Pages

Search This Blog

10 May 2015

Truth or Dare -9-


Semua mata pandang telefon Aireen yang berdering atas meja. Aireen mengeluh. Siapa pulalah yang telefon dia? Tak sampai tiga saat lagi kot dia duduk kat sini. Dengan malas Aireen pandang skrin telefon. Mama? Berkerut dahinya. Panggilan dijawab.

            “Assalamualaikum, Ma. Ada apa?”

            “Ai, balik rumah sekarang.” Tanpa jawab salam, wanita dihujung talian pantas menurunkan perintah.

            Makin berkerut dahi Aireen. Balik rumah? Yang tu dia boleh terima. Sekarang?! Gila. Orang tengah study group kot. “Kenapa Ma? Tiba-tiba aje.”

            “Ada benda Mama nak beritahu Ai. Balik ya, sayang.” Suara Mama dah mendayu-dayu dihujung talian.

            “Okay Ma.” Panggilan ditamatkan.

            Aireen pandang Nisa dan yang lain. “Sorry guys, Mama aku suruh aku balik. Jumpa kat rumah nantilah.” Buku dan segala macam alat tulis kepunyaannya dikemas dan dimasukkan dalam beg tangan. Bersedia nak bangkit.

            “Kenapa weh?” Tak pernah pula Mama Aireen suruh dia balik rumah.

            Aireen angkat bahu. “Ntahlah. Aku pun tak tahu. Nanti apa-apa hal, aku roger.” Aireen senyum sebelum mulakan langkah.

            Sampai kat rumah, Aireen terus beri salam dan masuk. Nampak Ayah dan Mama dah tunggunya d iruang tamu. Aireen salam kedua orang tuanya. Dah lama juga dia tak pulang. Dia pandang keliling rumah, tak ada yang berubah melainkan perut ayah yang semakin memboyot ke depan. Hmm, dah bercicit barangkali cacing-cacing dalam perut Ayah.

            “Mana Along? Angah?” Tanya Aireen bila nampak hanya ada Mama dengan Ayah aje dalam rumah. Mana Along dengan Angah? Takkanlah hari Sabtu pun kerja?

            “Ada dalam bilik. Tengah buat kerja.” Beritahu Puan Afizah.

            Aireen mengangguk. “Ada apa Mama suruh Ai balik?” Sejak dia memandu pulang tadi lagi dia tertanya-tanya sendiri. Tak pernah-pernah pula Mama dengan Ayah suruh dia pulang. Ini mesti ada apa-apa.

            Puan Afizah pandang suaminya sebelum jatuh pada anak perempuan bongsunya. Aireen ajelah salah satu anak perempuan yang paling rapat dengannya, jadi dia harus buat keputusan yang baik. “Dalam minggu ni aje, dah ada dua rombongan datang merisik Ai.” Tenang Puan Afizah bersuara.

            Aireen dah terkelu. Dua rombongan datang merisik? Dirinya? Hoi! Aku masih muda lagilah. Tak bercita-cita nak kahwin lagi. Tunggulah Along dengan Angah kahwin dulu baru dia pula.

            “Siapa?”

            “Mama tak tahu. Tapi dia cakap, dia kawan Ai. Baik budaknya.”

            “Lagi sorang pula?”

            “Dua-dua kawan Ai. Yang sorang tu cakap, dia ada sekali masa Ai pergi Pulau Perhentian hari tu.”

            Makin terkejut Aireen. Siapa? Ilham? Tak mungkinlah. Nak suruh berlakon melamar Isha pun dah gugup minta maaf dekat Nisa. Amin? Tak nampak pula yang dia menaruh hati pada Aireen. Dah tu siapa? Hakim? Boleh jadi. Lelaki tu memang tak makan saman. Dah ditolak hari tu pun masih datang merisik aku. Dan lagi sorang, Farhan? Fikri? Johan? Ataupun, Fawwaz?

            “Ni pergi U belajar ke cari jodoh?” Satu suara datang dari belakang Aireen. Aireen pantas menoleh. Tersenyum dia bila nampak dua lelaki yang baru turun dari tangga. Berpakaian santai. Lantas Aireen bangkit dan memeluk kedua abangnya.

            “Rindunyaa.. Lama tak jumpa.” Makin erat pelukan Aireen pada abangnya.

            Ammar senyum. “Nak jumpa apanya kalau kau tak pernah nak balik.” Ammar ambil tempat disofa tempat adiknya duduk tadi.

            “Ntah dia tu. Nak bentang red carpet kot baru nak balik.” Tambah Anaqi, abang kedua Aireen.

            Aireen yang dengar hanya tersengih. Bukan dia tak nak balik, tapi dia rasa biarlah dia berdikari. Duduk menyewa dengan kawan-kawan. Apa yang kurang, mereka sama-sama tambahkan. Yeah, walaupun duit belajar Ayah dia yang kasi. Hehee

            Aireen pandang Mamanya. Perihal rombongan yang merisiknya masih lagi menjadi tanda tanya. “Mama tahu nama dia, tak?” Tanya Aireen.


            “Tak silap Mama, yang sorang tu nama dia Hakim.” Hakim? Aireen dah tak tentu arah. “Yang lagi sorang tu pula, Izzat namanya.” Dahi Aireen berkerut. Izzat? Izzat mana ni?

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai