"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Saturday, July 04, 2015

Truth or Dare -36-



“Hai mak buyung. Sorry I’m late.” Aireen labuh duduk di sebelah Nisa yang tengah menjamah mee goreng dalam pinggannya. Semenjak mengandung ni, makanan faberet Nisa berubah jadi mee goreng. Sangat tak berkhasiat.

            “Sokay. Tak ada hallah. Aku dah ada peneman dah sekarang kalau kau lambat.” Sambil tunjuk pada perutnya yang semakin membengkak tu. Kemudian Nisa sengih tayang giginya.

            Aireen senyum. “Cemburu pula aku dengan kau, Nis.” Gelak. Diam tak diam, dah lapan bulan usia kandungan Nisa. Tinggal lagi sebulan sahaja sebelum dia melahirkan anak sulungnya.

            Nisa jongket sebelah kening. “Cemburu?” Aireen angguk. “Suruhlah Fawwaz mengandungkan kau cepat sikit. Alang-alang boleh jodohkan anak kita.” Seloroh Nisa. Mee goreng disuapnya lagi dalam mulut. Semenjak mengandung ni, nafsu makannya makin membuak-buak. Kerja nak makan aje.

            Aireen gelak. “Tak habis-habis dengan jodohkan anak kita tu kan.” Menggeleng. Dari malam pertama lepas Aireen bernikah dengan Fawwaz lagi isu jodohkan anak ni dah berleluasa. Memang Nisa ni nak sangat berbesan dengan dia ke?
            “Kenapa? Kau tak nak ke?”

            “Bukan tak nak,” Aireen betulkan letak duduk selendangnya yang senget. “Cuma, kalau semua anak kita lelaki macam mana? Takkan nak jodohkan juga?”

            Nisa diam. Tapi tak lama sebab lepastu dia senyum, “Tak apa. Kita jodohkan pula cucu cicit kita.” Gelak.

            Aireen pun sama juga gelak. Nis.. Nis.. “Mana Ham?” Tanya Aireen. Ingatkan Nisa datang dengan Ilham tadi. Tapi sampai sekarang, dia tak nampak pun bayang Ilham kat shopping mall ni.

            “Mana Fa?” Tanya Nisa pula. Aireen ni amnesia ke apa?

            Aireen terkaku sekejap. Lepastu dia senyum. “Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa?” Makin lebar senyumannya. Macam mana dia boleh lupa yang Ilham dengan Fawwaz ada futsal? Katanya mereka ada tournament dengan team lain.

            “Ha itulah, makan semut banyak-banyak lagi.” Baki sirap limau dalam cawan dihirupnya. “Dah, jom.” Ajaknya lepas buat bayaran.


NEXT? Tanya Aireen. Stereng kereta digenggam lembut. Sementara tunggu lampu merah bertukar hijau baik mereka buat keputusan tentang sesuatu.

            “Aku dah penatlah nak jalan. Kita pergi kat laki kita ajelah.” Ucap Nisa sambil sesekali mengusap perutnya. Penat berjalan pusing satu shopping mall beli baju baby dengan Aireen mula terasa. Macam nak pengsan.

            “Tak nak balik rumah? You look so tiredlah, my dear.” Pedal minyak ditekan. Kereta bergerak bila lampu bertukar hijau.

            Nisa usap perutnya lagi. “Baby nak tengok abi main bola, ye sayang?” Lembut suara Nisa berbual dengan janin dalam perutnya.

            Aireen tersentuh dengan keadaan itu. Bila pula dia nak ada anak? Dengan keadaan dia dan Fawwaz yang tengah sibuk dengan kerja lagi. Kalau bercuti pun, mereka masih tetap pandang kertas kerja yang bersepah. Ni, cuti hujung minggu kali ni, Fawwaz pula ada tournament dengan team futsalnya. Macam mana nak luangkan masa bersama?

            “Pergi kat diaorang eh?” Tanya Aireen. Nisa angguk sebelum mak buyung tu perlahan-lahan pejamkan matanya.


GELANGGANG futsal yang besar tu mereka masuki. Tak ramai sangat orang kat situ. Bila tengok jam, dah jam lima petang. Dari pagi tadi mereka keluar rumah, sampai sekarang tak pulang-pulang.

            “Dah habis ke?” Soal Nisa pada Aireen bila tengok orang ramai dah beransur pulang. Ada wajah yang kecewa, dan ada juga yang tersenyum macam dunia ni mereka yang punya.

            “Tak tahulah.” Nampak dari jauh Fikri yang tengah melambai-lambaikan tangan mereka pada dua wanita ni. “Tu Fik. Diaorang kat sanalah.” Beritahu Aireen menunjuk pada Fikri disatu sudut hujung gelanggang futsal.

            Aireen pimpin tangan Nisa melangkah ke sana. Hailah mak buyung ni. Dah cakap balik rumah aje kalau tak larat jalan, tapi tetap juga nak menapak kat sini.

            “Yow.. Macam mana? Menang tak?” Laju aje pertanyaan tu keluar dari bibir Nisa sebaik sahaja dia duduk di bangku logam yang disediakan. Okay, tubuh mak buyung ni memang penat, tapi mulut dia tak pernah penat. Pembelajaran baru untuk harini.

            “Alhamdulillah.. Nombor dua je.” Balas Johan yang tengah duduk melepaskan lelah di lantai gelanggang. Habis dah semua baju dibukanya.

            “Okaylah tu. Menang juga.” Nisa senyum. Walaupun tak datang tengok cara mereka menggelecek bola tadi, bahang kemenangan tu tetap dirasai.

            “Hei, kenapa tak rehat kat rumah aje?” Tu dia.. Suara Ilham menyapa. Lelaki tu datang dengan Fawwaz dan Farhan disampingnya. Wajah yang lencun dengan peluh diseka dengan kain yang tersangkut dileher.

            Nisa diam. Tidak menjawab. Sesekali dia tersengih. Tahu yang dia dah langgar arahan suaminya. Pesannya Ilham tadi setelah menghantar dirinya ke shopping mall, dia disuruh pulang sahaja ke rumah. Tak perlu susahkan diri menapak ke sini.

            Ilham pandang Aireen. Keningnya dijongketkan. Aireen jungkit bahu. “Aku ikut aje mana dia nak pergi. Aku ada juga suruh dia berehat kat rumah tapi dia,,” Aireen sambung ayatnya dengan menggeleng.

            “Alah biarlah dia nak berjalan. Nanti dah pantang, kan tak boleh jalan sangat dah.” Farhan sokong Nisa. Nisa senyum bila ada penyokong dibelakangnya. Siap buat thumbs-up lagi pada Farhan.

            “Pantang empat puluh empat hari ajelah, bang.” Aireen menambah. Empat puluh empat hari tu sekejap saja. Pejam celik pejam celik, cukup empat puluh empat hari.

            “Eh bukan seratus hari meyh?”

            “Depends pada orang tulah nak pantang berapa hari.”

            “Okay.. Pengetahuan baru untuk hari ni. Thanks.” Aireen angguk seraya tersenyum. Tak ada hallah!

            “Mana Kim? Dia tak join sekali ke?” Tanya Nisa bila nampak tiada Hakim bersama mereka.

            “He busylah lately.” Jawab Farhan. Hakim juga yang beritahu dia pasal kesibukannya tu. Iyelah, semenjak dia dinaikkan pangkat ni, dah lupa kawan dah. Ingat kerja aje.

            “Busy?” Aireen menyoal. Dia pandang Fawwaz yang tengah minum air tu. Elok sangatlah minum sambil berdiri. “Aku lagi busy kot nak dibandingkan dia.” Sambungnya lagi. Sangat tak puas hati dengan Hakim.

            “Aku pun tak faham juga dengan dia tu. Lately ni dia macam nak mengelak dari kita.” Cerita Farhan. Setiap kali dia ajak Hakim berkumpul sama-sama, setiap kali itulah Hakim akan beri bermacam alasan.

            “­Guys, husnudzon. Remember?” Amin mengingatkan kawan-kawannya. Kan ke mereka sendiri yang tetapkan prinsip itu dalam persahabatan mereka ini sebelum ni?

            Masing-masing terdiam. “Ya.. Maaf, aku lupa.” Aireen angkat tangan kanannya tanda minta maaf. Dia dah terlupa dengan prinsip yang satu itu.

            “Me too.” Nisa juga bersuara diikuti yang lainnya.


            Husnudzon tu sangat penting dalam sesuatu hubungan, tahu? Kita hidup ni, kenalah berbaik sangka dengan orang keliling. Mungkin Hakim memang ada hal lain yang buatkan mereka tak dapat berkumpul bersama. Kan?

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.