"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Thursday, May 14, 2015

Truth or Dare -13-



Nisa dan Aireen berjalan seiring ke kafe. Baru aje pertengahan jalan, Aireen rasa tangannya ditarik seseorang ke tepi. Nisa yang terkejut dah bersiap sedia nak baling buku tebal ditangan pada lelaki yang suka-suki menarik kawannya. Takut Aireen diapa-apakan. Tapi bila nampak siapa manusia tu, dia matikan perbuatannya.

            Mencerlung matanya pandang Hakim. “Kau apsal?!” Tinggi suara Nisa.

            “Kau tanya kawan kau ni apa yang dia dah buat.” Beritahu Hakim tak puas hati. Berita yang baru diterimanya tadi sangat mengecewakan dirinya.

            Nisa pandang Aireen yang terpinga-pinga. “Apa kau dah buat?”

            Aireen menggeleng pantas. Apa yang dia dah buat? “Aku tak tahu. Aku tak buat apa-apa. Sumpah!” Jujur Aireen. Dia sendiri pun tak tahu benda apa yang dia dah buat pada Hakim. Tiba-tiba datang serang dia macam ni.

            “Apsal kau tolak rombongan aku?”

            Aireen dan Nisa kerut dahi. Jadi pasal Aireen tolak rombongan merisik dari Hakim yang buatkan lelaki ni serang dia sampai macam ni? Nasib baiklah ada Nisa sekali waktu dia diserang. Bayang kalau tak ada, memang tak tahu apa yang jadi pada dirinya.

            “Tak matang langsunglah kau ni. Sebab kecil macam ni aje kau serang Reen sampai macam ni?” Nisa tak puas hati dengan Hakim. Hakim memang dah gila agaknya. Nak aje dia tampar pipi Hakim ni, tapi nasib baik Aireen sempat tahan. Kalau tak, memang putus kawan terus Nisa dengan Hakim!


            Aireen pandang Hakim. Dia tak ada tanda-tanda nak marah dengan perbuatan lelaki ini tadi. Bibirnya mengoyak senyuman tiba-tiba. “Kim.. Anggap ajelah yang aku dengan kau, memang tak berjodoh. You deserve someone better than me.” Aireen tarik tangan Nisa.


AIREEN menjeling Nisa yang tengah tersenyum tu. Benci dia bila balik aje dari universiti tadi, dah nampak jiran sebelah dengan kawan-kawannya dalam rumah ni tersenyum puas dan kelegaan. Tahulah kertas peperiksaan dia orang dah tamat siang tadi. Tinggal Aireen sendiri ajelah yang masih dalam mood peperiksaan. Esok hari terakhirnya menjawab kertas. Tinggal lagi dua kertas aje. Lepastu, dia pun dah boleh ikut sama bersorak macam yang lain.

            “Nis.. Kalau kau nak memekak, sila memekak kat luar. Aku nak study ni.” Tinggal nipis aje kesabaran Aireen saat ni. Dari maghrib tadi dia dengar Nisa duk tergelak-gelak. Saje nak buat dia cemburulah tu. Cekik karang!

            Nisa sengih. Tangan kanan yang memegang telefon diangkat tanda memohon maaf. “Study well, dear.” Lepastu dengar pintu bilik ditutup. Tinggallah Aireen sendirian dalam bilik menelaah buku-buku. Esok subjek penting. Jadi dia kena dapatkan pointer yang tinggi. Dia nak kalahkan abang-abangnya.

            Lima belas minit baca isi penting, ada mesej masuk di telefon bimbitnya. Haih, ini lagi satu. Elak guna public phone ajelah buat masa ni. Boleh tak kalau dia nak menjerit bagitahu satu dunia yang dia perlukan ketenangan? Bebas dari sebarang bunyian?

            Nak tak nak, telefon dihujung katil dicapai juga. Takut kalau dia dapat mesej penting ke. Skrin telefon dislide. Ada satu mesej dari, Ilham?

Bukan apa.. Just nak bagitahu, jangan jeles dengan kitaorang yang dah freedom ni.. Hahaa xD.. Ohh btw, study smart okeh.

            Aireen tayang wajah bengang. Tadi Nisa, sekarang Ilham pula? Diaorang ni memang dah pakat nak sakitkan hati aku eh? Buat nayalah tu. Sudahnya, mesej dari Ilham tu dibiarnya tak berbalas.

            Tiga puluh saat kemudian,,

            “Argghhhhh!!!”

            Lepas aje dengar jeritan tu, semua yang ada dalam rumah sewa tu pakat berlari ke bilik Aireen dan Nisa. Nisa dah merempuh pintu bilik tu dengan kuat. Terkejut memasing dengan jeritan tu. Masing-masing tertanya sendiri. Kenapa? Apa yang jadi?

            “Kau apsal?” Tanya Nisa bersama dada yang berombak. Tak cukup nafas dia sebab berlari dari luar rumah tadi. Tengah elok-elok dating dengan Ilham kat pagar, terus berlari masuk lepas dengar jeritan. Ilham yang tak pernah masuk rumah sewa orang perempuan ni pun turut sama masuk juga. Nak tahu cerita.

            Dyana mendekati Aireen yang dah tutup wajahnya. “Reen.. Kenapa ni?” Lembut dia bertanya.

            Aireen mendongak. Nampak Dyana, Nisa, Isha dan Ilham. Perempuan yang lain tu mesti dah merayap entah ke mana. Maklumlah, memasing dah bebas dari belajar. Nak menangis dia sekarang ni. Tiba-tiba rasa menyesal pula sebab ambil bidang ni. Dah kena jawab exam sensorang.

            “Stresslah. Otak aku tak masuk.” Aireen tayang wajah masam mencukanya. Sempat dia jeling pada Ilham yang tengah tahan gelak. “Kau tahu tak sebab mesej kau tu yang buat aku stress bagai mati laki ni. Huh!”

            Ilham kontrol gelaknya. Tak baik gelakkan orang. Masa kau macam dia masa mula-mula exam tu, dia tak ada pun duk gelakkan kau. “Sorry.. Japlah, aku pi beli burger then kita makan berjemaah.” Ilham baik hati nak belanja. Alang-alang dah habis belajar.

            Aireen diam. Angguk pun tak, geleng pun tak. Masih berkecil hati dengan Ilham yang sanggup gelakkan dirinya. Apa, teruk sangat ke orang yang ambil peperiksaan terakhir ni?
            Tak adalah teruk sangat, cuma sengsara aje.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.