"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Sunday, August 02, 2015

Cerpen : Permata Untuk Isteri

            Tubuh wanita di hadapannya dipeluk erat. Wajahnya disembamkan di bahu wanita itu. Ungkapan syukur meniti di bibir. Bersyukur kepada Yang Esa kerana diberikan kebahagiaan ini. Pipinya dicium pula oleh wanita itu bila selesai mendakapnya.

            “Jadi isteri yang solehah ye, sayang.” Tutur wanita yang berbaju kurung moden di hadapannya.

            Qaisara hanya mengangguk beberapa kali, seraya tersenyum. Pasti! Pesanan itu pasti akan diingatnya sampai bila-bila.

            Dari satu tubuh, ke tubuh yang lain pulak didakapnya. Tadi ibunya, sekarang ibu mertua dia pulak. Rasa kesyukuran dipanjatkan bila ibu mertuanya sudi menerimanya sebagai menantu dalam keluarga yang kecil bilangannya itu.

            “Selamat datang ke keluarga Syed Fariz.” Kata wanita itu yang secara automatiknya sudah menjadi ibu mertuanya kurang tiga jam yang lalu.

            “Terima kasih, ibu.”

            Selesai sahaja majlis persandingan petang tu, Qaisara dan suaminya terus bergerak ke lapangan terbang. Tak menyempat nak honeymoon! Tapi apa ada hal. Rumah tangga dia. Yang menyibuk tu dah kenapa.

            Kepergian mereka dihantar keluarga. Tersenyum masing-masing bila melihat pasangan bahagia tu melangkah pergi tinggalkan bumi Malaysia untuk mengejar bait-bait cinta yang baru mula berkembang.



            BEG dikeluarkan dari bonet kereta. Bonet ditutup dan membetulkan segala urat sendi yang mengecut. Boleh tahan penat jugak memandu dari malam tadi. Dan sekarang ni, dia hanya fikir dan terbayang katil empuk yang sudah sedia menerima tubuhnya untuk dibelai. Nak tidur sampai tak ingat dunia!

            Badan diregangkan. Nafas dihembus perlahan. Hembusan bayu pagi yang menampar pipinya dinikmati sepenuhnya. Bibir serta-merta mengukir senyuman bila nampak seseorang yang masih lagi terjengah-jengah memandang persekitaran.

            Pantas kakinya mengorak langkah menghampiri perempuan itu. Pinggang ramping itu dirangkulnya dari belakang. Dagunya disangkutkan pada bahu perempuan yang dipeluknya.

            “Tengok apa, sayang?” Rambut isterinya yang mengerbang dihembus angin diselitkan belakang telinga. Kaca mata hitam yang menghalang pandangan mata isterinya dari memandang persekitaran dicabut dan diletakkan dikepala.

            “Rumah ni.. Rumah siapa?” Sebab dia tak pernah datang ke tempat ni, sebab tu dia tanya.

            “Kenapa?”

            “Cantikk..” Bibir senyum. Serius! Rumah ni memang cantik. Besar pun satu hal. Dikelilingi dengan pokok-pokok yang menghijau. Mesti dijaga rapi setiap hari ni. “Ni rumah siapa?” Tanya lagi.

            “Abang ingat nak sewa dengan kawan abang. Tapi dia terbaik hati nak bagi terus, sempena hadiah perkahwinan kita.” Bisik Syed Faiz. Bibirnya menghembus angin tepat ke leher jinjang isterinya. Tersenyum nakal dia bila isterinya menggigil sebab geli. Salah satu kelemahan sang isteri.

            “Ish!” Disiku perut yang betul-betul berada dekat dengan sikunya. Buat lagi macam tu. Dah diberi amaran jangan buat, lagi dibuat. Inilah manusia. Makin dilarang, makin dibuat!

            “Tapikan..” Keningnya digaru perlahan. “Takkanlah kawan abang tu baik sangat nak hadiahkan rumah yang cantik ni kat kita. Sayang kot. Lawa apa.. Kalau Sara lah, memang tak bagi punyalah.” Luah Qaisara jujur. Memang dia tak bagi. Sebab sayang gegiler dengan rumah yang cantik ni. Rugi kalau bagi kat orang free-free macam tu aje.

            Syed Faiz gelak. Pelukannya makin dieratkan. “Abang tipu ajelah. Rumah ni, memang abang punya. Abang yang beli untuk kita duduk sini. Sebab tu abang bawa sayang datang sini. Stay for a few days.. Kalau sayang rasa seronok duduk sini, abang ingat baik tinggal terus aje kat sini.”

            Qaisara pusingkan badannya menghadap suaminya. Bercahaya matanya bila dengar apa yang diberitahukan padanya. “Serius ni?”

            Syed Faiz mengangguk sebagai jawapan. Dia turut tersenyum bila nampak isterinya senyum. Dia mendongak pandang langit. Hari cerah. Tak ada tanda-tanda hari akan hujan.

            “Eh kalau macam tu, duduk sini terus ajelah. Tak payah ulang-alik. Lagipun, abang boleh minta tukar kat sini, kan?” Beria-ia Qaisara bersuara. Excited sangat lepas dengar apa yang suaminya beritahu. Macam dah tak sabar nak menempuh hari mendatang.

            “Excitednya isteri abang ni.” Hidung Qaisara dicuit.

            Qaisara gelak kecil. Nampak sangat ke? Kaca mata hitam yang berada atas kepalanya diambil dan dipakaikan pada suaminya. “Jom kita masuk.” Ditarik tangan itu.



QAISARA pandang sekeliling. Membuat penilaian sendiri. Jari telunjuknya dibawa ke dagu. Sesekali lehernya yang terdedah digaru. Habuk ni, kenapalah suka sangat melekat kat aku? Kan dah gatal-gatal. Ish!

            “I’m waiting..

            Suara garau itu buatkan Qaisara menoleh ke belakang. Nampak suaminya yang sudah duduk disofa sambil menghirup air oren sejuk yang dibuatnya tadi.

            “Hmm.. Kita letak dekat sini, boleh tak?” Sambil menunjuk ke bahagian dinding yang berhadapan dengan tangga.

            Syed Faiz pandang dinding. Kemudian dia pandang tangga sebelum jatuh pada pandangan isterinya. “Kenapa tak letak cermin aje kat depan tangga?” Usulnya.

            “Tak lawalah. Nanti nampak tangga. Mana tahu kang sekali tengah mamai nampak tangga ada dua. Kan dah tersalah panjat nanti. Baik letak lukisan grafiti kat depan tangga. Baru lawa.” Bentang Qaisara. Kemahirannya dalam bidang seni hiasan dalaman masih berkembang meskipun sudah lama ditinggalkan.

            Selepas sahaja dia sudah diijabkabulkan dengan Syed Faiz kurang empat bulan lalu, dia terus meletakkan jawatan sebagai pereka hiasan dalaman. Sebabnya, dia mahu menumpukan sepenuh perhatian pada kerjayanya yang baru, iaitu suri rumah tangga sepenuh masa.

            Lagipun, Syed Faiz dah lebih dari mampu untuk menampungnya sampai tujuh keturunan. Apa salahnya kalau dia tak kerja dan hanya menjadi pelayan kepada suaminya. Kan kalau kat rumah kan dia boleh mengasah bakat memasaknya yang tersedia tumpul ni. Manalah tahu kalau-kalau satu hari nanti boleh jadi chef terkenal dalam rumah ni! Hahaa..

            “Hmm.. good idea.

            Qaisara gelak. “See the leg lah.

            “Jom tolong abang sangkut grafiti ni.” Qaisara angguk.

            Lagi cepat pengubahsuaian rumah ni selesai, lagi cepat dia boleh berehat. Hypothesis is accepted!



RAMBUT diikat kuda. Bedak asas dioleskan pada wajah. Pelembab bibir juga dicalitkan pada bibir. Dia pandang cermin. Terbias dirinya dicermin itu. Tilikan untuk yang terakhir dia teliti sebelum bibir mengoyak senyuman. Puas dengan penampilan dirinya hari ni.

            “Cepatlah, sayang..” Suara dari pintu kedengaran. Bersama ketukan yang bertalu-talu. Mesti pak cik tu penat tunggu aku bersiap ni. Dengar suara pun dah macam orang mengantuk disorongkan bantal!

            “Yeah.. Coming.” Telefon bimbit dicapai. Dan mengorak langkah keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup.

            Jemari bertaut bersama langkah yang seiring. Bakul ditangan encik suami dipandang. Nak tengok apa yang suaminya bekalkan untuk aktiviti berkelah mereka petang tu. Manalah tahu Syed Faiz bawa benda selain makanan ke. Tak ke haru.

            “Abang bawa apa jek?” Soal Qaisara bila dia tak nampak langsung apa yang terkandung dalam bakul ditangan suaminya.

            “Our favourite.

            “Serius?”

            “Hmm..”

            Bibir Qaisara terukir senyuman manis. Makanan kegemaran mereka.. roti sambal ikan bilis! Disebabkan roti itulah mereka berjumpa. Kalau tak disebabkan roti itu, mereka takkan bertekak di kedai roti hanya kerana satu roti yang tinggal. Dan kalau tak disebabkan roti tu jugak, mereka takkan bercinta bagai nak rak dan akhirnya bersatu dalam suasana yang bahagia macam ni.

            Jutaan terima kasih yang tak terhingga diucapkan pada sang roti sambal ikan bilis tu.

            Bukit itu mereka daki. Qaisara sudah berlari naik bukit tu tinggalkan Syed Faiz yang berjalan perlahan naik bukit ni.

            “Sunshine.. Sini baby.” Jerit Qaisara pada Syed Faiz yang masih lagi panjat bukit tu. Apa ke lembabnya laki aku ni naik bukit. Ke dia tengah menghirup udara segar sambil panjat bukit?

            Sampai aje Syed Faiz dihadapan Qaisara, pantas Qaisara capai tangan sasa suaminya dan menarik lelaki itu ke bawah pohon rendang tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

            “Sini okay kan?” Tanya Qaisara. Minta pendapat. Kotlah suaminya nak duduk jauh lagi. Tapi.. dia tak penat ke berjalan jauh nanti? Aku yang baru panjat bukit sikit dah termengah. Itulah, siapa suruh berlari lagi?

            “Pon boleh.” Bakul diletakkan di atas rumput.

            Tanpa buang masa, Qaisara terus menghamparkan kain yang berada dalam bakul tu. Pinggan dan cawan plastik dikeluarkan dan diletak atas kain. Botol jus epal juga dikeluarkan. Tak lupa juga bekal yang berisi roti kegemaran mereka suami isteri.

            Syed Faiz buka sandalnya dan duduk bersila atas kain. Sementara Qaisara susun roti dalam pinggan, dia tuangkan jus epal dalam cawan. Dah siap segalanya, mereka mula menjamah roti itu.

            “Yummy.. sedap abang buat.”

            “Aaaa..” Syed Faiz suruh isterinya nganga mulut. Roti ditangan disuakan dihadapan mulut isterinya.

            Qaisara senyum dan terus membuka mulutnya. Roti dikunyah sebelum melakukan perkara yang sama pada suaminya.

            Selesai sesi suap-menyuap, segala pinggan dan cawan dimasukkan balik dalam bakul. Dikemas cantik-cantik bakul tu. Bila Sara toleh pandang suami dia, dia menggeleng. Ikut turut serta berbaring disisi suaminya.

            Mata sama-sama pandang langit. Awan yang berkepul-kepul berarak mengikut giliran membuahkan senyuman dibibir. Indahnya petang ni. Mendamaikan hati.

            Syed Faiz mendekatkan dirinya dengan Qaisara. Kepala isterinya dipangku sebelum diletakkan lembut di atas lengannya. Tubuh itu dipeluk. Sebuah ciuman hinggap dipipi isterinya.

            “Thanks.” Sebab jadikan lengan dia sebagai bantal aku.

            “Anything for you, dear.

            “Tengok tu.” Sambil tunjuk ke dada langit.

            Syed Faiz pandang kearah yang ditunjukkan isterinya. Tapi dia kurang jelas lantas ditanya, “Yang mana?”

            “Yang tuu..” Bersungguh-sungguh Qaisara menunjuk. “Yang awan bentuk love tu.”

            Syed Faiz senyum bila dia dah dapat apa yang mahu disampaikan isterinya. Gotcha! “Nice..” Pujinya.

            Qaisara angguk. Betul tu. Ciptaan Allah semuanya cantik. Siapa yang buat sesi kutuk mengutuk tu samalah macam dia mengutuk ciptaan Allah S.W.T.



“ABANG..” Mendayu-dayu suara Qaisara panggil suaminya disisi.

            Syed Faiz yang tengah seronok berWhatsApp dengan group kawan universitinya pandang isterinya. “Apa dia, sayang?” Telefon ditangan dia tutup dan masukkan dalam bakul di atas kepala.

            “Abang nak berapa orang anak?” Tanya Qaisara sambil senyum. Usia pernikahan baru menginjak empat bulan, tapi dia sudah tak sabar mahu menimang cahayamata sulung mereka. Dah boleh bayang dah macam mana bahagianya mereka nanti bila dikurniakan Syed Faiz junior, tak pun Qaisara junior.

            Syed Faiz toleh isterinya. Anak? Berubah wajahnya serta merta. Air liur ditelan. Tapi jelas rasa pahit. Macam dia telan pasir.

            “Abang nak berapa?” Tanya Qaisara lagi bila suaminya tak menjawab. Wajah suaminya pun dah berubah bila perkataan anak itu dikeluarkan. Kenapa? Suami aku tak nak anak ke? Tapi setahu akulah, Syed Faiz suka budak-budak.

            “Hah?” Syed Faiz blur. Dia hilang fokus saat ini. “Ohh..” Dia berdehem. “Berapa banyak sayang nak bagi, abang terima aje. Asalkan dari punca yang sama.” Sengih. Wajahnya diceriakan semula.

            Qaisara gelak. Faham dengan maksud, dari punca yang sama tu. “Itu mestilah. Suami Sara kan, abang. Mana datang pula punca yang lain tu?” Qaisara senyum.

            “Hmm, sayang..” Syed Faiz duduk. Dia peluk lututnya. Qaisara juga ikut sama duduk dan bersandar disisi suaminya. “Esok kita balik rumah eh?” Sambung Syed Faiz lagi.

            Dahi Qaisara berkerut. Balik esok? Cepatnya.. “Kita baru dua hari kot kat sini. Takkan nak balik dah?” Tak seronoklah kalau bercuti dua hari aje. Terus tak jadi dia nak menyandar disisi suaminya. Langsung dia bersila.

            Syed Faiz pegang bahu isterinya. Inilah yang dia rasa serba salah nak beritahu tadi. Tapi.. “Kita balik sebab nak ambil barang abang ajelah. Lepastu abang nak singgah hospital sekejap ambil barang semua, lepastu kita baliklah sini balik, for good for your information.” Senyum manis.

            Qaisara tatap anak mata suaminya. Pipi itu dipegang lembut. Macam tak percaya. “Betul ni?” Bibir dah bersiap siaga nak tersenyum dengan berita gembira ni. Memang dia melompat betul jap lagi.

            Syed Faiz tak menjawab sebaliknya dia mengangguk. Cukup buatkan Qaisara tunaikan apa yang dia nak buat tadi. Kat situ juga dia melompat. Siap ajak Syed Faiz melompat sekali!



PINTU dibuka dari luar. Syed Faiz yang tengah duduk disofa bangkit dan berlari mendapatkan isterinya. Dia terus peluk isterinya sebaik sahaja nampak isterinya dimuka pintu.

            “Ya Allah, sayangg.. Pergi mana? Abang call kenapa tak jawab? Buat abang risau aje.” Dan macam-macam lagi yang Syed Faiz membebel pada isterinya. Tapi yang buat hatinya sebal, isterinya hanya gelak. Gelak okeh! Macam dia tak buat apa-apa salah pun.

            Tahu tak macam mana kalutnya dia tadi, segenap rumah besar ni dia cari isterinya tapi tak jumpa. Dengan penat yang bersisa sebab ramai sangat pesakit dihospital hilang macam tu aje bila dapati isterinya tiada.

            Qaisara buka pintu luas-luas. Beri laluan pada dua lelaki yang baru masuk. Dua lelaki itu meletakkan dua kotak besar diruang tamu. Selesai semuanya, Qaisara ucapkan terima kasih pada lelaki-lelaki itu kerana sudi menolongnya.

            Syed Faiz yang masih tak mengerti, pandang isterinya. “Benda apa tu?” Sambil berjalan kearah dua kotak besar yang baru dibawa masuk. Kotak itu dibuka. Segala macam benda didalamnya dibawa keluar. Berkerut-kerut dahinya bila kayu-kayu yang berbungkus elok dalam plastik dikeluarkan dari kotak.

            Syed Faiz pandang isterinya. “Apa ni, sayang?” Jantungnya dah mengepam darah dengan laju. Macam dah boleh agak apa yang isterinya nak buat selepas ni.

            Qaisara senyum ceria. Dia memeluk suaminya dari belakang. Sebuah ciuman dihadiahkan di leher lelaki itu. “Esok abang cuti, kan?” Syed Faiz angguk. Memang setiap hari Sabtu dia cuti. “Esok bolehlah abang tolong saya pasang baby cot ni, kan?” Senyum.

            Gulp! Syed Faiz pejam mata. Kayu jati ditangannya ni, baby cot? Automatik dia terus lepaskan kayu ditangannya ke lantai, tanpa sedar. Perlakuan itu buatkan Qaisara terkejut. Dia lepaskan pelukan dan pandang suaminya. “Abang kenapa?” Pelik.

            Syed Faiz pejam mata. Kalau dia beritahu hal yang sebenar pada isterinya, isterinya marah tak sebab tak beritahu dia awal-awal? Tapi isterinya terlalu sangat berharap sekarang ni buatkan dia tak sampai hati melihat isterinya tersungkur sebab terlalu mengharap kelak.

            “You okay, dear?” Tanya Qaisara lagi bila soalannya yang tadi tidak dijawab. Jubah putih yang masih melilit di tubuh suaminya dibuka. Tak panas ke pakai benda ni dari pagi tadi? Aku yang tengok ni pun rasa rimas.

            “Sayang..” Syed Faiz bawa isterinya duduk disofa. Kedua tangan isterinya dielus lembut sebelum dikucup.

            Qaisara raup rambut suaminya yang masih menunduk. “Kenapa, abang?” Soalnya. Dia tahu, ada yang tak kena dengan suaminya saat ni. Tapi dia tak tahu benda apa yang buat suaminya runsing seperti ini.

            Syed Faiz mendongak semula. “Sayang belum pregnant lagi kan.. Kenapa beli baby cot ni awal-awal?”

            Qaisara senyum. “Abang..” Dia sandarkan dirinya di dada suaminya. Tangannya peluk pinggang Syed Faiz. “Sara buat persediaan awal-awal ajelah. Nanti kalau Sara dah pregnant, tak payahlah beli lagi.”

            “Tak membazir ke nanti?”

            Senyum lagi dia. “Apanya membazir pula? Dari anak sulung sampailah anak yang bongsu guna baby cot yang sama. Kan jimat tu.” Balas Qaisara.

            Lemah keluhan Syed Faiz. Hanya dia aje yang faham apa makna dibalik pertanyaannya tadi. Hanya dia.. “Kitakan baru aje nikah empat bulan. Takkan sayang nak ada anak dah? Tak rasa macam awal sangat ke?”

            Laju Qaisara pandang suaminya. Apa maksud lelaki ini? “Abang nak tahu sesuatu tak?” Dia betulkan duduknya. Kini menyandar disofa pula. “Dari sebelum kita nikah lagi, Sara dah pasang angan-angan nak anak awal. Kalau boleh, setiap tahun mesti seorang anak.” Dia senyum dengan angan-angannya tu.

            “Tapi kalau angan-angan tu tak menjadi?”

            Berubah air muka Qaisara bila dengar suaminya tanya soalan macam tu. Suami jenis apa ni yang tak sokong apa yang isterinya mahukan? Untuk kebaikan mereka berdua juga apa. “Abang ni macam tak nak anak aje.” Laju ayat tu meluncur dibibir Qaisara.

            Laju Syed Faiz pandang isterinya. Perasan yang wajah isterinya berubah. “Sayang.. Bukan macam tu.”

            “Habistu macam mana? Bila Sara sebut pasal anak, mesti abang macam..” Mengeluh. Tak jadi nak sambung ayat seterusnya. “Abang.. Abang tak nak anak ke?” Lirih nada suaranya.

            “Sayang.. Semua orang nak anak. Abang sendiri pun mahukan anak. Tapi..” Giginya diketap. Dia tak boleh nak teruskan ayatnya. Tak mahu isterinya terluka. Sudahnya, ayat tu tergantung macam tu aje.

            “Tapi apa?”

            Syed Faiz bangkit. “Dah lah, yang. Abang nak naik atas. Nak mandi. Badan dah melekit ni.” Jubah putih di atas meja dia capai dan panjat anak tangga.

            Maaf, sayang.. Sangat perit untuk sayang tahu perkara tu. Abang pilih berdiam diri dan sembunyikan dari sayang daripada memberitahu perkara yang sebenar. Abang tak mahu sayang terluka.



“YA CIK, boleh saya bantu?” Tanya seorang jururawat di kaunter itu. Tersenyum jururawat tu pandang seorang wanita dihadapannya yang cantik berblouse ungu. Rambut panjangnya diikat satu dan diselitkan kaca mata dikepalanya. Walaupun tanpa mekap diwajah, kecantikan aslinya tetap terserlah.

            “Saya nak jumpa dengan Doktor Faiz. Dia ada?” Tanya Qaisara. Itulah tujuannya datang ke hospital ni. Sebab nak makan tengahari dengan suaminya. Selalunya, suaminya itu akan pulang makan tengahari dirumah, tapi hari ni tak pula. Kata lelaki itu, dia banyak pesakit yang perlu dirawatnya menyebabkan dia tak boleh tinggalkan hospital terlalu lama. Itulah sebabnya Qaisara menapak disini.

            “Cik ni siapa?” Tanya jururawat tu. Orang yang sudah buat temujanji dengan doktor sahaja yang boleh jumpa doktor. Orang luar tak dibenarkan sebab doktor lelaki muda itu ada banyak urusan. Tidak mahu diganggu dengan urusan yang tak penting, kata doktor itu.

            Qaisara berdehem. Pelik pula dia. Masa suaminya bertugas di hospital yang sebelum ni, tak ada pun kena soal jawab macam ni. Tapi kenapa dihospital macam ni, kena bersoal jawab pula? Undang-undang baru ke apa ni? “Saya isteri dia.” Senyum lagi.

            Jururawat tu terkejut. Doktor muda yang digilai ramai jururawat dan doktor perempuan dalam hospital ni dah bernikah? “Ohh.. Maaf puan. Saya tak tahu.”

            “Tak apa. Jadi, bolehkan saya jumpa suami saya?”

            “Boleh, boleh. Puan ikut jalan ni.” Sambil tunjuk pada lorong disebelah kiri Qaisara. “Bilik nombor tiga.” Beritahu jururawat itu lagi.

            Qaisara pandang lorong jalan itu. Dari tempatnya berdiri ni dah boleh nampak pintu-pintu yang ada disitu. Kat situ rupanya. Betul-betul sebelah pintu yang dia masuk tadi. Kalau tahu, buat penat aje dia menapak ke sini. Dia pandang balik jururawat tu. “Terima kasih.” Dan Qaisara mulakan langkahnya.

            Dia ketuk pintu yang tertera nama suaminya disitu. Pintu terbuka dan terjegul seorang perempuan. Lah, jururawat lagi. Buat apa pula jururawat ni ada kat bilik suami aku? Jururawat tu senyum sebelum bawa Qaisara masuk.

            Untuk seketika, Qaisara terlongo. Lorh, ada pintu lagi dalam bilik ni? Ingatkan masuk-masuk bilik tadi dah jumpa bilik suaminya. Tapi ada banyak lagi pintu dalam bilik ni. Gilerlah! Terpegun sekejap dia tengok.

            “Ya cik. Nak jumpa dengan Doktor Faiz ke?” Lembut nada jururawat tu bertanya. Qaisara angguk. “Ada buat appointment?” Soal jururawat muda itu lagi. Ternaik sebelah kening Qaisara. Ohh, sebelum datang sini kena buat temujanji dulu eh? Macam tu.. Kenapa tak boleh datang terus eh? Sebab kita mana tahu kita sakit bila, kan?

            “Cik?” Jururawat tu pandang Qaisara. Berkerut sekejap dahi dia. Orang tanya, dia boleh mengelamun pula dah. Sudahnya, jururawat tu sentuh bahu Qaisara barulah wanita dihadapannya sedar.

            “Hah.. Ye?”

            “Ada buat appoinment tak?”

            “Err.. Tak ada.” Jujur. Dah memang Syed Faiz sendiri yang suruh dia datang sini. Nak ada temujanjinya macam mana?

            “Sayangg?” Qaisara yang tengah berbual dengan jururawat dihadapannya terganggu bila dengar suara di belakangnya. Laju dia menoleh. Di pintu masuk bilik tu, berdiri Syed Faiz bersama jubah putih dan satu stateskop dilehernya.

            Qaisara senyum sebelum bangkit. Dia dekati suaminya. Tangan itu dicapai sebelum dicium sebagai tanda hormat. Syed Faiz membalas dengan mengucup dahinya. “Dah lama sampai ke?” Tanya lelaki itu. Dia senyum pada pembantunya yang sudah memandangnya pelik.

            “Adalah dalam lima minit.” Balas Qaisara. “By the way, lawa bilik ni. Ingatkan masuk aje pintu tadi terus nampak meja, tapi jumpa pintu lagi pula tu. Memang kerlassslah!” Gelak.

            Syed Faiz turut sama gelak. Mengiyakan apa yang isterinya beritahu. Betul tu. Masa mula-mula dia datang menjengah ke sini pun dah rasa teruja. Lain benar bilik ni dengan biliknya di hospital yang sebelum ni.

            Qaisara merapatkan dirinya dengan Syed Faiz. “Nurse ni pun lawa juga.” Bisiknya perlahan. Kemudian dia sengih.

            Dahi Syed Faiz berlapis-lapis lepas dengar. Ternaik keningnya pandang isterinya. “Maksudnya?” Sebab dia tak faham apa yang isterinya cuba nak sampaikan.

            Qaisara tak menjawab tapi dia senyum. Keningnya dimain-mainkan. Takkanlah tak faham, abang sayang? Benda senang aje tu.

            Senyum. Syed Faiz senyum. Angguk dia lepastu. Okay, dia faham sekarang. Dia balas pula bisikan isterinya. “Don’t worry. Just only your name, your heart and your soul in my heart. Only you.” Syed Faiz kenyit mata sebelum gosok rambut isterinya. “Tunggu sini jap. Abang nak ambil telefon dalam bilik. Pastu kita keluar.” Qaisara angguk.

            Sementara tunggu suaminya ambil telefon dalam biliknya, dia menunggu di tempat jururawat tadi. Jururawat perempuan tu dia pandang sebelum senyum. “Umur berapa ni?” Soalnya lembut. Nampak macam masih muda lagi.

            “Baru keluar universiti, kak. Saya ni pembantu Doktor Faiz aje.” Gadis itu masih tidak memberitahu umurnya pada Qaisara. Qaisara angguk. Betullah telahannya. Muda lagi jururawat ni. “Kerja elok-elok ya, sayang.” Walaupun dia tak kenal mendalam dengan jururawat ni, tapi dia tetap melayannya macam jururawat ni adiknya.

            “Err.. Doktor Faiz tu, abang akak ke?” Qaisara senyum dengar nada takut-takut gadis muda ni mahu bertanya padanya.

            Ada nampak macam dia dengan Syed Faiz tu adik beradik ke? Ke jururawat ni tak dengar yang Syed Faiz ada panggil dia sayang tadi? Dan lagi satu, muka mereka ada iras eh? Pantas dia menggeleng.

            Qaisara buka mulut. “Awak tanya kenapa?” Tapi lain pula nada suara yang keluar. Bila dia menoleh baru dia tahu siapa yang tolong jawabkan. Syed Faiz mendekati isterinya. Bahu isterinya dipeluk.

            “Ehh tak adalah. Saya saje je tanya. Sebab akak ni cantik sangat. Itu yang nak tahu.” Selamba aje jururawat muda tu membalas. Siap tersengih-sengih lagi.

            Baik Qaisara mahupun Syed Faiz berpandangan sebelum pandangan mereka jatuh pada jururawat muda dihadapan mereka. Tergelak mereka berdua. “Cantik ni pinjaman sementara ajelah, sayang. Nanti masuk kubur hancur juga.” Sikap rendah dirinya kembali.

            “Dahlah, jom. Nanti lambat pula. Abang dah lapar sangat ni.” Sambil pegang perut. Syed Faiz pimpin tangan isterinya. Tapi langkah mereka mati bila suara jururawat muda tu kedengaran. “Tak jawab lagi soalan saya.”

            “Akak tak ada abanglah, dik. Ni suami akak. Got it?” Takkanlah Syed Faiz tak beritahu yang dia dah bernikah?



QAISARA pandang adik dan mamanya di sebelah. Hari ni, keluarganya ada buat family gathering. Memang hujung minggu kedua setiap bulan, keluarga Qaisara pasti adakan family gathering. Motif, nak eratkan silaturrahim. Family gathering kali ni diadakan di sebuah pusat membeli-belah. Macam pelik ajekan buat family gathering kat pusat membeli-belah. Tapi dia orang datang sini bukannya nak window-shopping ke apa, tapi nak main bowling yang ada di tingkat atas bangunan membeli-belah ini.

            “Dik! Your turnlah.” Beritahu Qaisara pada adik lelaki pertamanya. Dia ada enam orang adik beradik. Dua perempuan, dan yang selebihnya lelaki. Yang sulung dan yang bongsu perempuan. Tengah-tengah lelaki. Ni memang perempuan yang kena lindungi lelaki ke caner?

            Disebabkan jaraknya dengan adik perempuannya sangat jauh. Pernahlah juga Qaisara terjebak jadi sekeras lelaki masa zaman budak-budak dulu. Nasib tak jadi tomboy aje dia ni. Tapi dia kembali jadi perempuan melayu terakhir sejak dia masuk asrama di tingkatan satu. Adalah juga hikmah bila dia masuk asrama tu. Kalau tak, semedang aje dia merengek setiap minggu minta nak balik rumah masa duduk kat asrama!

            “You see, kak? Strike! Mohon jeles.” Lepastu gelak. Qaisara yang tengok rasa macam nak muntah. Baru kali pertama main bowling dapat strike dah berlagak. Aku yang tak pernah dapat strike ni, okay aje. Tak ada pun macam dia tu. Berlagak!

            “Suruhlah cik abang yang hensem tu ajar. Abang Faiz kan pandai main bowling. Tengok tu..” Sambil tunjuk pada skrin yang tergantung. “Semuanya dia balun sorang. Tak kasi can langsung orang lain nak menang.” Kata adik lelaki Qaisara yang kedua pula.

            Qaisara geleng. Nak suruh Syed Faiz ajar dia main bowling? Hahaa.. memang tidaklah jawabnya. Nanti mesti dia tak lulus sebab asyik duk tenung laki dia. Macam mana entah nak belajar kalau macam tu.

            Qaisara tinggalkan adik-adiknya dan duduk di sebelah ayah. Ayah memang tak suka main bowling ni. Dengan alasan, bola bowling ni berat. Lagi, kalau main mesti bola bowling tu semedang masuk longkang. Tak pernah langsung kena pin yang berdiri megah kat hujung lane tu. Qaisara gelak aje lepas dengar alasan ayahnya. Bukan dia seorang aje yang gelak, okeh. Sekali dengan mama, sekali dengan Syed Faiz, sekali dengan adik-adik dia join gelak.

            Air milo dalam cawan plastik dia capai dan sedut isinya. Mata mulalah meliar pandang segenap tempat bowling ni. Dan pandangannya terpaku pada seseorang. Lama dia pandang tempat tu. Tak berkelip langsung. Sesekali dia senyum.

            “Tengok apa tu?” Tanya si ibu yang perasankan anaknya hanya pandang sesuatu tempat. Tapi dia masih lagi tak tahu anaknya pandang siapa.

            “Tu ha.. Tengok baby tu. Comel aje.” Senyum-senyum Qaisara. Dah puas, dia pandang mamanya semula. Bila pula mama duduk sini? Tadi bukan ada dia dengan ayah aje ke? Tengok tu, siap ada Syed Faiz lagi duduk  dihadapannya. “Sara tak sabar pula nak ada baby comel macam tu.” Masih lagi dengan senyuman.

            Puan Qamisah berpandangan dengan suaminya. Lepastu dia pandang pula menantu sulungnya. Berubah wajah tiga dewasa itu. Qaisara yang perasan dah mati senyum. Kenapa? Dia ada tersalah cakap ke?

            “Akak! Your turn!” Panggil Qhairul. Qaisara sahut seruan tu dan bangkit. Dia ambil bola bowling yang disediakan sebelum membuat lemparan. Harap-harap, dia dapat strike kali ni.

            Sementara di tempat tadi..

            “Kamu tak beritahu Sara lagi ke?” Soal Puan Qamisah pada menantunya.

            Syed Faiz geleng. “Tak sampai hati Faiz nak beritahu dia, ma. Takut dia terluka.” Menunduk. Dia masih lagi mencari masa yang sesuai untuk beritahu isterinya perihal yang satu itu. Sebelum semuanya jadi kucar-kacir.

            “Biar dia terluka sekarang, Faiz.” Nasihat Encik Qamarul.

            “Yes!” Bergema sorakan Qaisara ditengah-tengah meja tu. Guess what, dia dapat strike! Dia pandang barisan adik-adiknya. Kening siap dinaikkan lagi. “Akak pun bolehlah. Ingat korang aje ke?” Tanyanya bangga. Baru sekali dah berlagak!

            Syed Faiz nampak keseronokkan isterinya bila kali pertama dia dapat strike. Siap terlompat-lompat lagi dengan adik perempuan Qaisara tu. Senyum dia sekejap. Syed Faiz tak sanggup nak hancurkan senyuman dibibir gadisnya bila dia beritahu perkara yang satu itu. Kejamkah dia jikalau dia merahsiakan perkara tu?

            “Nanti kalau dia tahu dari orang lain, lagi susah.” Syed Faiz pandang bapa mertuanya.

            Mengeluh Syed Faiz jadinya. “Dia takkan tahu kot, ayah.” Yakin saje dia bersuara. Sebab yang merawat isterinya masa wanita itu kemalangan adalah dia. Dah rahsia itu, hanya dia, ahli keluarga dia dan juga keluarga isterinya sahaja yang tahu. Dan rahsia tu hanya akan terbongkar bila salah seorang dari mereka yang bersuara.

            “Sara tu nekad orangnya, Faiz. Lambat laun dia akan tahu juga. Mungkin kalau bukan kamu yang beritahu, mungkin orang lain. Mulut manusia, kita mana boleh tutup.” Pesan si ayah lagi.

            “Baiklah, Ayah. Faiz akan cari masa yang sesuai.”



SETAHUN selepas tu.. alahai, cepatnya setahun! Bajet tak dak idealah ni.. huhuu

Qaisara ikut nasihat kawannya. Qaisara ada ceritakan masalahnya pada kawannya yang juga seorang doktor. Dia berjumpa dengan kawannya tanpa pengetahuan suaminya. Dia berjumpa dengan kawannya itu juga sebab dia mahu tahu sesuatu. Dia mahu tahu kenapa sudah setahun tapi dia masih belum mengandung. Dan kawannya menyarankan agar membuat pemeriksaan lengkap pada doktor. Dan kawannya sudi membantunya untuk menjalankan pemeriksaan itu.

            Tiga hari selepasnya, sebaik sahaja dia diberitahu hasil keputusan sudah keluar, Qaisara bergegas berjumpa kawannya. Dia sangat tak sabar nak tahu apa keputusan itu.

            Qaisara pandang Aula. “Macam mana?” Tanyanya teruja. Dia sangat mahu tahu. Wajah muram Aula dia tatap. Kenapa wajah kawannya macam ni? Selalunya, wajah Aulalah yang paling ceria.

            “Sara..” Aula betulkan duduk. Rambut yang menghalang pandangan matanya disebak ke belakang. Dia tatap anak mata sahabatnya. “Masa kau kemalangan dulu, doktor mana yang rawat kau?” Soalnya.

            Qaisara ingat balik. Masa dia kemalangan dulu.. Ya, dia pernah kemalangan sebelum ni. Sewaktu dia berbulan madu dengan Syed Faiz sejurus selepas mereka bernikah. Belum sempat berbulan madu, dia sudah di’bulan madukan’ dulu. Dua minggu dia tak sedarkan diri. Sedar-sedar aje, dia dah ada di hospital. Bila tanya kenapa, Syed Faiz hanya beritahu yang dia tak apa-apa dan tak sedarkan diri dekat dua minggu.

            Dan yang buatkan Qaisara pelik, dia boleh tak ada apa-apa tapi dia tak sedarkan diri. Macam mana tu? Sejak dari hari tu, sampailah sekarang dia masih lagi tak faham. Tapi dia malas nak tanya. Malas nak buka mulut. Dia percaya omongan suami dia.

            “Setahu aku yang rawat aku masa kemalangan dulu tu, hubby aku aje. Kenapa weh?” Ya. Dia tak silap. Memang suami dia yang merawatnya. Sebab di dinding kepala katil tempat dia dirawat tu, dan juga tanda nama di pergelangan tangannya juga tertera nama suaminya sebagai doktor yang merawatnya.

            Aula pelik. “Sepatutnya suami kau beritahu kau pasal benda ni. Dia tak beritahu kau apa-apa ke?” Takkanlah Syed Faiz tak beritahu isterinya pasal benda penting ni? Dia pandang wajah Qaisara semula. Dari anak mata kawannya ni, dah boleh nampak semangat yang penuh berharapnya untuk mendapatkan anak. Tapi.. “Macam mana aku nak beritahu kau eh?” Aula rasa kolam matanya dah panas. Dia genggam tangan Qaisara yang ada atas meja.

            “Beritahu ajelah. Aku okay, kan?” Tanya Qaisara. Masih dengan wajah cerianya. Aula angguk dengan persoalan itu. Tapi soalan kedua yang diberikan Qaisara padanya buatkan air matanya yang ditahan-tahan gugur juga.

            Qaisara goncang tangan Aula. “Weh apsal ni? Aku boleh pregnant, kan?” Qaisara mengeluh. Orang tanya soalan mudah, boleh pula dia menangis. Qaisara bangkit. Dia berjalan mendekati Aula. Kawannya yang beragama Kristian itu dipeluk sebelum air mata yang jatuh diseka. “Aula.. Kau kenapa?”

            “Kalau aku beritahu kau.. Kau jangan terkejut.” Bersama sendu, dia berbicara. Sampul surat besar berwarna coklat di atas meja dia serahkan pada Qaisara. Qaisara ambil walaupun masih tak faham dengan permainan yang cuba dimainkan kawannya. “Apa ni?”

            “Just open it. I’m sorry.” Bibir digigit.

            Qaisara buka sampul surat itu. Segala macam jenis kertas dia keluarkan. Ada juga gambar berbentuk x-ray dalam tu. Tapi dia tak minat. Satu kertas yang terjatuh dilantai dia capai dan buka lipatannya. Huh. Macam-macam yang ditaip atas surat tu. Satu apa pun dia tak faham. “Aku tak fahamlah semua ni.” Sambil tunjuk pada surat ditangan. Ditengah-tengah surat tu ada gambar ovary wanita. Sistem reproduksi apa pula ni?

            “Sara, kau..” Aula pekup mulutnya.

            “Aku apa?”

            Aula menggeleng. “Aku dah buat pemeriksaan penuh pada kau, tapi hasil keputusannya.. Kau.. Kau tak boleh mengandung. Rahim kau dah kena buang. Kau takkan tak tahu?” Lemah suara itu meluncur keluar dari bibir.

            Qaisara terpempan. A.. Apa dia? Dia.. Dia tak boleh mengandung? Menggigil tubuhnya. Rasa nak tumbang. Tapi pantas dia berpaut pada meja Aula. Aula yang nampak langsung dudukkan Qaisara di kerusinya. Dia beri Qaisara masa untuk tenangkan hati dan fikiran.

            Qaisara pandang Aula. “Kau tipu akukan? Cakap dengan aku, kau tipu aku. Cakap dengan aku, Aula!” Tinggi suara Qaisara naik.

            “Tak, Sara! Swear, aku tak tipu kau. Untuk apa aku tipu kau?” Aula goncang bahu kawannya. Tubuh Qaisara dia peluk.

            Qaisara menangis lagi. Kenapa.. Kenapa? Kenapa Syed Faiz tak beritahu dia hal ni? Kenapa lelaki tu buatkan dia berharap selama ni? Patutlah bila dia bangkitkan depan lelaki itu soal anak, lelaki itu kalau boleh mahu mengubah topik perbualan mereka. Sekarang dia tahu apa puncanya.

            “Sabar, dear. Aku tahu kau kuat hadapi ni semua.” Kata-kata semangat itu, Qaisara terima dengan air mata yang mengalir.



“ABANG ada sesuatu yang abang rahsiakan dari Sara ke?” Tanya Qaisara sebaik sahaja mereka sudah makan malam. Nasib baiklah petang tadi masa dia sampai rumah, lelaki itu masih belum pulang lagi. Kalau tak, memang saat itu juga dia hentam suaminya minta penjelasan. Dia nak tahu semuanya malam ni juga.

            Syed Faiz laju menoleh isterinya. Rahsia? Tak ada rahsia yang dia sembunyikan dari isterinya selain.. Isterinya dah tahu ke? Ahh! Mustahil. Qaisara takkan tahu benda tu. Pantas dia menggeleng. Surat khabar di tangan dia sambung baca balik. Buat macam tiada apa-apa yang berlaku. “Mana ada.”

            “Betul?” Keras aje nada Qaisara.

            Syed Faiz angguk. “Betullah.” Balasnya.

            “Abang tahukan Sara tak suka orang tipu Sara?”

            Syed Faiz lipat surat khabar di tangan. Dia pandang isterinya yang berdiri di hujung sofa bersama tangan kiri yang disembunyikan di belakangnya. Sembunyi benda apalah isteri aku ni? “Sayang cakap apa ni? Abang tak fahamlah.” Masih dengan nada lembutnya.

            “Abang jangan buat-buat tak faham, boleh tak?”

            Syed Faiz mengeluh. Dah setahun dah dia berjanji dengan orang tua mertuanya bahawa dia akan beritahu perkara itu pada Qaisara. Tapi sehingga kini, dia masih membisu tak mahu buka mulut. “Meh sini, sayang. Duduk sebelah abang.” Dia tepuk sofa di sebelahnya.

            Qaisara menurut. Tapi dia tak langsung duduk. Dia berdiri di hadapan suaminya. “Abang buat Sara berharap selama ni. Dan abang juga yang buat Sara kecewa dengan harapan Sara yang menggunung tinggi tu.”

            “Sayangg..” Syed Faiz cuba nak capai tangan isterinya, tapi Qaisara mengelak. Qaisara hulurkan sesuatu yang disembunyikan di belakangnya pada Syed Faiz. “Apa ni?” Tanya Syed Faiz. Bergetar nada suaranya. Dan berharap, bukan seperti yang dia sangkakan.

            “Abang tahukan pasal benda ni?”

            Syed Faiz buka dan baca. Sudahnya, dia pandang wajah isterinya yang sudah bertakung air mata. Matanya dipejam untuk sesaat. “Sayang, abang boleh jelaskan,”

            “Jelaskan apa? Kalau Sara tak buat medical check-up, memang sampai mati Sara hidup dengan kebohongan abang.” Air mata gugur setitik demi setitik. “Kenapa abang rahsiakan benda ni dari Sara?” Nada suaranya perlahan.

            “Sayang, abang ada sebab kenapa abang sembunyikan dari sayang..”

            “Sebab apa? Sebab tak nak Sara kecewa?” Dia pandang suaminya yang sudah berubah warna mukanya. Dari putih terus berubah kemerah-merahan. “Terima kasih Doktor Faiz. Sebab doktor dah berjaya buat saya kecewa sangat-sangat sekarang ni.” Nada suaranya ditekankan. Qaisara terus berlari panjat anak tangga.



SUDAH seminggu. Seminggu Qaisara Aulia ada di bumi lagenda ini. Hatinya.. Hatinya yang terluka ini menjadi punca dia ke sini. Dia terluka apabila mengetahui suaminya sengaja merahsiakan penyakitnya daripadanya atas alasan tidak mahu isterinya kecewa. Dan hatinya bertambah terluka apabila ahli keluarganya sudah mengetahui perkara ini dari sejak dia kemalangan lagi. Bukan keluarganya sahaja, keluarga suaminya juga turut ketahui perkara ini.

            Seminggu juga dia pergi tanpa beritahu sesiapa. Telefonnya dimatikan. Dia tak mahu orang mencarinya. Biarlah dia di sini mahu menenangkan hati yang kecewa.

            Teganya mereka merahsiakan perkara ini. Tergamak sungguh. Kalau bukan sebab Aula yang cadangkan supaya dia buat pemeriksaan, mesti sampai hujung hayatnya dia takkan tahu perkara ini.

            Qaisara bangkit. Sandal yang menjadi alas duduknya disarungkan ke kaki. Rambut yang mengerbang ditiup angin pantai dia pegang. Pusing ke belakang mahu melangkah pulang ke tempat penginapannya disini. Cermin mata hitam yang mahu jatuh dia betulkan letak duduk di atas kepalanya.

            Kakinya melangkah mengikut jalan batu yang cantik dan unik rekaannya itu. Mesti pereka yang menghias chalet disini dah lama berkecimpung dalam bidang hiasankan? Sampai dia pun tak pernah terfikir mahu membuat hiasan seperti itu dirumahnya.

            “Aku ceraikan kau dengan talak satu!”

            Mati langkah Qaisara yang mahu pulang ke biliknya. Lafaz tu.. Cerai? Dia pandang pasangan yang berdiri tidak jauh dihadapannya. Lelaki itu berdiri bersama wajah yang menyinga sementara wanita itu pula sudah menunduk sambil mengalirkan air mata. Nampak tenang sekali wajah wanita itu biarpun sudah diceraikan oleh suaminya.

            Lelaki itu pergi tinggalkan wanita itu. Qaisara tarik nafas perlahan sebelum dihembusnya. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati wanita itu. “Akak..” Takut-takut dia bersuara. Wanita itu pandang Qaisara dengan senyuman.

            “Akak okay ke?” Wanita itu mengangguk. “Maaflah. Saya tak sengaja dengar semuanya tadi. Akak betul tak apa-apa ke?”

            Sekali lagi wanita itu mengangguk. “Tak apa, dik. Akak dah biasa dengan lafaz cerai tu. Kadang-kadang akak rasa bosan bila dengar.” Wanita itu ketawa kecil. Tapi jelas kedengaran sumbang di telinga Qaisara.

            Qaisara tak faham dengan maksud wanita ini. Dah biasa dengan lafaz cerai? “Maksud akak?” Tak pernah lagi dia jumpa perempuan macam ni. Seolah-olah macam, lafaz cerai tu dia buat main-main.

            Wanita tu senyum. “Jomlah kita duduk sana.” Sambil tunjuk pada satu kerusi panjang betul-betul dibawah pohon rendang menghadap ke pantai. Qaisara angguk dan ikut langkah wanita itu.

            “Nama akak, Zihah. Panggil aje Kak Zie.” Wanita itu memperkenalkan dirinya. Qaisara angguk. “Saya Sara. Qaisara Aulia.” Qaisara juga turut sama memperkenalkan dirinya.

            “Yang Sara dengar tadi tu, lafaz cerai yang akak terima untuk kali yang kelima.” Qaisara terkejut. Gilalah akak ni. Dah kahwin sampai lima kali? Ohh oh..

            “Terkejutkan? Tapi itulah kenyataannya,”

            Qaisara rasa.. Kasihan? Simpati lebih tepat pada wanita disebelahnya. Dah kahwin lima kali dan cerai juga sebanyak lima kali. “Kenapa boleh jadi macam tu, kak?”

            Kak Zie mengeluh sebelum membuang jauh pandangannya pada air laut yang nampak tenang dihadapan mereka. “Akak pernah kemalangan masa belajar dulu. Dan rahim akak ada masalah yang sangat teruk sampaikan terpaksa dibuang. Akak tak terima pada mulanya. Tapi setelah disedarkan, akak mula redha dengan keadaan akak sekarang ni. Sebab akak tahu, Allah nak uji akak. Mesti ada hikmah disebalik semuanya yang akak alami ni.” Kak Zie mengeluh lagi.

            Nampak wanita itu basahkan bibirnya sebelum bersuara kembali. “Akak bernikah dan tak sampai setahun pun pernikahan kami, akak diceraikan. Paling lama pun akak pertahankan rumah tangga akak, itupun dengan suami ketiga. Dua tahun usia pernikahan kami. Akak ada beritahu dia yang akak tak boleh lahirkan generasi keturunannya yang seterusnya. Dia terima, dan akak bersyukur sangat.

            “Tapi, mak suami akak tak terima dan suruh suami akak ceraikan akak dan bernikah dengan perempuan lain. Suami akak tu jenis yang patuh pada arahan emak dia. Dia ceraikan akak dan bernikah dengan perempuan lain walaupun tanpa kerelaannya sendiri. Akak redha dengan semua ni. Sebab akak tahu, mesti satu saat nanti akak akan mengandung dan dikurniakan anak juga. Tak didunia, mungkin di syurga nanti. Allah Maha Adil. Takkan pernah Dia sia-siakan hambaNya.” Sambung Kak Zie lagi.

            Qaisara yang mendengar sudah mengalirkan air mata. Dia menangis dibahu Kak Zie. “Saya pun sama juga macam akak. Saya datang sini sebab nak tenangkan fikiran. Nak hapuskan kekecewaan dalam hati. Selama ni saya ditipu hidup-hidup oleh suami dan ahli keluarga kami. Dia mereka tak beritahu saya langsung yang saya memang tak boleh mengandung. Rahim saya dibuang sebab kemalangan.”

            “Sara kena cerai macam akak juga ke?”

            Qaisara menggeleng. “Tak, kak.” Menunduk dia.

            Kak Zie senyum. Dagu Qaisara disentuh lembut. Dia dongakkan wajah Qaisara. “Sara patutnya bersyukur sebab suami Sara tak ceraikan Sara sebab Sara tak boleh sambung generasinya. Bukan macam akak, sebelum kahwin dah janji nak sehidup semati meskipun akak tak boleh mengandung, tapi akhirnya kena tinggal juga. Kena ceraikan juga. Sara patut bersyukur sayang. Bukan menangis mengenangkan kekecewaan hati.

            “Hey. Dengar cakap akak. Bukan senang tau seorang lelaki yang bergelar suami nak terima keadaan isterinya yang tak boleh beri dia zuriat langsung. Sara patutnya bangga sebab punya seorang suami yang menyayangi Sara sepenuh hati.” Sambung Kak Zie lagi.

            “Dah. Jangan menangis macam ni. Sara tu muda lagi. Tinggalkan masalah ni dan melangkah ke depan. Kita tak tahu lagi tau apa hikmah disebalik semua ni. Hidup masih panjang untuk diteruskan. Peluang untuk bahagia tu sentiasa terbuka di depan mata. Kalau Sara asyik terus-terusan menganggap yang Saralah manusia paling tak berguna, Sara silap.

            “Cuba Sara buka mata luas-luas. Pandang sekeliling. Pandang manusia. Masih ramai lagi wanita yang senasib dengan Sara. Belajar untuk kuat dari mereka.”

            Qaisara hapus air matanya. Kata-kata semangat dari Kak Zie betul-betul buat dia rasa sesuatu. Hatinya, mindanya, fikiran dan jiwanya seolah-olah meresap sesuatu.

            Betul cakap Kak Zie. Kalau dia rasa dialah manusia paling malang, dia silap. Sebab ada lagi manusia yang lagi malang dari dirinya. Ya Allah, maafkan aku.



QAISARA perhatikan sebatang tubuh yang terbaring lena diatas katilnya. Dia berkira-kira mahu keluar dapatkan bantuan tapi langkahnya mati bila dia cam wajah itu. Syed Faiz! Apa dia buat kat sini? Macam mana dia tahu aku ada kat sini?

            Tubuh itu bergerak perlahan di atas katil bila cahaya lampu mengganggu lenanya. Lelaki itu mesti akan terjaga bila ada lampu disekelilingnya. Bila tak ada lampulah antara masa yang paling afdhal dia boleh terlena.

            Qaisara hanya memerhati suaminya yang mengeliat diatas katil bersama jubah putihnya. Dari hospital langsung menjengah ke sini ke apa? Lelaki itu capai telefon yang terbaring disebelahnya. Lelaki itu masih belum perasankan dirinya disini. Syed Faiz mati tingkahnya yang mahu turun dari katil. Bibirnya tersenyum bila perasankan tubuh itu. “Hai sayangg..” Sapa Syed Faiz bersama suara seraknya.

            “Abang buat apa kat sini?”

            Syed Faiz buka jubah putihnya. Butang dihujung lengan kemejanya dibuka. Juga sama dengan dua butang paling atas kemejanya. Lepastu dia bangkit pandang isterinya. “Cari isteri abang.” Balasnya senada.

            “Macam mana abang tahu Sara ada kat sini?” Masih dengan persoalannya yang bertubi-tubi. Memang sekarang ni dia jadi tukang tanya soalan ajelah.

            “One of my friend. He’s owner of this resort, for your information. Dia yang beritahu abang.” Dan terima kasih untuk itu pada salah seorang dari kawan sekolahnya itu. Kalau tak ada si Fareed tu, memang sampai berjumbalah dia tak jumpa isterinya ini.

            “And I’m so sorry. Dah lama dah dia beritahu abang. Dari hari pertama sayang datang sini. Tapi abang baru boleh datang hari ni sebab dua tiga empat lima hari ni, abang ada pembedahan yang perlu dilaksanakan. Sorry again.” Kalau bukan disebabkan tugas, mungkin dah lama dia datang sini jejak isteri.

            Qaisara hanya diamkan diri. Dia tahu persis tugas suaminya sebagai seorang doktor. Selalu juga dia kena tinggal sebab suaminya on duty. Tapi nak buat macam mana, orang sakit tanpa mengira masa. Setiap saat, pasti ada sahaja orang yang sakit. Dia faham itu.

            “Sayangg..” Syed Faiz capai dan cium tangan tu. “I’m sorry. Abang ada sebab sendiri kenapa abang rahsiakan dari sayang.” Tangan isterinya dikucup lagi. “Sebab.. Abang nikah dengan sayang bukan untuk anak. Tapi untuk bimbing sayang abang ni masuk syurga sama-sama. Hal anak tu, mungkin bukan rezeki kita untuk dapat kat dunia ni. Mana tahu di akhirat, di syurga nanti kita dapat anak.”

            Qaisara gigit bibir. Matanya dah panas. Tak tunggu lama, dia terus peluk lelaki itu. “Sepatutnya Sara yang minta maaf dari abang.. Sebab Sara tak..”

            “Shhtt, sayang.. Abang yang patut minta maaf.” Belakang tubuh isterinya digosok lembut. Lama mereka berpelukan seperti itu sehinggalah Syed Faiz yang meleraikan pelukan di antara mereka. Air mata yang bersisa disekanya lembut. Mata isterinya dicium. “Tak nak menangis macam ni. Abang tak sukalah..” Manja suara Syed Faiz bikin Qaisara gelak.

            “Sorry cause I came here without your permission.

            “Abang faham kenapa sayang buat macam ni. It’s okay. Hmm.. Dah. Jom teman abang mandi. Badan dah melekitlah.” Rengek Syed Faiz.

            Membulat mata Qaisara. Apa dia? Teman mandi? “Eh, mandilah sendiri. Suruh orang teman lak.” Bibir dah tayang muncung.

            “Alah, apa salahnya. Abang rindulah nak mandi sama-sama dengan sayang.. Jomlah..” Rengek Syed Faiz macam budak kecil minta susu. “Jomlahh..” Siap guntil lagi hujung baju Qaisara tu yang rasa nak gelak tu.

            Qaisara menggeleng. Gila apa.. Dia baru aje sudah mandi sebelum keluar tadi. Takkan nak mandi balik? Qaisara menjerit bila rasa tubuhnya digendong. Ohh my.. “Abanggg!” Jeritnya.

            “Ya sayang? Apa dia? Nak suruh abang mandikan? Bukan? Dah tu? Ohh.. Nak suruh abang sabunkan eh? Ohkay, okay. Beres sayangg..”
            Qaisara tepuk dahi ajelah bila dengar.


~TAMAT DAH~

2 comments:

Buah fikiran anda amatlah di hargai.