"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Tuesday, May 26, 2015

Truth or Dare -22-



“Uit!” Tegur seseorang dari belakang. Aireen yang tengah syok melayan perasaan kat gazebo rumah ni pun terkejut. Elak melatah aje dia tadi. Bila pusing, nampak Angahnya tengah tersenyum dibelakang sebelum labuh duduk disebelahnya.

            “Bila Angah turun? Tak perasan pun.”

            “Mana nak perasannya kalau Ai dari tadi layan blues kat sini. Kenapa? Takkan baru sehari dah rindu Izzat kot?” Usik Anaqi.

            Aireen kerut dahi. “Izzat? Siapa Izzat?” Dia tak kenal orang yang namanya Izzat. Malah kawannya juga tiada yang namanya Izzat.

            Anaqi telan liur. Macam mana boleh lupa yang orang dalam rumah ni panggil Fawwaz? “I mean, Fawwaz.” Betulnya.

            Aireen masih tak puas hati. Apa kena mengena Izzat dengan Fawwaz? Dan ini bukan kali pertama Angahnya tersasul panggil Fawwaz dengan, Izzat. Dah banyak kali, tapi bila ditanya, semedang Angahnya mendiamkan diri dan cuba menukar tajuk perbualan lain.

            “Kenapa Angah selalu tersasul panggil Izzat? Apa kena mengena Izzat dengan Fawwaz?” Soalnya buat kali yang ke, entahlah. Dah banyak kali dia tanya. Tapi Angahnya tak pernah nak kasi jawapan yang memberangsangkan. Jawapan selalunya tak relevan.

            Anaqi mengeluh. “Ai tahukan nama penuh Fawwaz apa?”

            Aireen menggeleng sambil tersengih. Nah, inilah dia. Tunang punya nama sendiri pun dia tak tahu. Cakap aje suka dan minat kat lelaki tu, tapi satu apa pun pasal lelaki tu dia tak ambil tahu. Mana taknya, duk sibuk ushar muka dia yang handsome tu. Mana nak peduli dah benda lain.

            Anaqi bulatkan mata bersama tangan dicekakkan ke pinggang. “Nama bakal suami sendiri pun tak tahu?” Tu dia.. Suara Angah dah meninggi. Ni baru kena dengan Angah. Belum lagi dengan Along. Mahu satu taman perumahan ni dengar suara dia yang tinggi tu. Pasal nama penuh Fawwaz aje pun. Itupun nak kecoh.

            Nanti dah kahwin, aku pepandailah curi tengok kad pengenalan dia. Dah alang-alang tu, boleh sekali tengok muka dia yang skema tu dalam kad pengenalan. Apa susah..

            “Apa nak jadilah kau ni Ai..” Keluh Anaqi.

            Aireen hanya diamkan diri. Macam malas pula nak bertekak dengan Angahnya memalam buta ni. Hanya kerana tak tahu nama penuh bakal suami!

            “Nama dia, Izzat Fawwaz Muhd. Roslan.” Anaqi berjeda. Nak tengok apa reaksi adiknya. Hmm, tak berubah apa pun.

            Aireen hanya mendengar. Izzat Fawwaz ke nama dia? Aku ingatkan nama dia Fawwaz aje. Dah orang keliling duk panggil dia dengan nama tu. Tak terfikir pula nak tanya nama penuh dia.

            Anaqi kembali menyambung, “Ingat tak ada dua orang yang hantar rombongan meminang Ai hujung tahun lepas?” Soal Anaqi. Kotlah adiknya ni tiba-tiba amnesia. Bila nampak adiknya angguk, dia sambung lagi, “Sorang tu Hakim. Ai kenal, kan?”

            “Kenal. Dia pernah serang Ai bila dapat tahu yang Ai tolak rombongan dia.” Sambung Aireen lagi. Berita ni pun dia pernah beritahu Angah malam kejadian tu. Hanya Angah seorang aje yang tahu. Bising juga Angah masa tu. Siap sanggup balik Malaysia dari New York sebab nak bedal si Hakim tu. Tapi nasib baik Aireen sempat halang. Buat membazir aje Angahnya balik awal. Hal tu pun dah selesai hari yang sama juga.

            “Second, Izzat.” Dia pandang adiknya lagi. Hmm, masih tak ada perubahan juga. Adik aku ni takkan tak perasan sesuatu kot?

            “Ai tak kenal dia. Dan bila mama cakap yang Izzat tu kawan Ai, makin buat Ai keliru. Sebab Ai tak pernah ada kawan lelaki nama Izzat.” Jelas Aireen bingung. Sampai sekarang dia tertanya-tanya siapa Izzat yang sebenarnya? Kenapa cakap yang dia tu kawan aku? Sementelah aku langsung tak tahu akan kewujudannya?

            Anaqi senyum. Masih tak dapat lagi rupanya adik aku ni. Memang lembab tahap kura-kura. “Ai.. Izzat dengan Fawwaz tu, orang yang sama.”

            Pernyataan tu buatkan Aireen mati tingkah. Dia pandang Angahnya. Nampak Angah angguk kepala. Izzat dengan Fawwaz, orang yang sama? Izzat Fawwaz.. Hah? Kenapa dia tak tahu?

            “Ke.. Kenapa Angah tak kasitahu selama ni?”

            “Sebab Angah ingat Ai tahu.” Balas Anaqi.

            “Sumpah Ai tak tahu langsung. Ai ingat Izzat tu..” Aireen mati ayat. Dia raup wajah. Jadi Izzat Fawwaz yang dia tolak pinangannya sebelum ni? Tapi kenapa Fawwaz masuk meminang dia? Bukankah masa tu, Fawwaz dah ada orang lain dalam hidupnya?

            “Nak telefon Izzat.. Err I mean, Fawwaz?” Sambil hulur telefon bimbitnya.

            Aireen hanya pandang telefon HTC tu. Hatinya menyuruh si tangan ambil dan telefon Fawwaz pasal peminangan yang dihantar lelaki tu sebelum ni. Tapi otaknya melarang. Tinggal lagi beberapa hari aje mereka akan disatukan. Bila masa tu tiba, tanyalah Fawwaz seberapa banyak soalan pun yang kau mahu.


            Perlahan dia menggeleng.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.