Pages

Search This Blog

7 May 2015

Truth or Dare -6-



Semester baru dah pun bermula. Tahun terakhir mereka belajar di sini sebelum tamat pengajian. Masing-masing perlu struggle untuk dapatkan segulung ijazah yang diimpikan selama ini..

            “Reen..” Panggil Isha dari luar rumah. Aireen yang tengah tengok TV pantas bangkit. Menjengah ke pintu rumah. Oh ya, mereka duduk menyewa di sebuah rumah sepanjang semester ini. Disebabkan Aireen berkongsi bilik dengan Nisalah yang menjadikan mereka serapat begini.

            “Apa dia?” Tanya Aireen bila dia nampak Isha tengah bersembang dengan seseorang di pagar rumah. Pagar yang memisahkan rumah sebelah dan juga rumah mereka ini.

            Isha menoleh dan senyum. Aireen nampak Hakim yang tengah berbual dengan Isha kat situ. Ternaik sebelah keningnya. “Kim nak jumpa kau,” Beritahu Isha sebelum berjalan masuk tinggalkan Hakim dan Aireen berdua.

            Aireen mengeluh. Dia kalau boleh nak menjauhkan diri dari Hakim lepas dia dapat tahu tentang perasaan lelaki itu padanya. Hmm, terima kasihlah pada permainan Truth or Dare tu. Kalau tak, memang sampai bila-bila dia takkan tahu soal itu.

            “Jalan-jalan taman, jom. Aku ada benda sikit nak beritahu kau.” Beritahu Hakim. Dia keluar dari perkarangan rumahnya. Dan oh ya, lupa nak beritahu, kawan lelaki Aireen juga menyewa di rumah sebelah. Sebab itulah, mereka boleh bercuti bersama sebab senang nak bawa berbincang. Jadi setiap harilah Aireen boleh intai Fawwaz tengah buat apa. Nampak macam dia yang desperate kan?

            Aireen angguk sekejap sebelum sarung seliparnya di kaki. Dia sempat beritahu Nisa yang dia keluar dengan Hakim. Baik Aireen mahupun Hakim, masing-masing mendiamkan diri sehinggalah mereka tiba di pondok taman permainan di hadapan rumah mereka.

            “Ada apa yang kau nak kasitahu aku?” Tanya Aireen terus pada titik tolak pertemuan mereka petang itu. Dia tak nak berlama-lama dengan Hakim sebenarnya. Tapi bila fikirkan yang Hakim ni kawannya, dia rasa macam tak elok pula kalau dia berperangai macam tu.

            “Hmm..” Hakim garu tengkuknya. Macam mana dia nak beritahu hasrat hatinya pada Aireen? Dia mati idea tiba-tiba.

            “Sejak bila Hakim yang aku kenal jadi malu-malu macam ni?” Aireen pandang beberapa kanak-kanak yang tengah bermain papan gelongsor tidak jauh dari tempat mereka duduk. Nampak comel aje.

            “Okay, look. Macam yang kau tahu, aku dah lama jatuh suka pada kau. Dari kali pertama Ham kenalkan aku pada kau.” Intro Hakim tu buatkan Aireen meremang bulu roma. Ingatkan soal ni akan habis pada malam percutian mereka haritu juga. Rupanya, tak. Lama juga Hakim ni ambil masa nak terangkan pada aku.

            “Jadi?”

            “Aku nak ikat kau,”

            Aireen kerut dahi. Ikat aku? Ikat yang macam mana tu? “Maksud kau?” Soal Aireen tak faham. Dia memang tak faham maksud tersirat dan tersurat bila soal hati ini dibangkitkan. Serius.

            “Aku nak halalkan hubungan kita. Aku.. Nak jadi suami kau.”


            Aireen rasa nak pitam. Ohh, Hakim tengah melamar dia ke?

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai