaorang ni.

            “Apsal kau tak stay rumah kau aje tadi? Kenapa balik? Dah malam kot.” Fawwaz mulakan perbualan. Walaupun rumah Aireen agak dekat dengan rumah sewa mereka, keselamatan gadis ini tetap dititikberatkan. Dia risau kalau jadi sesuatu pada Aireen.

            Aireen senyum tawar. Kalau Fawwaz tahu apa punca dia balik sini tadi, mesti dia takkan tanya aku soalan macam ni. “Hmm, nak habis belajar dah pun. Nanti aku balik juga rumah sana. Buat masa ni, biarlah aku duduk sini dulu.” Tenang Aireen menjawab. Dia lebih memilih untuk merahsiahkan apa yang berlaku tadi.

            Nampak Fawwaz angguk. “Kau okay?” Soalan yang dari tadi dia pendam, akhirnya terluah juga. Banyak kali dia dengar Aireen mengeluh tadi. Dia pasti Aireen mesti ada masalah.

            “Hah? Err, okay. Aku okay.”

            “Telinga aku sedia nak dengar apa yang kau nak luah.”

            Aireen mengeluh. Maksud Fawwaz ni, telinga dia nak dengar tentang perasaan Aireen padannya ataupun masalah Aireen padanya?

            Fawwaz berhenti langkah. Dia pegang kedua bahu Aireen supaya pandangnya. “Okay look. Dari tadi aku dengar kau mengeluh. Kau takkan mengeluh kalau tak ada masalah kan?” Matanya pandang anak mata Aireen.

            “Aku..” Aireen kelu. Dia alihkan pandangannya. “Aku lapar. Order jom.” Aireen buka langkah laju ke arah warung burger Pak Cik Ali. Selepas aje dah pesan, mereka duduk menunggu di kerusi yang disediakan.

            Sementara Fawwaz, mengeluh kat tempatnya berdiri. Kenapa Aireen masih lagi nak rahsiakan benda yang dia dah tahu?

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.