Pages

Search This Blog

16 May 2015

Truth or Dare -15-




“Bila kau nak jawab soalan aku?”

            Aireen pandang Ilham. Berkerut-kerut dahinya. Eh, Ilham ada tanya dia soalan ke? Bila? Kenapa dia tak dengar? “Soalan apa?”

            Ilham mengeluh. Nisa dan Fawwaz lagi selesa suap nasi ayam dalam mulut. “Kau ada berapa siblings?” Soalannya dari dalam kereta tadi, diulang kembali.

            Aireen angguk. Lahh, soalan tu ke. Aireen mengira bilangan adik-beradiknya dengan jari sebelum empat jari ditunjuk. “Empat.” Senyum.

            Ilham kerut dahi. Empat? Kenapa dia selalu nampak ada tiga orang aje? Mana lagi seorang? “Haritu masa wedding Along kau, ada tiga aje.”

            “Ohh.. Lagi seorang tak boleh balik. Dia belajar kat Rusia.” Teringat dia masa hari perkahwinan Alongnya. Alangnya memang tak boleh balik sebab ada hal-hal yang tertentu. Lagipun, masa tu memang sangat membazir kalau dia pulang Malaysia. Lagi beberapa bulan aje kot nak cuti semester.

            “Aku pernah jumpa dia?” Tanya Ilham lagi. Banyak betullah yang dia tak tahu pasal Aireen ni. Kenapa suka sangat simpan rahsia?

            “Tak,” Pendek jawapan Aireen. Dia suap nasi ayam dalam mulut. Dikunyah sebelum telan. Teringat dia pesan Mamanya. Katanya Mama, kunyah empat puluh empat kali baru telan. Aireen pernah buat macam tu. Kunyah empat puluh empat kali. Tapi at the end, nasi dalam mulut dia lumat gila. Macam bubur dah jadinya. Sampai tak rasa apa-apa.

            “For your information biy, Alang Reen dengan Reen ni sama umur.” Nisa mencelah. Terbaik hati pula nak beritahu.

            “Serius? Kembar ke?” Fawwaz tiba-tiba bersuara. Tak sangka dia. Sangat terkejut dengan perkhabaran tu. Ai ada kembar?

            Aireen menggeleng. Bukan kembarlah. Kitaorang memang sama umur. Aireen senyum. Rindu pula pada Alangnya yang dah tiga tahun tak balik Malaysia tu. Hmm, nak berdikari sangat sampai raya pun tak balik.

            “Dah tu? Mama kau buat anak angkat ke?” Andaian Ilham tu buatkan Aireen gelak. Dia menggeleng. Setahunya, Mama dengan Ayah memang tak suka ambil anak angkat. Sebab takut kesulitan akan berlaku di masa depan. Kesulitan yang macam mana maksud orang tuanya, dia tak tahu.

            “Bukan kembar, bukan juga anak angkat. Dia kakak kandung aku. Kitaorang sama umur. And guess what, hari jadi kitaorang dekat-dekat. Dia lahir awal tahun, hari pertama setiap kali masuk tahun baru. Aku pula lahir hujung tahun, bebetul hari terakhir tahun tu.” Ceria Aireen bercerita. Dia memang suka kongsikan ceritanya yang satu ni sebab dia rasa, tak semua orang ada pengalaman macam dia. Unik bukan?

            Nampak Ilham dengan Fawwaz mengangguk. Macam tu rupanya.


JADI, macam mana?”

            Aireen menoleh. Dari pandang layar besar di depan mata, dia menoleh ke kiri. Pandang Fawwaz yang duduk disebelahnya. Soalan apa yang Fawwaz tanya masa semua orang tengah tersenyum-senyum dengan watak hero yang super romantik ni?

            “Nak kahwin dengan aku?”

            Makin terkejut Aireen. Terbang melayang dah apa yang dia tengah tengok ni. “Soalan fizik bahagian mana yang kau tanya aku ni?” Selamba Aireen bertanya. Memang tak boleh tunggu bila diaorang dah keluar dari panggung wayang ni dulu ke baru nak tanya soalan macam tu?

            Nampak Fawwaz angkat bahunya. Dia tahu yang gadis disebelahnya ni faham apa yang dia tanya tadi. Saje buat tak fahamlah tu. Ke nak dia ulang tayang balik permainan Truth or Dare mereka awal tahun dulu?

            Soalan yang sama, Fawwaz ulang lagi bila mereka tengah makan. Masuk panggung wayang, dah makan. Keluar wayang pun makan lagi. Apa ada hal. Duit elaun yang kerajaan bagi tak habis lagi kot. Untung-untung dah habis belajar ni, bolehlah sekali perhabiskan duit tu.

            Aireen pandang sebelahnya. Nampak Nisa tengah selamba makan ayam goreng yang dipesan tadi. KFC pula selera mereka lepas tersenyum-senyum dalam wayang tadi. Hero dia super romantik weh.

            Lepastu dia pandang pula Ilham yang duduk sebelah Fawwaz. Nampak selamba aje pasangan kekasih ni. Ke dia orang tengah pasang telinga? Ilham dengan Nisa ni kan sehati sejiwa. Apa yang jadi masalah Fawwaz dan dia, diaorang pun ikut sibuk nak tahu.

            “Aku tahu aku nampak desperate giler sekarang ni. Tapi aku tak kisah. Aku perlukan jawapan. Kalau kau tak nak, aku boleh cari orang lain.” Tenang Fawwaz bersuara.Tapi dalam hati, dia tak tahu mana dia dapat keyakinan yang tinggi macam ni.

            Aireen pandang kawan mereka yang lain. Masing-masing tenang berbual sambil menyumbat ayam dalam mulut. Tak hirau dah dengan dirinya yang tengah tak tenteram sekarang ni. Huh. Dia.. Hampir-hampir lupa tentang permainan yang mereka buat sebelum ni. Macam mana boleh lupa ni?

            “Kau ni.. Tak romantik langsunglah. Nak melamar orang pun, cubalah jadi romantik sikit. Barulah Reen ni cair.” Selamba Nisa bagi komen. Dari tadi dia tunggu-tunggu, macam mana episod melamar Aireen dengan Fawwaz. Romantik ke tidak. Tapi yang dia dapat dengan penantiannya, sangat-sangat mengecewakan.

            Ilham gelak. Dia setuju dengan apa yang kekasihnya cakap tu. Lantas dia cubit isi ayam dan diserahkan pada Fawwaz kat sebelah. “Ni ambil ni pergi lamar dia.” Dah tak ada cincin, isi ayam pun jadilah.

            Aireen nak gelak. Tapi sempat dia tahan. Sudahnya, dia pandang Fawwaz yang duduk bertentangan dengannya. Dia berdehem sekejap sebelum bersuara. “Aku ada Mama dengan Ayah. Kalau kau takut sangat, Along dengan Angah aku pun kau boleh bawa berbincang dengan diaorang.” Aireen senyum. Dia sambung balik suapannya.

            Sementara Fawwaz, terdiam kat situ. Tangannya yang baru nak sumbat ayam dalam mulut terhenti di udara. Dia pandang Aireen dengan pandangan yang sukar nak percaya. Apakah ini maksudnya, ya?

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai