"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Monday, May 25, 2015

Truth or Dare -21-




Baik Aireen mahupun Fawwaz, masing-masing ambil tempat di sofa. Berhadapan dengan Puan Afizah dan Encik Aidil. Katanya mereka, ada sesuatu yang perlu mereka ikuti sehingga hari pernikahan itu tiba.

            “Thanks Alang.” Ujar Aireen pada Adibah yang baru hidangkan air dan sedikit makanan pada mereka.

            “No biggie,” Senyum sebelum duduk disebelah Puan Afizah.

            “STP..”

            “Hah?!” Fawwaz menyoal tinggi. Sungguh tak faham. Belum mula apa-apa lagi, Encik Aidil dah cakap STP. Menatang apa pula STP tu?

            “Straight to point, Encik Fawwaz.” Beritahu Aireen formal. Cakap aje pakai gadget canggih-canggih, tapi short form macam tu pun tak tahu.

            Fawwaz angguk malu. Manalah dia tahu benda-benda macam ni. Dia selalu guna ayat penuh aje.

            “Mulai esok sehinggalah tiba hari pernikahan kamu berdua, kamu tak boleh berjumpa.” Aireen dan Fawwaz tenang mendengar. Okaylah tu tak boleh berjumpa. Jumpa hari-hari pun rasa semak juga. Macam nak tebang aje. Tapi kalau tak jumpa, rindu nanti macam mana? Ahh, mesej ada. Boleh telefon juga apa.

            Encik Aidil menggeleng. “Mesej, on call, utus surat, e-mel dan seangkatan dengannya yang membuatkan kamu berdua berhubung, adalah dilarang sama sekali.” Tegas ayat yang keluar tu. Macamlah dia tak faham macam mana perangai anak perempuannya yang seorang ni. Tak boleh mesej, dia guna orang tengah. Tak boleh rancangan tu, dia buat pula rancangan lain.

            Aireen telan liur. Fawwaz hanya senyum.

            “Kalau didapati ada di antara kamu berdua yang melanggar peraturan ni, majlis kamu akan ditunda setahun.”

            Ternaik kening Aireen dan Fawwaz. Tunda setahun? Sudahnya, bila pula yang diaorang boleh bernikah? Selepas setahun? Gila lama. Kalau hati aku beralih arah macam mana? Tak ke naya?

            “Ada reti?”

            Mereka angguk walaupun dalam hati mahu membantah.


P/s : Err er, aku sendiri pun tak tahu kenapa part yang ni ciput giler. Huhuu.. Apa-apapun, enjoy okeh (:

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.