"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Thursday, December 24, 2015

Cerita Pendek - Kau Takkan Faham

Macam-macam benda yang menimpa hidup aku sepanjang setahun ni. Dari perangai aku happy go lucky, sampailah sekarang aku tiba-tiba berubah jadi pendiam yang sangat diam. Berubah kerana percaturan dugaan aku yang tidak terduga. Segalanya terjadi begitu pantas sampai aku tak sedar aku dah berada di sini. Bukan khayalan semata-mata.

Bahu yang disentuh tiba-tiba buatkan aku menoleh. Ohh, Aiman rupanya. Lantas senyuman nipis dihadiahkan sebagai membalas senyuman lebar dari Aiman. "Kenapa?" Tanya aku pada lelaki itu.

Aiman Fahmi. Lelaki pertama yang menegur aku saat aku menjejakkan kaki di sini. Di universiti terkenal di Malaysia. Lelaki pertama yang sentiasa bersama aku saat aku susah. Dan, dialah juga lelaki pertama yang selalu mintak nak tiru assignment aku bila dia terlupa nak siapkan assigmentnya.

Aku pandang sekitar. "Mana yang lain?" Maksud aku, kawan-kawan kami yang lain.

Aiman sengih. "Melantak dekat kafe." Jawab Aiman bersahaja.

Aku angguk kepala. "Jadi, apa kau buat dekat sini? Kenapa tak ikut diaorang sekali?" Tanya aku. Sebab Aiman kalau pasal makanan memang takkan pernah menolak. Cara Aiman hilangkan stress dengan makanan tahu.

"Aku cari kau."

Dan langkah kami mati. Aku hanya pandang depan. Tak langsung pandang Aiman walaupun aku tahu, Aiman sedang pandang aku.

"Zaf, kau ada masalah ke?" Tanya Aiman. Suaranya dah bertukar serius. Dan bila Aiman mula serius, itu bermakna lelaki itu benar-benar memaksudkan keseriusannya. Jangan main-main kalau tak nak kena makan pelempang.

Aku angguk sebelum membasahkan bibir yang mula kekeringan. Bahang matahari yang sangat terik buatkan aku cepat sangat dahaga. "Aku okay. Kau jangan risau."

Dengar keluhan terbit di bibir Aiman. "Pandang aku, Zaf." Suruh Aiman.

Perlahan-lahan, aku berpusing. Pandang Aiman yang tingginya sama dengan ketinggian aku. Mata aku pada mata Aiman. Aku hadiahkan Aiman senyuman nipis bersama ayat, "Aku okay, kau tak perlu risau." Senyuman nipis makin menipis.

Aiman mendengus pula. "Macam mana aku tak risau kalau kau berubah sampai macam ni, Zaf."

"Aku tak pernah berunah, Man." Sangkal aku.

Aiman menggeleng. "Darwish Zafran." Aiman mula panggil nama penuh aku. Tanda, Aiman benar-benar-benar serius dengannya. "Kau kasitahu aku, dalam seminggu kita dekat universiti ni, berapa kali je kau melepak dengan kitaorang?"

"Kau beritahu aku, dalam seminggu ni, berapa lama kau habiskan masa kau dengan kitaorang?" Soal Aiman lagi.

"Kau beritahu aku, dalam seminggu ni, berapa patah perkataan je yang kau ucapkan dengan kitaorang?" Aku disoal Aiman lagi.

"Kau kasitahu aku, Zaf." Nampak halkum Aiman bergerak.

Aku hanya mampu telan liur sambil pandang Aiman.

"Kau dah berubah, Zaf." Aiman menundukkan wajahnya.

"Man," Aku berjeda. "Aku.." Ayat aku mati. Aku buntu. Tidak tahu macam mana nak teruskan ayat aku yang tergantung tba-tiba tu.

Aiman angkat wajah. Pandang aku. "Kau apa?" Jeda. "Kau patut move on, Man. Dah tiga bulan lebih semenjak Baba kau pergi."

Tiga bulan yang lepas, Baba aku meninggal sebab ditembak kerana dia cuba selamatkan seorang mangsa gangster. Hari Baba meninggal merupakan hari jadi Baba. Dan saat segala persiapan untuk menyambut hari jadi Baba bertukar sedih bila dapat tahu yang Baba meninggal.

Keadaan yang sepatutnya bahagia, dalam sekelip mata bertukar air mata. Dan akulah orang yang paling sedih dan kecewa sebab aku rapat sangat dengan Baba. Bagi aku, Baba adalah segala-galanya. Baba merupakan Bapa terbaik untuk aku.

Dialah pencetus semangat aku, saat semangat aku jatuh ke tanah. Dialah yang sentiasa menyokong aku, saat orang lain memandang rendah pada aku. Dan dialah yang sentiasa bersama aku, saat orang lain menjatuhkan aku.

"Aiman." Aku panggil dia perlahan. "Aku bukan saja diuji dengan kehilangan Baba aku, Man." Aku pandang dia.

Aiman juga pandang aku. Bibirnya bergerak mahu menuturkan ayat. "Maksud kau?" Dia tak faham.

Aku hembus nafas. "Macam yang kau tahu, aku kehilangan Baba aku. Tapi ujian yang aku terima tak berhenti takat tu je," Jeda. "Ummi aku," Aku pandang Aiman lebih dalam. "Ummi aku lumpuh separuh badan. Sekarang dia terlantar dekat rumah."

Nampak wajah Aiman berubah.

Aku menyambung, "Dan sekarang, semua beban dekat bahu aku. Aku anak sulung, aku ada lima orang lagi adik-beradik. Semua adik-adik aku masih sekolah, Man. Dengan aku dekat sini.

"Kau tahu, aku rasa macam nak berhenti belajar dan kerja. Kerja untuk tampung persekolahan adik-adik aku.

"Bukan tu je, sewa rumah aku tu, semenjak Ummi aku lumpuh, dan dua bulan tertunggak. Cukup lagi sebulan aku tak bayar, memang merempat kitaorang, Man." Aku luahkan segalanya. Air mata dah bertakung dan aku cuba menahan dari jatuh ke pipi.

"Kau ingatkan adik aku yang paling kecil, umur baru dua belas bulan. Tapi sekarang dia dah jauh dari aku, Man." Aku menunduk. Suara mulai kedengaran serak. "Mak cik aku ambil dia sebab kitaorang miskin. Mak cik tahu yang kitaorang tak mampu nak besar dan didik dia.

"Aku sayang dia, Man. Dia adik aku. Adik yang paling aku sayang. Aku sayang dia sangat-sangat, Man. Tapi Mak Cik aku ambil dia saat aku tak ada kat rumah, Man. Masa aku dekat universiti dia datang rumah dan ambil adik aku tanpa sempat aku peluk cium dia, Man."

Dan ternyata, aku tak cukup kuat nak tahan air mata dari jatuh. Aku menangis depan Aiman. Perkara yang aku tak pernah buat sebelum ni.

"Orang kampung," Aku sedut hingus yang mahu meleleh. "Orang kampung pandang hina pada kami. Pandang hina seolah kami ni jijik. Tiada sesiapa nak bantu. Mereka hanya nampak kotor orang.

"Aku sedih, Man. Aku kecewa." Aku menunduk. Air mata aku seka dengan tangan.

"Zaf." Telinga dengar Aiman sebut nama aku. "Kenapa," Hingus disedut. "Kenapa kau tak beritahu kitaorang pasal benda ni?" Jeda. "Kitaorang ada untuk kau, Zaf." Nada suara Aiman berubah.

Aku angkat wajah. "Sebab aku tak rasa yang kau faham apa yang aku rasa, Man." Aku senyum pahit. "Ianya sakit, Man. Sangat sakit." Aku ketap gigi. Kuat.

Dan dari tempat aku berdiri, aku nampak kawan-kawan kami yang lain datang mendekat sambil berbual sesama mereka. Ada Min, Paan dan juga Rif. Masing-masing ketawa tanpa sedar keadaan aku dan Aiman yang tegang di sini.

"Aku balik dulu, Man." Aku minta diri sebelum tiga kawan kami datang mendekat.

Cukuplah. Sudahlah. Biarlah Aiman saja yang dengar segala jerih-perih hidup aku. Cukuplah Aiman seorang. Sebab aku tak perlukan kasihan orang lain. It's just nothing.

"Zaf." Aiman cuba menghalang. Dan aku pantas melangkah. Melangkah tanpa berpaling ke belakang.

"Mana Zaf?" Tanya Arif yang baru tiba. Dia pandang Aiman yang matanya sudah kemerahan. Berkerut dahinya pandang Aiman. "Kau kenapa?" Hairan.

Aiman pandang belakang tubuh Zafran yang sudah melangkah jauh. Tanpa pandang tiga kawannya, dia bersuara, "Kita kena tolong Zaf."

"Maksud?"

"Kita kena tolong Zaf." Ayat yang sama diulangnya.

Zaf, aku-kami akan tolong kau.

4 comments:

Buah fikiran anda amatlah di hargai.