Pages

Search This Blog

21 May 2015

Truth or Dare -17-




Aireen menguap. Kepalanya disandarkan pada penghadang kerusi. Dengan muzik radio yang perlahan, dengan waktu malam yang gelap macam ni, dengan hujan lagi, lagi bertambah-tambah rasa mengantuknya. Kalau bukan sebab Nisa dengan Ilham, dia memang takkan pergi punya makan malam ni. Baik duduk dalam bilik, tidur.

            “Tidur ajelah dulu. Nanti dah sampai aku kejutkan.” Suara Fawwaz yang tenang memandu tu kedengaran. Malam ni, Aireen pergi dengan lelaki ni sebab dia malas nak memandu. Plus, atas keizinan Mama dengan Ayahnya juga.

            Aireen menguap lagi. Aish. Dah berapa banyak kali aku menguap ni? Kenapa mengantuk sangat ni?

            “Kenapa? Tak selesa tidur duduk? Meh sini.. Bahu ni ada.” Sambil tepuk bahu kirinya. “Kalau nak selesa lagi, kat sini pun boleh baring.” Kali ni, Fawwaz tepuk pula pahanya bersama senyuman nakal.

            Aireen pandang Fawwaz malas. “Blah lah kau.” Malas nak cari gaduh sebenarnya dengan lelaki ni. Macam mana diaorang boleh ada ikatan macam ni pun, memang susah betul nak percaya. Macam mimpi pun ada.

            Dengar Fawwaz gelak. Lepastu lelaki tu bersuara lagi, “Sabar eh sayang. Nanti dah kahwin, nak tidur celah ketiak abang pun boleh.” Gelak lagi.

            “Fawazz!!” Aireen pekup wajahnya dengan tangan. Nak tunang dengan lelaki ni pun dia fikir dua tiga kali, ni apalagi nak kahwin dengan dia.

            Aireen pandang jam. Dah pukul sembilan malam. Masih jauh lagi ni nak sampai tempat makan tu. Dengan hujan renyai-renyai kat luar buatkan dia rasa sejuk tiba-tiba. Dia pandang Fawwaz. “Kau ada bawa jaket tak? Aku sejuklah.” Sambil gosok kedua tapak tangannya.

            Fawwaz pandang tunangnya yang kesejukan tu. Nak buka tingkap, takut air hujan masuk. Nak tutup pendingin hawa, takut pula nanti cermin kabur. “Ada kat belakang tak silap aku.” Sambil sebelah tangannya cuba gagau sesuatu di tempat duduk belakang.

            “Sokay. Biar aku cari. Kau drive aje.” Suruh Aireen. Kang terbabas, memang kempunanlah memasing. Dah lah belum kahwin lagi! Eh.

            Aireen pusing belakang. Tangannya capai satu jaket kulit warna hitam di atas tempat duduk. Kemudian dia pakai jaket tu ditubuh. Jaket tu dizipkan sehingga ke atas. Ahh, lega sikit.


DARI jauh dah nampak wajah Nisa yang tengah gelak dengan kawan-kawan yang lain. Aireen ambil tempat disebelah Isha, manakala Fawwaz ambil tempat bersebelahan Fikri.

            “Awal betul sampai?” Jengkel aje Ilham bertanya. Tahu tak makanan yang dia order dah sejuk? Ni semua sebab tunggu dua manusia tu lah yang lambat. Beregek apa entah lama sangat.

            “Hujan.. Plus jalan jammed tadi.” Tipu Fawwaz. Dia tak nak beritahu hal sebenarnya kenapa dia dengan Aireen lewat.

            “Reen.. Jauh no kau duduk. Sinilah. Aku dah sediakan tempat dah.” Panggil Nisa dari kejauhan. Aireen yang masih lagi mamai hanya pandang aje. Malas nak bangkit semata-mata nak duduk kat sana. Mana-mana tempat sama aje, kan?

            Aireen menguap lagi. Sampai berair matanya sebab menguap. Dia. Nak. Tidur. Dah sedap-sedap tidur tadi, boleh pula Fawwaz kejut dia cakap dah sampai. Mana tak memekak dia kat situ. Dia memang pantang kalau ada orang kacau dia tidur.

            “Dah. Jom makan.”

            Aireen hanya pandang bila semua orang sibuk nak kaut lauk dalam pinggan masing-masing. Makan besar macam ni buatkan semuanya tersenyum aje. Lagi-lagi bila ada orang nak belanja. Tapi tak tahu kenapa dengan dirinya. Rasa mengantuk semacam. Mungkin sebab penat tak cukup tidur kot.

            Bila semua orang dah sumbat nasi dalam mulut, barulah Aireen angkat tangan nak kaut segala macam jenis lauk letak dalam pinggannya. Banyak juga Ilham dengan Nisa pesan makanan eh. Beruntung betullah dia orang jadi kawan dua manusia tu.

            “Kauorang nak honeymoon kat mana?” Tanya Johan sebelum dia menyisip air limau aisnya. Dari haritu lagi dia nak tanya soalan tu. Tapi semedang tu ajelah ada aje yang menghalang. Tanya nak berbulan madu kat mana aje kot.

            Ilham pandang Nisa. Nisa pula buat tak tahu. “Actuallykan, kitaorang nak honeymoon sekali dengan dua orang tu tau.” Sambil bibirnya menjuih pada Aireen dan Fawwaz yang tengah melahap.

            “Sebab dengarnya.. Diaorang nak satu lagi dua minggu.” Sambung Ilham lagi.

            Yang lain dah pandang Aireen dengan Fawwaz yang masih lagi tak perasan, diri mereka yang menjadi topik utama saat tu. Aireen angkat wajah bila rasa semua mata pandangnya. Dia jongket sebelah kening. Hilang sudah rasa kantuknya. “Kenapa tengok aku?”

            “Kau tak kasitahu kitaorang pun yang majlis kauorang dicepatkan.” Tutur Dyana. Dia yang pada mulanya memang tak setuju bila diberitahu yang Aireen akan ditunangkan dengan Fawwaz. Sebab baginya, Aireen lebih layak didampingi Hakim. Tapi entahlah, bila dapat tahu yang Hakim serang Aireen, terus dia rasa macam sia-sia usahanya beritahu semua orang tentang perasaan Hakim pada Aireen pada malam mereka main Truth or Dare tu.

            Aireen pandang Fawwaz. Lelaki tu selamba aje sumbat nasi beserta lauk-pauk dalam mulut. Langsung tak pandang yang lain yang dah pandang mereka. “Benda baikkan elok dipercepatkan.” Selamba Aireen membalas. Malas sebenarnya nak beritahu sebab kenapa mereka cepatkan majlis.

            Yang lain dah tersengih-sengih. “Nampak sangat dah tak sabar.” Ujar Fikri sambil tersenyum. Dia suka bila tengok orang dirikan masjid ni. Dia jadi tak sabar pula nak cari calon dan dirikan masjid cinta mereka bersama-sama.

            “Bukan aku, okeh.” Aireen menjawab sambil bulatkan matanya.

            “Dah tu kau nak cakap akulah?” Fawwaz menyoal dari jauh. Tersenyum dalam hati dia bila dengar jawapan Aireen tadi. Benda baik elok dipercepatkan eh? Kenapa tak cakap aje hal sebenar yang orang tua mereka yang memang nak cepatkan? Sebab Mama dengan Ayah Aireen nak tunaikan umrah masa mereka dinikahkan nanti. Sebab tu majlis mereka dicepatkan.

            Aireen sekadar jungkit bahu.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai