Pages

Search This Blog

12 May 2015

Truth or Dare -11-



Aireen pekup kedua pipinya. Pokok kelapa dihadapannya ditumbuk kuat. Tak rasa langsung tangannya sakit sebab hatinya sebal sangat sekarang ni. Aish, kenapa hidup mesti ada masalah? Telefon ditangan dia renung balik. Masih terngiang-ngiang suara Mamanya tadi. Perlahan dia mengeluh. Kaki kembali diatur langkah.

            Tiba aje di meja besar yang menempatkan kawan-kawannya, Aireen pandang Nisa yang duduk jauh darinya. Nisa kalau dah jumpa Ilham, mana nak ingat aku dah. Aireen buat isyarat pada Nisa suruh mengikutinya. Nisa mengangguk sebelum bisik sesuatu pada Ilham. Ilham pantas mendongakkan kepalanya, pandang Aireen yang berwajah lagi bermasalah itu. Aireen pantas menggeleng bila Ilham jongketkan sebelah keningnya.

            Aireen bawa Nisa ke satu tempat jauh dari semua orang. Dia perlukan ketenangan sekarang ni. Pertanyaan Mama tadi sangat menyesak kepala dan emosinya. Dia tak punya pilihan lain selain meluahkan.

            “Kenapa ni weh?” Lembut Nisa menyoal. Lengan Aireen dipegang.

            “Nis.. Ada orang datang merisik aku tiga minggu lepas.” Cerita Aireen. Sedikit sebanyak, beban yang ditanggung kepalanya terbang. Ringan sikit kepala ni.

            Nampak wajah terkejut Nisa. “Siapa? Kau kenal?”

            “Hakim..”

            “What?!” Ternaik dua oktaf suara Nisa. Terkejut punya hal. Aireen angguk aje. Tak larat nak nafikan lagi dah. Macam nak menangis aje dia fikirkan masalah ni. Padahal orang datang merisik aje pun!

            “Ehh, dia dah gila ke apa?” Komen Nisa lagi. Tak percaya yang Hakim sampai sanggup hantar rombongan merisik kawannya.

            “Sabarlah, aku tak habis cerita lagi.” Lirih suara Aireen. “And ada lagi satu rombongan, aku tak tahu siapa. Tapi Mama aku cakap nama dia Izzat.”

            Nisa diam. Beri ruang pada Aireen untuk meluahkan. Bukan senang okay nak dengar Cik Aireen Humaira ni meluahkan.

            “Dan sekarang, aku tak tahu nak pilih yang mana satu. Habis cerita.”

            “Apsal kau tak tolak?” Soal Nisa.

            “Siapa?”

            “Both of them.

            Aireen mengeluh. “Itulah pasal. Bila aku tengok muka Mama aku yang bercahaya macam tu, aku tak sampai hati weh. Tambah-tambah bila tahu yang Along dengan Angah aku akan kahwin bila adik dia ni dah kahwin. Along aku tu, dah lama bertunang weh. Takkan nak tunggu umur empat puluhan baru dia kahwin?” Panjang lebar Aireen gerakkan bibirnya.

            “Kau pilih ajelah salah seorang.”

            “Itu lagi satu masalah. Katakanlah Hakim kawan Ilham yang hantar rombongan tu. Aku kenal Hakim, tapi aku tak kenal Izzat. Faham?” Nisa menggeleng. Memang ayat Aireen ni kena terangkan secara terperinci baru dia faham. Aireen mengeluh. Dah jadi satu hal pula nak terangkan balik.

            Aireen tarik nafas kemudian dihembusnya. “Aku kenal perangai Hakim macam mana. Dan aku memang tak berminat dengan dia langsung. While Izzat, aku tak kenal dia siapa, duduk kat mana, anak siapa. Andaikata kalau aku tolak Hakim dan pilih Izzat, aku tak tahu macam mana dengan masa depan aku. Kotlah si Izzat tu kaki pukul ke, bapak ayam ke. Tak ke naya hidup aku?”

            Nisa angguk. Ada betul juga cakap Aireen ni. “Satu aje pilihan yang kau ada untuk semua masalah kau ni.” Nisa pandang Aireen. Aireen pandang Nisa kembali sambil jongket sebelah keningnya.

            “Istikharah.”

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai