Damia putus daya.
Segenap laci dalam bilik dia cari. Sampaikan laci yang tempatkan seluar kecil
Iskandar pun dia bongkar. Tapi tak jumpa jugak. Bila difikirkan balik yang dia
takkan letak benda tu kat situ, dia cari pula kat tempat lain. Beg tangan di
punggah semua. Kotlah dia ada simpan spare
benda tu dalam beg tangan dia. Tapi hampa..
Arghhh! Mana ni? Takkan dah habis
kot? Kenapalah aku tak periksa benda tu sebelum ni? Dia ketuk kepala dia. Sedar
kecuaian diri sendiri. Benda penting disaat yang penting macam ni pun dia boleh
cuai. Mia.. Mia..
“Heya! Cari apa ni?” Iskandar
pandang Damia atas bawah. Tengah-tengah hari buta ni berkemban apa kes? Nak
goda aku ke? Tak mungkinlah dalam dia tengah kibar bendera merah tu.
Damia pandang suami dia. Dah tak
peduli dah dengan dia yang berkemban ni. Selalunya, kalau nampak aje mata nakal
Is pandang dia masa dia tengah berkemban ni, mesti dia dah lari masuk bilik air
pakai baju. Tapi sekarang.. Tak ada masa dah nak sembunyi. Iskandar ajelah
harapan dia sekarang.
“Hmm..” Damia gigit bibir. “Boboy
boleh tolong baby tak?”
Iskandar rebahkan dirinya atas
katil. Dia tongkat kepala pandang isterinya. Bukan senang weh dia dapat tengok
pemandangan indah macam ni walaupun ‘pemandangan’ tu tertutup dengan tuala yang
membaluti tubuh putih gebu tu.
“Tolong apa sayang?” Lembut nada
Iskandar. Dia peluk pinggang Damia yang dia tarik supaya merapatinya tadi.
Tangannya perlahan-lahan nak buka balutan tuala tu. Tapi sayang, tangan Damia
pantas beraksi. Iskandar senyum nakal.
“Tolong..” Damia tampar lagi tangan
tu. Biasa dia.. “.. Belikan pad.” Dia
gosok hidungnya. Malu-malu pula dia. “Baru perasan pad dah habis.” Dia sengih malu.
“Ohh.. Boleh je. Tapi..”
“Buat dengan ikhlas, boleh dakk?”
Potong Damia. Dia tengah risau ni. Yang Iskandar boleh pula melambat-lambatkan
keadaan. Dah lah aliran dia tengah banyak ni. Kang mengalir kat sini, siapa
yang susah? Dia jugak!
“Pleasee..
Cepatlah.” Damia merayu. Nak menangis dia rasa. Sempat jugalah dia goncangkan
bahu lelaki tu. Pada siapa lagi dia nak minta tolong sekarang ni? Iskandar
sahaja harapan yang dia ada.
“Hmm yelah.. Tapi nanti buatkan
boboy nasi ayam eh? Teringinlah.” Iskandar dah bersedia nak bangkit.
Damia senyum. Cepat-cepat dia
angguk. Good! Nasib baik laki aku
baik hati. Tapi kalau Iskandar tak nak tolong pun, memang dia kerah juga tenaga
lelaki tu pergi beli tuala wanita untuk dia.
ISKANDAR
garu kepala. Kelat wajahnya nampak orang yang tersenyum malu pandang dia. Cepat
dia menunduk. Dia jeling barisan dihadapannya. Aishh.. Kedai runcit pun ramai
juga orang ke? Tak sangka pula orang boleh ramai hari ni.
Dia pandang tangannya. Hanya ada
sebungkus tuala wanita. Hanya ada bungkusan itu sahaja, tiada yang lain. Memang
pasal ni ajelah yang buatkan orang dalam kedai runcit ni duk pandang dia lain
macam. Hoi cashier! Cepatlah sikit scan barang orang tu. Dah malu sepuluh
keturunan aku kat belakang ni.
Perlahan-lahan.. Tanpa orang lain
nampak, Iskandar lap peluh di dahinya. Beli tuala wanita ni aje pun dia dah
berpeluh. Apa lagi kalau disuruh beli pakaian dalam wanita, mahu tak pengsan
seminggu dia nanti!
Sesak nafas dia rasa sekarang. Macam
nak buat sepanduk nak beritahu semua orang dalam kedai runcit tu yang dia
sekarang ni tengah tolong isteri dia yang dalam kesusahan tak boleh banyak
bergerak tu. Kotlah dapat gelaran suami paling mithali dalam dunia sebab faham
keadaan isteri.
Dia harap dia boleh dapat gelaran
tu.
Iskandar terus letak tuala wanita tu
di hadapan juruwang. Juruwang tu tersenyum manis pada dia. Nak tak nak aje
Iskandar balas senyuman tu. Malu kot!
“Beli untuk siapa ni?” Nak pitam
Iskandar dengar. Boleh pula pak cik ni tanya soalan macam tu? Hohoii.. Aku dah
separuh mati ni hang tau dakk??
“Un.. Untuk.. Isteri..”
Tergagap-gagap dia menjawab. Lemah dah lutut dia. Tinggal nak tumbang aje ni
ha.
“Muda-muda lagi dah kahwin?” Soalan
lain pula pak cik tu tanya. Acaca macam banyak aje barang yang Iskandar beli.
Iskandar angguk. “Dah jodoh, pak
cik. Nak elakkan maksiat dan dosa.”
“Baguslah kalau muda-muda lagi dah
fikir macam tu. Pak cik ingatkan dah tak ada lagi dah anak muda yang berfikiran
macam kamu ni. Alhamdulillah.”
Iskandar hanya mampu tayang sengih.
“Kamu dah kerja ke?” Iskandar
mengeluh perlahan. Cepatlah pak cik. Saya nak balik ni.
“Belum. Saya belajar lagi.” Tenang
dia jawab. “Tapi adalah saya buat kerja part-time.”
Sambungnya laju bila nampak wajah lain macam orang tua tu. Mesti fikir
bukan-bukan ni. Aku tak kerja pun boleh tampung isteri dengan anak-anaklah.
“Baguslah. Pak cik suka dengan cara
kamu. Bukan macam budak muda zaman sekarang ni, belum ada apa-apa lagi. Duit
pun mak bapak yang kasi dah sibuk nak bermama-papa.” Ngomel pak cik tua tu.
Iskandar tayang sengih. Senang kena
puji macam tu. Tak sia-sia Damia suruh dia beli tuala wanita ni. “Barang saya,
pak cik.” Mintanya. Duit dihulurkan.
“Ehh lupa pulak. Nah ni.. Terima
kasih ye, pak cik jual.”
“Sama-sama. Saya beli.”
“BABY..”
“Babyy..”
Panggil Iskandar lagi. Mana Damia? Tadi bukan dalam bilik aje ke? Bila dia
keluar? Tak nampak pun masa dia masuk tadi.
“Baby
sayangg..”
“Ya.. Sini.” Pintu bilik air
terbuka. Terjengul wajah Damia dibalik pintu. Masam muka Damia dicelah pintu
itu. Dia hulur tangan minta apa yang disuruh Iskandar belikan tadi. Dah dapat,
dia masuk bilik air balik. Lepas lima minit, baru dia keluar siap dengan
berpakaian. Tuala, Damia sangkut pada penyangkut.
“Meh sini, sayang.. Baring sebelah
boboy.” Iskandar tepuk tempat kosong disebelahnya. Dengan malas Damia lompat
baring disebelah suami dia.
“Kenapa lama sangat? Penat tau bertapa
dalam bilik air.”
“Sorrylah,
sayang.. Tadi pak cik tu ha.. Boleh pulak cakap asal boleh suara nak kuat
sampai orang lain dengar. Malu tahu tak.” Iskandar tutup wajahnya dengan
tangan. Nak beritahu betapa malunya dia tadi.
“Alah ngengada..” Dicuit hidung
Iskandar. “Dapat pahala tau tolong isteri boboy yang cantik ni.” Senyum.
Damia hadiahkan ciuman di pipi kanan
Iskandar. “Hadiah sebab dah tolong baby.”
Dia cium lagi pipi sebelah kiri pulak. “Yang ni.. Sebab sanggup tahan malu beli
barang tu untuk baby.” Dikucup di
dahi pulak. “Sebab dah sanggup tahan dengan semua kerenah baby.” Damia senyum menggoda. “Dan yang ni..” Bibirnya mendarat di
bibir Iskandar pula. Lama pendaratannya. “Because
you love me the way you are.” Bisiknya di telinga suami tercintanya.
“Auchh!
Blushing jap.” Iskandar buat perangai gedik dia. Damia gelak. Hahaa..
Ngengada.
Ps: Okay, nak bagitau something. Cerita ni sebenarnya memang sengaja dilambat-lambatkan publish nya. Sebab, sebab aku rasa cerita ni tersangatlah mengarut dan rasa nak tutup muka dengan bantal sebab cerita ni merapu. Well said, aku karang cerita ni pun masa zaman aku belum matang lagi. Dah lama dah cerita ni aku siapkan. Rasanya siap sepenuhnya dalam dua tahun lepas. Huhuhuu,
Harap anda memahami. Adeh, Dan oh ya, aku menerima segala macam jenis kritikan dan kutukan. Don't worry.
Still best..tapi bila nak sambung true or dare ?
ReplyDeletetruth or dare tak boleh sambung buat masa sekarang, terima kasih :)
Delete