Aireen termanggu
sendirian. Dia pandang kiri, orang ramai lalu lalang. Dipandangnya ke kanan
pula, juga sama. Tak cerita lagi bila dia pandang depan dan belakang. Masih
juga dipenuhi orang yang lalu lalang. Dia mengeluh penat.
Bila pandang jam, dia rasa macam nak menjerit. Dah satu
jam dia menunggu kat sini. Tapi bayang Fawwaz langsung dia tak nampak. Mana
suami aku pergi ni? Kata nak ajak tengok wayang. Siap bagi amaran kat aku lagi
cakap jangan lambat. Tapi sekarang, siapa yang lambat sebenarnya?
Aireen tak boleh sabar. Sudahnya, dia capai telefon dalam
beg tangannya. Nombor suaminya didail. Tak sampai beberapa saat, telinganya
menangkap suara operator yang tekun menjalankan tugasnya siang dan malam bila
orang yang didail tidak berangkat. Terima kasih kak operator. Nasib kau ada.
Kalau tak, sampai ke tengah malam nanti aku tak tahu yang suami aku tak tengok
langsung telefonnya.
Dia hembus nafas kemudiannya. Nombor pejabat Fawwaz
didailnya selepas tu. Lepastu dengar suara Maria, setiausaha Fawwaz menjawab.
“Assalamualaikum.. Reen ni.” Sapanya malas. Kalau bukan
sebab suaminya, tak ada masa dia nak telefon. Buat buang habis bil telefon aje.
“Waalaikumussalam.. Ada apa Puan Reen?” Tanya Maria
ceria. Dah memang tugasnya macam tu. Kena sentiasa ceria bila menjawab
panggilan. Dapat duit okeh. Siapa tak nak..
“Hmm, bos Mar ada tak?” Tanyanya pada Maria. Aireen sabar
menanti.
“Bos? Ada. Kenapa puan?”
Terbuka mulut Aireen sebab terkejut. Okay, tak puas hati
sebenarnya. Rasa macam memang betul-betul dia nak menjerit kat sini. Dia yang
tunggu lelaki tu separuh mati kat sini, sanggup tak makan dari tengahari sebab
ingat nak makan bila keluar dengan lelaki tu, tapi Fawwaz,, Grrr!
Aireen pejam mata. “Ohh..” Dia hembus nafas. “Cakap kat
dia, saya kirim salam maut.” Aireen terus letak panggilan. Hati dia, sakit
sangat. Amat.
“HELLO? Hello? Puan?”
Fawwaz baru sahaja keluar dari biliknya sebaik sahaja
mendengar setiausahanya tengah bercakap di telefon. Dia pandang Maria yang
berkerut tu. “Kenapa ni?” Tanya Fawwaz pelik.
Maria pandang bosnya. Gagang telefon diletakkan. “Saya
pun tak tahu kenapa sebenarnya. Tetiba aje terus letak telefon.” Maria garu
kepalanya. Sesekali rambutnya yang terjuntai diselitkan belakang telinga.
Berkerut-kerut dahinya saat ni.
“Siapa tadi tu?” Kotlah ada orang nak buat tak baik ke.
“Puan Reen,”
Fawwaz kerut dahi. Ai? Ai telefon pejabat? Ada apa?
Bukankah selalunya, isterinya itu akan menghubunginya langsung? Dia pandang
telefon ditangan. Hmm patutlah. Dia buat flight
mode tadi. Tak nak orang ganggu. Lepas dah offkan flight mode, ada tiga
panggilan tidak berjawab diterimanya dari isterinya.
“Hmm bos.. Puan Reen ada tinggalkan pesan.” Tak tahulah
samada pesanan ni wajar untuk dia sampaikan pada bosnya.
“Apa dia?”
“Dia,, kirim salam maut kat bos.” Lambat-lambat Maria
bersuara.
“Hah?!”
Maria menggeleng. “Dengar dari suara, Puan Reen macam
tengah marah. Bos gaduh dengan dia ke?” Soal Maria.
Fawwaz garu cuping telinganya. Ai kirim salam maut? Pada
aku? Gila! “Pagi tadi kitaorang okay aje.” Hah betullah. Pagi tadi diaorang
okay. Sampai sempat dia berjanji dengan isterinya nak bawa tengok wayang petang
karang. Ni kenapa tiba-tiba sampai nak kirim salam maut kat aku?
Ehh jap, jap!
Fawwaz pandang jam tangannya. “Ya Allah!” Kuat suaranya
mengejutkan staf yang lain. Dia tepuk dahi tiba-tiba.
“Kenapa bos?” Tanya Maria kalut. Terkejut dia dengar
suara bosnya yang kuat daripada biasa. Kenapa? Yang lain yang duduk berdekatan
pun nak tahu cerita.
Fawwaz terus berlari laju ke arah lif. Berlari tanpa
tinggalkan jawapan pada setiausahanya. Isterinya lagi pentinglah sekarang ni.
Habislah aku. Macam mana boleh lupa pasal temu janji tu?
Fawwaz kembali berlari masuk semula dalam pejabatnya bila
dia ingat yang dia tertinggal kunci kereta. Bersepah sudah segala kertas kerja
atas mejanya bila gugusan kunci keretanya berada di bahagian paling bawah
segala macam kertas.
Ai, my dear. Tolong
jangan merajuk. I tak reti pujuk!
FAWWAZ melangkah masuk.
Mengeluh dia bila nampak batang tubuh isterinya di ruang tamu. Berbaju tidur
warna biru muda. Rambut panjangnya diikat kuda. Ditangannya ada satu bungkus
makanan ringan. Matanya itu galak pandang televisyen yang tersiar drama Korea.
Langsung tak menoleh pada dirinya di sini.
Pintu ditutup. Kunci kereta disangkutkan di key locker. Dia berjalan penuh lemah ke
arah isterinya. Punggungnya dilabuhkan di sebelah isterinya. Rapat sampai bahu
dan paha mereka berlaga.
Aireen menoleh. Ditahan segala sumpah seranahnya pada
suaminya ini. Dia tarik nafas panjang sebelum tersenyum. “Dah balik? Sorrylah I tak perasan.” Katanya tanpa
nada. “Nak air tak? Ohh, I sempat pergi Secret Recipe tadi, kejap I ambilkan
kek untuk you.” Sambungnya lagi. Aireen letakkan bungkusan jajan disofa
sebelahnya sebelum dia bangkit.
“Ai..” Panggil Fawwaz. Tapi hampa bila isterinya menonong
berjalan ke dapur. Dia raup wajahnya kasar. Rambutnya digosok kuat. Serabut.
Makan malam, malam inilah Fawwaz rasa antara makan malam
yang paling bosan dia pernah lalui. Selalunya, ada sahaja yang isterinya mahu
ceritakan padanya bila tiba waktu makan malam. Tapi hari ni, huh. Dia sedar
salah dia. Dia yang lupa dengan janjinya pada Aireen.
“Ai..” Fawwaz tahan langkah isterinya. Dia kena betulkan
salahnya juga malam ni. Kalau tak, memang sampai bila-bilalah Aireen akan
dingin dengannya.
Aireen berhenti. Tapi dia tidak menoleh. Menunggu ayat
Fawwaz yang seterusnya. Hati dan perasaannya masih lagi sebal dengan lelaki
ini. Kalau tidak ikutkan rasa sabarnya, dah lama dia tumbuk lelaki ni. Aireen
memang pantang pada orang yang tak tepati janji ni. Lagi-lagi yang buatkan dia
terpaksa menunggu sehingga satu jam. Tak! Satu jam dua minit.
“I’m sorry.”
Tangan Aireen digenggamnya. “I.. I betul-betul terlupa pasal janji I petang
tadi. I,” Fawwaz menggeleng. “I am so
sorry. Again, I’m sorry.” Sambungnya tak putus-putus memohon maaf.
“Okay.” Balas Aireen perlahan. Orang dah minta maaf kan.
Tapi hatinya tetap juga sakit. Tengoklah kalau hati dia terbuka nak maafkan
Fawwaz dengan ikhlas nanti.
“Just like that?”
Fawwaz tak puas hati. Walaupun dia tak tahu berapa lama isterinya terpaksa
menunggu, dia masih rasa tak puas hati kalau isterinya memaafkannya dengan
senang sebegini.
“Then, what you
expect from me?” Soal Aireen sinis.
“Atleast, hukum
I.”
Aireen senyum sinis. Hukum dia? Wajarkah?
“You should punish
me for what have I done, Ai.”
Aireen angguk. Baik. Kalau dia nak sangat aku hukum dia.
Bukan aku yang nak sangat pun buat macam ni, dah dia sendiri yang minta. Tak
salahkan kalau orang menjual, sekali sekala aku membeli? “Tidur kat luar malam
ni.” Hukuman dijatuhkan.
“What?!”
Terjerit kecil Fawwaz bila dengar hukumannya malam ini.
“Tiada siaran ulangan. Terima kasih.” Aireen panjat anak
tangga tanpa langsung menoleh pada suaminya. Biar. Biar dia rasa. Dia yang nak
sangat, kan?
P/s : As I told before, cerita ni akan berhenti kat sini. Ehh, tapi belum tamat lagi lorh. Insya-Allah kalau ada rezeki akan dibukukan. Last but not least, thanks for those yang membaca cerita ni dari awal sehinggalah part ini. Once again, thanks.
Dan blog ni kembali menyepi.
Dan blog ni kembali menyepi.
Kalau sudah dibukukan pm ye? Best sgt. Tak sabar nak tahu ending. Ty and gdluck.
ReplyDeleteinsyaAllah will do that. And thanks for your time to read of this novel.
DeleteDah dibukukan ke belum?
ReplyDeleteDah buat buku roger, ye
ReplyDelete