"ABANG IS!"
Iskandar dan Adam mendongak. Mereka
nampak dua perempuan yang tengah berlari mendekati mereka. Masing-masing dah
kerut dahi. Dan mata hanya pandang dua perempuan tu yang berhenti
tecungap-cungap bebetul di hadapan mereka.
“Abang Is! Abang Is!”
Adam pandang Iskandar sebelum jatuh
pada dua perempuan dihadapan mereka. “Apasalnya kauorang ni?” Disoalnya hairan.
“Kita orang.. Kita orang nampak..”
“Cop! Cop! Cuba bawa bertenang.
Tarik nafas dulu..” Adam menghentikan percakapan dua perempuan tu yang
sememangnya mereka tak faham apa yang dia orang sampaikan.
Lepas lima saat, mereka kembali
stabil. “Kita orang nampak Kak Mia dengan seorang lelaki handsome.” Laju ayat tu meluncur dibibir perempuan tu.
Iskandar pelik. Damia dengan seorang
lelaki? Siapa? Takkan Ikmal kot. Tapi bukankah Ikmal tadi aku nampak dekat
taman dengan awek dia? Lelaki tu semenjak dah ada awek ni terus aku tak nampak
dah duk berkepit dengan Mia. Dapat yang baru terus lupa yang lama ye, kawan.
Tapi okay jugak tu. Tak adalah nanti
aku makan hati tengok dia orang selalu rapat.
“Student
sini jugak ke?” Tanya Iskandar pada mereka. Wajah sehabis daya cuba berlagak
cool.
“Bukanlah kot sebab tak pernah
nampak pun. Lelaki handsome tu nampak
macam orang luar. Mesra giler dia orang kongsi air dengan makanan.”
Jantung Iskandar dah tak tenteram.
Lelaki handsome? Handsome sangat ke
dari aku? Aishh.. Buat aku tak tenang ajelah. Iskandar pandang Adam kat
sebelah.
Adam pegang bahu kawannya. “Better kau tengok dulu baru buat conclusion.” Cadang Adam. Tak suka bila
orang suka-suki menuduh tanpa bukti. Dia walaupun baru aje kenal Damia, dia dah
boleh tahu macam mana budi pekerti isteri kawannya.
Iskandar angguk. Dia terima cadangan
Adam. Dia pun kalau boleh tak nak terus assume
apa yang dia dengar. Macam yang Ainan Tasneem nyanyi dalam lagu 150 Juta, saya
kenal sayang saya! “Kauorang nampak kat mana?”
“Kat kafe.”
Terus Iskandar tarik tangan Adam
pergi kafe. Dua perempuan tu ikut sama juga berlari ke sana. Nak saksikan
kebenaran.
“Is.. Tu Is.” Sambil tunjuk pada
Damia yang tengah berbual dengan seorang lelaki yang dia tak kenal.
Iskandar pandang tunjuk arah tangan
Adam. Dia perhati wajah lelaki yang tengah berbual mesra dengan isterinya. Siap
bergelak ketawa tahap tak hengad dah dia orang ni. Bila dah cam, dia tepuk
dahi. Macam nak pecah dia rasa dada dia sekarang ni.
Dua perempuan yang jungkitkan kening
pada dia, dia pandang tajam. “Okay abang nak tanya.. Apa motif kauorang
beritahu abang benda ni?” Soalnya. Aiyaa.. Kenapalah aku tak tanya dari tadi?
Perempuan tu sengih. “Saje. Nak buat
abang marah bila tahu Kak Mia macam mana.”
Iskandar menggeleng. Kenapalah dua
perempuan ni bukan adik aku? Kalau adik aku ni, memang dah lama aku sekeh-sekeh
kepala tu.
Iskandar berjalan ke arah Damia.
Adam dan dua perempuan tu juga sibuk mengikut. Lantak diaoranglah. Iskandar
langsung duduk disisi Damia manakala Adam, Iskandar tarik suruh duduk disebelah
Darwish.
Damia pandang sebelah. Ternaik
kening dia bila nampak Iskandar dengan Adam duduk bersama mereka. Bila masanya
pula aku seru dua lelaki kacak ni? Dia pandang pula disebelah lelaki tu yang
masih berdiri. Siapa pula dua perempuan ni?
“Siapa tu?” Soal Damia pada lelaki
disebelahnya.
Iskandar menggeleng. “Bunian mana
entah. Tetiba hantar berita tak sahih. Buat sakit hati aje. Nasib tak percaya.”
Dia sengih hujung ayat. Tak percaya apa bendanya, Is. Kalau kau tak percaya tak
adanya kau berlari bagai nak rak datang sini.
Damia angguk. Ohh.. Dia faham. Dia
pandang dua perempuan tu. Junior mereka ke ni? Tak pernah nampak pon berkeliaran.
Tapi sedaya upaya dia tayang senyum. “Hai.” Sambil angkat tangan.
“Hai..” Takut-takut mereka membalas.
“Buat apa kat sini?”
“Usyar suami akak.”
“Hah?!” Melopong Damia dengar. Bukan
dia aje, Darwish pun sama juga terkejut. Tak percaya semestinya. Bukan senang
nak tengok perempuan yang berterus terang macam ni. Nampak Iskandar tepuk dahi.
Adam pula tahan sengih dia.
“Molek betul jawapan kauorang.”
Suara Iskandar dah berubah. Sempat dia geleng pada Damia.
Damia maintain cool. Tahu apa yang berlaku sebenarnya. “Ohh.. Dah habis
usyar dah?” Soalnya. Iskandar pandang isterinya pelik.
Dua perempuan tu mengangguk sambil
tersenyum. “Dah. Handsome. Buat abang
angkat, boleh?”
Kali ni Damia rasa nak pitam pula
bila dengar. Sempat kau minta izin aku ye, junior? Tapi Damia tetap senyum. Dia
angguk. “Buat abang angkat? Boleh jek. Tapi.. Kena tunggu perut Abang Is korang
ni dah buncit ke depan dululah. Sanggup tunggu?” Tanpa riak wajah, Damia
bersuara. Dapat dia nampak Iskandar yang menoleh pandangnya sambil tahan senyum
dia.
Dua perempuan tu terdiam. Lama
mereka bermain mata dengan Damia sebelum perlahan-lahan dan bersopan minta diri
tanpa berikan jawapan.
“Manalah kauorang kutip perempuan
tu?” Tanya Damia tak puas hati. Lepastu dia pandang jam tangan. Ada lagi dua
puluh minit sebelum kelas seterusnya bermula. Dia pandang Darwish. Tersenyum
sekejap. “Along.. Terima kasih sanggup luangkan masa dengar semua luahan hati
Mia.” Tangan Darwish atas meja dia capai.
“Ingat Along dengar ni free, ke?”
Damia dah muncung bila dengar. Sejak
bila materialistik ni? Sebelum ni tak ada pun minta apa-apa. “Yelahh.. Nanti
Mia suruh Is teman Along shopping.”
Dia sengih.
“Ehh, asal Is kena sama pula ni?”
“Sokaylah.. Along pergi dulu. Ada
mesyuarat lepas ni.” Darwish bangkit. Damia dan dua lelaki tu juga bangkit.
Damia salam dengan Alongnya. Diikuti Iskandar dan juga Adam yang masih tak tahu
apa-apa.
“Ada kelas lagi tak lepas ni?” Tanya
Iskandar sambil saingi langkah isterinya.
Angguk. “Ada lagi satu kelas aje.”
Telefon ditangan dia masukkan dalam beg tangan. “Boboy?” Tanya dia balik pada
Iskandar.
“Tak ada dah. Kena tunggu lagi dua
jamlah ni?” Dia gosok kepala. Ahh! Baru ingat nak balik dah. Jadi, dia kena
tunggu lagi dua jam baru boleh balik mengorok kat rumahlah ni? Alamakk! Mereput
aku tunggu.
“Ha lah.. Tapi, kenapa tak stay rumah Adam je? Ke Adam ada kelas
juga lepas ni?” Pandang Adam.
“Aku pun tunggu Risa sekali. Kereta
minah tu rosak semalam.” Selamba jawapan Adam.
Damia angguk. Patutlah tak nampak
perempuan tu bergaya dengan kereta dia hari ni. Kalau boleh, setiap hari dia
nak tumpangkan kawan-kawan dia hantar balik rumah. Tanpa bayaran okeh. Bukan
senang tau nak jumpa kawan yang macam Arissa tu. Walaupun perempuan tu agak
sosial sikit, tapi hati dia baik.
“Ha tu ada kawan. Boleh dating sekali, kan?” Damia tahan senyum
dia bila nampak wajah cemberut Iskandar.
“Okaylah boboy sayang.. Mia nak menuntut
ilmu dulu. Assalamualaikum.” Damia minta diri.
Iskandar pantas tahan langkah isteri
dia dari berlalu. Dia tunjuk pipi dia bila Damia pandangnya. Dah boleh dengar
dah siulan Adam bila dia buat macam tu.
Damia jegil mata. Apakah? Bukan tadi
dalam kereta sebelum keluar dah buat ke? Takkan sekarang pun nak kena buat lagi
sekali? Dia kerut dahi.
Oit Mia.. Pahala tu. Takkan kau tak
nak pahala kot? Dia mengeluh sekejap.
Dia pandang sekeliling. Bila nampak
Adam dengan mata dia yang nakal tu, dia garu pipi. Hantar isyarat mata pada
Iskandar.
Iskandar yang terima mesej tu
pandang Adam. Haishhh... “Oit! Married SX
only. Pandang sana.” Dia tolak muka Adam dengan buku ditangan. Adam yang
tahan gelak hanya mengikut. Tak sangka, macam ni rupanya perangai kawan dia
bila dengan isteri. Iskandar yang agak keras bila kat luar, terus lembik
tengkuk menggedik bila depan isteri.
“Ishh.. Kat rumah nanti tak boleh
ke? Malu kot.” Masih mahu menolak.
“No!
No! No!” Siap geleng kepala lagi. “Selagi boboy tak dapat, jangan harap baby boleh masuk kelas.”
Damia dah membuntang. Nak mengugut
ke? Ohh goshh.. Cheese cake apakah
ini?
“Cepatlah, yangg..” Suara Iskandar
makin gedik. Damia dah resah.
Makin resah dirinya rasa bila dari
jauh boleh nampak kawan-kawannya dah berjalan ke sini. Berpeluh-peluh dah dahi
dia. Oh ohh..
Nak tak nak, perlahan-lahan Damia
dekatkan bibirnya dengan pipi suami dia. Tapi dia silap, tak sedar bila
Iskandar palingkan wajah dan bibir Damia mencium bibir Iskandar.
“Wuuuu~~” Dengar orang ramai
bersiul.
Damia pandang keliling. Apa ni?
Ramai juga yang ada kat sini. Ohh.. Dia orang nampak apa yang aku buat tadi ke?
Ahhh! Malunya.. Terus dia peluk Iskandar dan sembamkan wajahnya nak tutup malu.
Shit!
Iskandar terkejut dengan reaksi
Damia. Okay, dia boleh rasa macam mana perasaan malu isteri dia sekarang ni.
Dia tayang wajah kelat. Ni macam mana tempat yang selalu tak ramai orang harini
boleh teramai macam ni? Siapa punya kerjalah ni. Memang nak kena penggal
agaknya.
“Sorry..
Ni bukan tontonan umum. Terima kasih.” Dia bawa Damia pergi dari sini.
Damia kipas wajahnya guna tangan.
Panas aje dia rasa wajahnya sekarang ni. Nasib baiklah Iskandar bawa dia jauh
sikit dari tempat tadi. Dah macam artis dah kena serbu macam tadi. Orang buat
benda halal yang dapat pahala kot. Cubalah bagi sokongan sikit. Ni tak.. Duk
bersiul pula. Malulah aku weyh..
“Wah! Merahnya muka.” Tegur
Iskandar. Nak tergelak dia rasa pandang wajah merah isteri dia. Dia tarik Damia
duduk disebelahnya. Pinggang ramping tu dia peluk dari belakang.
Damia siku perut Iskandar. “Boboy
punya pasallah ni. Aishh..”
Iskandar gelak. Salah aku lagi?
“Apa? Bila masa kita buat dosa?” Orang nak tolong dia dapat pahala, dia
salahkan kita balik.
Dengan selambanya, Damia tarik
hujung baju Iskandar dan lap peluh di dahinya. Dia hanya tayang sengih bila
Iskandar dah cekak pinggangnya. Lepastu dia bangkit, “Dah lah. Nak masuk kelas.
Jangan menggatal ek. Kalau tak, memang dari tingkat lapan puluh lapan bangunan
KLCC tu baby layangkan boboy.”
Iskandar terkedu lepas dengar. Dia
nak layangkan aku dari tingkat lapan puluh lapan tu? Nampak sangat tak sayang
suami. Heh.
Damia layangkan flying kiss dia pada Iskandar sebelum melangkah.
Ps : Sebenarnya, ni sambungan Part 43 yang agak pendek tuh. Huhuu, terlepas pandang mungkin. Maaf,
Best
ReplyDeleteterima kasih :)
Delete