Bola dilempar. Laju bola berwarna kuning-jingga itu
berguling melepasi landasan dan tepat mengena sepuluh buah pin yang berdiri
megah dihujung landasan.
“Strike!” Menjerit gembira.
Safiya
menjeling. Tak habis-habis dapat strike tau lelaki ni. Yang aku dari awal
permainan, kalau tak masuk longkang tembak satu pin aje. Tak pernahnya dia
jatuhkan lebih dari lima buah pin. “Frust
lah macam ni.” Muncung. Tangan disilangkan ke dada.
Ayish
gelak. Dipandang Safiya yang tengah duduk dibelakangnya. Dia mendekat dan
melabuhkan duduk berhadapan dengan Safiya. Senyum dihulurkan. “Chill lah. Aku
dulu masa memula main pun macam kau juga. Masuk longkang aje.” Dia cuba
sedapkan hati Safiya.
Safiya
masih muncung. Nak baliklah macam ni. Menyesal dia rasa sebab mengikut Ayish
sampai sini. Ni semua sebab dia dengar ayat manis Ayish lah pagi tadi. Kalau
tak, tak adanya dia boleh sampai sini.
“Dah, your turn.”
Safiya
tarik nafas panjang sebelum dihembus. Bila fikir balik, dia dah bayar untuk
permainan ni, dan rasa rugi dan membazir kalau dia terus balik rumah tanpa
sudahkan permainan ni. Jadi nak tak nak, terpaksa juga dia tamatkan permainan
ni.
Lantas
dia bangkit. Dia pandang Ayish bersama mata helangnya. “Kau jangan gelak!”
Diberi amaran pada Ayish. Lelaki ni bukan boleh, semedang dia nak gelak kalau
bola aku masuk longkang.
Tapi
bila ingat balik, rasa macam Ayish tu buat balas dendam pula. Iyalah, kalau
sesekali bola lelaki tu masuk longkang, sampai merah muka Safiya gelakkan
lelaki tu. Kiranya lelaki tu nak buat win-win
situation aku rasa.
Ayish
angkat kedua tangannya paras bahu. “Confirm
tidak.” Dia membalas.
Safiya
bergerak ke arah bola. Bola berwarna ungu gelap dicapainya. Barisan pin yang
berdiri megah nun dihujung lane
dipandang. Bayang yang pin-pin tu muka Ayish, lempar bola sekuat hati dan..
Dengar
gelak dari belakang. Safiya pantas memandang skrin yang tergantung. What the..? Longkang? Huh, nampak sangat
kau tak sanggup nak balas dendam pada Ayish, Safiya.
Safiya
cuba sekali lagi. Tapi tetap dengan keputusan yang sama. Longkang. Haih, aku
sumbat juga longkang ni dengan span!
Tiba
giliran Ayish, seperti selalu. Pasti strike yang akan jadi jawapannya. Entah
bilalah lelaki tu nak jadi macam dia pula? Ohh tolonglah. Tak sanggup dia nak
tengok wajah tayang bangga lelaki tu. Siap dengan senyuman lagi.
“Fiya..”
Panggil Ayish saat Safiya mula memandang tempat lain. Dia pandang lane sebelah.
Lelaki yang baru saja membuat pembalingan tadi. Huh, sama aje dengan Ayish.
Semedang dapat strike. Hailah nasib, memang aku terikat dengan orang yang
selalu buat pembalingan dengan tepat ke?
“Apa
dia?” Safiya pandang Ayish.
“Giliran
kau.” Ayish duduk. Botol air mineral di capai dan diteguk air itu. Dia pandang
Safiya yang masih memandang pin dihujung lane.
Menggeleng sekejap dia saat tu.
Sementara
Safiya masih lagi ragu-ragu samada nak baling bola ataupun tidak. Tapi jauh
disudut hatinya, dia tahu yang pin-pin yang berdiri tu pasti akan ketawa bila
bola yang dilemparnya hanya menjadi makanan longkang.
Wajah
nak meraung, Safiya tayangkan. Sumpah aku nak balik! Mama!
Ayish
bangkit dari duduk. Dia berdiri di sebelah Safiya dan letakkan tangannya di
bahu gadis itu. Bola yang baru keluar dari mesin diambil dan diserahkan pada
Safiya. Dia mengangguk sebelum tersenyum bila Safiya pandangnya.
“Kau
boleh buat, percaya aku.” Dia beri kata-kata perangsang buat Safiya. Siap
dengan senyuman manis sekali.
Safiya
mengeluh sebelum dicapai bola itu dari tangan Ayish. Sekali lagi pin dipandang.
Apa yang tak kena? Kenapa semuanya masuk longkang? Tengok markah dia dengan
markah Ayish, macam langit dengan bumi. Macam anjing dengan kucing. Macam..
Macam-macamlah lagi.
“Kau nak
baling, jangan tengok pin. Tapi tengok arrow
kat atas lane tu.” Ditunjuk beberapa
anak panah kecil di atas landasan. “Tangan dan bola yang kau baling tu, dia
akan ikut arrow.” Jeda. “Kalau kau
baling kat arrow tengah, insya-Allah
bola akan pergi dekat pin yang tetengah tu.” Dia angguk.
Safiya
pejam mata sebelum dibuka kembali. Dia pandang anak panah. Seperti yang ditunjuk
Ayish tadi dia buat balingan bola. Kali ni dia hanya berserah. Kalau kau rasa
nak masuk longkang, kau masuklah. Aku dah tak peduli.
Safiya
menunduk. Mengeluh dia lagi. Entah untuk kali yang ke berapa. Satu pin saja
yang jatuh? Ohh my.. Tapi, kan ke aku berserah? Ha, biarlah. Hati dia dah tawar
sangat nak main bowling lagi selepas ni.
Ayish
senyum. “Ada lagi sekali, do well.”
Dia hadiahkan senyuman lagi. Dia tahu yang Safiya boleh buat. Tapi tak semuanya
kita akan dapat apa yang kita idamkan. Sebab Allah bagi apa yang kita perlu,
bukan apa yang kita nak. Masih ingat lagi dia pesanan Imam Al-Ghazali itu.
Safiya
hembus nafas. Lelaki yang duduk di meja sebelah dah buka kasut. Nak balik
agaknya. Siap capture markah dalam
skrin yang buat dia rasa down ni. Nak
menunjuk dekat media sosial ke apa?
Safiya
kembali pandang pin. Satu saja yang jatuh tadi. Bola yang baru keluar dari
mesin di capai. Cepat dia sudahkan balingan, lagi cepat mereka boleh keluar
dari tempat ni. Pin dipandang lagi. Sebelum kaki bergerak perlahan mendekati
lane dan bola dilempar.
Dia
pejamkan mata saat bola itu bergolek. Lantaklah bola tu nak pergi mana. Tapi
aku harap sangat yang bola tu akan melompat ke lane sebelah dari masuk longkang. Aku harap sangat-sangat.
Bunyi
tepukan dari belakang buatkan dia menoleh. Pandang Ayish dibelakangnya yang
sudah tersenyum bersama tepukan ditangan. “Told
ya.” Dia senyum sampai nampak barisan giginya. “Good job, dear.” Dia bersuara lagi.
Safiya
yang masih lagi bingung hanya jungkit kening. Apa ni? Apa maksud Ayish?
“Kenapa?” Disoalnya Ayish.
“See that,” Dia tunjuk ke arah skrin.
Safiya
mendongak. Pandang skrin. Dilihat markah-markah yang tertera. Ada tanda pangkah
di satu kotak pada markah milik Ayish tanda lelaki itu strike. Dia pandang pula
namanya. Rasa malu gila nak pandang barisan markahnya. Lagi teruk dari Ayish.
Tapi dia
terkaku. Dibaca markah itu sekali lagi, dikotak pertama ditunjukkan nombor
Satu. Manakala dikotak yang kedua, dibuat tanda strok. Berkelip matanya pandang
tanda tu. Se.. Serius? Skrin tu tak main-mainkan dia, kan?
“See. You got Spare, Fiya.” Suara Ayish
mengetuk gegendang telinganya.
Safiya
telan liur. Dia menoleh pandang Ayish. Dicari anak mata lelaki itu. “Aku.. Aku
tak mimpikan?” Ditanya Ayish.
Tergelak
lelaki itu bila dengar. Lantas Ayish menggeleng. “You’re not.” Senyum.
Dalam
masa sesaat..
“Yeahhh!”
Safiya menjerit gembira di situ. Pandangan orang lain dia tak peduli. Rasa
macam semangatnya datang kembali saat ni. Rasa..
“Weh,
tambah lagi satu game!”
DERINGAN telefon
mengganggu lena Safiya. Dia berkalih ke kiri bila telefonnya tidak henti-henti
berdering. Malas betullah nak angkat telefon waktu-waktu aku tengah sedap tidur
ni. Deringan yang mati dengan sendiri buatkan dia tersenyum. Berhenti pun. Dia
sambung kembali tidurnya.
Tapi tak
sampai pun dua saat, lagu nada dering Heartbeat Song kedengaran lagi. Safiya
mengeluh. Haih nak saja dia menjerit sekarang ni. Bantal dicapai dan ditutup
wajahnya. Bingit betul telefon ni. Nak lempar takut pecah pula. Sudahlah tu hadiah
dari abang sulungnya.
Buat
kali ketiga, telefon itu berdering lagi. Safiya stres. Dia buka mata dengan
geram. Dipandang jam di tepi katil. Tiga pagi? Hoi, mangkuk hayun mana yang
mengacau anak dara orang tetengah pagi buta ni?
Lantas
telefon yang lagi sikit nak menyembab lantai di capai. Jatuh telefon aku,
memang aku salahkan katil sebab biar telefon aku ada kat hujung tanduk! Nama
pemanggil dibaca. Ayish? Hailah anak teruna orang ni. Apa yang dia nak pepagi
buta ni? Mengacau saja.
Bersama
mata terpejam, panggilan itu dijawab.
“Hello
Fiya, boleh tolong aku tak?” Kedengaran penat suara itu menerjah telinga Safiya
yang masih mamai.
“Assalamualaikum,”
Dia jeda sebelum, “Agama apa kau ni, salam tak ada?” Sensitif bila beragama
Islam tapi tak beri salam. Memang tak suka mendoakan kesejahteraan orang eh?
“Err,”
Ayish terkedu. Terlupa dia pasal tu. Nak cepat punya hal. “Waalaikumussalam. Sorry,” Ucapnya.
“Hmm,
tolong apa? Pepagi buta mengacau anak Pak Azlan, tahu dek Pak Azlan habis kau
dia ganyang.” Bebel Safiya. Sangat tak puas hati sebab anak Pak Mukriz mengacau
tidurnya.
Ayish
tersengih mendengar bebelan Safiya. Masih mamai pun sempat lagi membebel.
Hailah Safiya. Ini yang buat aku sayang kau sangat ni. “Boleh tolong ambil aku
tak?”
“What?!” Punyalah terkejut, sampai dia
terduduk sembilan puluh darjah. Ayish suruh ambil dia? Sekarang? “Dah pukul
tiga weh. Apa kau ingat sekarang tiga petang ke?”
Ayish
sengih lagi. “Tahulah. Aku baru landing
ni. Tak ada siapa nak ambil. Famili aku semua balik kampung, ada kenduri tahlil
dekat sana.” Jeda. “Kau sajalah harapan aku sekarang ni Fiya.” Rayuan dibuat.
Safiya
mengeluh. Terbit rasa kasihan pada Ayish. Sudahlah penat dan sekarang terpaksa
menunggu pula untuk pulang ke rumah. Hailah Ayish Amshar. “Hmm, lagi sejam aku
sampai.” Talian mati dan dengan perlahan, dia bersiap.
SAFIYA pandang
Ayish di hadapannya. Jelas sangat raut keletihan di wajah kacak itu. Tapi
dengan senyuman yang sentiasa meniti di bibir, buatkan raut letih itu berganti.
Ohh lupa nak kasitahu, Ayish memang murah dengan senyuman. Jadi tak ada hallah
kalau ramai perempuan jatuh chenta
pada dia.
“Thanks.” Ucap Ayish saat Safiya
mendekat. Sungguh dia akui, walau hanya berbaju putih bercorak hello kitty dan
disertakan dengan kardigen warna hitam, berseluar track suit pula, Safiya tetap
nampak cantik.
“No big deallah.” Dia senyum. “Jomlah.”
Ajaknya. Sekarang dah jam empat pagi. Jauh juga lapangan terbang ni dari rumah
dia. Ambil masa setengah jam ke empat puluh lima minit. Konfirm-konfirm sampai
rumah nanti, azan Subuh berkumandang.
Ayish
angguk. Dengan senang hati ditarik flight
bag miliknya. Berjalan beriringan dengan Safiya.
“Kau
kenapa tak bawa kereta datang sini haritu?” Tanya Safiya pelik. Selalunya Ayish
akan bawa kereta kalau dia ada penerbangan. Selalunyalah. Tapi tak tahu pula
kenapa tidak harini.
“Saje
nak suruh kau ambil,” Jawabnya bersahaja.
Safiya
pandang Ayish pantas. Kecil matanya memandang lelaki itu. “Apa maksud kau
sebenarnya?” Siap ternaik kening Safiya menyoal.
Ayish
senyum. Dia rapatkan dirinya dengan Safiya bila terpandang dua pramugari yang
lagi enak memandangnya. “Tak adalah.
Haritu, kereta aku ada kawan aku pinjam. Kereta dia rosak, jadi dia pinjam
kereta aku bawa famili dia bercuti. Sementara aku ada flight ni, aku kasilah dia pinjam.” Ceritanya jujur.
Safiya
angguk. Serupa itu kisah sebenarnya ya. Patutlah dia tak nampak kereta Ayish
masa singgah rumah lelaki tu dua hari lepas. Persoalan sudah terjawab.
Dipandang Ayish lagi. “Kau nak pergi memana dulu tak sebelum balik rumah?”
Soalnya. Dah alang-alang nak dekat Subuh.
“Hmm..”
Ayish berfikir sejenak. “Teman aku makan. Aku laparlah.”
Safiya
angguk. Dia pun rasa lapar sebenarnya.
PINTU rumah
diketuk beberapa kali. Siap itu, dengan loceng sekali dia tekan. Tapi nak dekat
sepuluh minit, tuan rumah masih juga belum buka pintu. Tak nak aku datang sini
cakaplah. Tak payahlah buat aku macam patung kat depan ni.
Pintu
diketuk sekali lagi. Loceng juga ditekan. Dia nekad, seminit dia tunggu. Kalau
dalam masa seminit, tuan rumah masih belum keluar, dia balik.
Jam
dipergelangan tangan dipandang. Empat puluh saat berlalu. Tuan rumah masih
belum munculkan diri. Tiga puluh saat berlalu. Pintu masih juga belum buka.
Tinggal lima belas saat. Tak ada tanda-tanda yang dia akan disambut si tuan
rumah
.
Sepuluh..
Sembilan.. Lapan.. Tujuh.. Enam.. Lima.. Emp,
Pintu
terbuka. Terjengul wajah mamai Ayish di situ. Dengan berseluar pendek. Berbaju
putih kosong. Rambut yang serabai. Mata yang sememeh dengan taik mata. Lelaki
itu bersandar malas di daun pintu. Sesekali dia akan menguap.
Safiya
telan liur. Gila buruk rupa Ayish baru bangun tidur. Terkaku dia sekejap sebab
inilah kali pertama dia nampak Ayish bangkit lewat. Dia pandang jam, sembilan
lima sembilan minit pagi. Ohh tak, sepuluh pagi.
“Kau nak
apa?” Suara serak itu kedengaran.
“Err,”
Safiya tutup mulut kembali. Dia melangkah setapak ke belakang. Gila busuk mulut
lelaki ni. Tidur keluar air liur basi ke apa? Dia tahan nafas. Nak sembur rasa
macam tak sopan pula walaupun dia rasa dia patut sembur. Tapi, normallah kalau
orang baru bangun tidur macam mana, kan? “Kau dah sarapan?”
Okay.
Entah kenapa, pandangan dari Ayish tu buat dia rasa menjerut lehernya. Orang
baru bangun boleh aku tanya dah sarapan ke belum? Cubalah tanya, kau dah joging
pagi ni ke belum?!
“Err,
aku bawa sarapan. Kau pergilah mandi dulu ke, apa ke, lepastu kau datang kat
gazebo.” Safiya melangkah pergi. Lagi seminit dia berdiri kat situ, mahu pitam
dia saat tu juga. Gila busuk bau badan Ayish ni. Dia tak mandi ke masa balik
Subuh tadi?
Lima
belas minit bukanlah masa yang sangat relevan untuk dia bazirkan. Nasib baiklah
dia bawa sekali laptopnya tadi. Boleh
siapkan kertas kerjanya yang tinggal sepuluh peratus nak siap tu. Dan dalam
masa lima belas minit ni, siap juga kerjanya sementara menunggu Ayish datang ke
sini.
Ia
normal sebenarnya kalau lelaki bernama Ayish Amshar bin Mukhriz mandi dan
bersiap lama-lama macam ni. Ini kira balas dendam ke apa? Sebab Ayish pernah
menunggu dia bersiap selama setengah jam!
Okay,
aku mula rasa yang Ayish tengah buat win-win
situation sekali lagi.
“Hai!”
Sapaan itu dibalas Safiya yang tengah duduk di tepi kolam ikan. Dia menoleh.
Berdiri Ayish bersama seluar pendek melepasi lutut, baju warna merah kosong dan
rambut yang dipacakkan. Hensem sangat weh. Ouh, I’m melting.
Safiya
pantas bangkit. “Kenapa tak cukupkan lagi lima saat aje, cukup setengah jam?”
Sempat aku berjogging keliling rumah dia tadi.
Ayish
balas dengan sengihan. “Biasalah, anak teruna bersiapkan lama.” Balasnya. Dia
berjala ke gazebo. Disilakan dirinya di situ. Dia tersenyum saat melihat
hidangan sarapan pagi terbentang di hadapannya. Sangat menyelerakan.
“Bakal
mak mertua aku yang buat ke semua ni?” Soalnya.
Safiya
pandang Ayish dengan pandangan toya. Dah mula dah dia merepek pasal bakal mak
mertua bagai ni. “Ha. Bakal mak mertua kaulah yang buat sarapan ni. Nak
harapkan aku, jauh panggang dari api.” Dia capai huluran penutup yang menutup
hidangan dari menjadi santapan lalat daripada Ayish. Air teh panas dari dalam
termos dituangkan ke dalam cawan plastik berwarna oren.
“Let me lead,” Bersama itu, kedua mereka
mengangkat tangan. Safiya mengaminkan doa makan yang dibaca Ayish.
Sambil
bersarapan, mereka berbual. Selalunya, selalunyalah, Ayish pasti akan
menghubunginya pagi-pagi bila Ibunya tiada di rumah. Tujuannya, mahu
menyuruhnya menemani lelaki itu bersarapan. Atau maksud tersiratnya, menyuruh
dirinya mengajak lelaki itu bersarapan di rumanya.
Tapi pagi
ini, tanpa disuruh Ayish, dia sendiri merelakan diri datang ke rumah Ayish
membawa sarapan. Tapi dia masih punya agama untuk tidak masuk ke dalam rumah
Ayish. Sudahlah keluarga Ayish tiada di rumah. Kang saja aje mereka kena
tangkap basah. Jujur, dia tak suka basah, dia lagi suka kering! Heh?
“Hmm
Ayish..” Panggil Safiya di waktu lelaki itu sedang enak menyumbat mi goreng ke
dalam mulut. Masakan Mama Safiya memang lazat. Tapi, masakan Ibu dia lagi lazat
dia rasa. Ah, dia tak tahu nak buat perbandingan bila masakan kedua-duanya
lazat macam ni. Buntu.
“Kau fly lagi bila?” Tanya Safiya.
Ayish
angkat wajah. Dia cuba mengingat jadualnya. “Hmm, minggu depan aku rasa.” Jeda.
“Kenapa?” Di pandang Safiya.
Safiya
angguk. “Pergi mana?” Soalnya lagi. Pertanyaan Ayish dia ganti dengan persoalan
baru.
“Aussie.
Itupun dekat seminggu aku kat sana.” Ayish mula pelik. Pelik sebab sebelum ni
Safiya tak ambil tahu langsung pasal penerbangannya. Sebab katanya, dia tak
sanggup nak ingat hari berpisahnya dia dengan Ayish walaupun hanya tiga hari.
Ini kenapa dia menyoal pula?
Safiya
angguk lagi. Sungguh, dia berat hati sebenarnya nak beritahu Ayish. Tapi..
“Harini kau free tak?” Disoalnya
lagi. Dia rasa nak luangkan masanya dengan Ayish dalam seminggu ni. Lakukan
aktiviti kesukaan mereka. Bersama-sama.
Ayish
jatuhkan wajahnya. Mengangguk dia dua kali.
“Tak
rasa nak tidur sepanjang hari?” Iyalah, Ayishkan baru balik Subuh tadi. Takkan
lelaki tu tak penat?
Ayish
menggeleng. “Kau ni peliklah. Kenapa kau tanya aku soalan-soalan tu semua?”
Kerutan mula tampak di dahi Ayish Amshar. Mesti ada yang tak kena kalau Safiya
tanya soalan yang langsung gadis itu tak pernah tanya sebelum ini.
Safiya
senyum. “Teman aku, jom.” Ajaknya ceria. Dia tak sanggup nak beritahu perihal
itu. Takut andai dia tarik balik keputusan yang sudah dia buat sepanjang enam
bulan ni.
“Pergi
mana?” Mi goreng disumbat dalam mulut.
“Ice
skating!” Dia senyum. Dah lama dia tak pergi sana dengan Ayish. “Serius, aku
rasa nak buat benda yang kita buat sebelum ni. Macam nak ulang balik semuanya. Would you?” Matanya bertentang dengan
anak mata hitam Ayish.
Ayish
kerut dahi lagi. “Why out of sudden?”
Soalnya bingung.
Safiya
jungkit bahu. “Well.. Aku tak ada
jawapan skema untuk pertanyaan tu.” Jeda. “I’m
just.. Teringin.” Sambungnya lagi.
Ayish
angguk. Fahamlah dia kenapa Safiya tanya soalan pelik-pelik tadi. “Teringin
atau rindu, sebenarnya?” Ayish senyum nakal.
Safiya
menggeleng. “Teringinlah.” Dia sangkal pantas. Dia takut, dia rindu nak buat
semua benda ni akan datang. Itu saja.
“Iyalah.”
Jeda. Air teh suam dicapainya. “Kasi aku lima minit, biar aku tukar baju.” Dia
letak pinggan di hadapannya.
“It half an hour I think.” Safiya sambung
menyumbat sandwich dalam mulutnya. Harap sangat yang Ayish dengar.
Ayish
gelak kecil. “Ya, I guess.”
SARUNG tangan
dipakai. Selesai pakai semua peralatan, tak banyak sangat aku rasa. Hanya kasut
dengan sarung tangan aje, mereka melangkah masuk ke dalam gelanggang ais. Sejuk
tak terkata. Nasib baiklah pakai sarung tangan. Kaki pun bertutup.
“Jom
luncur.” Ajak Ayish. Dihulurkan tangannya untuk disambut Safiya.
Safiya
hanya pandang huluran tu. “Err, tak nak warming
up dulu ke?” Soalnya. Dah masuk sini, baru dia ingat yang dia pernah jatuh
dua kali. Sakitnya tak terkata. Bangun esok pagi, sakit tangan dan kakinya
sebab jatuh. Padah.
Ayish
gelak. Bila masanya pula main lunjur ais ada aktiviti panaskan badan? Orang dah
ghairah nak meluncur, mana ingat nak panaskan badan. “Come onlah, dear. Kau dah
pandai meluncur pun kan. Nak takut apa lagi?” Tanya Ayish.
Jenuh
jugalah dia dengan Safiya datang sini sebab Safiya memaksanya mengajar gadis
itu meluncur ais. Nasib baiklah masa tu dia tak ada terbang ke mana-mana. Dah
setelah hampir seminggu jadi tenaga pengajar tanpa gaji, akhirnya Safiya pandai
juga meluncur ais. Itupun setelah banyak kali gadis itu jatuh.
“Itulah
masalahnya. Aku dah lama tak meluncur, takut jatuh lagi.” Dia gigit bibir.
Ayish
senyum. “Iyalah. Jom, luncur perlahan-lahan dulu.” Ajaknya. Tangan Safiya
dipegang dan mereka mula meluncur. Setelah membuat satu pusingan, mereka mula
ke tengah gelanggang. Bersama dengan orang ramai, mereka meluncur ais di situ.
“Eh, aku
nak buat yang macam tu.” Sambil menunjuk pada seorang lelaki yang meluncur gaya
zig-zag.
Ayish
senyum. “Kau tahu tak?” Soalnya. Sebab masa sesi latihan itu hari, dia terlupa
nak ajar Safiya gaya zig-zag macam tu.
Safiya
sengih. “Ajar akulah,” Suruhnya lebih kepada arahan.
Ayish
mula sekali lagi menjadi tenaga pengajar tak bertauliah pada Safiya. Tapi dia
suka mengajar Safiya kerana gadis itu senang menangkap apa yang diajarkan
olehnya. Contoh anak murid yang bagus.
Setelah
satu jam, mereka keluar dari gelanggang ais. Kasut diserahkan pada pemilik
gelanggang ais setelah memakai kasut memasing.
Mereka
berjalan dalam pusat beli belah itu. Bermacam ragam manusia boleh dilihat dalam
pusat itu. Berbilang agama, bangsa dan juga budaya. Andai tiada tiga puak ini,
pasti dunia tidak seindah mana.
“Eh,
pergi sana jom.” Ajak Ayish. Dia tarik tangan Safiya dan berhenti di hadapan
gerai kecil ditengah-tengah jalan. Kedai jual barang kemas wanita yang plastik.
Maksud plastik kat sini, bukannya barang-barang tu semua diperbuat daripada
plastik. Bukan. Tapi barang tu bukan original. It's clone.
Barang
menjual cincin dihampiri. Safiya jadi rambang mata bila melihat pelbagai jenis
dan corak cincin di hadapannya, walaupun bukan yang asli. Dipandang Ayish di
sebelahnya. Lelaki itu juga tersenyum melihat deretan cincin di hadapan mereka
berdua. “Apa tujuan kau bawa aku datang sini sebenarnya?” Tanya Safiya hairan.
Ayish
senyum. “Beli cincin.” Balasnya pendek. Di cuba sarungkan sebentuk cincin yang
menjadi perhatiannya di jari kelingkingnya. Hmm, tak muat. Dicuba cincin yang
lain. Dan seterusnya.
“Untuk
siapa?” Tanya Safiya. Untuk kekasih Ayish ke? Tapi, siapa girlfriend lelaki ni? Dan kenapa dia tak tahu? Tapi, eh kejap!
Takkanlah dia nak kasi makwe dia
cincin plastik macam ni? Sangat tak masuk akal.
Ayish
hanya jungkit bahu. Dia masih lagi mencari dan tercari cincin yang sesuai.
Lantas dipandang Safiya di sebelahnya. “Apa kata kalau kau yang pilih mana yang
sesuai?” Cadangnya.
Safiya
terkejut. “Tapi kenapa aku?”
Sekali
lagi Ayish jungkit bahu. “Kau pilih aje mana yang kau berkenan. Anggap macam
cincin ni untuk kau.” Ujarnya lagi.
“Are you serious, Yish?”
“I am.” Angguk.
Tak
tunggu sesaat, Safiya pantas memilih cincin yang menjadi idaman kalbunya.
Walaupun bukan original tapi, apa peduli. Bukannya orang perasan pun.
Lantas, sebentuk
cincin berwarna platinum menjadi idamannya.
“PERGI mana?”
Tanya Ayish. Sebaik saja membeli cincin, mereka singgah di medan selera untuk
menjamu tengah hari walaupun sekarang dah jam empat petang. Tengah harilah
sangat~
“Hmm,
bowling jom.” Ajaknya bersama senyuman lebar. Masih diingatnya lagi beberapa
minggu lepas yang markahnya hanya beberapa angka saja mahu menyamai markah
Ayish. Rasa bangga di situ.
Ayish
gelak kacak. “Kita lawan, nak?” Cadangnya. “Siapa kalah, kena belanja karaoke
esok.”
Safiya
senyum. Tak ada hallah kalau nak belanja karaoke. Dia dengan Ayish pun memang
minat karaoke. Jadi, kalau duit dilaburkan di situ, rasa berbaloi. “Okay,” Dia
setuju.
Di
pertengahan jalan menuju ke tingkat lima, Ayish tiba-tiba menghentikan langkah
di tengah-tengah pusat membeli-belah itu. Sekaligus, langkah Safiya juga
berhenti secara tiba-tiba. Dan yang lebih mengejutkan Safiya apabila Ayish
melutut di hadapannya sambil menghulurkan sebentuk cincin yang mereka beli
tadi.
“Ayish?”
Berkerut-kerut dahi Safiya. Ditarik Ayish supaya berdiri, tapi lelaki itu
mengeraskan tubuhnya. Kenapa dengan Ayish ni?
Mata
hitam Ayish bertentang dengan mata hitam Safiya. Lelaki itu senyum. “Nik Safiya
binti Nik Azlan, will you be my
‘bestfriend’?” Soal Ayish lancar.
Safiya
tergamam. Apa yang lelaki ni cuba lakukan sebenarnya? Di tengah-tengah khalayak
ramai macam ni? Dan, di pusat membeli-belah? Ohh my Ayish.
“Ayish..”
Jeda. “Kitakan memang bestfriend,
untuk apa kau buat ni?” Safiya menunduk. Tahu yang orang ramai mula menggerumi
mereka. Ahh, malunya.
“Kita
tak rasmi lagi jadi bestfriendlah. Ni
aku nak rasmikan,” Dia gelak.
Safiya
juga gelak. Ada juga eh nak jadi sahabat pun kena rasmi. Sesuatu yang dia
belajar dari Ayish hari ni.
“Would you, Safiya?” Disoalnya lagi. “Please accept. Kau jangan malukan aku,”
Sempat Ayish berbisik.
Safiya
gelak. Aku tak suruh pun dia buat. Dah dia yang gatal nak buat. Jadi jangan
salahkan aku andai aku menolak. Tapi..
“Fiya?”
Panggil Ayish lagi. Lenguh sudah dia macam ni. Orang pula mula ramai menggerumi
mereka. Kayak artis sajalah.
“Manusia
mana yang menolak, Ayish?” Soal Safiya sebagai hint.
“So your answer?”
“Aku
terima.” Dia senyum. Lantas dia hanya membiarkan bila Ayish menyarungkan cincin
itu di jari manis kirinya.
“Thanks.” Dia bangkit.
Safiya
senyum. It’s just nice to be like this.
Sekali-sekala dapat perhatian masyarakat. Nak juga dia glamour. Siapa tak nak,
kan?
“Ini
rupanya rasanya melamar orang. Sangat nervous.”
Sempat Ayish menyeka peluh di dahinya. Safiya dah gelak. Itulah, menggatal lagi
buat macam tu. Tapi jauh di dalam hati, dia mengiyakan apa yang dibilang Ayish
tadi. Macam ni rupanya bila menerima ‘lamaran’ orang. Sangat berdebar jantung
ni. Ohh hati,
SAFIYA menapak
menuruni anak tangga. Tiba di ruang tamu dia mencari kelibat Mamanya. Tapi tak
ada. Hanya ada Ayah dan juga adik lelakinya. “Mama mana, dik?” Tanyanya pada si
adik yang tekun menonton kartun Boboiboy. Umur dah nak ambil SPM, tapi layan
juga kartun ni? Hailah adik.
“Kat
luar. Siram-siram,” Pendek jawapan balasnya. Mata masih lagi memandang kaca
televisyen.
Siram-siram?
Safiya pandang jam. Memang patutlah pun. Sekarang dah jam sepuluh pagi, Mama
memang akan menyiram pokok bunga kesayangannya waktu pagi macam ni, dan waktu
petang nanti. Menjadi seorang anak kepada penggemar bunga sangat membuatkan
dirinya tahu segalanya mengenai bunga.
“Ada apa
cari Mama?” Suara Mama kedengaran. Safiya pantas menoleh ke muka pintu. Masuk
Mama bersama kain di bahunya. Kain lap peluh aku rasa. Mama ni siram bunga ke
basuh bunga sampai berpeluh segala?
Safiya
menyengih. “Sajalah rindu Mama.” Dia senyum pula. “Bila nak sarapan ni Ma? Fiya
dah lapar lorh.” Sambil pegang perut kempisnya. Malam tadi dia tak makan nasi.
Mana taknya, kalau Ayish tarik dia bawa makan burger McDonald. Ingat dia masuk
sangatlah makan burger memalam?
Puan
Hafizah senyum dengan gelagat anaknya. Anaknya hanya dua orang. Lelaki dan
perempuan. Hilang anak perempuannya, memang tak ada lagilah anak perempuan yang
lain. Begitu juga sebaliknya. “Jomlah makan. Ajak Ayah dengan adik kamu
sekali,” Dia melangkah ke dapur.
“Kakak
lawa-lawa ni nak pergi mana?” Tanya Nik Shahir bila semuanya sudah berada di
meja makan. Di pandang pakaian kakaknya. Kakaknya cantik berbaju blouse warna
ungu cair bersama sling bag yang diletak di kerusi sebelah. Rambut kakaknya
diikat satu dan dihujung kepala terselit cekak rambut nipis berwarna ungu
gelap.
Safiya
sengih. “Nak keluar sekejap,” Balasnya.
“Pergi
mana?” Tanya Nik Shahir lagi. Kotlah dia boleh ikut sekali ke. Dia pun bosan
juga duduk terperap kat rumah belajar. Nak keluar, dia malas. Tapi kalau
kakaknya ajak sekali, confirm dia
akan ikut punya. Sebab dah lama dia tak keluar bersama-sama dengan kakaknya.
“Jalan-jalan.”
Balasnya pendek. Tak mahu memberi jawapan yang spesifik kepada adiknya.
Macamlah dia tak tahu yang adiknya tu tunggu masa aje nak diajak bersama. Keep dreaming ajelah, dik.
“Dengan
Ayish ke, Fiya?” Tanya Encik Nik Azlan pula minta kepastian. Malam tadi
isterinya ada beritahu bahawa anak gadisnya itu ada meminta izin untuk keluar
bersama Ayish hari ni.
Safiya
hanya angguk ekoran mulutnya penuh dengan roti bakar. Tangannya lincah sapu jem
pada roti.
“Kakak
dengan Abang Ayish tu ada apa-apa ke?” Tanya Nik Shahir. Teringin juga dia nak
tahu apa hubungan yang sebenarnya antara kakaknya dengan Abang Ayish tu. Dari
sekolah menengah sampai sekarang bersama. Takkan tak punya apa-apa hubungan
kot. Musykil dia.
“Ada
apa-apa, apa?”
Shahir
mencebik. Buat tak faham pula. “Kakak suka Abang Ayish ke?” Soalnya.
Safiya
gelak. “Perempuan mana tak suka dia?” Jeda. “Tanya Mama, Mama pun suka juga
dengan Ayish tu. Kan Ma?” Dipandang Puan Hafizah.
Puan
Hafizah yang tak tahu hujung pangkal cerita hanya mengangguk. Safiya senyum
dengan anggukan blur itu. Sementara Shahir, sudah menggeleng.
Bunyi
mesej yang masuk buatkan Safiya pantas membuka lock panggilannya. Ada mesej dari Ayish yang mengatakan lelaki itu
sudah tiba di hadapan rumahnya. Dia tidak membalas tetapi memandang kedua orang
tuanya.
“Ayish
dah sampai. Fiya pergi dulu,” Dia bangkit. Sling bag di pakai. Dia cuci tangan
sebelum mengelap tangannya sehingga kering. Kemudian disalam kedua orang
tuanya. Tidak lupa juga menghulurkan tangan pada adiknya.
“Assalamualaikum,”
Ucapnya sebelum beredar.
CUITAN di
bahunya buatkan Safiya menoleh. Dia senyum pada Ayish yang baru tiba di
belakangnya. “Dah?” Soalnya. Sudah setengah jam mereka di kedai buku ni.
Membaca dan memilih buku yang sesuai untuk dibeli.
Ayish
angguk. “Kau?” Disoal Safiya kembali.
Safiya
hembus nafas. Dijeling satu buku dirak paling atas. “Tolong aku ambil komik
tu.” Sambil menunjuk komik Lawak Kampus. “Tak sampai lorh,” Dia sengih. Ingat
nak tarik saja kerusi berhampirannya dan panjat kerusi untuk ambil komik tu,
tapi sebab dah ada Ayish, suruh lelaki tu sajalah.
Ayish
gelak. “Cepat sikit tinggilah. Lenguh aku asyik menunduk ke bawah saja.”
Bebelnya lebih kepada bercanda. Lantas dicapai komik tu. Safiya dengan Lawak
Kampus, memang tak boleh dipisahkan.
Safiya
yang mendengar kutukan itu pantas menepuk dada Ayish dengan novel setebal tujuh
ratus muka surat di tangannya. Haish, sensitif betullah bila hal ketinggian
dibicarakan. “Nanti balik aku makanlah kalsium bebanyak. Biar tinggi macam
tiang elektrik!” Komik di tangan Ayish diambil.
Mereka bergerak
ke kaunter pembayaran. Safiya menyilangkan tangannya ke dada bila juruwang itu
menyatakan jumlah harga yang perlu mereka bayar. Tapi bila sudah lebih dua saat
dia menunggu, tapi tiada tanda yang duit akan dihulur pada juruwang, pantas dia
memandang Ayish. “Weh, bayarlah!” Suruhnya.
“Eh,
buku aku satu aje. Kau punya yang banyak, jadi kaulah yang bayar.” Sangkal
Ayish. Dia bersiul sambil pandang syiling kedai buku. Tiada tanda yang dia mahu
bayar jumlah harga buku-buku tu.
“Aku
perempuanlah, Ayish. Kau kan lelaki,”
“Jadi?”
“Lelakilah
yang kena bayar.”
“Tak ada
dalam undang-undang Malaysia pun lelaki yang kena bayar?”
“Ayishh..”
Safiya sudah mula merengek. Bukan dia tak nak bayar, tapi biarlah ini buku
terakhir yang akan dibayarkan Ayish untuknya. Sebab selepas ni, mungkin dah
tiada lagi waktu-waktu macam ni.
Ayish
mendengus. “Iyalah,” Dia mengalah. Lantas dicapai dompetnya dari kocek seluar.
Beberapa not sepuluh ringgit dihulurkan pada juruwang yang hanya memandang
mereka berdua semenjak tadi.
“Nak
resit?” Tanya juruwang itu.
“Boleh
juga,” Jawab Ayish pantas. “Boleh aku claim
balik berapa duit yang aku dah keluar dari kau.” Dia berbisik pada telinga
Safiya.
Safiya
cebik bibir. Tak gentle langsunglah
Ayish Amshar ni. Dengan aku kawan baik dia pun nak berkira. Apalah. Kaki
dilangkah keluar dari kedai buku.
“Next destination?” Tanya Ayish saat dia
baru mendekati Safiya di luar kedai.
“Wayang?”
Tanya Safiya minta persetujuan.
“Okay,”
Setuju.
JAM
dikerling. Lambat pula Ayish ni. Aku yang perempuan dah siap solat dah, yang
dia masih lagi kat dalam. Nak kata bersolek, dia lelaki. Lantas kaki dibawa
mendekati satu kedai yang menjual aksesori telefon. Bahagian casing telefon dihampiri. Bolehlah dia
tukar casing telefon dia hari ni.
“Yes miss?” Tanya seorang lelaki cina
bermata sepet berbaju biru itu. Tersenyum dia melayan pelanggannya petang itu.
“I nak
cari casing untuk Samsung S5, ada
tak?” Tanya Safiya. Dah lama juga dia tak menukar sarung telefonnya. Dah hampir
enam bulan.
Lelaki
cina itu menunjukkan barisan casing
untuk Samsung S5 yang dimahukan Safiya. Rambang mata Safiya melihat barisan
sarung telefon itu. Ada warna emas, warna merah, warna hitam, merah jambu, silver dan juga ungu. Aduh, mana satu
nak pilih ni?
“Berapa
eh satu?” Soal Safiya.
“Satu,
lima belas ringgit. Dua, I kasi dua puluh lima ringgit.” Balas lelaki cina itu.
Safiya
angguk. Baik dia beli dua saja. Dah jimat lima ringgit. Tapi, warna apa dia nak
pilih? Aduh, kenapalah masa-masa macam ni mata aku nak rambang bagai?
“Fiya?”
Panggilan dari seseorang buatkan dia menoleh. Ayish dah sampai rupanya. Pantas
dia tersenyum. “Kau buat apa ni?” Tanya Ayish.
“Beli casing phone.” Jeda. “Kau tolong aku
pilih warna weh. Rambang mata pula tetiba.” Dia sengih.
Ayish
menggeleng. Dilihat warna-warna yang dipamerkan sebelum dia kembali memandang
Safiya semula. “Kau nak beli berapa ni?” Soalnya.
“Dua.”
Sambil angkat dua jarinya.
Ayish
angguk dan kembali menilik warna itu. Warna merah dan emas menjadi pilihannya
akhirnya. Selesai membuat pembayaran (kalini Safiya yang bayar sendiri lepas
Ayish pantas keluar dari kedai berkenaan), mereka berjalan ke tengah-tengah
pusat membeli-belah itu.
“Pergi
mana pula ni?” Tanya Ayish. Satu mall
ni mereka dah jelajah.
“Aeon
Big sekejap. Aku nak beli barang sikit.” Jawab Safiya. “Jangan risau, Mama-Ayah
aku dah kasi duit.” Sempat dia bersuara.
Ayish
yang baru nak mula langkah sudah tersenyum kelat. Macam tahu-tahu saja yang aku
tengah lokek sekarang ni. Dia tersenyum akhirnya.
“KAU nak buat
apa barang bebanyak tu?” Sambil menunjuk pada troli di sebelah mereka. Inikah
yang Safiya cakap sikit tadi? Penuh satu troli dia cakap sikit?
Safiya
senyum. Macam mana dia nak beritahu Ayish? Jujur dia tak sampai hati. Dia takut
akan penerimaan Ayish nanti. “Mama aku suruh belilah,” Lantas itu diberi
sebagai jawapan.
Ayish
angguk. “Bakal mak mertua aku nak buat apa dengan jajan, biskut ni semua?”
Tanya Ayish musykil. Kenapa dia rasa yang barang-barang ni semua kepunyaan
Safiya?
Safiya
kelu lidah. Dipandangnya Ayish lama. Dia senyum bila Ayish jongketkan kening.
“Bakal mak mertua kau kan suka baking.
Mungkin ni bahan-bahan untuk buat kek rasanya.” Dia berbohong lagi.
Kali ini
Ayish hanya angguk dan teruskan sesi suapan makanannya. Selepas penat tawaf
satu mall, lepastu makan ais batu
campur pun sedap juga. Hilang sudah rasa kering tekaknya tadi.
Tapi,
kenapa kalini dia rasa yang Safiya menipunya? Dia tak pernah rasa macam ni
sebelum ni. Betulkah apa yang dirasai hatinya saat ni? Tapi kalau salah pula
macam mana? Ahh, husnudzon Ayish. Itu adalah seeloknya.
MASA seakan
lambat bergerak. Jantung Safiya tenang mengepam darah ke seluruh tubuh
badannya. Jemari mula meramas sesama sendiri. Dan berhenti tatkala terpegang
cincin di jari manisnya. Wajahnya ditundukkan. Memerhati sebentuk cincin
plastik yang dibeli lambang persahabatan mereka.
Satu
keluhan dilepaskan.
Kenapa
dia rasa rumit sangat keadaan sekarang ni? Kenapa dia rasa seakan berat nak
melangkah pergi? Kenapa? Sebab dia tak beritahu Ayish? Mungkin,
“What happen, kak?” Datang Shahir bersama
lolipop yang dikulum dalam mulutnya. Semenjak tadi lagi dia melihat kakanya
resah di ruang tamu ni. Nak pergi kejar cita-citalah sepatutnya seronok. Tapi
lain pula kakaknya yang seorang ni. Kenapa?
Safiya
menoleh. Pandang Shahir di sisinya. Dia hembus nafas perlahan. “Kenapa akak tak
rasa seronok nak pergi?” Disoal adiknya yang memang tak punya jawapan untuk
pertanyaannya tadi.
Shahir
jungkit kening. Tak rasa seronok nak pergi? “Kenapa? Akak ada masalah yang tak
selesai lagi ke?” Tebaknya.
Safiya
menggeleng. Dia tak ada sebarang masalah. Tapi, “Akak tak beritahu Ayish yang
akak nak pergi.” Perlahan ayat itu. Tapi
dia tahu adiknya mendengar. Mengeluh lagi.
Shahir
senyum. Patutlah. “Kenapa akak tak beritahu Abang Ayish lagi?” Soalnya.
Safiya
geleng kepala. “Tak sampai hati,” Balasnya.
Shahir
senyum lagi. “Tak sampai hati atau akak takut akak rindukan Abang Ayish nanti?”
Selorohnya.
Safiya
angkat kepala. “Maksud kau?” Tak faham.
Shahir
jungkit kedua bahunya. Tersenyum dia pandang dahi kakaknya yang berkerut.
“Kasitahulah Abang Ayish pasal ni. Lusa akak nak bertolak dah,” Saran Shahir.
“Kalau
penerimaan dia tak macam yang akak sangka, macam mana?” Tanya Safiya pantas.
Dia takut akan penerimaan Ayish sebenarnya.
Shahir
jungkit keningnya. “Akak sangka penerimaan Abang Ayish yang macam mana?” Disoal
kembali. “Takut dia takkan lepaskan akak pergi?” Tebaknya. Peliklah kakaknya.
Kata hanya kawan. Tapi kenapa sampai macam ni? Macam pasangan kekasih saja.
Atau, memang mereka tengah bercinta sekarang ni, dan kakaknya tak beritahu
kebenaran itu?
Safiya
hanya sekadar jungkit kedua bahunya. Jujur, dia sendiri tak tahu apa yang hati
dan akalnya fikir dan mahukan. Fikirannya bercelaru.
SAFIYA hanya
pandang luggage miliknya yang dibawa
keluar dari bonet kereta oleh Ayah dan Adiknya. Segala beg-beg miliknya
diserahkan pada dua lelaki itu untuk mengangkutnya. Bukan dia tak mahu tapi
berat. Sangat berat. Macam mana dia nak angkut segala beg dia nanti pun dia tak
tahu macam mana.
“Are you ready?” Tanya Shahir di
sebelahnya. Berkerut-kerut dahi adiknya menarik beg kakaknya. Gila berat. Letak
anak gajah ke caner?
Safiya
tarik nafas panjang sebelum dihembus. “I’m
ready.” Jawabnya perlahan.
“So, let’s go.” Ajak Shahir.
Safiya
angguk dan mulakan langkah mengiringi adiknya. Mama dengan Ayah sudah ke
hadapan mahu memeriksa tiket penerbangannya. Mereka menunggu di kerusi yang
disediakan di tengah-tengah lapangan terbang.
“Nak air
tak?” Tanya Shahir. Dia haus sebab angkat beg kakaknya yang berat tu. Tu baru
tiga tahun dah berat macam tu. Kalau tiga puluh tahun? Sungguh dia tak dapat
nak bayangkan macam mana beratnya. Mahunya jatuh kapal terbang nanti.
“Coffee.” Balasnya pendek. Mungkin tak
nak dia mengantuk dalam penerbangan nanti. Safiya pandang sekeliling. Mencari
sesuatu yang mungkin menarik pandangannya untuk dilihat sebelum meninggalkan
bumi Malaysia.
Dan
matanya terhenti pada mata seseorang yang tepat menikam mata hitamnya. Nun
dihujung sana. Duduk seorang lelaki sambil memandangnya tajam. Wajah itu tidak
beriak. Dan jantung Safiya mengepam darah laju saat lelaki itu bangkit mendekatinya.
Ya
Allah. Jangan Kau buat dia datang sini. Tolonglah jangan.
Tapi
belum sempat doanya dimakbulkan, langkah lelaki itu sudah berhenti di
hadapannya. Berkerut dahi lelaki itu melihatnya bersama beg-beg di sebelah.
“Fiya?”
Panggil Ayish hairan. “Kau buat apa kat sini? Bercuti?” Tanya Ayish
kemudiannya. Gadis ini tak beritahu apa-apa pun mengenai ini. Ohh ya, patutlah
minggu lepas Safiya tanya dia bila penerbangannya seterusnya. Dia faham
sekarang. Tapi Fiya nak pergi mana?
“Err
err..” Safiya kelu lidah. Saat inilah yang paling dia mahu elak sangat dari
awal. Kalau boleh, dia tak nak masa ini tiba. Dia tak nak berpisah jauh dengan
sahabatnya dunia akhirat.
“Nah
kak,” Datang Shahir menghulur satu tin coffee
pada kakaknya. Kemudian Shahir menyapa Ayish di hadapan kakaknya. “Eh, Abang
Ayish pun ada?” Teruja dia menyambut kedatangan lelaki itu.
Ayish
senyum. “Kauorang nak bercuti dekat mana?” Tanya Ayish pada Shahir. Sebab dia
tahu, kalau tanya Safiya pasti gadis itu akan mendiamkan diri. Dan sudahnya,
jawapan yang dia mahukan takkan terjawab sampai bila-bila.
Shahir
pandang kakaknya bersilih ganti dengan Ayish. Hmm, kakaknya tak beritahu Abang
Ayish perkara sebenar ke? “Kitaorang bukan pergi bercuti, abang.” Dia buka
mulut. Lambat laun, Abang Ayish perlu tahu juga perihal ini.
Dahi
Ayish berkerut. Dah kalau bukan bercuti, pergi mana? Manusia takkan saja-saja
melepak buang masa dekat lapangan terbang ni kalau bukan nak pergi luar negara.
“Habistu?” Soalnya ingin tahu.
“Kakak
nak sambung belajar.”
Safiya
pejam mata saat dia perasan panahan mata helang itu. Wajahnya ditundukkan.
Maafkan aku, Ayish. Aku tak sampai hati nak kasitahu kau. Sumpah.
“Kat
mana? Berapa tahun?” Dua soalan diutarakan Ayish pada Safiya. Sedikit terkilan
bila dirinya tidak dikhabarkan mengenai ini. Nada suaranya juga berubah. Sedih.
Lepasni, dia dah tak ada sahabat lagi nak diajak berbual bila bosan. Dah tiada
manusia yang sudi melakukan aktiviti kesukaan mereka bersama-sama.
“Kat
Aussie dalam empat tahun.” Jawapan itu dijawab Shahir bagi pihak kakaknya.
Lama
Ayish pandang wajah Safiya. “Kenapa tak kasitahu aku benda ni?” Soalnya lirih.
Jatuh semangatnya pagi ni. “Kita sahabatkan? Kenapa kau langsung tak beritahu
sahabat kau pasal ni? Kenapa, Fiya?” Longgar lututnya saat ni.
“Ayish!”
Ayish menoleh bila namanya dipanggil dari belakang. Kaptennya sudah
memandangnya dan membuat isyarat segera masuk ke pesawat. Lantas dia
mengangguk. Dia kembali pandang Safiya.
“It much more better if you told me earlier
about this.” Jeda. “Aku kecewa dengan kau sebab tak beritahu aku langsung
pasal ni.”
“Ayish,
aku..”
“What?”
Lama
Safiya pandang mata Ayish. Dan dia bersuara, “Aku.. Aku tak sampai hati nak
beritahu kau.”
“Tak
sampai hati?” Ayish senyum sinis. “Sejak bila kau jadi manusia yang tak sampai
hati?” Jeda. “Seriously, aku kecewa
dengan kau.” Ayish pusing dan melangkah pergi bersama hati yang pilu. Kenapa
saat dia mahu pergi baru aku tahu tentang pemergiannya? Kenapa? Empat tahun..
Empat tahun aku hidup tanpa sahabat di sisi. Mampukah aku untuk menempuh hidup
ni tanpa dia?
EMPAT TAHUN
KEMUDIAN..
Safiya bermain-main dengan jemarinya. Tidak sudah-sudah
matanya memandang jam yang tersangkut di dinding. Mana dia ni? Jangan buat hal
sudahlah. Jangan malukan keluarga juga. Kalau tidak, memang sampai ke lubang
arnab aku cari kau!
“Mana
dia ni?” Soalnya sendiri. Sudah setengah jam masih juga belum nampakkan batang
hidungnya. Janji jam sepuluh pagi, sekarang dah jam sepuluh tiga puluh minit
pagi. Ohh Amir, jangan buat aku fikirkan yang bukan-bukan.
“Dia
akan datang, jangan risau.” Shahir di sebelah menentramkan jiwa kakaknya.
Sungguh dia pun sudah berfikir yang bukan-bukan sekarang ni.
“Kalau
dia tak datang macam mana?” Tanya Safiya takut. Hatinya mahu menangis saat ini.
Mana Amir Ashraf ni?
Dibawa
pandangan pada Tok Kadi dibahagian hadapan. Tok Kadi itu sudah membelek
telefonnya sambil menunggu kedatangan pengantin lelaki. Haraplah Tok Kadi tu
leka main telefon sampai pengantin lelaki tiba ya. Harap sangat.
“Jangan
fikir bukan-bukan,” Sangkal Shahir. Kakaknya ni sudahlah cepat sangat buat
spekulasi sendiri. Mahunya apa yang dirumuskannya jadi kenyataan, memang
menangis tak berlagulah nanti.
Sonia,
adik sepupu Safiya datang dan duduk di sebelahnya. Dihulurkan telefon bimbit
milik Safiya pada empunya tuan. “Ada orang telefon,” Beritahunya.
Takut-takut
Safiya menjawab panggilan itu. Sempat dipandang wajah Mamanya yang hanya
tersenyum sekaligus menenangkan hatinya yang bercelaru. “Hello
Assalamualaikum,” Sapanya pada pemanggil dihujung talian.
“Waalaikumussalam,
Fiya?”
“Amir?”
Safiya kenal dengan pemilik suara ni. Amir, tunangnya merangkap bakal suaminya.
“Mana awak? Kenapa tak sampai lagi? Semua orang dah tunggu awak,” Sedikit ceria
suaranya saat mendengar suara Amir dihujung talian. Amir guna telefon siapa ni
hubungi dia? Patutlah tiada nama pemanggil tadi.
“Err
Fiya,” Tergagap-gagap lelaki itu mahu menuturkan ayatnya.
“Amir?”
Seru Safiya bila Amir tiba-tiba mendiamkan diri.
Untuk
seketika, Safiya mendengar nafas ditarik sebelum suara itu kedengaran. “Fiya
maafkan saya. Saya tak boleh teruskan hubungan kita.”
“Apa
maksud awak, Amir?” Berubah nada suara Safiya. Sonia dan Shahir di sebelah
sudah memandangnya hairan.
“Saya..
Saya minta maaf. Saya tak dapat datang dan kita.. Kita takkan jadi suami
isteri. Saya dah suka orang lain, Fiya.”
Hancur
berkecai hati Safiya saat tu. Dia terdiam tiba-tiba bersama air mata yang jatuh
menuruni pipi. Dia nak meraung. Tapi fizikalnya langsung tidak beraksi apa-apa.
Dia kaku di situ.
“Akak?”
Panggil Shahir di sisi. Pelik dia melihat kakaknya yang tiba-tiba kejung.
Lantas di capai telefon bimbit dari tangan kakaknya dan menjawab panggilan yang
masih bersambung itu. “Hello?”
“Fiya?”
“Abang
Amir?” Suara Shahir yang sedikit kuat itu membuatkan yang lain memandangnya.
Masing-masing tertanya-tanya apa yang berlaku.
“Maafkan
abang. Abang tak boleh teruskan hubungan abang dengan kakak Shahir.” Dum!
Terasa rumah runtuh menghempap tubuhnya. Sakitnya tak tergambar. Ditoleh kakak
di sisi. Kakaknya sudah memeluk Sonia bersama juraian air mata. Tahulah dia
kini kenapa kakaknya jadi sebegini dalam sekelip mata.
“Sesenang
tu aje?” Suaranya mula meninggi. Rasa seolah dirinya juga dikecewakan lelaki
ini. “Kitaorang bertungkus-lumus siapkan segalanya tapi sesenang tu saja abang
cakap, nak tamatkan hubungan ni dengan kakak? What the stupid you!” Inggerisnya hancur saat marah-marah sebegini.
Api kemarahannya meluap-luap. Tak pernah dia rasa sakit macam ni.
“Shahir,
abang..”
“You’re not my brother!” Jerit Shahir.
Berani lelaki ni mempermainkan kakaknya? Seumur hidupnya langsung dia tak
izinkan mana-mana lelaki mempermainkan kakak kesayangannya, tapi kenapa kali ni
dia terlepas pandang? Arghhh!
Talian
terus ditamatkannya saat mendengar suara lelaki itu kedengaran lagi. Lantas dia
memeluk tubuh kakaknya di sebelah.
“Sekarang
macam mana?” Tanya Tok Kadi. Jelas di pendengarannya apa yang berlaku saat ni.
Encik
Azlan pandang isterinya. Puan Hafizah hanya menggelengkan kepala bersama
pandangan yang sudah kabur dengan air mata. Tidak sangka, perkara seperti ini
terjadi kepada anaknya.
“Kita
terpaksa batalkan semuanya,” Walaupun berat, Encik Azlan terpaksa mengucapkan
juga ayat itu. Sakit hatinya sebagai bapa saat melihat air mata anaknya. Saat
cinta sepenuh hati yang diberikan, tapi dibalas dengan hinaan sampah.
Tok Kadi
angguk lantas mengemaskan beg bimbitnya. Bersedia untuk bangkit sebelum..
“Saya
akan nikah dengan Fiya.”
*** bersambung***
**sambungan sedang dikarang**
Ala...knp bersambung.huhuhu.tgh excited bace....abis lak.bile nak kuar sambungannya???cepat la sikit....
ReplyDeletethanks sudi baca.. sambungan akan dipublish nanti.. hiks
DeleteOk...wait for it
DeleteIm waiting. :D hope sooo ad sambungan ^^
ReplyDeletesambungan dah update!
Deleteplez smbg!!!
ReplyDeletedh sbulan lbih tggu. tiap hri bka blog cek dh da smbgn ke blum...
huhuu sambungan dah update..
Deletemaaf lambat dan terima kasih kerana menunggu huhuuu