“Reen! Cepatlah. Diaorang dah tunggu
tu.” Nisa dah fed-up dengan Aireen.
Dah lima minit, tapi Aireen ni masih juga belum siap-siap. Tadi, perempuan
nilah yang bersiap dulu. Tapi bila Nisa masuk bilik nak bersiap, dia tengok
yang Aireen masih lagi meniarap atas katil layan laptopnya.
“Sekejaplah.
Rambut aku tak outer lagi ni.”
Beritahu Aireen cuba berlambat. Dia macam malas nak pergi tapi bila fikir yang
Isha tu kawan dia, dia gagahkan juga kaki ni melangkah.
Selepas
dua minit, akhirnya Nisa dengan Aireen keluar juga dari bilik. Mereka melangkah
ke ruang tamu di mana tempat yang lain dah menunggu. Isha yang perasankan
mereka pantas bangkit dan bercekak pinggang. Dari hujung kepala sampailah
hujung kaki dia tilik dua perempuan dihadapannya. “Ingatkan kau pakai baju
pengantin yang bersiap lama sangat. Rupanya, seluar jean dengan baju biasa aje.
Kauorang bersiap apa hah lama sangat?” Tu dia.. Suara Isha dah tinggi. Dyana
kat belakang dah tolong tutup suis TV.
“Jomlah.
Kang bising pula pak cik-pak cik kat luar sana.” Ajak Dyana. Dia dah berjalan
ke pintu rumah. Kasut sandalnya disarung ke kaki. Dari tempatnya berdiri ni dah
boleh nampak kaum lelaki kat luar rumah sebelah. Masing-masing dah berwajah
cemberut.
“Kalau
lagi lima minit kauorang tak keluar tadi, memang aku robohkan rumah kauorang.”
Amin dah bercekak pinggang. Sakitnya tuh disini tahu. Macam tunggu bulan jatuh
ke riba aje gamaknya.
“Sorry.. Ni ha, Nisa dengan Reen entah
bersiap apa.” Isha tuduh dua perempuan yang hanya tayang wajah selamba. Tak ada
tanda-tanda nak minta maaf.
“Dah
jomlah. Nanti lambat.”
SIAP semua kerja mereka singgah di
kedai makan. Perut minta diisi. Sebuah kedai tidak jauh dari rumah mereka,
mereka masuki.
“Nis,
teman aku pi tandas.” Ajak Aireen berbisik.
“Tandas
belakang sana ajelah. Takkan takut kot.” Sinis Nisa.
“Hmm..
Jomlah.” Dah lah nak maghrib. Nanti jadi apa-apa, macam mana? Dah lah tandas tu
kat belakang kedai. Nampak macam gelap aje. Takut Aireen jadinya. Siap meremang
dah bulu romanya.
“Iyelah..”
Dalam keterpaksaan, Nisa ikut juga.
Sepuluh
minit kemudian.. Mereka kembali ke meja. Nisa dan Aireen duduk
sebelah-menyebelah. “Hmm, kauorang dah order ke?” Tanya Nisa.
“Dah..
Makanan yang selalu kauorang order,
kitaorang dah tolong orderkan.”
Beritahu Ilham bila masing-masing khusyuk pandang telefon di tangan. Buat apa
nak makan ramai-ramai macam ni kalau kesudahannya semua tatap telefon?
“Kim..
Kenapa pipi kau?” Suara Dyana kedengaran. Semua mata pandang pipi kanan Hakim.
Nampak kebiruan. Lebam. Kenapa mereka semua tak perasan tadi?
“Kau
okay tak? Kenapa tu?” Isha pula menyoal. Sementara Nisa dan Aireen hanya
mendiamkan diri. Tak ambil peduli. Itu hal Hakim. Mungkin dia gaduh dengan
seseorang.
Tapi
tiba-tiba Aireen tangkap sesuatu. Kenapa semua lelaki-lelaki dihadapannya
menunduk. Seolah-olah nak sembunyikan sesuatu dari mereka yang perempuan ni.
Dan kenapa nampak macam Hakim duk jeling Fawwaz yang duduk kat sebelah Ilham?
“You guys okay kan? Nothing happen, right?” Tanya Nisa. Dia pun perasan apa yang Aireen
nampak tu. Mata Nisa lebih kepada Hakim yang menggenggam penumbuk dan Fawwaz
yang buat muka bersahaja. Hmm, kena selidik ni.
AIREEN masuk bilik. Pintu diikunci dari dalam. Nampak yang Nisa tengah berbual di telefon. Berbual dengan Ilham lah tu. Dah kalau Nisa ni, sebelum tidur aje mesti kena telefon Ilham. Kredit diaorang ni tak pernah habis ek?
Aireen
baring di katil lepas tutup lampu bilik. Hanya lampu sebelah katil aje yang
masih terpasang. Selimut dah dia tarik sampai paras dada. Lepas doa sebelum
tidur dibaca, dia mengiring ke kanan. Bersedia nak pejamkan mata untuk tidur.
“Reen!”
Panggilan yang mengejutkan dari Nisa kat sebelah buatkan Aireen lagi sikit nak
melatah. Lantas dia pandang Nisa tajam. Nampak Nisa tersengih. “Kau nak apa?”
Tanya Aireen dengan dahi berkerutnya.
“Ilham
kasitahu aku something,”
“Tak
berminat.” Laju Aireen bersuara. Orang nak tidurlah. Esok ada kelas ni.
“Kau
kena dengar juga.” Nisa tarik selimut Aireen. Dia kemudiannya pusingkan tubuh
Aireen menghadapnya. Dengan wajah yang cemberut, Aireen pandang Nisa. “Ape mende?”
Malas dia bertanya.
“Hakim
dengan Fawwaz bergaduh malam tadi.”
“Jadi?”
Macam orang tak berperasaan, Aireen menyoal.
“Diaorang
gaduh pasal kau.” Bersungguh Nisa bersuara. Tapi yang dia harap dari Aireen
jauh benar tersasar.
“Bodoh!”
“Apa
dia?”
“Ya,
bodoh! Pasal aku, pasal perempuan pun nak bergaduh.” Aireen tarik balik
selimutnya. Bersedia nak baring. “Dah lah, aku nak tidur.”
Sementara
Nisa, bengang. Aku punyalah bukan main semangat nak beritahu dia pasal ni, yang
si Aireen ni boleh kasi feedback yang
sangat-sangat-sangat memberangsangkan. Aish!
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.