“Pin..
Pin.. Pinnnn!”
Aireen menoleh. Siapa ajelah yang
buat naya hon kuat-kuat kat kawasan universiti ni? Memang nak kena makilah tu.
Lepastu ada sebuah kereta berhenti
betul-betul dihadapan Aireen yang tengah berjalan kaki nak balik rumah sewa.
Disebabkan Nisalah yang dia kena menapak seorang diri harini. Macam menyesal
pula dengar cakap Nisa pagi tadi.
Kononnya, Nisa volunteer nak hantar Aireen pergi dan ambil dia dari universiti.
Jadi Aireen dengan senang hatinya serahkanlah kunci keretanya pada Nisa. Tup
tup masa baru aje keluar dari dewan peperiksaan tadi, dia dapat mesej dari Nisa
suruhnya balik jalan kaki. Sebab kereta dia, Isha dengan Dyana dah bawa pergi
jenjalan. Memang sembang abadi betullah. Nasiblah rumah sewa dengan universiti
ni dekatttt sesangat.
Aireen peluk buku di dadanya. Dia
tak ada tanda-tanda nak menyerang sebab sekarang dia dalam kawasan universiti.
Pengawal pun keliling. Jadi tak berapa nak takut sangatlah. Dia pandang kereta
Forte warna putih yang berhenti tadi. Cermin tinted gila sampai pandangannya tak boleh nak tembusi orang dalam
kereta tu. Lepastu nampak cermin di sebelah pemandu diturunkan.
Ada seorang lelaki. Berambut landak
tengah tersengih-sengih padanya. Dia kenal sengih manusia macam tu. Dia pandang
Ilham tajam. Tak habis-habis nak buat onar kat aku. Apa entah salah yang aku
dah buat pada dia.
“Kau apsal? Tahu tak ni kawasan
universiti? Main hon segala.” Marah Aireen.
Nampak Ilham sengih. Ingat sengih
macam tu boleh lenturkan amarahnyalah? Huh. “Bukan akulah. Fa yang buat.” Ilham
kedepankan sedikit badannya. Lepastu nampak seorang lagi lelaki yang tengah
berkaca mata hitam. Langsung tak nak pandang dia.
“Kau nak apa?”
“Alah relakslah. Dah habis exam pun memarah aku lagi?” Ilham
pandang Aireen. Minggu ni ajelah dia boleh usik Aireen ni. Sebab minggu depan,
semuanya dah pulang rumah memasing. Zaman jadi pelajar dah tamat. Entah bila
boleh jumpa macam ni lagi. “Bukan apa, young
lady. Kitaorang dah plan nak tengok wayang jap lagi. Nak ikut?”
Aireen pandang jam. Sekarang dah jam
satu lima belas minit tengahari. “Yang lain mana?” Soal Aireen. Takkan dia
dengan dua lelaki ni aje yang tengok wayang?”
Ilham senyum. Faham dengan Aireen
ni. Mana nak keluar kalau tak ada seorang perempuan buat peneman. “Diaorang dah
sampai kat sana. Ni dah kira elok kitaorang baik hati nak ambil kau dulu baru
pergi sana.”
Aireen angguk. Kalau dia balik
rumah, rumah mesti kosong. Jadi dia angguk sebelum buka pintu kereta di
bahagian belakang. Masuk aje kereta, dia nampak yang Nisa tengah berbual dengan
seseorang di telefon. Patutlah tak menjengah luar langsung, on the phone rupanya.
“Ummi kirim salam semua.” Beritahu
Nisa sebaik sahaja dia tamatkan panggilan. Aireen jawab salam tu perlahan.
Lepastu dia kembali balas Whatsapp dari Angahnya. Walaupun mereka duduk di lain
bumbung, segala aktivitinya tetap dilaporkan pada Angah. Katanya Angah, dia tak
nak terjadi sesuatu pada salah seorang adiknya. Sayang adiklah kononnya.
“Macam mana exam tadi, okay?” Tanya Nisa. Bosan betul dia duduk dalam kereta
ni. Radio entah apa-apalah yang dua lelaki tu pasang sekarang ni? Semuanya lagu
inggeris. Dia tak sukalah lagu omputih. Dia lagi prefer lagu melayu.
“Okaylah. Tak adalah susah sangat.”
Hmm.. Peperiksaan tadi dia boleh jawab dengan baik walaupun ada sesetengah term yang dia terlupa tiba-tiba. Inilah
padahnya kalau terlalu gabra sangat.
“Okaylah tu. Asal kau yakin,
segalanya akan berlaku.”
Aireen angguk. Betul tu apa Nisa
cakapkan. Dengan sebuah keyakinan, segalanya akan berlaku. Cuma mahu dan tak
mahu aje.
“Hmm, Nis..” Aireen pandang Nisa.
Dia harus beritahu juga benda ni pada Nisa. “Aku keluar dari rumah sewa tu,
Jumaat ni tau. Lepas solat Jumaat.” Lambat-lambat dia bersuara. Sungguh, dia
rasa sangat berat hati nak tinggalkan semuanya. Lepas ni, mereka mungkin akan
berkawan lagi, tapi untuk tinggal sebumbung macam sekarang ni, sangat mustahil.
Lepasni semua dah ada kehidupan sendiri.
Nisa pandang kawannya lepas dengar
Aireen cakap macam tu. Terkejut. “Serius?” Naik suara Nisa. “Cepatnya wehh..
Aku tak habis lagi nak lepas rindu kat kau.”
Aireen senyum. Dia perasan ada satu
pandangan dari seseorang melalui cermin pandang belakang. Pandangan tu tepat
menikam matanya sebelum dia pantas melarikan pandangannya. Pandangan lelaki tu,
sangat susah dia nak tafsir. “Tu lah.. Aku baru dapat WhatsApp dari Angah yang
bagitahu aku, Alang aku nak balik sini. Dah alang-alang tu, holiday kat sana sekalilah.”
“Alang kau?”
Aireen angguk. Takkan tak kenal Alang
aku kot?
“Dia dah habis belajar ke?”
Aireen geleng. “Belum habis lagi.
Ada lagi tiga tahun. Dia sama dengan kitalah. Cuba beza, dia belajar kat Russia
while kita belajar kat sini.”
“Ohh..”
“Kau ada berapa adik-beradik
sebenarnya?” Ilham potong ayat Nisa. Lelaki tu toleh ke belakang pandang
Aireen. Setahunya, Aireen hanya bertiga beradik aje. Dia anak terakhir. Ni
kenapa boleh muncul ‘Alang’ Aireen pula?
Fawwaz berhentikan kereta di petak
parkir. Lepas dah kunci stereng, dia keluar diikuti yang lain. Memang dari tadi
dia diam tak cakap dengan sesiapa. Nak menjiwai hari-hari terakhir berkumpul
macam ni lah kot.
“Diaorang ada kat kedai buku. Yang
perempuan beli novel while yang lelaki
melepak kat kedai kasut. Hmm, kita nak makan dulu atau pergi kat diaorang?”
Ilham yang baru lepas berbual dengan Fikri ditalian pandang dua kawannya dan
seorang kekasihnya.
“Makan!” Serentak Aireen dan Nisa
menjawab. Kemudian mereka gelak. Kalau bab makan, mereka memang sejiwa. Itulah
persamaan dua teman ni.
“Okay. Suggest nak makan kat mana..”
“Hmm..” Aireen dan Nisa
berpandangan. Fawwaz dan Ilham sama-sama pandang dua perempuan dihadapan mereka
ni. Bila dah keluar berempat macam ni, ada lelaki dan perempuan, pasti satu
perasaan itu akan muncul. Perasaan tanggungjawab. Ya, tanggungjawab melindungi
dan menjaga dua perempuan ini walaupun mereka masih belum punya ikatan yang
sah. Dah memang tugas lelaki melindungi wanita kan?
Aireen dan Nisa sama-sama tersenyum
sebelum menjawab, “Nasi ayam!” Lepastu diaorang gelak. Apa yang lawak entah.
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.