Pages

Search This Blog

24 May 2015

Truth or Dare -20-




“Nah!” Fawwaz hulur sesuatu pada Aireen dihadapannya. Aireen yang terpinga-pinga hanya menyambut huluran tu. Ada gugusan kunci yang dihulur Fawwaz padanya.

            “Apa ni? Kunci harta karun ke?” Selamba ayat tu keluar. Dia pandang kunci ditangan. Macam kunci pendua aje. Tapi kunci apa?

            Fawwaz gelak dengan ayat selamba tu. “Kalau kunci harta karun, memang tak lah aku nak kasi kau. Baik aku cilok solo.” Dia pandang jam. Sekarang dah jam dua petang. “Itu, kunci kereta aku.” Sambil tunjuk pada kunci pendua keretanya ditangan Aireen.

            “Kenapa bagi aku? Aku ada kereta sendirilah.” Makin bingung Aireen dengan Fawwaz. Apa motif dia bagi benda ni sebenarnya?

            “Look. Aku tahu, either me or you, mesti tak nak salah seorang dari kita tahu hadiah apa yang kita nak kasi nanti, kan?”

            Aireen angguk. Dia baru nak beritahu benda ni pada Fawwaz malam tadi. Nak cakap yang biar mereka beli sendiri barang hantaran. Tapi semedang, lepas aje solat Isyak dah nampak macam bantal tu memanggil-manggil. Sudahnya, dia terlelap tanpa beritahu niat dihatinya.

            “Jadi motif aku bagi kunci ni, bila kau dah siap beli barang yang kau nak, kau letak barang dalam kereta. Tempat kau, kat bonet kereta. Tempat aku, kat tempat duduk belakang. Jangan sentuh or jeling langsung tempat pihak lawan. Bila dah sudah, tunggu kat Secret Recipe. Got it?” Panjang lebar Fawwaz bagi arahan. Dah macam ketua pasukan pulak.

            “Okay.” Aireen tayang peacenya. “Thanks cause understanding, dear.” Ucap Aireen ceria. Dia lagi suka berbelanja sendirian dari ada peneman. Nasib baiklah Fawwaz ni memahami orangnya. Hmm,, lagi satu sisi Fawwaz yang dia belajar harini. Dan, persamaan mereka berdua mungkin.


CUKUP haul yang ditetapkan, mereka menjamu selera di Secret Recipe. Aireen baru ingat nak makan nasi, tapi dah Fawwaz ajak makan kat Secret Recipe, dia ikut ajelah. Dah ada orang nak belanja. Okaylah tu..

            Lepastu, mereka kembali ke kereta.

            “Ada barang nak beli lagi tak?” Tanya Fawwaz prihatin.

            Aireen mendongak. Rasanya semua barang dia dah beli. Perlahan dia geleng. “Rasanya semua barang dah ada. Tapi nanti bila dah check balik kalau ada barang yang tak ada, saya pergi beli sendirilah.” Balasnya sambil tersenyum.

            Fawwaz angguk sebelum dia terpaku. Dia pandang Aireen kat sebelah yang turut sama terpaku. Dia cakap apa? Dia gelarkan diri dia apa? Saya?

            Gulp! Aireen telan liur. Macam mana boleh tersasul cakap 'saya' ni? Bukan 'aku' ke? Dia ketuk dahinya dengan jari telunjuk.

            “It’s okay. Memang kita patut ubah pun kan kata ganti diri tu?”

            Aireen pekup wajahnya. Kenapa macam panas aje wajah dia sekarang ni? “I’m not ready yet.” Dia pandang cermin tingkap. Dia masih tak boleh bayangkan macam mana hidupnya kalau mereka berubah panggilan tu.

            Sayang-Abang?

            I-You?

            Saya-Awak?

            Fawwaz-Aireen?

            Fa-Ai?

            Erghh! Aireen rasa, guna saya-awak lagi much more better dari guna yang lain tu. Rasa macam bulu romanya meremang tak nak turun dah.

            “Then, sampai bila nak tunggu sedia kau tu sampai?”

            Aireen jongket bahu. “Just.. Give me time.

            “As your wish,” Fawwaz bersuara. Dia faham gejolak hati Aireen. “Hmm, cuma aku nak tanya satu soalan?” Dia kembali bersuara. Dah lama sebenarnya dia nak tanya soalan ni. Dari hari kedua mereka sah bergelar tunangan lagi.

            “Shoot.

            Fawwaz angguk sekali. “Mana cincin tunang kau? Aku tak pernah nampak pun kau pakai.” Fawwaz rasa tak dihargai bila tunangnya langsung tak sarungkan cincin pertunangan mereka. Jari gadis itu kosong. Tak ada langsung cincin yang diberi Mummynya. Terkilan sungguh rasa hati.

            Aireen pandang jarinya. Dia pandang Fawwaz pula selepastu. “Ohh cincin.. Ada aje dengan aku. Aku buat jadi loket rantai aku.”

            Fawwaz berkerut. “Kenapa letak kat rantai? Bukankah sepatutnya tempat cincin tu kat jari kau?” Fawwaz musykil.

            Aireen senyum, sebelum bersuara. “Aku ada impian sendiri. Impian aku, hanya nak sarungkan cincin kahwin aje kat jari aku. Selain cincin kahwin, memang aku letak kat rantai. Cincin yang Mama bagi pun aku letak kat rantai sekali.” Ceritanya. Tak nak Fawwaz rasa dia tidak menghargai pemberian dari lelaki itu.

            Fawwaz angguk. Ohh macam tu rupanya. Buat penat aje dia rasa terkilan selama ni. Pernah juga dia nampak Aireen pakai rantai masa dia belum bertudung sebelum ni. Dan rantai tu ada sebentuk cincin warna silver. Cantik boleh tahan. Dan kini, terjawab dah segala persoalannya pasal cincin tu. Cincin yang Mama kasilah tu.

            “Hmm, kau okaykan aku letak cincin tunang kita kat rantai? Tak marah, kan?” Aireen pandang Fawwaz. Mereka dah nak sampai rumah Aireen. Waktu pun dah lewat petang. Memang tak ada masa lagi nak bermesraan hari ni.

            “Okay tak apa.” Fawwaz senyum manis. “Asalkan kau tak hilangkan cincin tu pun dah buat aku rasa lega. Mahal weh cincin tu. Jaga leklok. Hilang, memang aku penggal bulu mata kau buat sup.”

            Aireen gelak perlahan. Ada ke orang penggal bulu mata buat sup?

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai