Pages

Search This Blog

9 May 2015

Truth or Dare -8-


Novel ditangan ditutup bila rasa seseorang duduk disebelahnya. Tak rapat sangat tapi boleh rasa kehangatan tubuh seseorang itu. Aireen menoleh. Nampak Fawwaz disebelah. Langsung tak pandangnya. Lelaki itu lebih suka pandang ke hadapan dari pandang dia yang cantik ni kot.

            “Kau sorang aje? Mana yang lain?” Soal Fawwaz.

            “Dyana pergi toilet. Isha hantar kerja kat Prof. Mir. Nisa dengan Ilhamlah kot.” Beritahu Aireen. Novel kembali dibuka. Nasib baiklah ada novel ni. Kalau tak, memang macam tunggullah dia menunggu kat sini. Janji aje jam dua petang. Sekarang dah nak dekat empat puluh minit dia menunggu kat sini. Tak kunjung tiba juga bayang-bayang kawannya. Memang janji melayu betullah.

            “Novel apa tu?” Tanya Fawwaz. Bosan juga bila duduk dengan Aireen yang tengah seronok baca novel ni. Aireen, kalau dah duduk dalam dunia novelnya, memang hal keliling dia tak peduli dah. Tsunami melanda pun dia masih lagi seronok baca novel.

            “Sungguh! Aku gilakan kau.” Beritahu Aireen sebelum dia menangkap sesuatu. Pantas dia pandang Fawwaz kat sebelah. Matanya membulat tiba-tiba.

            Fawwaz juga sama terkejut. Mereka berpandangan sekejap sebelum Fawwaz senyum manis. “Seriously? Aku pun gilakan kau jugak.” Fawwaz kenyit mata pada Aireen.
            Aireen menunduk. Sambung balik pembacaannya. Lepasni, kalau ada orang tanya apa tajuk novel yang dia baca, kena bagi ayat skema dulu. Contohnya macam, tajuk novel yang saya baca adalah.. bla.. bla.. dan bla.. Uih, meremang dah bulu roma Aireen sekarang ni.

            Diam-diam Fawwaz pandang Aireen disisi. Perbualan gadis ini dengan Nisa yang dicuri-curi dengarnya dan Ilham sewaktu mereka bercuti di Pulau Perhentian, masih terngiang-ngiang dalam ingatannya. Tak sangka yang dia selama ni tak bertepuk sebelah tangan.

            Jadi, lelaki yang dah buat Aireen menangis sebelum ini, adalah dia ke? Aireen nampak dia dengan seorang perempuan? Lantas Fawwaz ulang tayang balik perempuan mana yang telah buatkan gadisnya menangis sampai macam tu.

            “Ai..”

            “Reen!” Potong Aireen pantas sebelum Fawwaz sempat sudahkan ayatnya.

            Fawwaz mengeluh. “Okay, Reen.. Aku nak tanya kau something ni.”

            Aireen senyum. Novel ditangan ditutup. “Sejak bila kau pandai berbudi bahasa dengan aku? Nak tanya aku soalan pun kena minta izin dulu. Funnylah kau.”

            Fawwaz buat tak peduli. Dah memang itu sifatnya semenjak dahulu. Macam mana dia nak kikis sifat yang azali tu? “Boleh aku tahu, perempuan mana yang kau nampak dengan someone yang kau suka tu?”

            Aireen mati senyum. Dia pandang Fawwaz. Mata Fawwaz tepat menikam matanya. Dari mata tu Aireen tahu yang Fawwaz sangat-sangat nak tahu siapakah gerangan perempuan yang membuatkannya menangis sebelum ni. Aireen mengeluh. “Buat apa kau nak tahu? Tak ada kena mengena dengan kau pun.” Senada bicara Aireen.

            Tak ada kena mengena dengan Fawwaz ye, Reen? Huh!

            Fawwaz senyum senget. Kenapa Aireen masih nak menafikan lagi benda ni? Dah terang lagi bersuluhkan. Kenapa Aireen tetap nak menidakkan perasaannya? “I just want to know.”

            “Tak perlu.”

            “Kau masih suka pada that guy, huh?” Pertanyaan dari Fawwaz tu buatkan Aireen terkelu. Pipi kiri Fawwaz dia pandang. Kenapa.. Kenapa Fawwaz nak ambil tahu pasal dia?

            “Hmm?” Tanya Fawwaz lagi.

            Aireen lepas nafas perlahan. Kalau dia beritahu pun, belum tentu Fawwaz tahu siapa orangnya, kan? Hanya Ilham dengan Nisa aje yang tahu. Tapi kalau Ilham kasitahu lelaki ni macam mana? Ahh, Ilham dah janji dengan dia takkan beritahu lelaki ni. Dan Aireen kenal Ilham, lelaki itu sangat berpegang pada janji. Takkan dia khianati Aireen.

            Perlahan Aireen angguk. “Ya. Itu jawapan aku. Aku..” Aireen pejam mata. Berharap sangat yang Fawwaz tahu dialah orangnya. “Aku masih suka pada dia. Aku cintakan dia.” Aireen telan liur. Perasaan malu bercampur dalam diri. Inilah kali pertama dia meluahkan rasa cintanya pada lelaki. Kalaulah,, kalaulah Fawwaz tahu siapa orangnya. Apa jawapan lelaki ni agaknya?

            “Kau tak kisah kalau kau bertepuk sebelah tangan?” Fawwaz tanya soalan lain pula.

            “Tak. Sebab bagi aku, semua orang berhak jatuh cinta. Dengan siapa dia nak bercinta, aku tak kisah. Asalkan dia bahagia.” Aireen telan liur sebelum menyambung, “Yeah, walaupun bercinta sebelah pihak ni sangat menyakitkan.” Dia sambung lagi, “Cinta tak seharusnya memiliki, kan?” Dia pandang Fawwaz. Senyuman tawar cuba diukirkan.

            “Kau tak cuba confess kat dia?”

            Aireen terkelu dengan pertanyaan tu. Confess kat dia tentang perasaan aku? Aireen perlahan menggeleng. “Malu mungkin. Dan takut dia tolak cinta aku. Itu sangat menyakitkan tahu.” Ya, itulah yang dia khuatir sangat selama ni. Dia boleh nak meluahkan apa yang terpendam, tapi dia takut akan kekecewaan. Dia takut andai dirinya akan ditolak mentah-mentah.

            Tak kisahlah dia digelar pengecut oleh Nisa sebab malu dan takut nak luahkan rasa cinta pada lelaki. Dia lebih suka memendam rasa. Mencintai orang yang dia cintai dalam diam itu lebih seronok daripada harus meluahkan dan akhirnya dia sendiri yang sakit ditengah jalan. Dia pernah merasa macam mana dikecewakan, rasanya sangat sakit. Berminggu-minggu dia harus bangkit kembali dari rasa kecewa tu. Seorang diri.

            “Meluahkan tu lebih baik aku rasa. That’s why, komunikasi diwujudkan.”

            Aireen senyum dengan penyataan Fawwaz. Ya, memang meluahkan itu lebih baik dari memendam rasa seorang diri. “But that’s not totally me. Aku lagi suka memendam dari meluahkan. Lebih suka mendengar dari menasihati. Yeah, that’s me.

            Fawwaz senyum juga. Itulah sifat Aireen yang dia tahu. Lebih suka mendiamkan diri bila ada salah seorang dari mereka ditimpa masalah. Lebih suka mendengar setiap masalah kawannya. Tapi bila dirinya yang kena, dia lebih suka memendam rasa. Tak suka meluahkan apatah lagi menulis tentang perasaannya. Itulah Aireen yang dia kenal.

            Fawwaz pandang Aireen yang tengah pandangnya. Untuk sekejap, mata mereka bersatu. “Kalau lelaki tu pun sukakan kau juga, macam mana?”

            Aireen diam sebelum tersenyum lagi. “Terima kasih pada Allah sebab dah campakkan rasa suka dan cinta dalam hati lelaki tu untuk aku.” Tenang Aireen bersuara.

            “Kau boleh percayakan aku satu benda tak?” Laju Fawwaz menyoal bila dia dah nampak barisan kawan-kawan mereka yang lain menapak ke arah mereka berdua. Dah tiba masanya mereka mengakhiri perbualan ini.

            “Apa dia?”

            “Believe me that, he love you too.” Fawwaz bangkit dan berjabat tangan dengan kawan lelaki mereka yang baru tiba. Tersenyum lelaki tu menyambut kehadiran kawannya meskipun dah lewat dari masa yang dijanjikan tadi.

            Sementara Aireen.. Dia tergamam kat situ.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai