Aireen
berdiri. Dia pandang ke satu pintu besar kaca tu. Sesekali jam tangan
dikerling. Mana dia ni? Bukan kapal terbang dia dah mendarat lama ke? Ni kenapa
batang hidung pun tak nampak juga? Dah setengah jam aku tunggu kat sini.
Tiba-tiba mata Aireen menangkap
tubuh seseorang yang tengah menarik begnya keluar dari pintu kaca tu. Seorang
perempuan. Pramugari airlines rasanya berdasarkan dari uniform yang dia gunakan.
Aireen macam pernah jumpa perempuan tu. Tapi dia tak ingat siapa dan bila.
Pramugari yang dipandangnya tu
berhenti dihadapan seorang lelaki sambil tersenyum. Tubuh lelaki berbaju
T-shirt merah kosong itu dipeluknya erat. Sesekali pipi mereka dilagakan.
Nampak pasangan tu berbual. Aireen jadi pemerhati.
Mata Aireen membulat bila dia dah
ingat di mana dia berjumpa pramugari tu. Di universiti. Perempuan tu tengah
berjalan dengan, Fawwaz? Aireen cari wajah lelaki yang memegang lengan
pramugari tadi.
Macam nak gugur jantungnya bila dia
nampak wajah lelaki tu. Tu, Fawwaz kan? Ya. Itu Fawwaz. Dia kenal dengan
senyuman lelaki tu. Fawwaz buat apa kat sini? Sambut pramugari tu? Bukankah
Fawwaz cakap dia melepak dengan Ilham tadi?
“Uit. Tengok apa?” Bersama tu, satu
cuitan mengena di bahunya.
Aireen menoleh. Anaqi, abang
keduanya tengah tersenyum. Aireen menunduk menyambut huluran salam dari
abangnya. Seminggu abangnya tiada, dia kesunyian. Iyelah, selepas Along dah
kahwin ni. Along dah jarang balik rumah. Jadi, dengan Angah ajelah dia
melepaskan rindu.
“Tengok apa sampai tak sedar Angah
datang?” Anaqi juga sama menjengah keliling lapangan terbang ni. Tak ada orang
pun. Ada pengawal keselamatan aje yang dia nampak. Takkan adik dia ada taste kat pak guard kot? Fawwaz nak letak mana?
“Tak.. Tak ada apalah.” Aireen mula
buka langkah nak keluar dari lapangan terbang. Matanya sempat mencari-cari dua
manusia tadi tapi dia tak jumpa. Dia yakin yang lelaki tadi tu Fawwaz. Dan
pramugari yang bersama Fawwaz tu, perempuan yang dia nampak dengan Fawwaz
beberapa tahun lepas.
Masa tu dia boleh menangis bila
nampak mereka. Sekarang.. Takkan dia nak menangis juga?
“Fikir apa ni, hmm?” Bersama tu,
Aireen rasa kepalanya diletakkan sesuatu. Bila nampak peak cap yang digunakan Angahnya dah tiada di kepala lelaki tu,
tahulah dia yang peak cap tu ada atas
kepalanya.
“Kan dah cakap tadi tak ada
apa-apa.” Duduk letak peak cap
dibetulkan. Dia pandang Anaqi. “Bila nak bawa adik Angah ni jenjalan guna
burung besar tu?” Tanyanya. Dah lama dah dia impikan nak naik kapal terbang dan
yang menjadi juruterbangnya adalah Angahnya sendiri.
“Hmm.. Tak ada niat pula untuk yang
tu.” Gelak Anaqi sebelum tarik flight bagnya
melepasi Aireen yang dah bercekak pinggang.
“Angah ni..” Aireen dah muncung.
Sampai hati musnahkan impian dia selama ni. Ohh..
“Dah. Cepatlah hantar Angah balik.
Rindu Mama...” Jerit Anaqi dari jauh. Dia dah sampai kereta milik adiknya, tapi
adiknya boleh lagi buat perangai tak matang dia kat pintu masuk lapangan
terbang tu. Tak malu dengan oranglah tu.
“Tak ada niat pula untuk yang tu.”
Aireen balas kembali. Biar.. Biar Angahnya rasa.
AIREEN sebal. Geram aje dia sekarang ni dengan Angahnya. Ada ke patut, disuruhnya aku
bawa masuk flight bagnya dalam rumah.
Siap suruh letak baik-baik dalam bilik lagi tu yang dia rasa nak meletup. Kalau
ada upah, sejuklah juga hati ni. Tapi ni, suruh macam tu tanpa sebarang upah.
Haish.. Dengan hati yang penuh sabar, dia bawa juga beg milik Angahnya turun
dari kereta.
“Siapa datang?” Anaqi menyoal
adiknya. Matanya pandang dua buah kereta yang terpakir di laman rumah. Siap ada
kereta Along sekali.
Aireen yang dengar pertanyaan tu
juga sama pandang deretan kereta di laman. Dia pandang Angahnya sambil geleng
kepala. Setahunya, Mama dengan Ayah tak ada kasitahu pun ada orang nak datang
harini. “Tadi masa keluar, Mama tak ada kasitahu pun.” Beritahunya.
Anaqi angguk. Tetamu tak dipelawalah
ni. Dia kembali sambung langkahnya. Baru ingat nak berehat lama sikit dalam
bilik. Tapi dah datang tetamu, memang berkecai teruslah impiannya tu.
Aireen juga buka langkah. Dia tarik
sekali flight bag Angahnya. Nasiblah
tak berat mana beg ni. Kalau berat, memang dia humban dah beg ni dalam kolam
ikan. Tapi langkahnya kembali mati bila dia perasankan sesuatu. Matanya pandang
balik kereta Forte berwarna putih tadi. Macam kenal aje. Bila pandang nombor
pendaftaran kereta tu, dia telan liur. Dia buat apa kat sini?
“Waalaikumussalam.” Bergema ruang
tamu rumah menjawab salam Anaqi. Peak cap
milik lelaki tu dia buka dan dikepitkan di celah ketiak. Lepastu dia bersalaman
dengan tetamu yang datang sebagai tunduk hormat.
“Baru balik?” Encik Roslan menyoal.
Suka dia bila tengok anak muda yang bekerjaya macam Anaqi ni.
Anaqi angguk sambil senyum. “Ha’ah uncle.”
“Pergi mana aje? Lepasni pergi mana
pula?” Dua soalan yang Encik Roslan utarakan.
Anaqi senyum. Dari pandangannya, pak
cik ni memang suka dengan kerjayanya yang satu ni. Bukan senang dia nak jumpa
orang yang suka pasal kerjaya juruterbang ni. Contoh paling terdekat, adiknyalah
si Aireen tu. Baru dia nak bercerita sikit apa yang jadi sepanjang dia memandu
burung besar tu, adiknya dah buat pekakan telinga. Tambah tu, boleh pula dia
pergi kuatkan volume radio masa dalam
kereta tadi. Memang buat sakit hati ajelah.
“Kali ni pergi Dubai aje. Lepasni,
tak tahu lagilah. Dengarnya kene standby.”
Beritahu Anaqi lagi. Dia baru aje balik, tapi dah kena standby. Memang tak kasi aku berehat ke macam mana?
Anaqi bersalaman pula dengan Mama
dan Ayahnya. Pipi Mamanya dicium. Rindu.. Seminggu tak jumpa rasa macam setahun
pula. Memang macam ni lah perangainya bila balik dari memandu kapal terbang.
Mesti melekat dengan Mama punya. Dia tak kisah apa orang nak kata. Dia digelar
anak manja? Lagilah dia tak kisah. Dia buat pahala apa. Buat apa nak malu, kan?
“Adik kamu mana?” Tanya Puan Afizah.
Bukankah Aireen yang ambil Anaqi? Mana dia? Sepatutnya dah masuk dalam dah.
Anaqi tegakkan badan. Baru nak
lepaskan rindu dah ditanya mana Aireen. Aish.. Risau betullah Mama dengan anak
dara dia yang seorang tu. Pandailah anak Mama tu jaga diri. Nak jadi isteri
orang dah pun. “Tadi ada belakang Angah.” Dia pandang pintu masuk. Nampak
adiknya tengah buka sandal yang dipakainya. “Tu haa..”
Aireen beri salam. Dia sandarkan flight bag di tepi dinding tangga.
Lepastu dia bersalaman pula dengan tetamu. Tersenyum dia bila Puan Raudhah
mencium kedua pipinya. Lama juga mereka tak jumpa.
“Pergi mana lama sangat? Lama dah Fa
tunggu.” Ternaik kening Aireen dengar pernyataan tu. Fawwaz tunggu? Boleh
percaya ke? Dengar aje nama lelaki tu, terus mindanya teringat balik pada
adegan peluk-memeluk dilapangan terbang tadi kurang tiga jam yang lepas.
Siapa perempuan tu sebenarnya?
Kenapa dia peluk Fawwaz aku? Dan Fawwaz pun satu, kenapa boleh balas balik
pelukan tu?
“Teman Angah beli komik tadi.
Lepastu pergi makan sekali. Lepastu baliklah.” Aireen sengih. Ingatkan tadi
bila Angah cakap rindu Mama, terus nak bawa balik rumah. Tapi boleh pula
menyimpang sampai pusat beli belah sebab Angah nak beli buku baru. Bukan buku
sebenarnya, lebih kepada komik. Angah memang minat komik. Dalam rak biliknya
tu, memang bersepah segala jenis komik. Sampai-sampai suruh Ayah beli rak baru
sebab rak yang lama dah padat sangat dengan komik. Dan sebab itulah munculnya
bilik bacaan di bilik sebelah dapur tu.
“Along mana?” Tanya Aireen bila
nampak hanya Kak Aida sahaja yang bersama-sama mereka diruang tamu ni.
Selalunya, kalau keluarga Fawwaz datang mesti Along yang paling banyak cerita
nak diceritakan. Tapi, mana dia sekarang ni?
“Kat atas tengah solat. Jap lagi
turunlah.”
Aireen angguk. Dia pandang semula
pada tetamu yang datang. Ada Puan Raudhah dengan suaminya Encik Roslan. Ada
juga Furqan, adik Fawwaz dan juga Fawwaz. Dia tercari-cari kelibat abang
Fawwaz, Fariez tapi tak ada. Dia tak ikutlah kot.
Fawwaz memang tiga beradik aje. Dan
kesemuanya lelaki. Memang kempunanlah Puan Raudhah bila impiannya nak ada anak
perempuan tak kesampaian. Tak apalah. Tunggu ajelah nanti ada menantu perempuan
ye, Mummy. Atau tak pun, cucu perempuan. Eh!
“Abang Fariez mana, Mummy?” Tanya
Aireen berbasa-basi. Langsung tak pandang Fawwaz yang tengah pandangnya.
Biarkan.. Aku tengah tak berapa nak sejuk dengan dia sekarang ni.
“Fariez pergi Melaka. Ada kerja kat
sana. Itu yang tak dapat ikut.”
Keadaan diam seketika bila keluarga
Fawwaz menjamah makanan yang terhidang. Lepastu semuanya tekun dengar apa yang
diucapkan Encik Roslan. “Sebenarnya tujuan kami datang sini sebab nak pastikan
semuanya. Semua benda untuk majlis minggu depan, dah siap ke?”
Puan Afizah pandang anak daranya.
Kening sebelah dijongketkan. Aireen yang faham bahasa badan Mamanya pandang
Puan Raudhah. “Semua dah siap. Tinggal nak beli barang hantaran aje.” Aireen
sengih. Tetiba pula dia rasa tak ada jiwa nak beli barang-barang hantaran. Hmm,
ni semua sebab apa yang dia nampak tadilah.
Puan Raudhah angguk. “Sama ajelah
kamu dua orang ni. Selagi tak suruh, memang tak dibelinya sampai bebila.” Bebel
wanita tu. Aireen hanya sengih. Fawwaz pula buat muka selamba sambil menjamah
kek coklat lembab.
“Esok hari minggu, pergilah beli.
Jangan ditangguh. Nanti susah.” Puan Afizah pula memberi nasihat. Aireen angguk
dua kali.
Kedengaran telefon bimbit berdering
selepas lima minit. Bukan satu telefon yang berbunyi, tapi dua telefon. Semua
mata pandang telefon Aireen dan Fawwaz yang berdering tu. Pantas mereka minta
izin ke luar rumah.
Lepas aje talian ditamatkan,
masing-masing berpandangan sebelum mengeluh. “Nak pergi ke?” Soal Aireen. Dia
cukup dari pasti yang menghubungi Fawwaz tadi adalah Ilham. Apa lagi yang suami
isteri tu nak? Perjumpaan apa pula kali ni?
“Pergi ajelah. Mana tahu ada benda
penting ke,”
“Such
as?”
“Nis
pregnant?”
Mata Aireen membulat dan bercahaya
selepasnya. Nisa mengandung? Aku dapat anak buah lah ni? Dia senyum. Dah
terbayang-bayang yang anak Nisa dengan Ilham macam mana. Mesti comel kan kalau
ikut gen Ilham. Bukan nak cakap yang Nisa tak cantik, Nisa ni boleh kira macam
sedaplah mata memandang.
Tapi senyuman Aireen mati tiba-tiba.
Nisa mengandung? “Nonsenselah. Diaorang
baru aje kahwin tak sampai pun tiga minggu.”
“Dah kalau nakal sangat..” Fawwaz
berjeda bersama sengihannya.
Aireen senyum. “Melampaulah tu.” Dia
macam nak gelak, tapi ditahan sebab tak nak bakal mak mertuanya dengar macam
mana menantunya gelak. Kang boleh reject
pula buat menantu. “Even Nis pregnant
sekalipun, doktor tak boleh detectlah.
Paling-paling dalam..” Aireen berfikir seketika, “..Lima enam minggu baru boleh
detect that baby.” Mengikut apa yang
dia tahulah.
Fawwaz angguk. Tak tahu pula dia
pasal tu. “So?” Dia soal lagi.
Aireen lepas nafasnya. Hmm, mungkin
betul juga apa yang Fawwaz cakap. Mana tahu ada benda penting ke. Rugi nanti
kalau tak pergi. Sudahnya, perlahan dia angguk. “Okay. Jap, aku tanya Mama
dulu.”
“Sokay, biar aku yang minta.” Fawwaz
terus berjalan laju masuk dalam rumah tinggalkan Aireen yang tengah blur ayam
dibelakang.
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.