Pages

Search This Blog

23 May 2015

Truth or Dare -19-




“Nak tanya something boleh tak?” Takut-takut Aireen bertanya. Entah kenapa, dia nak sangat tahu siapa perempuan yang bersama Fawwaz tadi. Dia perlukan kepastian. Selagi dia tak dapat jawapan, selagi tu dia akan buat andaian sendiri yang akhirnya, andaian tu akan menyakitkan hatinya.

            “Tanya ajelah,” Lincah tangan Fawwaz memutar stereng kereta membelok ke kanan. Dah alang-alang dia ada di rumah Aireen tadi masa dia dapat panggilan dari Ilham, langsung dia minta persetujuan dari orang tua Aireen nak bawa ke sana.

            “Hmm..” Aireen bermain-main dengan jarinya. Nak cari balik kat mana hilangnya keberaniannya. Tadi bukan main berani nak tanya, sekarang?

            “Sejak bila kau jadi takut nak tanya aku ni?” Fawwaz pandang Aireen disebelahnya sekejap sebelum kembali pandang jalan raya. Dia tengah bawa nyawa sekarang ni, jadi dia kena berhati-hati dalam pemanduannya.

            Aireen keluh nafas. Macam mana nak cakap eh? “Kau kata, kau jumpa Ilham kan tadi?”

            Fawwaz kerut dahi. Aduh, mati dia kali ni.

            “Tapi kenapa tadi masa aku ambil Angah.. Aku.. Nampak kau kat airport?” Aireen pandang sisi wajah Fawwaz. Nampak wajah lelaki tu berubah. Jadi betullah yang tu Fawwaz. “Kenapa tipu aku?” Tanyanya lagi. Serius, dia bukan nak cari gaduh, dia hanya nakkan jawapan. Gaduh-gaduh macam ni, bukan perangai dia.

            “Aku..”

            Aireen pantas potong ayat Fawwaz, “Aku tak kisah kau nak jumpa perempuan lain. Nak peluk perempuan lain depan aku. Tapi aku tak boleh terima kalau kau tipu aku.” Aireen ketap gigi. Dahinya berkerut.

            “Aku..”

            “Sokay, aku faham.” Aireen potong lagi ayat Fawwaz. Kemudian dia berlalu keluar dari kereta bila Fawwaz dah parkirkan keretanya bebetul dihadapan restoran di mana tempat yang dijanjikan Nisa dan Ilham tadi.

            Fawwaz hembus nafas. Macam mana dia nak terangkan perkara sebenar kalau Aireen dari tadi duk potong ayat dia? Come onlah, perempuan tadi tu mak cik dialah. Adik kepada Mummynya. Aish..


"MACAM MANA?"

            “Alahh.. Baru ingat nak honeymoon kat Maldives.” Aireen dah muncung. Siap tangan disilang ke dada tanda tak setuju. Ada ke disuruhnya aku dengan Fawwaz berbulan madu kat Port Dickson? Huh tempat.. Tak romantik langsung.

            Dengar pula yang lain gelak. Yang paling kuat mestilah Ilham. “Amboi kau.. Kau ingat Fawwaz ni kaya sangat ke sampai nak bawa kau pergi sana?” Dah nampak dah tangan Ilham yang dicekak dipinggangnya.

            “Bapak dia kaya apa,” Gumam Aireen perlahan. Cukuplah Nisa kat sebelah aje yang dengar.

            “Jadilah eh? Or  takpun, lepas balik dari PD tu kauorang pergilah honeymoon kauorang.” Isha yang tengah makan keropok tu bersuara. Dah terbayang-bayang dah air laut kat PD tu. Dah lama juga dia teringin nak ke sana. Tapi semedang tak kesampaian.

            Aireen pandang Fawwaz kat sebelahnya. Dalam fikiran dah bajet berapa banyak duit yang keluar. Paling-paling kalau pergi sana, dalam empat ratus juga yang keluar. Lepastu nak beli barang hantaran lagi. Banyak juga duit yang keluar bulan ni. Aireen garu hidungnya.

            “Jomlah, Reen..” Pujuk Nisa. Siap goncang lengan Aireen lagi.

            “Aku tanya Mama aku dulu.” Macam biasa, mesti persetujuan dari Mama dan Ayahnya akan diminta terlebih dahulu. Yeah, sebelum bergelar isteri orang nanti.

            Selesai perbincangan percutian mereka tu, masing-masing bawa diri pulang ke rumah masing-masing. “Pergi tak?” Tanya Fawwaz bila kereta baru bergerak.

            Aireen lepas keluh. “Nak menjerit boleh tak?”

            Dengar Fawwaz gelak. Aireen jeling lelaki disebelahnya. Aku tengah stres sekarang ni, dia boleh pula duk gelakkan aku.

            “Apsal gelak?” Soal Aireen bersama nada kerasnya. Elak kena pukul ajelah lelaki ni.

            “Nak menjerit eh, sekejap eh?” Fawwaz berhentikan keretanya dibahu jalan. Aireen hanya pandang. Lepastu nampak lelaki tu buka pintu kereta dan keluar. Sebelum dia keluar, sempat dia beritahu sesuatu, “Dah boleh jerit dah.”

            Aireen kerut dahi. Biar betul lelaki ni? Sanggup berdiri kat tengah panas tu tunggu aku siap menjerit dalam kereta? Aireen tak banyak fikir. Orang dah bagi, kita ambil ajelah. Tak sampai beberapa saat, dengar jeritan stres dari dalam kereta.

            Berompak dada Aireen lepastu. Naik turun nafasnya. Lelah dia sebab menjerit. Dia sandarkan tubuhnya pada kerusi. Cermin hadapan kereta diketuknya dari dalam menyuruh Fawwaz yang tengah berkaca mata hitam tu masuk semula dalam kereta. Kesian berdiri tengah panas ye.

            “Dah okay dah?” Tanya Fawwaz sambil tangannya pakai tali pinggang keledar. Dia mulakan perjalanan sesudahnya. Sederhana aje pemanduannya kali ni. Tak macam selalu. Laju macam nak kejar kapal terbang aje.

            “Hmm..” Botol air mineral di bawah kakinya dicapai. Lepas aje buka penutup botol, dia terus minum air mineral tu.

            Fawwaz yang pandang terkedu. Tak sempat dia nak beritahu sesuatu, dah habis air mineral yang memang tinggal setengah tu ditelan Aireen. “Air paip tu..” Sepatah-patah dia bersuara.

            Tak tunggu lama, Aireen terus turunkan cermin tingkap kereta dan menghamburkan air di mulutnya keluar ikut tingkap. Nasib dia telan sikit aje. Lepastu dia pandang Fawwaz yang terkedu. “Kureng. Apsal letak air paip kat sini?”

            “Takkanlah tak perasan? Aku dah tulis dah yang tu air paip.”

            Aireen belek botol plastik ditangan. Terbuntang matanya. Macam mana boleh tak perasan tulisan ni? Besar-besar lagi tulisan yang Fawwaz letak kat situ. Siap tandatangan dia sekali. Aih.

            “Tu lah. Gelojoh sangat.”

            Aireen jeling Fawwaz. Dia baling botol plastik tu ke tempat asalnya. Lepastu dia silang tangan ke dada. Sumpah lepasni dia tak minum lagi dah mana-mana air dalam kereta lelaki ni. Okaylah kalau dia terminum air paip, kalau terminum air lain ke. Macam mana?

            Keadaan diam sekejap. Hanya dengar mulut Fawwaz yang terkumat-kamit mengikut lirik lagu yang diputarkan DJ radio.

            “Once again, kau pergi tak?”

            Aireen mengeluh lagi. “Aku tak ada sen lah. Duit dah banyak habis kat our wedding je.” Mengeluh lagi. “Ni pun barang hantaran tak beli lagi. Lepastu nak pergi PD lagi. Memang bankrupt lah aku lima bulan ni.” Kena pinjam bank ni kalau dah muflis sampai macam ni. Kawan aku pun satu, boleh pula masa-masa macam ni nak pergi bercuti. Tunggulah lepas hari graduation nanti ke.

            “Mama dengan Ayah nak tolong tak kasi. Sekarang rasalah,” Selamba aje ayat sinis tu keluar dari bibir Fawwaz. Dah memang dari awal lagi, Mama dengan Ayah Aireen nak tolong hulur sikit apa yang patut. Tapi semedang Aireen ni menolak. Katanya nak berdikarilah. Apalah..

            “Okay look.. Dari kecil aku susahkan Mama dengan Ayah. Entah berapa juta ringgit yang diaorang dah habiskan untuk aku sepanjang aku hidup. Dengan yuran sekolah, yuran study aku lagi. Itu tak masuk lagi dengan segala jenis bil yang aku dah gunakan. Bil sakit, bil internet, asrama, makan, minum, beli baju sekolah, buku-buku, novel and whatsoever. Aku rasa tak sedap bila nak kahwin ni pun aku still guna duit diaorang walaupun sikit.” Lirih aje suara Aireen. Langsung tak terasa dengan ayat sinis Fawwaz tadi.

            Fawwaz terdiam. Betul juga apa yang Aireen cakap. Sampai bila nak bergantung harap pada orang tua? Adik beradik dia pun ada lagi, masing-masing perlukan duit. Kalau duit tu dah habis untuk dia aje, macam mana dengan adik dan abang dia?

            “Kau fahamkan maksud aku?” Soal Aireen. Dia pandang Fawwaz. Nampak Fawwaz angguk. Nasiblah kau faham. Kalau tak, memang aku letak jawatan jadi tunang kau. Membazir air liur aku aje duk cakap berpuluh-puluh patah perkataan tadi tapi sudahnya kau langsung tak faham.

            “Ai..”

            “Reen!” Pangkah Aireen laju. Tak sukalah orang yang tak ada hubungan kekeluargaan dengan dia duk sibuk panggil Ai ni. Dia pandang Fawwaz. Nampak wajah Fawwaz berubah. “Sorry.” Dia rasa bersalah tiba-tiba. Fawwaz panggil dia sehabis lembut tadi, dia boleh pangkah kasar macam tu. Jangan kecil hati ye, sayang.

            Hmm.. Dalam hati ajelah mampu panggil sayang. “Panggil aku Reen, please.” Nadanya kembali dilembutkan.

            Fawwaz mengeluh. “Why not? Kita nak kahwin dah pun.”

            Pernyataan Fawwaz tu menyedarkan Aireen. Ya, kenapa dia tak sedar? Mereka dah nak bernikah dah pun, kenapa dia masih tak benarkan Fawwaz panggil dia Ai? “Dah nak, tapi belum.”

            Fawwaz angguk. Okay, kalau itulah apa yang dia nak. Aku akan ikut. “Buat apa kau nak pening-peningkan kepala kau pasal duit nak pergi PD tu?” Soalnya senafas. Matanya masih pada jalan raya. Dah kenapa pula jalan jammed tengah-tengah petang ni? Nak kata orang balik kerja, harini kan hari Sabtu. Half-day apa. Tapi kenapa masih sesak lagi?

            Aireen picit hidungnya. Tetiba pula rasa nak bersin. “Senanglah kau cakap. Kau kaya, ada duit. MD to be. Aku ni.. Apa aje yang aku ada? Kalau aku tak kerja, memang mati kebulurlah aku jawabnya.” Ujar Aireen merendah diri.

            Fawwaz geleng kepala. Kenapalah cik tunangnya ni suka sangat merendah diri? Dia pejam mata. Matanya kembali dibuka bila ditegur cik tunang disebelah suruh menggerakkan kereta sebab kereta dah mula bergerak sederhana. Perlahan pedal minyak ditekan. Menggerakkan kereta. Perjalanan yang sepatutnya ambil masa dua puluh minit, bertukar jadi empat puluh minit disebabkan kesesakan jalan raya.

            “Aku tak fahamlah dengan kau. Segalanya dah terbentang depan mata. Tapi kenapa kau macam buat-buat tak nampak.” Sungguh hati lelaki Fawwaz tak faham. Aireen, datang dari keluarga yang sama naik dengannya. Keluarga masing-masing punya kekayaan tersendiri. Malah setiap anak-anak diberikan syer setiap dari keuntungan syarikat yang dimiliki.

            Apa yang Fawwaz tahu, dalam keluarga Aireen, hanya Alongnya sahaja yang bekerja dengan Ayah mereka. Angah Aireen, Anaqi dah memilih laluan kerjaya sendiri dengan menjadi juruterbang. Alang Aireen, ambil bidang perubatan dan bakal jadi doktor nanti. Dan Aireen sahajalah yang ikut jejak Alongnya bekerja dengan Ayah mereka.

            Jika Aireen bekerja dengan Ayah mereka, jawatannya sudah tersedia. Tinggal dia sahaja yang mengisi jawatan tu. Tapi dia masih tak faham kenapa Aireen masih mahu mulakan kerjayanya dari bawah. Katanya, mahu bermula dari bawah dan perlahan-lahan naik ke atas. Katanya lagi, dia mahu berdikari. Tak nak sangat bergantung pada orang tua.

            Fawwaz geleng kepala. Aireen.. Aireen.. Kau tahu tak, dengan sikap rendah diri kau ni lah yang buat aku bertambah sayang kat kau? Walaupun kau selalu menjengkelkan, suka buat hal sendiri, suka memberontak but it’s okay, I like it.

            “Aku tak fahamlah, Fa.”

            Fawwaz senyum. “Memang tak nak bagi kau faham pun.” Stereng diputar ke kiri, nak masuk simpang rumah Aireen.

            Aireen mendegus. Buat apa cakap kalau bukan nak bagi orang faham? Peliklah Fawwaz ni. Serius, dia langsung tak faham.

            “Ermm, aku nak tanya kau ni.” Fawwaz pandang Aireen yang tengah selongkar tas tangannya. Nak cari remote pagar mungkin. “Semuanya pasal seorang isteri, suami dia yang akan tanggung, kan?” Kereta diperlahankan bila alat kawalan jauh yang ditekan Aireen membuatkan pagar tu terbuka perlahan-lahan.

            “Ha’ah.. Dari hujung rambut isteri, sampai hujung kuku kaki. Kenapa kau tanya?” Pelik. Tak pernah-pernah pula Fawwaz tanya dia soalan macam ni.

            Fawwaz angguk. “Jadi.. Buat apa kau nak pening-pening kepala fikir pasal berapa banyak duit yang kau dah habiskan?”

            Aireen kerut dahi. “Means?” Dia masih lagi tak dapat tangkap. Kereta dah berhenti di hadapan rumahnya.

            “Perancangan nak pergi PD tu kan after we get married. Jadi, semuanya pasal kau, your husband-to-be ni yang akan tanggung. Ada reti?” Tanyanya sambil menunjuk pada diri sendiri.

            Aireen terpempan. Dia pandang Fawwaz. Kenapa dia tak sedar semua ni? “Tapi..”

            “Tak ada tapi-tapi lagi dah..” Fawwaz buka lock pintu. “Sekarang kau turun, esok kita jumpa lagi.” Sempat lagi dia buka tali pinggang keledar di tubuh Aireen. Bersama senyuman lagi dia hadiahkan.

            “But Fawwaz..

            “Assalamualaikum.” Cara halus, Fawwaz halau Aireen supaya keluar dari keretanya.

            Aireen pantas keluar dari kereta bila nampak tangan Fawwaz yang nak tukar ke gear R. Aish, tak menyempat. “Waalaikumsalam.” Sempat dia balas. Jawab salamkan wajib.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai