"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Friday, October 23, 2015

Cerpen - Love You, XOXO [End]

SAFIYA hembus nafas perlahan. Angin sepoi-sepoi bahasa waktu petang langsung tidak membantutkan perlakuannya saat ni. Sepasang mata itu redup memandang keindahan pantai tidak jauh di hadapannya. Melihat pelbagai ragam manusia melalui balkoni bilik ini sesekali buatkan dia menggeleng kepala. Dunia yang penuh dengan drama.

            Nafas dihembus sekali lagi. Berat. Sangat berat. Sesekali rasa berat itu memeningkan kepalanya. Sakit. Teramat.

            “Here you are.” Suara itu buatkan Safiya menoleh. Dan untuk sesaat, terasa bangku di sebelahnya di duduki seseorang. “Puas aku cari kau,” Suara itu kedengaran lagi.

            “Hmm..” Safiya senyum kelat. Dia pandang kembali keindahan pantai. Sungguh, dia tak punya mood untuk beramah-mesra dengan sesiapa. Dia masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang ni. Terasa situasi yang berlaku sekarang ni terasa pantas berjalan sampai dia sendiri tak sedar yang dia sudah berada di sini.

            “Tak nak pergi pantai ke?” Tanya lelaki itu lagi cuba memeriahkan suasana.

            Safiya menggeleng. “Malas.” Jawabnya pendek.

            “Hmm, tak nak jenjalan?” Soalan lain pula.

            Safiya menggeleng lagi. “Malas.” Masih dengan jawapan yang sama.

            “Tak nak..”

            “Ayish!” Safiya pintas ayat Ayish sehingga lelaki itu terdiam. Meninggi suaranya memanggil nama lelaki itu. “Aku tak nak keluar langsung dari bilik ni. Kau faham tak?” Suaranya tinggi kedengaran.

            Ayish terdiam. Tersentap dirinya saat ditengking sebegini oleh Safiya buat kali pertama. Air liur ditelan. “Ohkay.” Dia bangkit dan masuk ke dalam bilik sekaligus berjalan keluar dari bilik yang di diami mereka.

            “Ayish!” Panggil Safiya. Dia bangkit mahu mengejar lelaki itu. Tapi dia mengeluh saat mendengar bunyi pintu ditutup kuat. Dia jatuh terduduk di lantai. Muncul rasa bersalah saat ini dalam hatinya. “Ayish, aku minta maaf.” Bisiknya walaupun dia tahu Ayish takkan dengar ucapan maafnya itu.

            Safiya mengeluh. Dia tak patut buat Ayish macam tu. Ayish dah tolong bantunya tutup rasa malu saat ni pun dia dah rasa lega. Apa lagi yang tak cukup, Fiya? Ayish maafkan aku.

            Dia capai telefon bimbit yang terletak dihujung katil. Nombor Ayish didail. Tapi panggilannya tidak dijawab lelaki itu. Dicuba sekali lagi. Tetap sama. Dicubanya buat kali ketiga, kalini lelaki itu mematikan telefon bimbitnya.

            Safiya mengeluh. Apa dia nak buat sekarang ni?


SETELAH tiga jam barulah tubuh Ayish kelihatan dalam bilik. Itupun lelaki itu terus menonong masuk ke dalam bilik air dan keluar semula bersama air wudhuk yang membasahi wajah dan beberapa bahagian anggota tubuhnya. Disaat lelaki itu menghamparkan sejadah,

            “Ayish, tunggu aku. Kita jemaah.” Tanpa tunggu jawapan balas, Safiya pantas bangkit dan masuk bilik air. Dia keluar semula dan terus mencapai telekung. Dia senyum saat Ayish memandangnya tanpa perasaan. Kali pertama dia melihat wajah Ayish sebegini dan dia tahu itu semua berpunca dari dirinya.

            Mereka menunaikan solat Asar berjemaah buat kali pertama setelah bergelar suami isteri. Tentunya rasa yang lain menusuk jiwa disaat Ayish mengalunkan ayat suci al-Quran. Sungguh, Safiya rindukan nada suara itu untuk empat tahun ini.

            “Ayish..” Panggil Safiya saat Ayish sudah bangkit selesai membaca doa. Dia tak fikir lain. Apa yang dia fikir saat ni hanya, meminta sebuah kemaafan dari Ayish.

            Ayish berhenti. Tapi dia tak menoleh. Hanya menunggu ayat seterusnya dari Safiya. Jujur, dia sedikit kecil hati dengan Safiya. Inilah kali pertama wanita itu menengkingnya sepanjang mereka berkawan.

            Safiya mengeluh bila Ayish langsung tidak menoleh memandangnya. “Aku minta maaf.” Ucapnya. Matanya jatuh pada bahagian belakang Ayish.

            “Hmm..” Hanya itu yang dibalas Ayish sebelum dia kembali mulakan langkahnya. Pintu hotel yang di diami mereka dihampiri.

            “Ayish..” Sekali lagi Safiya memanggil namanya. “Please say something, Ayish. Jangan macam ni.” Tuturnya perlahan. Dia tak nak tengok mereka macam ni. “Okay look. I know it my fault. It's all my fault.” Ucap Safiya mengaku kesalahan diri. “Tapi tolong jangan macam ni. Aku minta maaf.”

            Ayish mengeluh dan menoleh menghadap Safiya. Lama dipandang wanita itu. “Stop blaming yourself, Fiya.” Ucapnya tanpa nada. Dia tak tahu nak beraksi bagaimana dan macam mana.

            Safiya melangkah dua tapak ke hadapan. Dia berdiri betul-betul dihadapan Ayish. Sedikit mendongak wajahnya untuk melihat wajah lelaki itu. “Aku akan terus salahkan diri aku sampai kau maafkan aku,”

            Ayish hembus nafas. Kuat hembusan nafasnya sehingga dia nampak beberapa urat rambut Safiya beterbangan. “Kau tak pernah buat salah pada aku, Fiya.” Jawabnya jujur.

            “Maksud kau?” Safiya tak faham.

            “Tak ada sebab untuk aku maafkan kau.”

            “Tapi tadi..”

            Ayish menggeleng. “It’s okay. Aku faham perasaan kau yang tengah bercelaru sekarang ni. Mood kau boleh berubah-ubah. Aku faham. Dan aku tak marah pun pada kau.” Dia senyum cuba menutup rasa kecewa di hati.

            “Kau serius, kan?”

            Ayish angguk dengan senyuman.

            Dalam masa sesaat, tubuh sasa Ayish dipeluk Safiya erat. “Aku janji, aku takkan tinggikan suara lagi pada kau.”

            Sementara Ayish tergamam dengan tindakan reflek dari Safiya. Buat kali pertama, Safiya memeluknya dan buat kali pertama mereka serapat ini. Dan entah kenapa, jantungnya laju berdegup. Kencang.

            Ohh, perasaan apakah ini?


“AYISH..” Panggil Safiya.

            Ayish yang tekun memandang komputer riba menoleh. Dia tersenyum bila matanya bersatu dengan mata Safiya di sebelah. “Apa dia?” Dia kembali pandang laptop. Membalas chatting dari kawan-kawan Facebooknya.

            “Wanna ask something,

            Ayish menoleh. “Boleh cakap melayu tak? Aku penatlah nak speaking all the time. Dalam flight kena speaking, dengan kau pun kena speaking juga. Aku rindu bahasa kebangsaan, indeed.

            Safiya senyum. Suruh aku cakap melayu, tapi dia tak sedar yang dia pun berspeaking juga tadi. Ayish.. Ayish.. “Iyalah,” Dia akur.

            Safiya betulkan duduknya. Dia bersila menghadap Ayish. Kardigen labuh yang dipakainya dibetulkan. Sanggulan pada rambut diperkemaskan. “Nak tanya sesuatu,” Dia ulang semula ayatnya tadi.

            “Apa dia?” Pantas respond dari Ayish.

            Safiya tarik nafas. “Kenapa kau sudi kahwin dengan aku?”

            Mati gerak jemari Ayish di papan kekunci. Dia mendongak pandang Safiya. Mata comel itu dicarinya. “Kenapa aku kena jawab soalan kau?”

            “Sebab aku perlu tahu,”

            Ayish jungkit bahu. “Aku hanya nak selamatkan air muka keluarga kau,”

            “Just.. ehem,” Dia berdehem bila mulutnya tersasul mahu berbahasa inggeris. “Itu saja?”

            Ayish angguk dengan rasa yang amat berat.

            Lemah semangat Safiya saat itu. Kiranya Ayish menyintainya sehingga lelaki itu sanggup mengahwininya. Tapi.. Bibir digigit. Perih dan pedih hatinya saat ni. Apa yang dia dapat tak seperti yang dia jangka.

            “Jadi apa tujuan yang sebenarnya kita berkahwin ni?” Soalnya lemah.

            Ayish jungkit bahu. “Aku akan lepaskan kau, kalau kau dah jumpa seseorang yang boleh jaga kau.” Dia kemam bibirnya bila apa yang dirasa di akal sangat terpesong dengan hatinya. Dia terpaksa cakap seperti itu kerana dia tahu hati Safiya masih pada Amir.

            Kabur pandangan Safiya. “Jadi kita kahwin ni untuk bercerai?” Nada suara yang semakin hilang dibawa arus kesedihan cuba dihapus.

            Lambat-lambat Ayish angguk. Matanya masih lagi pada skrin laptop. Sungguh, dia tak mampu nak pandang Safiya saat ni. Dia takut dia lemah dan ucapkan apa yang hatinya rasa.

            Safiya angguk dua kali sebelum bangkit. Tandas menjadi arah tujunya saat ni. Sebaik saja pintu tandas dikunci, dia jatuh terduduk di lantai. Dan air matanya jatuh tika itu juga.


SAFIYA hembus nafas. Dia nak lupakan segalanya. Dia nak lupakan semuanya. Semuanya yang menjadi alasan kenapa Ayish sanggup menggantikann tempat Amir dihari pernikahan mereka. Kerana, alasan itu sangat sakit untuk dia terima. Sangat susah untuk dia hadam sekaligus.

            Nafas dihembus lagi. Dan lagi. Mindanya cuba dikosongkan. Fikir sesuatu yang buat kau bahagia Safiya. Fikir sesuatu yang buat kau gembira. Jangan semakkan kepala kau dengan hal itu. Jangan.

            “Hey!” Muncul seseorang dari belakang menegurnya.

            Safiya menoleh. Dia senyum kelat pada adiknya.  Adiknya itu santai berbaju kemeja berwarna biru muda dengan lengan baju disinsingkannya sehingga ke siku. Di kepala adiknya tersarung satu topi. Manakala mulut tengah mengulum lolipop. “Baru balik?” Soalnya senada.

            Nik Shahir angguk. Sling bag diletakkan di lantai. Dia duduk di sebelah kakaknya. “Bila akak sampai?” Soalnya pula. Tadi pagi masa dia ke kelas, kakaknya masih belum tiba di sini.

            “Adalah dalam sejam dua macam tu.” Balasnya. Dia kembali pandang pemandangan dihadapannya. Pokok bunga hasil tanaman si Mama mekar membunga dihadapan mata. Sangat menyegarkan mata dan minda.

            Shahir pegang bahu kakaknya. “What wrong?” Soalnya prihatin. Semenjak tadi dia perasan perubahan di wajah kakaknya. Tiada keceriaan dan keserian langsung di wajah itu. Sesuatu berlaku pada kakaknya kah?

            Melihatkan gelengan itu, dia meliarkan mata melihat sekeliling. Mencari seseorang. “Mana abang Ayish?”

            Tanpa memandang adiknya, Safiya membalas “Ada dalam bilik. Tengah tidur. Malam nanti dia ada flight.

            Shahir angguk. Patutlah pun. Dipandang sekali lagi sisi wajah kakaknya. “Akak, akak okay ke?” Soalnya sekali lagi. Dia risau tengok wajah kakaknya.

            Safiya angguk seraya tersenyum. “Okaylah. Kenapa tanya macam tu?” Dipandang wajah kacak adiknya.

            “Akak nampak lain.” Komennya. “Nampak tak berseri. Tak ceria macam selalu.” Dan lagi.

            Safiya senyum. Terlalu nampak sangatkah? Ohh nampaknya, dia tak bijak lagi nak sembunyikan apa yang dia rasa dari adiknya. Lantas dia memegang lengan itu. “Akak okay, kau jangan risau eh?”

            Nik Shahir angguk. Dia pasti ada sesuatu yang tak kena. Tapi dia tak tahu puncanya. Dia, harus cari jawapan. Wajib.


KERETA diberhentikan di halaman rumah. Safiya dan Ayish saling berpandangan bila ada sebuah kereta terparkir di garaj rumah.

            “Siapa datang?” Soal Ayish. Enjin kereta dimatikan.

            Safiya menggeleng. “Mana tahu. Tadi Mama tak beritahu apa-apa pun.” Balasnya. Tadi sebelum dia bergerak untuk mengambil Ayish di lapangan terbang, tiada pula Mama atau Ayah atau Shahir memberitahunya akan kedatangan tetamu hari ni.

            Ayish keluar dari kereta. Bahagian penumpang belakang dibuka dan diambil flight bag miliknya. Kemudian, kereta dikunci sebelum mengikut langkah Safiya dari belakang. Mereka bersama masuk ke dalam rumah selepas memberi salam.

            Ada seorang lelaki bersama seorang wanita yang duduk membelakangi mereka. Safiya senyum pada Puan Hafizah yang lagi senyum kelat padanya. “Ada orang nak jumpa Fiya.” Beritahu wanita itu.

            Safiya kerut dahi. Dia pusing melihat tetamu yang hadir. Melihatkan gerangan si tetamu, senyumannya perlahan-lahan pudar. Kaku pandangannya pada si tetamu. Lagi bertambah kaku pandangannya bila melihat wanita yang datang bersama lelaki itu.

            Lantas dia pusingkan tubuhnya. “Fiya tak nak jumpa diaorang.” Dia mulakan langkah.

            Tangannya yang tiba-tiba dipegang seseorang buatkan Safiya berhenti. Kemudian, dia terdengar suara seseorang dekat ditelinganya. “Mama tak pernah ajar adab dengan tetamu macam ni, sayang.” Cukup hanya dirinya dan Puan Hafizah yang mendengar.

            Safiya mengeluh. Mama betul. Baik Mama mahupun Ayah langsung tak pernah ajar anak-anak mereka adab dengan tetamu seperti ini. Tapi sekarang, dia terpaksa. Terpaksa untuk berkelakuan seperti ini.

            “Fiya..” Panggil suara itu. Suara yang pernah dicintainya sebelum ini. Suara yang selalu membuatnya tersenyum saban waktu. Tapi sekarang, suara itulah yang paling dia benci saat ini. “Saya minta maaf.” Pohonnya.

            Safiya masih mendiamkan diri. Dia tak punya mood mahu membalas apa yang diucapkan Amir padanya.

            “Saya tahu saya salah,”

            Safiya pusingkan tubuhnya. Memandang Amir dan seorang wanita di sebelah lelaki itu. Lama dia bertentang mata dengan Amir sebelum pandangannya jatuh pada wanita di sebelah lelaki itu. Lantas senyuman sinis dihadiahkan pada wanita itu.

            “Ni ke lelaki yang kau sayang separuh mati dulu?” Sinis pertanyaan itu. “Patutlah kau bukan main tak nak tunjukkan pada aku siapa lelaki tu dulu,” Sinis lagi.

            “Fiya aku..”

            “Apa?” Safiya pantas memotong. “Nak minta maaf dari aku?” Disoal sinis lagi. Dia mendengus. “Maaflah, tiada ungkapan maaf dalam kamus hidup aku untuk kau.”

            “Fiya, kita kawan kan?” Tanya wanita itu walaupun dia tahu, tiada guna pertanyaan itu saat ini.

            “Kau dah mati bagi aku.” Balasnya keras. “Leave!” Usirnya kasar. Dia muak melihat wajah keduanya.

            “Fiya..”

            Safiya pusingkan tubuhnya. Berjalan ke anak tangga dan biliknya dituju.


AYISH tarik nafas. Sudahlah penat baru balik kerja. Ingatkan boleh terus berehat, tapi tak juga. Peak cap miliknya diletakkan atas katil. Blazer yang dipakainya dibuka dan dimasukkan dalam bakul baju kotor. Lengan kemeja yang dipakainya disinsing hingga siku. Lepastu pandang Safiya yang duduk berteleku di balkoni bilik. Dia mengeluh sebelum mendekat.

            Ayish duduk bersila disisi isterinya. Punyalah banyak kerusi kat balkoni ni, lantai juga yang dia pilih? Hailah isteri aku.

            “Tak nak menangis?” Tanya Ayish tiba-tiba.

            Safiya menoleh. Berkerut dahinya mendengar pertanyaan itu. “Maksud kau?” Tak mengerti. Tetiba nak suruh aku menangis dah kenapa?

            Ayish senyum. “Iyalah, kau kan kalau tengah marah atau kecewa, mesti akan menangis. Jadi, kau tak nak menangis ke?” Knowing Safiya, pasti akan menangis kalau hatinya terusik dengan sesuatu yang tidak menyenangkan.

            Safiya mendengus. “Buat membazir air mata sajalah menangis untuk dua manusia keparat tu.” Balasnya penuh marah.

            Ayish senyum kelat. Walaupun dia tidak berada di tempat isterinya, tapi sedikit-sebanyak, dia juga merasai apa yang dirasai isterinya secara tidak langsung. Tangan kirinya diangkat, memeluk bahu isterinya. Tubuh kecil itu dibawa dekat di dadanya sebelum di peluk erat. “Menangis saja. Aku tahu hati kau terluka dengan semua ni.”

            Dan Ayish tersenyum pahit saat dia mendengar tangisan dibalik dadanya. Entah kenapa, hatinya jadi teramat sakit mendengar tangisan kemarahan itu. Lagi bertambah sakit bila mengenangkan sebab yang menjadi punca air mata itu mengalir.

            “Just crying. Dada aku sentiasa ada untuk kau.” Diusap belakang tubuh kecil itu.


“FIYA, JOM.” Ajak Ayish sebaik saja dia menuruni anak tangga. Dia bergerak ke key locker untuk mengambil kunci keretanya.

            Safiya yang semenjak tadi sudah bersiap pantas bangkit. Beg tangannya dicapai sebelum menjerit, “Mama, kitaorang nak gerak dah.” Dia bergerak ke pintu rumah.

            Puan Hafizah yang tengah mencuci pinggan di dapur pantas menutup pili singki dan bergerak ke ruang tamu. Setiba di ruang tamu, senyuman anak menantunya menggamitnya di situ. “Nak gerak dah? Cepatnya.” Rasa berat hati pula nak lepaskan anak sulungnya pergi.

            Safiya hanya senyum. Jujur, dia juga rasa sedih nak duduk berasingan dengan Mamanya. Tapi dia terpaksa berpisah juga kerana mengikut suaminya. “Alah Ma, rumah kitaorang dekat sajalah. Setiap hari Mama nak datang pun boleh.” Ucapnya cuba menutup rasa sedih di hati.

            Berpisah dengan Mamalah antara saat yang dia paling tak suka.

            “Ha’ah kan. Memang Mama tak ada kerja lain.” Perli Puan Hafizah. Dia senyum sebelum menyambut huluran tangan dari menantunya. “Jaga anak Mama elok-elok.” Pesan seorang ibu pada menantunya.

            Ayish senyum kacak. “Baiklah.” Dia genggam tangan itu. Nak beritahu bahawa, kalau Mama tak pesan pun, dia sendiri akan menjaga isterinya sebaik yang mungkin. Akan melindungi isterinya dengan seluruh tenaganya.

            “Kalau Ayish dah rasa jemu nak jaga Fiya, pulangkan dia balik pada Mama ya, nak. Jangan disakitkan hati dia.” Lirih ayat itu melantun keluar dari bibir Puan Hafizah.

            Ayish berpandangan dengan Safiya. Berkerut dahinya mendengar ayat itu.

            “Mama..” Tegur Safiya kurang senang hati dengan ayat Mamanya. “Kenapa cakap macam tu?” Jantungnya laju mengepam darah.

            Puan Hafizah hanya senyum dengan pertanyaan anaknya.

            Safiya pandang Ayish kembali. “Jom.” Ajaknya tidak mahu berlama-lamaan di sini. Takut andai dirinya meraung sebab tak mahu berpisah dengan Mama.

            Ayish angguk. Dia hanya memandang langkah Safiya berjalan keluar ke laman rumah. Dan dia kembali memandang ibu mertuanya. Satu senyuman dihadiahkan. “Ayish akan jaga dia, Mama. Ayish takkan pernah jemu jaga dia.” Jeda. “Mama doakan kebahagiaan buat kami, okay?” Dia senyum lagi sebelum sekali lagi menunduk mengucup tangan itu.

            Bergenang kelopak mata Puan Hafizah mendengar janji menantunya. Semoga menantunya berpegang pada janji. Dia balas senyuman itu sebelum mengesat air matanya yang tiba-tiba jatuh.

            “Mama, kirim salam dekat Ayah dengan adik.” Pesan Safiya sebelum masuk ke dalam perut kereta. Cermin tingkap diturunkan. Dan dia terus-terusan melambai Mamanya sehinggalah kelibat Mama hilang dibalik rumah-rumah jirannya.


SAFIYA terbesin tiba-tiba bila mana debu habuk memasuki rongga hidungnya. Hidung digosok kuat. Nah, inilah kelemahannya. Habuk. Asyik nak terbersin saja. Lantas dipandang Ayish disisi. “Berapa lama kau tinggalkan rumah ni?” Habuk dia, masya-Allah. Dah bercicit kot segala habuk ni.

            Ayish sengih. Belakang lehernya digosok. “Lamalah juga. Hampir enam bulan.” Perlahan ayat itu meluncur keluar. Sangat lama dia tak menapak ke rumahnya ini. Rumah yang dibeli dengan duit gajinya sendiri.

            Safiya telan liur saat mendengar jangka masa rumah ini tidak berpenghuni. Nasib baiklah masa dia masuk tadi, dia dah baca selawat dan memberi salam. Dia gigit bibir. Dipandang persekitaran rumah ini. Besar boleh tahan. Cantik. Dekorasi rumah dan perabot juga cantik. Tertanya-tanya dia dah berapa banyak duit yang Ayish keluar untuk menghias rumah ini.

            “So, jom.” Ajak Ayish secara tiba-tiba buatkan Safiya tertanya-tanya. Dia menggaru kepalanya. “Jom? Jom apa?”

            Ayish senyum senget. “Jom kemaslah. Takkan nak duduk dalam habuk berdebu ni?” Nak ketawa dia melihat wajah blur isterinya. Blur macam tu pun dah comel. Apalagi kalau senyum, lagilah bertambah comel.

            Safiya juga sengih. Lantas dia angguk. Maka bermulalah proses membersihkan kawasan rumah.


SIAP SEGALANYA, mereka menapak ke tingkat dua bersama beg ditangan masing-masing. Master bedroom dimasuki mereka berdua. Dan Safiya pantas memandang Ayish disebelah. “Hmm, kita nak tidur satu bilik ke?”

            “Kenapa tidak?” Tanya Ayish pelik. Dia meletakkan beg ditangannya di hadapan pintu almari. Kemudian, dia melangkah ke katil merebahkan tubuh disitu. Penat.

            Safiya angguk. Dia menutup pintu bilik sebelum membuat perkara yang sama dengan Ayish. Penat mula terasa saat dia merebahkan tubuhnya atas tilam yang empuk itu. “Penatnya..” Dia mengeluh. Sakit segala urat sarafnya saat ni.

            “Ayish..” Panggil Safiya. Matanya perlahan-lahan mulai pejam.

            “Hmmm..”

            “Thanks.” Dia senyum.

            “What for?

            “For everything.

            “Mentioned not!

            Safiya senyum sebelum dia dibawa mimpi yang indah. Sangat indah.


AYISH capai kunci kereta dari atas meja kopi. Alat kawalan jauh televisyen dicapai sebelum TV ditutup siarannya. Jam di pergelangan tangan kanan dikerling. Tujuh empat puluh lima minit malam. Dia pandang anak tangga. Kosong.

            “Fiya!” Sedikit menjerit Ayish memanggil isterinya. Apa bersiap lama sangat ni?

            “Fiya!” Dipanggil lagi nama itu bila tiada sahutan balas.

            “Yeah. Coming!” Selepas beberapa minit barulah sahutan itu berbalas. Bersama itu, satu figura menuruni anak tangga.

            Safiya menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Tiba di bawah, dia pandang Ayish yang lagi membetulkan rambutnya. “Maaf lambat.” Ucapnya.

            “Hmm..” Dia kalih anak mata memandang isterinya. Dan untuk seketika, matanya seakan terpaku pada wajah isterinya. Lama.

            Safiya yang memerhati sekadar memandang pelik. Dia melambaikan tangannya dihadapan wajah itu. Bahu Ayish digoncangnya juga. “Kau kenapa?” Soalnya hairan. Macam nampak hantu sajalah.

            “Tak..” Dia masih lagi pandang Safiya dihadapannya. “Sejak bila kau..” Sambil tunjuk pada selendang yang menutupi rambut isterinya. Macam tak percaya yang Safiya kini sudah berhijab.

            Safiya senyum manis. “Okay kan?” Dia minta pendapat lelaki itu.

            Ayish angguk. “Perfect!” Ucapnya. Entah kenapa, dia rasa tenang bila memandang wajah isterinya sekarang ni. Sejuk hatinya.

            “Tak ada cacat cela, kan?” Disoal lagi. Imbasan wajahnya di cermin dipandang.

            “Tak adalah. Serius, kau nampak cantik sangat.” Puji Ayish tanpa sedar. Dia tersenyum melihat gelagat isterinya yang tengah membetulkan selendang di kepala. Comel.

            Safiya senyum. Berbunga hatinya saat dipuji cantik oleh suami. Inilah apa yang diimpikannya sejak sekian lama.


TIBA di rumah keluarga Ayish, mereka disambut oleh Puan Hidayah serta adik perempuan Ayish, Aliya. Tersenyum keduanya menyambut kehadiran Ayish dan Safiya.

            “Wow! Gergousnya kakak.” Puji Aliya. Sempat dia cuit pipi Safiya sebelum tergelak. Memang semenjak dahulu lagi dia menyukai Safiya. Dan doanya untuk melihat abang dan Kak Fiya bersatu akhirnya termakbul walaupun mereka bernikah bukan atas dasar cinta.

            “Jom masuk.” Ajak Puan Hidayah.

            Langkah Safiya mati tiba-tiba dan itu membuatkan Ayish memandangnya. “Kenapa?” Soal Ayish hairan.

            “Aku takutlah.” Luah Safiya. Itulah apa yang dia rasa semenjak tadi. Bukan, semenjak dia diberitahu Ayish tentang perjumpaan keluarga ini.

            Terjungkit sebelah kening Ayish mendengarnya. Takut? “Nak takut apa? Saudara aku semuanya makan nasi.” Dia senyum.

            Safiya mengeluh. “Saudara kau masih belum tahu yang kau dah kahwin, kan?” Ditatap anak mata Ayish.

            Ayish mengeluh. Dia lupa itu. Dan tiba-tiba saja, ingatannya teringat pada Mak Longnya. Dia pandang isterinya. Tangan naik memegang kedua bahu itu. “Everything gonna be okay. Believe me.” Dia senyum walaupun dia sendiri tak yakin.

            Safiya telan liur. Dia senyum kelat bila Ayish mengangguk. Lantas dia menarik nafas sedalamnya sebelum mengangguk pada Ayish.

            “Aku ada.” Bisik Ayish sebaik saja mereka mulakan langkah.

            “Assalamualaikum,” Sapa Ayish bersama debaran yang penuh di dada. Dia bersalaman dengan sanak saudaranya yang sudi mampir ke rumahnya lewat malam itu.

            “Kau pun ada sekali?” Ayish tegakkan badannya saat mendengar suara Mak Longnya. Dipandang Mak Longnya dan seseorang yang tengah menundukkan wajah bersama tangan kanan yang dihulurkan untuk bersalam.

            “Ayish.” Meninggi suara Mak Long memanggil anak saudaranya. “Apa fungsi budak ni ada kat sini?” Tanya Mak Long tanpa langsung memikirkan hati Safiya yang sudah terguris.

            “Dia ada nama, Mak Long.” Perlahan ayat itu.

            “Tak kisahlah. Aku nak tanya, apa guna budak ni kat sini? Buat sakit mata aku sajalah.” Kedengaran angkuh suara itu.

            Ayish berjalan mendekati Safiya. Tangan yang masih dihulurkan itu dipegang lantas digenggam. “Jom naik atas.” Ajaknya.

            “Tak tahu malu agaknya. Hey, maruah kau kat mana hah? Sampai nak masuk bilik anak lelaki orang?”

            Sekali lagi, terguris dan terhiris hati Safiya. Tubir matanya sudah bertakung dengan air mata. Mak Long Ayish memang dari dulu tak pernah suka dia. Entah apa salah silap Safiya pada wanita itu pun dia sendiri tak tahu.

            “Mak Long. Fiya isteri saya. Jadi tolong hormat dia sebagai isteri saya.” Perlahan tetapi tegas ayat itu.

            Puan Haliza terkejut. Yang lain juga. Terkejut dengan berita yang baru mereka ketahui. “Apa dia?” Jeda. “Isteri?” Berkerut-kerut dahi itu menuturkan ayat isteri.

            Ayish diam.

            “Tak ada perempuan lain yang lagi baik ke untuk kau jadikan isteri, Ayish?” Soal Puan Haliza tak puas hati. Sempat dia menjeling Puan Hidayah. Macam mana anak buah dia dah kahwin dan dia tak tahu?

            Safiya gigit bibir. Air mata yang jatuh di pipi dibiarkan mengalir. Dia mungkin sudah terbiasa dengan ayat Puan Haliza, tapi tidak air matanya.

            “Fiya paling terbaik untuk saya, Mak Long.” Serentak itu, dia tarik tangan Safiya naik tingkat atas.

            Puan Hidayah dan Aliya yang semenjak tadi menjadi pemerhati, hanya mampu memandang sesama sendiri sebelum mereka menghembus keluhan berat. Sangat berat.


SAFIYA menangis dalam dakapan Ayish. Menangis semahunya. Lagi menambahkan sendunya bila Ayish menggosok belakang tubuhnya dan mencium kepalanya. Lama dia dalam pelukan lelaki itu. Sehinggalah air matanya berhenti.

            Ayish tarik nafas. Sendu yang kedengaran di balik pelukannya buatkan dia mengeluh tiba-tiba. “I’m sorry.” Bisiknya ditelinga Safiya.

            Safiya dongakkan wajahnya. Untuk seketika, matanya beradu dengan mata Ayish. Dia telan liur bila tiba-tiba saja Ayish mencium dahinya. “Aku minta maaf.” Ayat yang sama dituturnya lagi. Hatinya tidak tenang andai tidak mendengar ungkapan maaf dari isterinya.

            Lama Safiya pandang anak mata itu. Dia tarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan. “Bukan salah kau.”

            “Ianya akan jadi salah aku kalau air mata kau mengalir.” Luah Ayish.

            Safiya senyum mendengarkan ayat itu. Ohh Ayish. Kenapa sebegitu ayat kau? Buat hati aku berbunga saja. Lantas dia memeluk tubuh Ayish seeratnya. “Terima kasih.” Jeda. “Terima kasih sebab selalu ada dengan aku waktu susah dan senang aku.”

            “I love you.” Ucap Safiya tanpa sedar.


TELEFON digenggam. Berita yang baru diterimanya tadi mampu membuatkannya tersenyum sehingga malam hari. Sesuatu yang diinginkannya akhirnya muncul juga. Rezeki Allah itu ada di mana-mana.

            Tapi,

            Dia menoleh. Pandang sisi wajah Ayish yang lagi menonton televisyen. Apa-apa yang berlaku, mesti dengan keizinan suami. Itu yang dipesan Mama padanya.

            Keluhan dilepasnya.

            “Hmm, Ayish.” Panggilnya. Dan dia senyum kelat saat Ayish memandangnya.

            “Kau..”

            “Apa dia?” Soal Ayish saat isterinya mengambil masa yang lama untuk memberitahunya sesuatu. Tertanya-tanya dirinya apa yang mahu diberitahu Safiya padanya. Hal penting kah?

            Safiya bermain-main dengan jarinya. Sesekali air liur ditelan. Bibir yang kering dibasahkan. “Kau izinkan tak kalau aku nak kerja?” Lambat-lambat baris tutur kata itu meluncur keluar dari bibir Safiya.

            Berkerut dahi Ayish saat mendengar pertanyaan itu. Safiya nak kerja? “Untuk apa kau nak kerja? Aku lebih dari mampu nak tampung kau.” Berubah nada Ayish. Terasa seolah, wang yang dikasinya pada isterinya tidak mencukupi sehinggakan Safiya mahu bekerja.

            Safiya telan liur. “Err, aku tanya saja. Kalau kau tak izinkan, aku okay.” Dia senyum kelat. “Serius aku okay.” Dia tambah lagi.

            Ayish hembus nafas. Dia betulkan duduknya pandang si isteri di sebelah. Kedua bahu Safiya dipegangnya. “Aku bukan tak izinkan kau kerja, tapi,” Dia mati ayat. Terdiam.

            “Apa dia?”

            “Kau sendiri tahu kan skop kerja aku macam mana?” Jeda. “Tak menentu. Kadang-kadang kena stand by.

            Safiya hanya diam. Masih belum dapat apa yang Ayish mahu sampaikan.

            “Dan aku kalau boleh, tak naklah bila aku tak kerja, dan kau tak ada di rumah. I’m feel lonely, you know.

            Safiya senyum. Sekarang dia faham apa yang Ayish sampaikan. “Okay.” Balasnya ceria.

            Ayish kerut dahi. “Okay?” Pelik. “Okay apa?”

            Safiya senyum menampakkan giginya. “Okay aku tak kerja. Duduk rumah jadi suri rumah sepenuh masa.” Tapi keceriaannya tidak berpanjangan bila dia tiba-tiba saja teringat akan sesuatu. Lantas dia muncungkan bibirnya. Mendengus.

            “What happen?” Tanya Ayish hairan.

            “Mesti lepas ni aku gemukkan? Asyik makan tidur saja.” Lantas dibelek tubuhnya.

            Sementara Ayish, sudah menghamburkan tawanya. “Kau gemuk ke, kurus kering ke, selekeh ke, aku tetap sayang kau.” Dia usap kepala isterinya.

            Safiya pandang Ayish. “Betul ni?” Membulat matanya pandang lelaki itu.

            Ayish angkat tangan kanannya lagak berikrar. “Janji.”


SAFIYA yang lagi menonton televisyen di ruang tamu terkejut tatkala mendengar bunyi pintu dibuka seseorang dari luar. Dia pandang sekeliling. Tengah malam macam ni lah ada saja yang mengganggu. Dia pantas mencapai pasu bunga kristal di atas meja. Bersedia mahu menghentam sesiapa saja yang cuba berani masuk ke rumahnya. Sudahlah Ayish tengah dalam penerbangan sekarang ni. Dan dia tinggal sendirian di rumah.

            Meremang bulu romanya saat pintu ditolak dari luar. Dia bersedia untuk mengangkat pasu bunga di tangan.

            Banyangan seseorang memasuki rumah memasuki retina matanya. Nafas dihembus sebelum pasu bunga diangkat setinggi yang mampu. Bersedia mahu menghentak pasu bunga itu pada si pencuri.

            Tapi tindakannya mati bila manusia yang dianggap pencuri itu memberi salam. Berkerut dahinya. Pencuri nak mencuri beri salam? Biar betul ni?

            “Fiya..” Suara itu memanggil namanya.

            Safiya telan liur. Dia mencari wajah itu. Dan tangannya dijatuhkan saat terpandangkan Ayish yang berwajah pucat. Pasu bunga dihempas atas sofa. Harap tidak pecahlah.

            Safiya mendekati Ayish. “Kata balik esok?” Soalnya hairan. Ayish sendiri yang beritahu dia akan pulang keesokan harinya. Tapi kenapa tak sampai dua hari penerbangan sudah pulang?

            Ayish mendiamkan diri.

            Safiya tertanya-tanya. Melihatkan suaminya hanya mendiamkan diri, dia pantas menegur. Tapi tegurannya tidak disambut lelaki itu. Dan baru dia perasan yang mata suaminya memandang sesuatu. Sesuatu yang berada di tubuhnya.

            Safiya pantas membelek dirinya. Dan untuk seketika, dia rasa bengang sendiri. Bibir bawah digigit selepas menelan liur kelatnya. Mamaaa!

            Serius dia rasa segan bercampur malu. Malu kerana dia hanya berpakaian singlet dan berseluar pendek. Pakaian yang dia hanya akan pakai saat ketiadaan orang lain.

            Dipandang Ayish sekali lagi. “Ayish!” Bergetar suaranya memanggil lelaki itu. Lantas tanpa membuang masa, dia berdiri di sisi lelaki itu. Tangan Ayish dicapai sebelum diciumnya. Perkara tipikal setiap kali lelaki itu akan bergerak atau pulang dari kerja.

            Berkerut dahi Safiya saat merasakan haba panas dari tubuh suaminya. Lantas tangannya naik meraba dahi Ayish. “Ayish, kau demam ke? Kenapa badan kau panas sangat ni?” Safiya mula kalut.

            Hanya “Hmm..” Yang menjadi jawapan lelaki itu.

            Safiya pantas menutup televisyen sebelum menarik lelaki itu ke kamar tidur mereka. “Ayish, kau mandi dulu. Aku siapkan tuala dengan air. Lepastu kau baring, okay?”

            “Aku..”

            Safiya menggeleng. “No objection!Knowing Ayish, selalu nak ingkar ‘arahan’nya bila disuruh sesuatu yang dia tak suka. Untuk kebaikan lelaki itu juga kot.

            “Ayish, now!” Tegas Safiya saat melihatkan Ayish sudah terbaring di atas katil.

            Menggeleng kepalanya melihat lelaki itu.

            Selesai mandi, Ayish terus berselebung atas katil. Dia kesejukan. Sempat dia menyuruh Safiya menutup suis kipas. Menggigil tubuhnya dibalik selimut tebal itu.

            Safiya mengeluh. Apa dia perlu buat sekarang ni? Beri ubat, sudah dikasinya tadi. Tuam dahi dengan tuala basah juga sudah dilakukannya. Kesian pula melihat suaminya jatuh sakit macam ni.

            “Ayish..” Keluhnya perlahan.

            “Hmm,” Terdengar suara itu menyahut panggilannya dibalik selimut.

            “What must I do right now?

            Ayish selak selimut yang menutup wajahnya. Dipandang wajah isterinya yang penuh kerisauan itu. “Boleh kau peluk aku? Aku sejuk sangat.”

            Safiya senyum. Tidak sampai beberapa saat, dia sudah memeluk lelaki itu. Terpaksalah dia berpeluh malam ni. Dengan tiada kipas atau pendingin hawa. Ditambah pula dengan haba panas dari tubuh suaminya.

            Keluarkan peluh tu sihat, okay.


AYISH buka mata perlahan-lahan. Kepalanya yang masih lagi terasa pening cuba direhatkan. Dia pandang jam di dinding. Tiga tiga puluh minit pagi. Dia meraba dahinya. Kain basah itu masih lagi terlekat elok di dahinya.

            Dia pantas menundukkan wajah saat merasakan satu gerakan pada tubuhnya. Tersenyum bibirnya saat melihat seseorang sedang tidur sambil memeluknya erat. Safiya. Bahagia betul isterinya tidur. Siap letakkan kepala atas dadanya. Lagi, tidur memeluk dirinya seolah-olah dirinya adalah bantal peluk.

            Dia senyum lagi.

            Rambut yang menutup wajah isterinya diselak. Ubun-ubun kepala isterinya dikucup penuh syahdu. Bear in his mind, this girl is with me when I’m sick right now.

            Ayish mengeluh. Kalaulah isterinya tahu yang dia tersangat cintakan isterinya. “I love you, and you never know about that, dear.” Keluhnya berharap yang Safiya mendengarnya.

            “Kenapa kau tak pernah beritahu aku yang kau cintakan aku?” Safiya angkat wajah sebelum dia duduk bersila di hadapan Ayish.

            “Fiya, kau..”

            “Come onlah, Ayish. Kau ingat aku boleh tidur ke dengan keadaan yang panas macam ni?” Dia pantas menyeka peluh di lehernya. Sumpah, dia memang tak bisa melelapkan mata sepanjang malam tadi. Dan disaat dia terasa Ayish menyelak dan mencium kepalanya tadi, dia sengaja mengeraskan tubuhnya seolah-olah dia sedang tidur.

            Ayish diam. Menyepi.

            “Ayish..”

            “Aku takut nak kasitahu kau pasal perasaan aku.” Potong Ayish.

            Safiya kerut dahi. “Takut?” Soalnya tidak mengerti. “Takut apa?” Dia pandang Ayish. “Aku tak makan orang, Ayish.”

            Ayish hembus nafas. “Aku takut kalau kau tolak aku. Kau tak terima aku.” Dan dia teramat takut mengenai itu.

            “Kalau aku tak terima kau, aku nak terima siapa, Ayish? Kau seorang je suami aku.”

            “Fiya, kau..”

            “Aku nak kau yang jadi suami aku sampai bila-bila.”

            “Tapi Amir,”

            Safiya menggeleng. “Amir tak ada kena-mengena dengan kita, Ayish. Dia dah bahagia sekarang,” Walaupun bahagia atas penderitaan aku. Tapi apa aku peduli? Kalau Amir boleh bahagia, kenapa tidak aku?

            Semua manusia berhak untuk bahagia.

            “Jadi,” Ayat Ayish mati.

            Safiya tatap mata itu. “Apa dia?”

            “Boleh kau terima aku? Jadi suami kau?”

            “Habis sekarang ni kau siapa pada aku?”

            Ayish diam.

            Safiya senyum. “Dah lama aku terima kau jadi suami aku. Semenjak kau salam tangan Ayah aku untuk jadikan aku isteri kau.” Dan senyumannya mati saat, “Tapi aku kecewa dan sakit hati, bila kau beritahu, kita kahwin untuk bercerai.” Mengeluh.

            “Fiya..” Dia genggam tangan isterinya. “About that, I’m really didn’t mean it.” Dia mengeluh. “Aku cakap macam tu sebab aku fikir, yang kau masih lagi cintakan Amir.”

            Safiya menggeleng lagi. “Amir dah mati saat dia pilih kawan baik aku, Ayish.” Menunduk. “Dia tak pernah ada dalam kamus hidup aku.” Mengeluh. “Dan aku sangat bencikan dia.” Geram Safiya.

            “Maaf sebab bangkitkan nama dia sekarang ni.” Mohonnya dengan rasa bersalah.
            Safiya menggeleng. Dia pandang Ayish semula. “Kau akan jadi suami aku sampai bila-bila, kan? Sampai ajal pisahkan kita, kan?”

            Ayish senyum. Pipi isterinya dipegang. Dia angguk. “Aku akan jadi suami kau sampai bila-bila. Janji.” Dia cium dahi isterinya.

            “Jadi milik aku?” Pinta Ayish.

            Safiya pandang dinding. Entah kenapa dia rasa malu. Tapi, “Err, kau tak sakit dah ke?” Dia telan liur.

            Ayish senyum sebelum tergelak.


BAYI perempuan dalam dukungannya di pandang. Tersenyum dirinya saat mata kecil itu terbuka sedikit sebelum ditutup kembali. Comel. Lantas dahi kecil itu diciumnya. Wangi. Reben yang menghiasi kepala bayi itu dibetulnya sesekali. Dengan reben dan juga gaun kecil berwarna merah itulah, menambahkan kecomelan bayi itu.

            Nik Ardiana Safiya. Nama yang diberi persis dengan namanya. Baru berusia sebulan dua hari.

            “Sudah-sudahlah tu, Fiya. Meh tolong Mama ni.” Gamit Puan Hafizah dari sofa.

            Safiya menoleh. Dia tersenyum pada Puan Hafizah yang lagi menggubah bunga di ruang tamu. “Alah Mama, Fiya tak reti gubah bungalah. Nanti mesti tak lawa.” Dia memberi alasan.

            “Jadi Fiya pandai apa je?”

            Err, kalau dia cakap dia pandai buat anak, agak-agak peratus Mama baling gubahan bunga tu pada dia tinggi ke rendah?

            “Pandai...” Dia mati ayat. Pandai apa? “Pandai bagi alasanlah kot.” Dia sengih.

            Puan Hafizah geleng kepala. Hailah anak aku, dah jadi isteri orang pun perangai macam budak-budak. “Gomollah budak tu puas-puas. Nanti menangis, tahulah pujuk sendiri.”

            Safiya menyengih sebelum dia digelakkan Puan Hafizah sebaik sahaja Ardiana menangis. Safiya telan liur. “Alah macam mana ni?” Dia gelabah. “Mamaaa!!” Panggil Safiya. Terasa nak meraung dirinya.

            Puan Hafizah masih dengan gelaknya. Lucu melihat wajah gelabah anak perempuannya.

            “Mama janganlah gelak,” Safiya muncung. Lagi bertambah muncung di bibir saat tangisan Ardiana bertambah kuat. Apa dia perlu buat? Dia panik.

            “Shahir, panggil Kak Nas kamu. Dia ada kat luar rasanya.” Suruh Puan Hafizah pada anak lelakinya yang baru turun dari tingkat atas. Tanpa banyak soal, Shahir menurut seperti yang disuruh Mamanya.

            Minit berselang, tangisan Ardiana reda sebaik saja ditenangkan oleh Nasuha, ibu kepada Ardiana. Safiya melepaskan keluhan lega sesudah itu. Nasuha tergelak dengan reaksi adik sepupu iparnya.

            “Macam mana nak jadi mak kalau anak menangis tak boleh handle?

            Soalan itu mampu buatkan Safiya telan liur. Pejam celik matanya pandang Nasuha. “Err,” Dia gigit kuku.

            “Alah, nanti pandailah tu.” Ucap Encik Nik Azlan yang baru masuk dari luar rumah. Dia juga mahu ikut tergelak saat melihat wajah anak perempuannya terkulat-kulat sendirian tadi. Baru tanya soalan macam tu dah gelabah.

            “Ha, betul tu betul.” Jawab Safiya walaupun kurang pasti. Sempat dia tayang senyum pada Ayish dan Shahir yang baru masuk dalam rumah. Dibelakang mereka, berdiri Azam, suami Kak Nasuha yang merupakan abang sepupu Safiya.

            “Borak apa ni?” Soal Azam.

            “Err, tak ada apa-apa.” Pantas Safiya menjawab. Sementara Nasuha, Puan Hafizah dan Encik Azlan hanya tersenyum.


SAFIYA menapak menuruni anak tangga bersama bungkusan makanan ringan di tangan. Tiba di anak tangga paling bawah, dia berhenti. Dipandang sekeliling. Senyap dan sunyi. Mana Ayish? Dalam bilik, lelaki itu tiada. Di ruang tamu pun tiada.

            Dia pandang pula pintu utama yang tertutup rapat. Kalau Ayish ada di luar, mesti pintu akan terbuka. Jadi, suaminya mesti berada dalam rumah.

            Kepalanya menoleh ke pintu dapur saat terdengar bunyi kuali berlaga. Ayish di dapurkah? Pantas langkah kaki dihayun ke dapur. Tiba di pintu dapur, dia dikejutkan dengan satu figura manusia yang lagi memotong bawang di atas meja. Lelaki itu memakai apron dan.. Berkaca mata hitam?

            “Ayish?” Panggilnya. Kotlah salah orang ke. Tapi, takkan punyalah salah orang. Sebab mereka berdua saja dalam rumah ini.

            Ayish angkat wajah. Tersenyum dirinya saat melihat batang tubuh isterinya melangkah masuk menghampirinya. “Hai sayang,” Sapanya bahagia.

            Safiya kerutkan wajah saat melihat sesuatu yang dilakukan suaminya. “What are you doing?” Soalnya pelik.

            Ayish senyum. “Potong-potong,” Balasnya bersahaja.

            “Kenapa pakai cermin mata? Sun glasses lagi.” Jujur, dia mahu tergelak. Ingat tengah musim panas ke apa suami aku ni?

            Ayish pandang isterinya. “Nanti pedih matalah kalau tak pakai cermin mata.” Nada suaranya berubah. Minta kasihan mungkin.

            Safiya gelak. “Nak masak apa ni?” Tanya Safiya lagi. Pelik pula kalau tengok suaminya tiba-tiba rajin nak memasak. Selalunya, Ayish lagi suka makan dan cuci pinggan daripada memasak. Selalunyalah.

            “I’m craving for spagethilah, dear.

            Safiya gelak lagi. Mengidam spagethi rupanya, pak cik ni. “Tahu masak ke?” Soalnya. Sebab, suaminya ni pandai masak masakan melayu sahaja. Masakan lain, memang dia failed. Itu berdasarkan apa yang dia tahulah.

            Ayish sengih. “Dah Google resepi, jangan risau.” Sambil menjeling pada telefon di sebelah papan pemotong.

            Dan, Safiya gelak lagi. Nasiblah ada Auntie Google boleh bantu suaminya. Cuba kalau tiada, mesti diselongkarnya buku-buku resepi dalam bilik stor tu. “Perlukan bantuan?” Soalnya.

            “Hmm,” Ayish angkat wajah dan pandang isterinya. “Sangat perlukan bantuan.” Dia sengih.

            Safiya senyum. “Okay.” Bungkusan jajan diletakkan atas meja. Dia bergerak ke singki. Mencuci tangan sebelum memandang kuali. Kuali masih lagi kosong. Disebelah kuali terletak periuk yang lagi mencelur spagethi.

            Maka, bermulalah sesi memasak untuk suaminya.


ALIYA menyambut kehadiran kakak iparnya dengan ceria sekali. Tanpa menghiraukan si abang, dia lantas menarik tangan Safiya ke biliknya. Terlalu banyak benda yang dia mahu ceritakan pada kakak iparnya. Bahagianya rasa bila ada seorang kakak walaupun hanya sekadar kakak ipar.

            Pelbagai cerita yang dia mahu ceritakan pada kakak iparnya. Dia suka bercerita pada Safiya kerana Safiya suka mendengar dan memberi nasihat yang sangat berguna buatnya. Terkadang, apa yang dinasihatkan oleh Safiya boleh jadi pendoman dalam hidupnya. Dan terkadang, dia sendiri menggunakan kembali nasihat itu untuk menasihati kawannya yang lain.

            Kakaknya tersangat awesome!

            “Oh, by the way akak,” Aliya telan liur. Penat bercerita itu ini. Dan baru kini dia berkesempatan mahu bertanya sesuatu perkara pada kakak iparnya.

            Safiya yang lagi membelek assignment adik iparnya mendonggakkan kepala. “Apa dia?” Jantungnya tenang mengepam darah. Tidak mahu berfikiran yang negatif tentang pertanyaan dari adiknya.

            “Akak dengan abang kan dah nak dekat setahun kahwin, tak nak ada anak ke?” Pertanyaan itu, buatkan Safiya angkat wajah. Matanya terpaku pada raut wajah adik iparnya.

            “Kenapa? Liya teringin nak ada anak buah ke? Dah bersedia nak jadi mak cik?” Soalnya. Dia dan Ayish baru sahaja ‘berbaik’ atau dalam erti kata sebenar, menjadi suami isteri yang sebenar tak sampai pun lagi tiga bulan.

            Aliya senyum. “Tak apa, dapat pangkat mak cik dalam usia yang sangat muda is daebak apa.” Dia ketawa.

            Safiya juga sama ketawa. “Insya-Allah, ada rezeki, adalah. Just wait and see.” Dia beri jawapan selamat. Sebab dia bukan Tuhan yang tahu segalanya.

            “Ohh, Liya rasakan, akak kena setiap hari mengorat abang lah. Baru boleh dapatkan anak buah untuk Liya kot.”

            “Hei!” Safiya jengilkan matanya.

            Aliya yang terkejut dengan jeritan itu lantas mendiamkan diri. Inilah kali pertama dia mendengar jeritan kakaknya. Jeritan marah rasanya sebab muka kakaknya pun jelas nampak yang wanita itu tidak suka.

            Tapi yang jadi, lain pula. Aliya angkat wajah bila rasa dagunya dicuit seseorang. Dan dia dengar kakaknya bersuara, “Memang akak tengah buat pun benda tu. Insya-Allah, lagi sebulan dua adalah kot.”

            Safiya gelak dengan ayatnya. Saja buat gimik.

            Aliya juga gelak. “Apalah akak ni.” Gumamnya. “Ingatkan nak marah tadi,” Dia sengih.

            Safiya senyum. “Buat apa nak marah? Akaklah antara manusia yang paling susah nak marah, tahu.” Dia bersuara jujur.

            Sungguh, dia memang susah nak marah. Tapi bila sekali dia dah marah, jangan tanya kenapalah kalau pinggan mangkuk semua pecah.


SAFIYA lepaskan pautan tangan itu sebaik sahaja ayat terakhir diucapkan oleh Ayish disisinya. Berubah air mukanya. Dia mendongakkan sedikit kepala menatap bening mata lelaki itu. “Awak tipu, kan?” Liur di telan.

            Ayish hembus nafas. Kedua tangannya diangkat, mahu diletakkan di atas kedua bahu isterinya. Tapi terpaksa dihentikan apabila Safiya bergerak selangkah ke belakang. Dia hembus nafas sekali lagi.

            “Fiya, I am sorry.” Ucapnya. Tahu ini salahnya.

            Safiya menggeleng. “Awak dah janji,” Dia mengeluh.

            Ayish mampir selangkah. Bahu itu dipegangnya. “Saya tahu. Tapi itu bukan kehendak saya nak mungkiri janji. Saya terpaksa, Fiya.”

            Safiya menepis kedua tangan Ayish dibahunya. Mata yang sudah bergenang dengan air mata, menyukarkannya memandang wajah Ayish. “Don't talk to me, until you stick with your plan.” Dia pantas berlari panjat anak tangga.

            Air mata yang sudah menuruni pipi diseka kasar.

            Ayish tak guna!


SAFIYA mendengus saat terpandangkan Ayish menghampirinya. Drama Korea yang dimainkan di komputer riba dipandangnya penuh tekun. Dia membetulkan letak duduk penyumbat telinga saat Ayish duduk di sebelahnya. Rapat. Sehingga paha dan bahu mereka berlaga.

            Dia menyilangkan tangan ke dada saat tangan kiri Ayish membelai rambutnya. Matanya hanya memandang skrin komputer riba.

            “Fiya..”

            Safiya hanya mendiamkan diri. Berpura-pura tidak mendengar. Berharap yang Ayish ingat bahawa dia selalunya akan memasang suara yang paling tinggi jika memakai penyumbat telinga.

            Ayish mengeluh. Lantas penyumbat telinga sebelah kanan isterinya dicabut. “Fiya sayang,,” Panggilnya lagi. Dahinya dirapatkan dengan kepala isterinya.

            Safiya hanya masih lagi membatukan diri. Malas nak menyahut mahupun memandang suaminya. Hati masih lagi sakit dengan apa yang berlaku semalam. Kalau diikutkan rasa geram dan sakit hatinya, mahunya di tumbuk Ayish sampai lelaki tu patah segala tulang. Apa dia peduli.

            Ayish hembus nafas. “Saya nak gerak dah,” Beritahunya.

            Safiya jungkit sebelah kening. “Okay.” Pendek balasannya. Apa dia peduli. Pergilah, pergi. Tak balik-balik pun tak mengapa.

            “Jaga diri elok-elok.” Pesan Ayish. “Saya minta maaf.” Sambungnya lagi. Dia mengucup dahi Safiya lama.

            Kemudian dia berdiri. Memandang Safiya buat kali terakhir sebelum dia berangkat. Apakan daya. Dia terpaksa pergi menunaikan tanggungjawabnya. Memang bukan kehendaknya mahu memungkiri janjinya pada isterinya. Tapi, sungguh dia terpaksa.

            Safiya gigit bibir. Dia memandang belakang tubuh suaminya saat suaminya melangkah mendekati Mama di muka pintu. Nampak Mama menghulurkan sesuatu pada Ayish. Bekal untuk menantu, mungkin. Mamakan terlalu sayangkan menantu melebihi anak sendiri.

            Dia pantas memandang skrin komputer riba saat Ayish dan Mama memandangnya secara tiba-tiba. Nasiblah dia bertindak pantas. Kalau tak, mesti dah kantoi dengan mereka. Fiya, Fiya.

            Bunyi hon dari luar rumah buatkan Safiya memandang ke luar rumah. Ada sebuah van berhenti dihadapan rumah. Oh, van yang akan membawa Ayish pergi sudah tiba. Dan sudah tiba masanya juga dia terpaksa berpisah dengan Ayish untuk beberapa hari.

            Safiya hanya memandang dengan hujung matanya kepergian lelaki itu. Tak ada mood dah nak melambai macam selalu.

            “Hei,” Safiya mendongak mendengar sapaan itu. Nik Shahir kini berdiri dihadapannya. Lelaki itu menjengah ke skrin laptop milik kakaknya sebelum melabuhkan duduk ditempat Ayish tadi.

            “Apa kau nak?” Soalnya garang.

            Shahir sengih. “Akak kenapa?”

            Safiya jungkit sebelah kening. “Kenapa apa? Akak okay je,”

            Shahir gelak. “Okay ke macam ni? Muncung tu,” Dia gelak lagi. “Kenapa tak hantar cik abang pergi kerja tadi? Kesian Shahir tengok abang tu, berharap pada akak tahu tak?” Shahir mula membebel.

            “Malas.” Pendek jawapan Safiya. Perlukah adiknya tahu segala pasal dia? “Mind your own businesslah, dik.

            Shahir gelak lagi sekali. “Susah juga ek bila orang dah angau ni. Abang tu nak pergi kerja sajalah, kak. Buat apa nak sedih?”

            Safiya hembus nafas geramnya. Kalau sehari tak mengacau aku, memang tak sah agaknya adik aku ni. Lantas dia memandang Shahir disebelah. “Kau ingat akak ni sedih sebab dia pergi kerja je ke?” Disoal lagak memerli.

            Shahir senyum nipis. “Habistu?” Dia jungkit sebelah kening. Dia ada dengar dari Mama tentang ini. Sudah mestilah kakaknya mengadu pada Mama berkaitan ini.

            “Kau bayangkan, honeymoon yang kau impikan, yang kau harapkan terpaksa ditangguh tiba-tiba? Tiket dah beli, hotel dah tempah. Semua dah siap weh, tinggal nak pergi sana saja. Tapi terpaksa ditangguh. Sakit weh hati. Sedih jiwa ni.”

            Shahir senyum. “Alah, baru ditangguh. Bukannya dibatalkan.” Dia bersuara. “Lagipun, kan abang Ayish dah janji selepas dia habis flight dia akan bawa akak pergi sana juga.”

            “Kau tak dengar sampai habis ni,” Safiya buat muka annoying. “Memang akan pergi. Tapi, akak kena pergi sendiri. Dia pergi sendiri.” Jeda. “Kau fahamkan apa makna tak seronok?”

            “Akak,”

            Safiya pantas angkat tangannya. “Talk to my hand.” Dia kembali pandang skrin laptop.

            Shahir senyum. “Betullah, memang susah nak faham perempuan macam akak ni.” Gumamnya sendiri.

            Safiya tayang wajah toya. “Whatever!


PUAN HAFIZAH tersenyum sebelum senyumannya mati saat terpandangkan anak perempuannya yang baru pulang. Lantas dia mengamit anaknya mendekatinya.

            “Yes mother?” Sapu tangan dari dalam poket sweater dikeluarkan sebelum dilap peluh di wajah. Dah lama tak berjalan waktu pagi macam tadi, sekali dah berjalan jauh, memang cepat lelah. Lepastu, sudahlah dia ditinggalkan adiknya sendiri tadi. Tak guna punya adik.

            “Ada orang nak cakap dengan Fiya,” Telefon rumah ditangan diserahkan pada anak perempuannya.

            Safiya jungkit kening. Siapa pula pagi-pagi buta ni menghubungi rumah aku? Kenapa tak telefon aku terus saja. “Siapa?” Soalnya ingin tahu.

            Puan Hafizah jungkit kedua bahunya. “Nah,” Huluran telefon itu masih lagi belum bersambut.

            “Kenapa tak telefon Fiya terus saja?” Safiya masih lagi berdolak-dalih. Jujur, macam ada yang tak kena hari ini.

            “Eish akak ni. Jawab sajalah. Penat Mama hulur tu.” Sampuk satu suara dari belakang. Safiya menoleh. Masuk adiknya bersama beberapa bungkusan plastik ditangannya. Oh, sarapan yang mereka beli tadi agaknya.

            “Diam lah kau.” Safiya kembali pandang Mamanya. Huluran telefon itu akhirnya bersambut. Lantas diletakkan di telinga.

            “Hello? Fiya’s speaking. Who’s there?” Laju dia menyoal.

            “Assalamualaikum, Fiya.”

            Safiya mendongak sebaik sahaja mendengar suara dihujung talian. Dicari bayang Mama dan adiknya. Langsung tidak kelihatan diruang tamu. Mana mereka? Bukan tadi berada disisi sajakah?

            “Waalaikumussalam, nak apa?” Berubah nada suaranya.

            “Masih marah lagi ke?”

            “Agak-agak?” Laju dia menyoal. Boleh pulak tanya soalan macam tu? Haih geram-geram.

            Dengar hembusan nafas dihujung talian. “Saya nak beritahu sesuatu ni,”

            “Menda?

            Dengar keluhan dihujung talian sebelum Ayish bersuara, “Saya rasa, Fiya kena pergi sendirilah tempat tu.” Jeda. “Alone. Without me. I can’t be there. Saya kena teruskan penerbangan ke Abu Dhabi pula.”

            “What?!

            “Maaf.”

            Safiya terus meletakkan gagang telefon dengan kuat. “Ayish tak guna!” Jeritnya kuat. Dia jatuh terduduk. Argh sakitnya hati. Air mata mula mengalir.

            “Fiya, kenapa ni?” Puan Hafizah terkocoh-kocoh berlari mendapatkan anaknya yang sudah menekupkan wajah dengan kedua lututnya.

            “Akak?” Shahir juga ikut sama panik dengan apa yang berlaku. “Kenapa ni?”

            Safiya angkat wajah. Wajah pertama yang dicarinya adalah wajah Puan Hafizah. Lantas dia memeluk Mamanya erat. Menangis di bahu Mama tercinta. “Mama, Fiya benci Ayish!” Sendu menenggelamkan suaranya.

            “Sayang, kenapa ni?” Puan Hafizah mengusap belakang tubuh anaknya. Dia memandang Shahir. Sebelum mereka berdua sama-sama tersenyum nipis.


SHAHIR yang baru saja pulang dari kuliah petang lantas memberi salam sebaik sahaja kaki kanannya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia ternampak tubuh kakaknya yang lagi menonton televisyen sebaik sahaja melangkah masuk. Lantas satu senyuman terukir dibibir.

            Dia menghampiri kakaknya. “Hai sis.” Sapanya. Sling bag diletakkan atas meja dihadapannya. Satu bungkus makanan ringan yang sudah terluak sedikit dicapainya.

            “Lambat balik?” Soal Safiya. Tahu tak yang dia mereput seorang diri di rumah dari pagi tadi? Mama dengan Ayah berdating ke mana entah tinggalkan dirinya.

            Shahir senyum senget. “Dean’s list, mestilah balik lambat.”

            Safiya tayang wajah annoyingnya. “Kau dah makan belum?” Soalnya pada si adik.

            “Hmm,” Shahir pandang keliling. Kenapa senyap sunyi saja rumah ni? “Belum.” Jeda. “Mana Mama dengan Ayah?” Soalnya.

            “Kat dapur ada makanan. Pergilah makan.” Jawabnya.

            “Mama dengan Ayah?”

            “Keluar,”

            Shahir angguk sebelum bangkit. Dia melangkah ke dapur. Tudung saji yang menutupi makanan diangkat. Tersenyum bibirnya saat melihat hidangan tengaharinya walaupun sudah lewat petang.

            “Siapa masak?” Dia sedikit menjerit dari dapur.

            “Jiran sebelah kasi.” Bersahaja jawapan dari Safiya. Annoying betullah adik aku ni. Dah tahu jiran sebelah kedua-duanya cina dengan India. Manalah kita makan masakan selain orang melayu buat, sayang oi.

            Shahir gelak. Sajalah mengusik kakaknya.


“AKAK,” Panggil Shahir sebaik saja dia membersihkan diri selesai makan tadi. Sepatutnya dia perlu mandi dahulu baru makan, tapi apakan daya, masakan yang dimasak oleh kakaknya tadi sangat membuka seleranya.

            Gemuk pun gemuklah. Janji sedap.

            “Amenda kau?” Mengacau orang nak menonton televisyen sajalah adik aku seorang ni.
            Shahir sengih. “Akak serius tak nak pergi ke?”

            “Pergi mana?”

            “Honeymoon,

            Safiya pandang adiknya. “Memang seronokkan honeymoon seorang diri?” Perlinya. Dijeling adiknya sepenuh perasaan.

            Shahir gelak lagi. “Alah, kiranya ni bukan honeymoon akaklah. Anggap saja yang akak tengah bercuti lepaskan tekanan ke.” Dia memberi idea. “Iyelah, daripada membazir. Semua dah bayar kot.” Dia pandang kakaknya. “Nanti lepas abang Ayish balik, akak ajaklah dia honeymoon. Bulan madu yang sebetulnya.” Tambahnya lagi.

            Safiya pandang lagi adiknya. Sebelah keningnya dijungkitkan. Lama dia mendiamkan diri. Lama juga dia memandang adiknya. “Bagus juga idea kau eh, dik.”

            “Tengok mukalah,”

            Safiya mencebik. Perasan! Tampar karang. Berpusing kepala tu nanti.

            “Okay, tapi kau kena teman akaklah.”

            “Kenapa seret Shahir pula?” Soalnya tak puas hati. Adanya diajaknya aku sekali? Aku ada kelas okay.

            “Kau yang bagi idea, kan? Jadi kau kena masuk sekali dalam idea yang kau kupas tadi tu.” Dia senyum.

            “Orang ada kelaslah, kak. Habislah Dean’s List nanti,”

            “Alah, kan hari Jumaat, Sabtu dengan Ahad je. Tiga-tiga hari tu manalah kau ada kelas.” Jeda. “Nak membongak saja tahu.” Sindirnya.

            “Tapi kak,”

            “No excuses. Ohkay?” Dia tepuk bahu adiknya sebelum menyambung menonton drama Korea yang terganggu tadi.


PETANG ITU, mereka tiba di hotel tempat penginapan mereka. Sampai sahaja dibilik, Shahir terus merebahkan tubuhnya diatas katil yang empuk itu. Penat mengharungi beberapa jam mulai terasa. Dan tak sampai beberapa saat, dia sudah terlena.

            Sementara Safiya yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik sudah menggeleng melihat adiknya. Sepatutnya yang penat aku, sebab semua benda, aku yang buat. Tapi ni kenapa adiknya pula yang nampak macam penat terlebih ni?

            Bagasi diletakkan di tepi almari baju. Dia melangkah keluar ke balkoni bilik. Tersenyum bibirnya saat melihat keindahan petang itu. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipinya. Sangat menenangkan jiwa yang merasainya.

            Nun dipantai sana, begitu ramai manusia dari pelbagai kulit. Semestinya, manusia berkulit putih memenuhi ruang di pantai itu. Berbaju seksi. Erh, nasiblah Ayish tak ada. Kalau ada, mesti aku tak bagi dia keluar bilik langsung! Tergugat iman betul tengok wanita-wanita berbikini disini.

            Ayish?

            Safiya mengeluh. Sakit hati pula tiba-tiba. Dan baru dia ingat yang dia tak beritahu langsung pada suaminya tentang kehadirannya ke sini. Entahlah lantak. Tunggulah dia dah bersedia nak melihat wajah lelaki itu baru dia beritahu.

            Safiya melangkah masuk kembali ke dalam bilik. Selendang yang menutupi kepalanya dibuka. Bagasi miliknya juga dibuka untuk mengambil baju ganti. Melekit sudah tubuhnya dan dia perlu bersihkan diri.

            Dua puluh minit kemudian, dia keluar kembali. Dilihatnya adiknya masih lagi lena di atas katil. Dia pegang perutnya yang tiba-tiba saja berbunyi. Tak tunggu lama, dia langsung mengejutkan adiknya.

            Memang gilalah tu kalau keluar sendiri. Sesat nanti macam mana?


SAFIYA mengeluh. Harini, genap setahun dia menjadi isteri kepada Ayish Amshar bin Mukhriz. Sepatutnya, mereka perlu berada di sini bersama-sama untuk menjayakan percutian bulan madu mereka ini. Tapi,

            Pekat malam yang terdampar luas dihadapan mata dipandangnya. Taburan bintang-bintang mengelilingi sang bulan sangat indah di matanya. Cantik. Kuasa Allah yang Satu. Tiada sesiapa dapat menandinginya.

            Bunyi mesej masuk buatkan dia memandang letaknya telefon di atas meja. Siapa pula yang mengganggu di waktu sebegini? Lantas telefon dicapai. Pesanan mesej dibaca.

            Shahir tunggu akak dekat lobi hotel, okay. Lepastu kita makan sesama. :)

            Safiya senyum nipis. Semenjak dari Maghrib tadi adiknya menghilang. Bila dihubungi tanya keberadaannya, lelaki itu menjawab mahu mengurat anak orang mata biru disini. Iyelah sangat tu.

            Lantas Safiya bangkit. Tidak mahu adiknya menunggu terlalu lama kehadirannya. Lagipun, dia memang tengah lapar dari tadi.

            Dia bersiap ala kadar. Selendang dililit. Ala kadar sangatlah tu kan~ Selesai, dia keluar dari bilik hotel menuju ke tempat adiknya menunggu. Tiba di lobi, dia mencari kelibat adiknya. Nasibnya baik bila pencariannya berjaya. Nampak adiknya sedang berbual dengan seorang gadis berambut putih di tepi tiang menghadap ke pantai.

            Safiya menggeleng. Hailah adik aku. Belum habis belajar lagi dah menggatal nak carikan menantu baru untuk Mama dengan Ayah. Masih dia ingat lagi perbualan yang berlaku beberapa bulan yang lepas. Perbualan yang adiknya copy paste daripada Twitter. Tak ada ayat lain gamaknya nak meniru ayat orang. Hailah adik.

            “Mama, ni bulan May dah ni.” Beritahu Shahir pada Puan Hafizah.

            Puan Hafizah pandang anaknya. “So, kenapa dengan May?”

            “May I give you a menantu, Ma?

            Safiya menggeleng lagi mengingati perbualan itu. Semestinya, dialah manusia pertama yang ketawa dengan pertanyaan adiknya itu. Bergurau tak kena tempat. Mahunya Mama mengharap sangat-sangat nanti macam mana?

            “Uit!” Panggilnya pada si adik.

            Shahir menoleh. Dia tersenyum pada kakaknya. “Awal sampai?” Perlinya.

            Safiya sengih. “Akak cari kaulah yang lama sangat tadi.” Dia jeling gadis yang memandangnya. “Siapa dia ni? Mana kau jumpa?”

            Shahir pandang gadis dihadapannya. Senyuman diberikan. “Joice, this is my sis.” Dia pandang kakaknya. “Kak, ni Joice. Shahir jumpa masa tengah duduk kat sini tadi.” Beritahu Shahir bahagia.

            Safiya bersalaman dengan Joice sebelum mereka bertukar-tukar senyuman. “How are you?” Soal Safiya ramah.

            “I’m fine, thank you.” Balas Joice ceria. “Nice to meet you.” Sambung Joice lagi.

            Safiya angguk. “So me too.


LIMA MINIT KEMUDIAN, mereka berpisah dengan harapan dapat bertemu semula. Safiya pandang adiknya yang lagi menghantar kepergian Joice dengan pandangan. Menggeleng dia sekejap. “Diploma tak habis lagi, dik.” Sindirnya.

            Shahir sengih. Dia menggosok belakang lehernya. Ada sahajalah kakak ni. Orang dengan Joice tu kawan saja. “Err, akak masuk dulu boleh tak? Shahir nak pergi tandas sekejap lah.”

            Safiya angguk. “Okay. Tapi jangan lama-lama.” Dia berpusing. Melangkah masuk ke dalam restoran dihadapannya.

            Langkah Safiya mati secara tiba-tiba bila melihat keadaan restorang yang gelap. Hanya dibiasi dengan cahaya lilin yang terpasang disetiap meja makan. Ada beberapa tetamu yang lagi menjamu selera dalam restoran itu bertemankan cahaya lilin.

            Err, adik aku salah pilih restoran ke? Takkan dia nak bercandle light dinner dengan aku pulak. Merepek namanya tu. Tapi, entah macam mana, kakinya terlanggar sesuatu di lantai menyebabkan keadaan restoran yang tadinya gelap, kini sudah terang dengan cahaya lampu berwarna merah, biru dan sedikit ungu gelap.

            Bermula di tempatnya berdiri ini, sehinggalah ke bahagian tengah restoran dihiasi dengan karpet berwarna biru diraja dan cahaya lampu berwarna oren terang. Dia melihat ke bahagian tengah restoran.

            Sedikit terbuka mulutnya saat melihat seseorang berdiri mengelilingi bulatan berbentuk hati disitu. Seseorang itu lagi menundukkan wajah bersama beberapa belon lagi dipegangnya.

            Safiya yang tertanya-tanya dengan apa yang berlaku saat ini memulakan langkah. Dia berjalan di atas karpet berwarna biru diraja itu. Berjalan perlahan menghampiri lelaki itu.
            Lagi lima langkah mahu mendekat, tiba-tiba saja lampu terpasang membuatkan keadaan restoran menjadi terang-benderang. Dia pandang sekeliling. Ramai juga yang turut berada di situ menjamu selera. Dan masing-masing lagi memandang ke arahnya bersama satu senyuman di bibir.

            Safiya kembali memandang lelaki yang masih lagi berdiri itu. Lama sebelum dengan perlahan-lahan lelaki itu mengangkat wajahnya. Belon ditangan dilepaskan. Belon itu terbang melepasi bahagian bumbung restoran yang sememangnya terbuka itu.

            Terkaku Safiya saat melihat wajah lelaki yang lagi tersenyum itu. Kenapa, kenapa dia boleh berada di sini?

            “Fiya..”

            Safiya telan liur. Matanya masih lagi pada lelaki yang masih lagi dengan uniform juruterbangnya. Di tangan lelaki itu kini, ada sebiji kek berwarna biru turquoise. Lelaki itu berjalan mendekatinya.

            “Happy 1st Anniversary, sayang.” Ucap Ayish bersama senyuman dibibir.

            “Ayish?” Safiya seolah tak percaya dengan apa yang berlaku saat ini. Dia bermimpikah? Tapi kenapa sakit saat dia menggigit lidahnya? Tak, dia tidak bermimpi.

            “Ayish?”

            Ayish angguk bersama senyuman. “Ya sayang?”

            “Bukan.. Bukan awak,”

            Ayish menggeleng. “Maaf sebab menipu.”

            Safiya menggeleng tidak mengerti.

            Ayish senyum. Dia menyerahkan sebiji kek ditangannya pada Shahir yang baru masuk ke dalam restoran. Dia kemudian mendekati isterinya. Kepala Safiya diciumnya. Bahu isterinya dipeluk.

            “It’s hard for me to explain, but,” Dia menunjuk pada satu arah. “Tengok tu,”
            Safiya memandang arah yang ditunjuk suaminya. Nun dihujung sana, kelihatan kedua orang tuanya bersama orang tua Ayish lagi melambaikan tangan pada mereka. Ada juga Aliya bersama mereka lagi tersenyum.

            Safiya kerut dahi. “Apa ni?” Jujur dia tak faham.

            “Loading betullah dia ni.” Gumam Ayish. Sempat dia ketuk kepala Safiya dengan jari. “Suprise anniversary just for my wife.” Senyum. “Penat tau orang buat. Nasiblah ada yang lain tolong.” Jeda. “Sudahlah kena tinggal dengan isteri. Sedih hati ni.” Ayish buat nada sedih.

            Safiya kecilkan matanya. “Jadi,”

            “Yup.” Ayish memintas. “Saya tak ada flight pun semalam. Saje nak buat gimik. Nak sediakan semuanya untuk sayang saya ni. Yeah, walaupun sayang saya langsung tak hantar saya pergi kerja.”

            Safiya buat wajah annoying. “Siapa suruh menipu?” Soalnya. “Tak sukalah macam ni.” Dia silangkan tangan ke dada.

            “Eleh, iyalah sangat tak suka.” Usik Ayish bersama senyuman.

            Safiya diam.

            Ayish merapatkan jarak antara mereka. “Happy 1st anniversary, sayang. Sorry for all mistaken I had done to you. Hope our relay, will last forever. I love you,” Dia kucup dahi itu.

            Safiya tersenyum malu. “Tapi saya tak siapkan apa-apa pun untuk awak,”

            Ayish senyum. “It’s okay. Siapkan diri sayang untuk saya malam ni pun, okay jugak.”

            “Ayish!” Safiya menyiku perut Ayish. Gatal tak habis-habislah dia ni.


AYISH terjaga dari tidur saat merasakan tubuhnya terlalu sejuk. Dia pandang sekeliling. Tempat tidur disebelahnya kosong. Mana Safiya? Hanya tinggal patung teddy bear milik isterinya saja disitu. Dia pandang pula tubuhnya.

            Tersenyum dia sekejap mengingat apa yang berlaku malam tadi. Haih,

            Lantas baju mandi yang ditinggalkan Safiya dihujung katil dicapai sebelum disarungkan ke tubuh. Dia berdiri dihadapan cermin. Menilik wajahnya. Hmm, masih lagi kacak seperti selalu.

            Baru sahaja dia mahu berpusing masuk bilik air, dia terpandangkan sesuatu yang terselit di atas meja solek. Satu kertas kecil yang ditindih dengan krim wajah malam milik isterinya dicapai lantas dibaca tulisan tangan itu.

            Saya pergi bilik Mama dengan Ayah sekejap. Nanti saya balik bilik. Love you, XOXO!

            Ayish tersenyum. Love you, XOXO, too, sayang! Muahhh..

~Tamat~


Nota kaki, tangan dan mulut :

1) Maaf lambat update sebab tengah busy dengan final exam dan masa yang sangat tak mengizinkan untuk update entri. huhuuhuu

2) Maaf sekali lagi sebab apa yang kauorang expect mengenai cerpen ini tak seperti yang kamu kamu kamu harapkan. Maaf

3) Dan.. novel Suamiku Ramai Crush, I don't even know, apa kesudahannya.. huhuu harap bersabar menunggu berita tentang novel itu
4) Dan, terima kasih kerana baca dan singgah di blog ini.

5 comments:

Buah fikiran anda amatlah di hargai.