Pages

Search This Blog

27 May 2015

Truth or Dare -23-




Fawwaz tayang wajah terkejut. Sangat terkejut bila soalan diluar alam macam ni dilontarkan oleh Nisa. Dipersetujui pula Ilham kat sebelah. Air sirap limau yang menjadi menu minumannya malam ni ditolak ke tepi.

            “Aku tanya ni.. Kau dengan Reen gaduh ke?” Soalan yang sama, Nisa ulang semula. Susah betul cakap dengan orang pekak macam Fawwaz ni. Macam mana si Aireen boleh terminat kat dia pun tak tahulah.

            “Kitaorang kan memang suka gaduh hari-hari.” Balas Fawwaz selamba. Straw di cawan dimain-mainkan. Dia pantas sambut huluran pinggan yang berisi nasi goreng ayam dari Johan. Lepas main futsal, makan nasi memang seronok. Lepastu balik rumah, mandi terus tidur. Memang heaven gilalah sampai esok.

            “Tapi kalau kauorang gaduh sekalipun, Reen takkan tak nak jumpa kau lah. Ni tadi, masa aku ajak dia teman aku ikut kauorang, cakap aje kau ada sekali, dia terus surrender awal-awal cakap tak nak pergi. Tu yang aku musykil tu.” Berkerut-kerut dahi Nisa cerita. Terkejut juga dia bila tahu macam tu. Apa yang berlaku ni sebenarnya? Takkan nak dekat tarikh perkahwinan diaorang buat hal?

            Fawwaz baca Bismillah sebelum menyudu nasi goreng ayam ke dalam mulut. Hilang dah rasa lapar dia tadi. Lepastu dia pandang Nisa. “Kitaorang tak ada gaduh pun.”

            “Habistu?” Laju Nisa menyoal.

            “Kitaorang tak boleh jumpa sampai hari bernikah nanti, pesan Ayah dia.” Fawwaz jungkit bahu dihujung ayatnya. Kemudian dia kembali suap nasi goreng ayam dalam mulut. Cukuplah itu penjelasan dia pada Nisa.

            Nisa senyum. “Ohhh..” Panjang sampai meleret-leret oh Nisa. “Memang patut pun. Darah tengah manis ni memang tak boleh jumpa selalu.”

            Fawwaz jongket kening. “Darah manis? Kau pernah rasa darah kitaorang ke?” Selamba aje dia menyoal. Tanpa nada, tanpa senyuman.


            Nisa pandang Fawwaz. Kecil aje mata dia pandang lelaki ni. Ada yang lemas dalam air sirap limau ni karang. “Nak kata bodoh, belajar tinggi dah.” Gumam Nisa. Seriously, dia masih lagi tertanya-tanya macam mana dua manusia ni boleh tersuka sama suka.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai