"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Wednesday, May 06, 2015

Truth or Dare -5-


Malam tu, bila semua orang tengah sibuk berBBQ, Aireen dan Nisa ambil peluang untuk berjalan-jalan di tepi pantai tidak jauh dari tempat mereka menjalankan aktiviti BBQ. Aireen memang rapat dengan Nisa, sampaikan mereka berdua memang tak punya rahsia. Rahsia Aireen, Nisa simpan. Manakala rahsia Nisa, Aireen pegang.

            “So, ada apa-apa nak share dengan aku?” Tanya Nisa. Aireen bila dah jumpa dengan Fawwaz, mesti segalanya dia akan ceritakan setiap perbualannya pada Nisa.

            Aireen pandang Nisa. Senyum dia sekejap. Tapi tak lama sebab lepastu dia terus cekak pinggang. “Apsal kau beritahu Ilham pasal semalam?” Serius nada Aireen. Tak sempat dia nak tanya malam tadi sebab duk sibuk fikir macam mana nak elak dari Dare Fawwaz siang tadi.

            Nisa senyum. “Alah, kata benda dah lama.” Nisa sambung lagi, “Don’t worrylah. Ilham aje yang tahu. Dia takkan kasi tahu yang lain punya.”

            “Kau sure?” Nisa angguk tiga kali.

            “Kau ada bagitahu Ham tak, siapa orangnya?” Soal Aireen lagi.

            Nisa pandang Airen. Langkah mereka mati kat situ. “Hmm..” Nisa angguk. Aireen mengeluh. Betullah apa yang dia teka semalam. Ilham mesti tahu punya siapa orang tu. “Then, reaction dia macam mana?”

            “Terkejut. Tak sangka yang kau ada hati pada kawan dia yang dingin tu. Dan dia ada mesej aku malam tadi sebelum tidur, dia cakap yang dia memang sengaja tanya kau soalan tu.” Cerita Nisa.
            Aireen sambung langkah. Dia tak tahu nak balas apa. Nampak dari hujung matanya yang Nisa sudah berjalan seiring dengannya.

            “Reen..” Panggil Nisa setelah mereka diam untuk dua minit. Dia rasa sangat janggal bila mereka yang happening ni tiba-tiba diam.

            “Hmm..” Sahut Aireen malas. Macam dah boleh teka apa yang Nisa nak cakap pada dia. Dan dia.. Dah bersedia dengan soalan tu. Sangat sedia. Merekakan tiada rahsia.

            “Kau still suka kat dia ke?”

            Aireen senyum. Macam yang dia agak. Mesti ayat ni yang keluar punya. Aireen pandang dada langit. Bulan penuh tu sangat cantik. Dia ingat lagi ayat neneknya sebelum neneknya pergi menghadap Illahi. Kata nenek, jadilah seperti bulan. Walaupun kekadang tiada taburan bintang-bintang disekelilingnya, bulan tetap menyinarkan cahayanya untuk menghiasi kelamnya malam.

            “Nis.. Cinta pandang pertama tu sangat susah untuk dilupakan. Yeah, walaupun hanya cinta yang bertepuk sebelah tangan.” Aireen senyum nipis. “Dan jawapan aku, ya. Dari dulu, sejak kali pertama aku nampak dia, sampailah sekarang, and maybe sampai bebila, aku tetap akan sukakan dia.”
            “Walaupun, dia layan kau dingin?”

            “Hmm..” Angguk. “Aku tak kisah macam mana dia nak layan aku.” Aireen gelak kemudiannya. “Cinta ni pelikkan?” Aireen pandang Nisa. “Walaupun dia layan kita nak tak nak, always dingin, tapi hati ni tetap nakkan dia.”

            “Kalau dia dah kahwin nanti, macam mana?” Pertanyaan Nisa tu, buatkan Aireen mati langkah. Hanya pandang hadapan. Tak ada tanda-tanda yang Aireen mahu pandang Nisa disebelah.

            Aireen mengeluh panjang. Dia jongket bahunya. “Entahlah. Aku.. Redha, mungkin.”

            “Kau tak cuba nak beritahu dia perasaan sebenar kau pada dia? Mungkin dia pun ada perasaan pada kau jugak.”

            Aireen ketawa dengar ayat Nisa. Nak beritahu lelaki tu tentang perasaan dia? “Dia mesti gelakkan aku pasal tu. Iyelah, duduk rapat-rapat asyik bertengkar aje. Tiba-tiba pula terjatuh cinta. Tak ke makin besar gelak dia nanti?” Aireen dah boleh bayang macam mana besarnya gelak lelaki itu andai dia beritahu perkara tu.

            “Tak cuba tak tahu, Reen.”

            “Yeah, you’re right. Tapi aku.. Ntahlah. Malu mungkin. Dan aku tak naklah nampak macam perigi cari timba.”

            “Reen.. Kau pernah kasi aku satu ayat, kan?”

            “Yang mana?”

            “Lebih baik malu untuk sesaat dari menyesal untuk seumur hidup. Dan aku buat apa yang kau cakap tu. And here I’m now. Disebelah Ilham. Nak tunang dah pun minggu depan.” Nisa ingat lagi ayat yang Aireen kasi padanya dulu. Dengan berbekalkan ayat itulah, dia sanggup buang rasa malunya untuk pergi pada Ilham dan beritahu apa yang dia rasa, tentang hatinya, perasaannya pada Muhammad Ilham Farith.

            Aireen mengeluh. Ya, dia ingat ayat tu. Ayat yang arwah neneknya beritahu padanya sewaktu dia mula-mula menyukai lelaki itu.

            “Reen.. Aku nak tengok kau bahagia.”

            Aireen senyum. “Aku dah bahagia sekarang, Nis.”

            “Allah ciptakan manusia berpasang-pasangan,”

            “Dah lah, Nis. Aku penat bila soal hati dibangkitkan macam ni. Aku..” Mengeluh. “I just follow the flow. Kalau ada jodoh aku dengan dia, Insya-Allah takkan ke mana.”

            “Tapi kita pun kena usaha jugakkan?”

            “Kau nak aku tolong kau ke?” Dengar satu suara dari belakang mereka. Nisa dan Aireen menoleh. Berjalan Ilham dari belakang bersama tangan yang disilangkan ke dada. Sejak bila lelaki ni ada kat sini? Aireen pandang belakang Ilham. Tak ada orang. Ilham datang seorang saja ke?

            “Kau buat apa kat sini?” Tanya Aireen. Lelaki ni dengar semua perbualan dia ke?

            “Aku cari kauorang. Makanan semua dah siap. Jom.” Ajak Ilham. Sengaja dia bagi jawapan macam tu. Takkan nak beritahu yang dari awal lagi dia ikut dua dara ni? Dan dengar semua perbualan mereka?

            “Apsal tak telefon aje?” Tanya Nisa. Buat penat aje berjalan dari sana sampai sini.

            Ilham jongket bahu. “Kauorang bual apa aje?” Ilham berjalan disebelah Aireen. Aireen ditengah-tengah antara dua pasangan tu. Sebab kata orang, bila dua orang manusia jalan bersama, ada syaitan kat tengah-tengah. Err, Reen syaitan ke?

            “Pasal Reen.. Dengan,,”

            “Fawwaz?” Potong Ilham. Nampak Nisa angguk. Ilham senyum. Aireen mengeluh.

            “Fa ada bagitahu aku tadi,” Aireen terpanggil nak beritahu permainan yang mereka ciptakan tadi pada dua manusia ni. “Kalau lepas habis belajar nanti, aku dengan dia masih belum ada someone special, dia ajak aku kahwin dengan dia.” Aireen mengeluh. Lagi sekali.

            “Serius?” Membulat mata Ilham dan Nisa. Masing-masing tak percaya yang Fawwaz akan cakap macam tu.

            “Hmm.. And tadi, buat kali pertamanya kitaorang boleh sembang cara baik.” Aireen senyum. Tak sangka yang mereka boleh bersembang macam tu. Macam mimpi pun ada. Terima kasihlah pada Amin sebab bagi Dare yang sangat mengarut pada Fawwaz.

            “Okaylah tu. Kau tak payahlah cari sesiapa sampai habis belajar nanti.” Senang Ilham menjawab. Siap tersenyum-senyum lagi kekasih Nisa ni.

            “Aku okay aje, tapi dia? Macam mana kalau dia jumpa someone?

            Ilham mati senyum. Begitu juga Nisa. Betul juga tu. Aireen mungkin boleh tunggu sehingga mereka selesai belajar. Tapi Fawwaz? Macam mana pula kalau lelaki tu jumpa seseorang?

            “Senang ginilah. Biar aku ajelah yang tolong beritahu Fa pasal benda ni.” Cadang Ilham. Nisa angguk tanda setuju.

            Aireen menggeleng laju. “Aku tak setuju.”

            “Kenapa pula?” Serentak Ilham dan Nisa menyoal. Susah betullah dengan Aireen ni. Beritahu aje pun. Itupun tak nak. Lemaskan dalam laut karang.

            “Aku tak tahu. Tapi aku memang tak setuju. Aku.. Huh.” Aireen tutup wajahnya. Nak menjerit pun ada sekarang ni. Soal hati dan perasaan ni sangat merumitkan.

            “Reen..”

            “Just stop it. Aku tak nak dengar pasal benda ni.” Aireen melangkah laju bila mereka sudah tiba di tempat BBQ tadi.

            Sementara Ilham dan Nisa saling berpandangan. Sama-sama mengeluh. “Macam mana ni?” Tanya Nisa. Ilham menggeleng. “Tapi..” Ayat Ilham mati bila dia toleh ke kirinya. Nisa juga pandang apa yang dilihat kekasihnya.

            Nampak seseorang tengah berjalan ke arah mereka bersama senyuman. Nisa kerut dahi. “Fawwaz?”

            “Dia dengar semuanya.” Ayat Ilham tu, buatkan Nisa rasa nak melompat sampai langit ketujuh.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.