"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Monday, June 29, 2015

Truth or Dare -35-



Fawwaz sandarkan kepalanya dikepala katil. Tangannya diletak belakang kepala. Matanya ralit pandang isterinya yang meniarap di sebelahnya sambil menghadap skrin komputer ribanya. Dari skrin yang dapat dilihatnya, gadisnya itu sedang memeriksa emelnya. Tengah tunggu emel pentinglah tu kot. Sesekali tangan Fawwaz bermain-main dengan hujung jemari kaki isterinya. Semakin lama, tangannya sampai di tapak kaki isterinya dan bermain-main disitu.

            “Gelilah..” Rengek Aireen kegelian. Dia memang pantang kalau orang sentuh tapak kakinya. Gelinya ya ampun. Sampai tahap nak tendang orang.

            Fawwaz mengeluh. Tak hirau dengan rengekan isterinya. Tangannya masih terus disitu. Fikirannya dah melayang ke tempat lain. Dan dia hanya tersedar bila rasa pipinya disentuh dengan satu benda sejuk. Dia menoleh.

            Nampak Aireen tengah pandangnya pelik sambil tangan wanita itu menyentuh pipinya. Tangan diakah yang sejuk? “Apsal sejuk sangat tangan ni?” Soalnya tanpa sedar.

            Aireen jungkit kening. “Kat luar hujan kan, tambah dengan aircond lagi. Mana tak sejuk.” Aih, takkan lelaki ni tak perasan yang tangannya memang akan sejuk kalau hujan? Ke memang dia tak perasan langsung?

            “Ingatkan nak mati dah,”

            “Hey!” Laju tangan Aireen cubit pipi tu. Sedap dia aje cakap macam tu. Memang mengharap aku mati awal ke apa ni?

            “Aduh.. Sakitlah.” Fawwaz gosok pipinya. Sebagai balasan, dia jentik hidung isterinya perlahan.

            Aireen gosok hidungnya. Lelaki ni memang suka kan jentik hidungnya. Hidung tak bersalahlah. Pergi pukul hidung buat apa? Aireen pandang suaminya yang mengeluh tu. Pelik juga dia bila suaminya malam ni tidur lewat. Selalunya masa-masa macam inilah suaminya ni dah tidur. Dia duduk disebelah Fawwaz. Rapat sampai bahu mereka bersentuh. “Kenapa ni?” Soalnya prihatin.

            Fawwaz tidak menjawab. Dia letak tangannya dibahu kiri isterinya sebelum dibawa dekat dengan dadanya. Kepala Aireen dilentokkan dibahunya. Rambut Aireen diusap sebelum dikucup perlahan. Haruman syampu dirambut isterinya menaikkan nafsunya pada isteri. Tambah dengan hujan lagi diluar rumah.

            “Kenapa ni, hmm?” Soal Aireen lagi sekali dengan nada yang sangat lembut. Walaupun dia pelik sangat dengan perangai suaminya malam ni. Mesti ada apa-apa ni. Kalau tak, Fawwaz takkan berkelakuan macam ni.

            “I don't know. But I can see through his eyes..” Jeda. Dipandang wajah isterinya. “Dia masih cintakan you.” Sambung Fawwaz berbisik.

            Aireen mendongak. Apa maksud lelaki ni? “Siapa?” Mata siapa yang Fawwaz nampak? Ada orang cintakan diakah? Siapa?

            Fawwaz mengeluh. “Hakim?”

            Aireen gelak. Fawwaz pandang isterinya. Mata mereka bersatu. “Kenapa gelak?” Soal Fawwaz tak puas hati. Bukan main payah dia nak cerita benda ni, isterinya boleh bagi tindak balas dengan, gelak? Huh, sangat tak memuaskan.

            Aireen jongket bahu. “Mengarutlah.” Senyum.

            “Ai..” Fawwaz peluk tubuh tu. “I lelaki. Dari pandangan dia, I tahu yang dia masih cintakan you. Cara lelaki pandang perempuan yang dia cintai, dengan pandangan lelaki pada perempuan yang dianggap kawan, sangat berbeza. Tahu?”

            Aireen diam. Lama dia pandang suaminya. Betul juga apa yang dibilang suaminya ini. Lelaki mesti tahu cara pandangan lelaki lain pada perempuan yang dicintainya. “But..

            “Apa perasaan you pada dia?” Fawwaz potong ayat isterinya dengan soalannya yang mengejut itu.

            Aireen pantas duduk tegak sembilan puluh darjah. Dia pandang suaminya. “Soalan apa ni?” Mati tingkahnya saat itu. Sangat terkejut dengan pertanyaan dari Fawwaz. Dia tanya apa perasaan aku pada Hakim? Gila apa. Mestilah hanya sebagai kawan! Dan tak lebih dari itu.

            Fawwaz mengeluh sebelum meraup wajahnya. “Just ignore it,” Dia pejam mata beberapa saat sebelum kembali dibuka. “Anggap aje yang I tak pernah tanya soalan macam tu.” Tambahnya lagi kemudiannya.

            “Fawwaz..” Panggil Aireen perlahan bila nampak suaminya sudah mahu menarik selimutnya. Nak tidur. Aireen tak kira. Benda macam ni, tak baik dilepaskan macam tu aje. Mesti selesaikan saat ini juga.

            “Enough, Aireen. Just sleep.” Dia rebahkan kepalanya dibantal. Kesal mula muncul dalam diri. Macam mana dia boleh terlepas cakap tanya soalan macam tu? Arghh! Padah bila terlalu cemburu.

            “Izzat Fawwaz..” Panggilnya lagi sekali.

            Fawwaz terkedu. Bila Aireen dah panggil nama penuhnya. Mana bisa dia lari lagi. “Apa dia, huh?” Mata kembali dibuka. Mata hitam pekatnya beradu dengan mata coklat hazel Aireen. Melalui mata itu, tahulah Fawwaz yang isterinya mahu tahu tentang sesuatu.

            Sesuatu seperti,

            “Kenapa you mesti menyamar jadi Izzat untuk pinang I, bukan Fawwaz?” Akhirnya, terluah juga apa yang menjadi tanda tanyanya selama ini. Kalau bukan dari Angah, memang sampai bila-bila dia takkan tahu yang Izzat sebenarnya adalah Fawwaz.

            Dan pertanyaannya ini sangat menyimpang jauh dari topik perbincangan mereka tadi. Biarlah. Asal tiada lagi nama Hakim disaat-saat begini.

            Fawwaz terduduk. Terkejut dia lepas dengar. “Ma.. Mana you tahu pasal tu?” Bola matanya bergera-gerak pandang bola mata isterinya. Terkejut. Amat. Sebab setahunya, dia dah suruh yang lain rahsiakan perihal itu dari Aireen.

            Aireen senyum. “Jadi betullah? Kenapa?” Dia jongket kening.

            “I nak tidur. Mengantuk.” Fawwaz kembali rebahkan tubuhnya. Dia tiada jawapan untuk soalan tu. Dan dia sendiri pun tak tahu kenapa dia buat macam tu. Serius.

            “Fawwaz, please..” Aireen tahan tubuh suaminya dari rebah ke tilam. “Beritahu I kenapa you buat macam tu.” Lengan Fawwaz dipegangnya lembut.

            “I.. I tak ada jawapan untuk itu.” Jujur.

            Aireen angguk. Baik. Kalau lelaki ni masih tidak mahu memberitahu penyebab kenapa dia menyamar. Lagi satu soalan, “Last sem, Nis beritahu yang you dengan Kim bergaduh pasal I. Is it true?” Yeah, walaupun penerimaannya pada masa tu sangat menghampakan Nisa.

            Fawwaz senyum. Dia pandang jam. Dah dekat satu pagi. Dan mengikut firasatnya, isterinya ini mahu tahu tentang segalanya. Okay, dia pun malas dah nak berahsia. Penat. Lantas dia angguk.

            Tubuhnya disandarkan di kepala katil seperti tadi. “Actually, I know everything about you.” Pernyataan itu memeranjatkan Aireen yang mendengar. Dia pandang suaminya tak percaya. Dia tahu semuanya pasal aku?

            “No jokes.” Sambung Fawwaz lagi.

            Aireen pejam mata. Tak mungkin Fawwaz tahu segalanya pasal dia. Tak mungkin. Ilham dengan Nisa dah berjanji dengannya. Dan dia cukup lebih dari pasti yang dua manusia itu akan berpegang dengan janji mereka.

            “I tahu dari awal yang Kim memang sukakan you. Bukan I aje, lelaki yang lain pun tahu.” Fawwaz buka cerita satu per satu. Memang malam ni dia akan ceritakan semuanya pada Aireen.

            “Bila I dengan Ham dapat tahu pasal tu, kitaorang terkejut. Sebab I ada pesaing,” Dia sentuh dagu Aireen supaya pandangnya. “Untuk dapatkan you.” Sambungnya.

            Aireen makin bertambah-tambah terkejut. Apa maksud lelaki ni?

            “Yeah I know, I am so annoying. Selalu sakitkan hati you dengan setiap ayat yang keluar dari bibir I. Selalu buat you rasa menyampah. Dan banyak lagi.” Dia berjeda. “I tahu sepanjang kita kahwin ni, I tak pernah say that I love you. I.. Langsung. I malu mungkin. Segan.” Dia gelak. “Tapi I nak you tahu sekarang, even I didn’t say those word, I nak you tahu yang  I am really fall in love with you. Sejak kali pertama kita jumpa.” Jujur Fawwaz.

            Aireen tergamam. Dia tak salah dengar, kan? Jadi selama ni..

            “Yes.” Fawwaz angguk. “You tak bertepuk sebelah tangan.” Senyum. Pipi Aireen dielusnya penuh kasih. Dahi isterinya dicium.

            “Mana you tahu yang I.. I suka you?” Tanya Aireen lepas hanya biarkan suaminya bersuara. Rasa dihatinya bercampur. Suka, gembira. Tidak disangka yang perasaannya selama ni berbalas. “I tak pernah mention nama you pun.” Dan dia cukup pasti akan hal itu.

            Fawwaz senyum. Agak-agak kalau beritahu Aireen siapa dalang dibalik semua ni, dia melenting tak? “Your bestfriend.

            Aireen mendongak. “Nis?!” Dan anggukan dari Fawwaz buatkan dia rasa nak serang Nisa malam ni juga. Tak terjangka dia yang Nisa akan mungkiri janjinya. Huh, teruk betul perempuan tu. Janji melayu betul.

            “Ingat tak masa kita kat Pulau Perhentian tu? Malam masa kita buat barbeku?” Tanya Fawwaz. Rambut panjang Aireen dirapikan.

            “Hmm.. Kenapa?” Dia ingat. Malam yang dia beritahu Nisa dan Ilham pasal permainan Truth or Dare antara dia dan Fawwaz. Yang menjadi punca kenapa mereka jadi suami isteri.

            “Kan you dengan Nisa jenjalan. You cerita segalanya pada Nis. Kan?”

            Aireen angguk. Tapi..

            “I ada kat sana masa tu. Dan I dengar semuanya. Dari A sampai Z.” Jujurnya lagi.

            Aireen terkejut, lagi. “Ke.. Kenapa I tak tahu? Ilham?”

            “I dengan Ham masa tu, sampai Ham keluar dari bawah pokok pergi pada kauorang. Dan I masih ada kat situ. Sampailah kauorang balik semula ke tempat barbeku tu.” Ceritanya. Dia tak kisah kalau dituduh pasang telinga oleh isterinya. Kalau bukan sebab Ilham yang ajaknya malam tu jadi telinga lintah sekejap, pasti sampai bila-bila dia takkan tahu kebenaran yang satu ini.

            “Jadi selama ni you..” Ayat Aireen mati. “Jadi masa you tanya I siapa perempuan tu, and you ask me to keep believe you,,” Ayat Aireen tunggang-langgang. Fawwaz dah gelak dengan ayat isterinya. Lantas satu ciuman hinggap dibibir isterinya.

            Dan perbuatan Fawwaz itu, mendiamkan Aireen yang bersuara. Matanya membulat pandang suaminya. “Apa ni?” Dia melenting. Sangat tak suka bila orang buat sesuatu tanpa keizinannya walaupun dia tahu, suaminya berhak buat apa sahaja padanya.

            “A kiss.” Jawab Fawwaz selamba. Dia senyum nakal sambil bermain-main dengan bibir Aireen yang kemerahan. Sekali lagi Fawwaz dekatkan wajahnya dengan wajah Aireen. Mahu mengulangi perbuatannya tadi.

            Aireen berpaling dan bibir Fawwaz melekat pada pipinya. “Why, huh?” Tanya Fawwaz. Sesungguhnya, Aireen dah buat dia frust.

            “I tak habis tanya lagi. You jangan nak ubah topik eh melencong tempat lain.” Aireen cekak pinggang. Ni kenapa terlebih nakal pula malam ni? Ada sesuatu masuk dalam badan dia ke apa?

            Fawwaz mengeluh. Dia lentokkan kepalanya di bahu Aireen. “Apa lagi yang you nak tanya?” Tangan Fawwaz bergerak ke barisan butang baju Aireen. Aireen yang perasan lantas menampar tangan gatal miang tu.

            “Kenapa you gaduh dengan Kim?”

            Fawwaz mendongak. Bahu Aireen dipegang. “Tak payah tahulah sebab apa.”

            “Fawwaz..” Gumam Aireen.

            “Okay fine.” Fawwaz mengalah. Dia bukannya boleh sangat kalau dengar Aireen panggil namanya dengan nada yang tangkap leleh macam tu. “You pun tahukan macam mana perasaan you bila apa yang you nak, orang lain turut sama nakkan benda tu.”

            Aireen tidak membalas sebaliknya dia tekun mendengar balasan selanjutnya dari Fawwaz. Malam ni, dia mahu tahu segalanya. Suami isteri mana ada rahsia, kan?

            “And that same goes with me. Come onlah, hati I sakit bila Kim selalu nak rapat dengan you.” Fawwaz tatap anak mata isterinya. “I ada kat sana masa Kim confess niatnya pada you.” Beritahunya tiba-tiba.

            Aireen terkelu. Sekali lagi? Fawwaz ada kat sana? “Masa dia nak ikat I jadi isteri dia tu ke?” Berani Aireen menyoal. Takut salah.

            Fawwaz angguk. “Yup. And bila sampai rumah, I ceritakan semuanya.. Perasaan I pada you, kat semua kawan lelaki kita. Kim tak boleh terima semua benda tu. Dia marah I cakap I potong line dia. Dan Ham datang backup I. Tapi Kim cakap yang Ham tipu. Bayangkan, macam mana sakitnya hati bila benda yang kita jujur, orang anggap tipu.

            “It’s hurt me so badly. Tapi I masih boleh sabar. Yang buatkan I tak boleh sabar dan I terus tumbuk dia, bila dia cakap yang dia akan buat apa sahaja untuk dapatkan you termasuk ikat you dengan buat something bad to you. Dan dia cakap juga, kalau dia tak dapat you, I pun tak boleh nak dapatkan you. He’s crazy!” Sambung Fawwaz penuh perasaan.

            Aireen tergamam. Hakim cakap macam tu ke? Kejamnya dia.. Selamani aku hormat dia sebagai seorang kawan, tapi niatnya pada aku,, “Tapi kenapa you masih nak kawan dengan dia?” Tanya Aireen.

            Kalau dia, dah lama dia tinggalkan kawan macam tu. Dia lagi seronok hidup tiada kawan dari mempunyai kawan seperti itu. Sangat tak guna dan membuang masa ada kawan macam tu. Itu kalau dialah. Tak tahu pula orang lain macam mana.

            Fawwaz jungkit bahu. “Kitaorang semua kawan dari sekolah menengah. Baik dia I terima, buruk dia pun I kena terima juga walaupun tak pernah nak ikhlas terima segalanya.” Sengih dengan kejujurannya.

            Aireen senyum. Tak sangka, sebegini persahabatan mereka yang lelaki ini. Meskipun mereka bergaduh sampai bertumbuk hanya disebabkan seorang perempuan, persahabatan mereka masih terus terjalin sehingga hari ini. Awesome.

            Now, I pula tanya you soalan,”

            Aireen kerut dahi. Memang sekarang masa untuk Q&A ke? “Apa dia?”

            “Macam mana you boleh jatuh cinta dan sayang pada I?” Selamba dia menyoal isterinya.

            Mata Aireen membulat. Ohmaigad, soalan apa ni? “Tak jawab, tak boleh?” Tanyanya cuba main tarik tali. Malu sebenarnya bila bab hati dan perasaan dibangkitkan.

            “Nehi.

            Aireen gigit bibir. Macam mana dia nak beritahu? Ayat mesti tunggang-langgang nanti. Mesti Fawwaz ketawakan dia nanti. Hmm.. “Sebenarnya, kita pernah jumpa sebelum Nis kenalkan kita.” Dia mulakan cerita.

            Fawwaz kerut dahi. “Ada ke?” Dia cuba recall di mana titik permulaan pertemuan mereka. Dan dia hanya jumpa, saat Nisa dan Ilham yang memperkenalkan mereka di universiti. Masa tu, barulah juga hubungan Nisa dengan Ilham terjalin.

            “Ada..” Aireen angguk. Sah! Mesti lelaki ni tak ingat. Tapi lelaki ni berhak tak ingat sebab masa tu mereka tak bertegur sapa pun. Mereka juga tak bertentang mata masa tu. Dan Aireen hanya melihat lelaki itu dari jarak jauh.

            “Tak ingatlah..”

            Aireen senyum. “Ingat tak masa kita diploma. You selalu pergi Secret Recipe depan U.”

            Fawwaz angguk. Mestilah. Dah alang-alang Secret Recipe depan mata, mana boleh terlepas. Dia dengan Secret Recipe berpisah tiada, tahu? “Tapi kita kenal masa kita sambung degree, kan?”

            Aireen angguk. “Hmm.. Ada satu malam tu, I ada dekat Secret Recipe tu. Tengah makan. Seorang diri. And I nampak seorang lelaki ni, masuk Secret Recipe dengan muka yang gembira gila. Siap tayang lesung pipit lagi kat pipi dia.” Aireen pandang Fawwaz. Nak tengok apa reaksi suaminya. Nampak Fawwaz tekun mendengar. Sesekali dahi lelaki tu berkerut.

            “I lupa dia beli kek apa. Tapi lepas dia beli kek tu, makin tambah lebar senyuman kat bibir dia. Tapi senyuman tu tak lama. Sebab tiba-tiba, mata dia nampak seorang budak lelaki kecil tengah menangis kat laluan balik dalam Secret Recipe tu.

            “Dalam ramai-ramai orang yang lalu-lalang, I hanya nampak dia seorang aje yang sanggup bercangkung depan budak lelaki yang tengah nangis tu and ask what is wrong with that kid. Bila budak tu cakap yang kek yang dia beli dah jatuh sebab orang langgar, that guy sanggup bagi kek yang dia beli pada budak tu.

            “Lepas budak tu dah balik, lelaki tu kembali balik kat deretan kek dalam pameran tu. Dan nampak yang kek yang jadi faberet dia dah habis. I nampak macam mana kelatnya wajah lelaki tu berlalu pergi.” Aireen senyum. Nasib baiklah ingatannya masih kuat lagi.

            Dia tambah lagi kemudiannya, “And start from there, I fall in love with that guy.” Dia sudahkan ceritanya. Jatuh cinta kerana baiknya hati lelaki itu pada budak-budak. Sanggup berikat perut semata-mata nak beri orang apa yang dia punya. Sanggup kecewa dari melihat kekecewaan orang lain.

            Fawwaz pandang isterinya tak percaya. “That guy pakai baju apa malam tu?” Soalnya.

            Aireen senyum dan berfikir. “Kalau I tak silap, dia pakai sweater yang ada hoodie dan jeans kaler hitam.” Balas Aireen lagi. Kalau dia tak silaplah. Sebab kejadian tu dah lama berlalu. Masa umur mereka awal dua puluhan lagi.

            Fawwaz tersenyum akhirnya. Kepalanya digelengkan tanda sukar nak percaya. “I dah lama lupa dah pasal benda tu. Iyelah, apa yang I nak jadi rezeki orang lain. Siapa tak sedih.” Tak disangkanya yang Aireen turut ada malam tu. Malam bertahun-tahun lamanya.

            “Then, kenapa you tak tegur I?”

            Aireen jongket bahu. “Tak ada sebab dan motif I nak tegur you malam tu.” Lagipun, untuk apa dia tegur Fawwaz?

            “Tegur ajelah. Atleast, cakaplah yang ‘Hai.. I dah jatuh cinta pada you.’ Or something like that ke.”


            Mata Aireen membulat. “Tak ada masa nak buat macam tu.” Lagipun dia percaya dengan namanya jodoh itu rahsia Allah.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Best sangat! Teringin nak tahu ending. Rajin2 lah upd ye admin? Hehehe. Semoga berjaya dalam bidang ini. :)

    ReplyDelete

Buah fikiran anda amatlah di hargai.