"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Thursday, December 03, 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 45]



“Mia.. Kau buat hati perempuan yang lain kecewa nampak kau buat scene kiss depan semua hari tu.”

            Damia gelak. “Nak buat macam mana. Takdir..” Aishh.. Sebab nilah yang dia malas nak terserempak Iskandar kat mana-mana dalam universiti ni. Mesti benda macam tu akan berlaku punya.

            “Hahaa.. Banyaklah. Kau tahu tak macam mana wajah kecewa perempuan yang lain?” Zulaikha menyampuk.

            “Aishh.. Untung korang dapat tengok. Apsallah aku ada kelas masa tu.” Jue tak puas hati. Tangannya disilangkan ke dada. Nak protes kalau boleh.

            “Tak payah tengok pun tak apa kot aku rasa.” Damia tayang senyum pada Jue. “Tahu tak macam mana malunya aku masa tu.” Dia pekup wajahnya.

            “Aishh.. Scene kiss kau buat aku nak kahwin awallah, Mia.” Zulaikha tayang sengih dia. Damia jegilkan mata. Amboii.. Menggatal eh. Ehh tapi kau kahwin awal tak kira menggatal samalah?

            “Hahaa.. Kahwinlah. Aku galakkan daripada korang bercinta sebelum kahwin ni. Nanti masa dah kahwin semuanya dah tak sweet dah. Sebab masa belum kahwin korang dah buat semua benda tu.”

            “Ehh, ada lagi satu benda yang kita orang belum buat masa belum kahwinlah.” June dah senyum nakal. Damia turut sama senyum. Faham dengan senyuman nakal dia tu.

            “Dah. Dah. Kelaut kau eh. Otak tu.. Tak senonoh langsung. Betulkan balik niat kau. Kita nak belajar ni.”

            Mereka sama-sama gelak. Keadaan kembali reda selepas tu. Masing-masing capai pen yang terlepas tadi. June, Zulaikha dengan Damia tengah gigih belajar sebab sekejap lagi mereka ada ujian topikal. Jue yang memang tengah free sekarang ni pun tolong mereka belajar sekali meskipun dia tak faham apa yang dia orang belajar. Dan keadaan itu akan jadi macam tu juga bila tiba Jue ujian topikal pula. Hidup kena saling membantu bagai aur dengan tebing. Eh!

            Damia capai telefon bimbitnya dari dalam beg tangan bila dengar Whatsapp dia berbunyi. Ni siapa punya kerja yang kedekut kredit sangat sampai berWhatsapp dengan dia?

Knock! Knock!

            Damia senyum. Kenapalah kalau aku nak mengutuk orang mesti orang yang aku selalu kutuk tu suami aku sendiri, Iskandar? Memang buat dosa kering betullah. Manusia ni.. Senang buat dosa, dan senang juga buat pahala. Lumrah.

            Dia membalas,

Go away, Anna! Hahaa

            Sempat dia senyum nampak gigi. Pengaruh Frozen ke? Aha, memang! Rindu pula nak tengok cerita tu lagi sekali walaupun dah lama ditayangkan. Seriously, kartun tu beri pengajaran pada dia. Salah satunya, ikatan cinta yang sebenarnya lagi abadi bukan pada kekasih kita. Tapi terletak di antara hubungan adik-beradik.

Okay, bye.. L

            Damia ketawa kecil. Sempatlah juga dia pekup mulut dia bila tiga kawannya pandang dia lain macam.

            “Fokus, Mia. Nak dating tunggu balik nanti.” Tegur Zulaikha.

            Cepat Damia simpan telefon dia dalam beg tangan. “Aku nak hilangkan stres aje.” Gumam dia perlahan.


ISKANDAR tekun mendengar. Tapi dalam masa yang sama dia sibuk merakam gambar menggunakan kamera DSLR miliknya. DSLR yang diberi kedua orang tuanya tiga tahun lepas sempena hari ulang tahun kelahirannya. Tangannya sibuk mengklik pelbagai pemandangan yang terbentang dihadapan matanya.

            “Boboy.. Dengar tak ni?” Tanya Damia tak puas hati.

            “Dengarlah, yangg..” Jawabnya bersahaja. Tangannya masih sibuk jalankan hobinya yang satu ni. Dah lama juga dia tak lakukan hobinya yang satu ni. Entah tadi masa terjumpa kamera DSLR ni dalam almari simpanan barang lamanya, terus dia ambil. Dan gambar pertama yang dia ambil setelah bertahun lamanya, mestilah gambar dirinya tengah berselfie dengan isterinya. Lepastu sampai ke universiti ini dia usung kamera tu.

            “Ishh!” Damia rampas kamera berwarna hitam tu dari tangan Iskandar. Dia tayang wajah tak puas hati kemudiannya. Sempat dia jengketkan kaki nak samakan ketinggian dengan Iskandar.

            “Apa ni, baby? Main rampas-rampas lak. Bak sini!” Iskandar tak mengalah kembali nak rampas kamera kesayangannya.

            Damia cepat-cepat sorokkan kamera tu dibelakangnya. Sebelah tangan lagi sibuk menghalang tubuh Iskandar yang semakin dekat dengannya.

            “Baby! Bagi baliklah..” Iskandar tayang muka tak puas hati. Orang tengah asyik ambil gambar, dia main rampas-rampas pula. Apa ni? Nak cakaplah.. Orang boleh belikan yang lagi canggih untuk dia. Ishh!

            “Dengar tak apa yang baby cakap tadi?” Damia buat muka seriusnya. Senyuman tak singgah langsung dibibir. Matanya tajam pandang Iskandar.

            Iskandar mengeluh. Tangannya menggosok telinga. “Okay fine! Baby cakap apa tadi?” Soalnya lemah. Malas nak cari gaduh.

            “Tengok tuu..” Damia hentak kakinya. Panas hatinya saat ni. Bukan main berbuih mulut dia cakap tadi, tapi suami bertuah dia langsung tak dengar. “Tadi cakap dengar.. Ish!”

            “Okay.. I’m sorry.” Kedua tapak tangannya disatukan. Wajahnya disayukan.

            Damia tunjuk kamera DSLR milik Iskandar dihadapan lelaki tu. Dengan wajah yang sedaya upaya diseriuskn, dia bersuara. “Boboy pilih.. Either me..” Ditujuk pada dirinya. “Or this?” Ditunjuk pula pada kamera.

            Mengeluh lagi lelaki tu bila dengar soalan macam tu. Kalau aku pilih kamera tu, agak-agak apa yang aku akan dapat? Akhirnya, dia buka topi yang letak dikepala dan garu kepalanya. Topi tu dibetulkan balik. Aih.. Tak pernah pula dia kena buat pilihan yang rumit macam ni.

            Tengok macam senang, tapi sebenarnya ia amat sulit. Sangat sulit dan memang sulit. Damia dia akan pilih, kamera tu pun dia akan pilih. Kamera tu peneman dia diwaktu dia dengan Damia masih belum ada sebarang ikatan. Makna cinta pun dia tak kenal lagi masa tu. Tapi Damia..

            Damia sebahagian dari hidupnya. Dia takkan mampu melangkah sejauh ini tanpa Damia disisinya. Hanya seorang Damia yang dia perlukan.

            Ohh man! Kenapalah dia tak suruh aku pilih antara pokok dengan peti sejuk? Dah sah-sahlah aku tak akan pilih kedua-duanya!

            “Tak ada jawapan? Okay! Tak nak tengok muka awak sampai awak ada jawapan tu.” Damia melangkah pergi bersama kamera DSLR milik Iskandar ditangannya. Kamera itu disangkutkan di tengkuknya.

            Buat penat aje aku datang dari bangunan sebelah sampai sini semata-mata nak jumpa dia. Baru ingat nak beritahu hal Kak Najwa tu pada Is harini juga. Tapi.. Huh! Baik lupakan aje niat tu.

            “Baby..” Damia masih teruskan langkahnya. Tak toleh belakang sikit pun.

            “Sayangg..” Suara tu masih kedengaran.

            “Mia..”

            “Sebutlah semua nama aku yang kau pernah panggil. Sebutlah.. Aku takkan toleh sikit pun lah.” Gumam Damia perlahan.

            “Sayang pleasee..

            “Berhenti, Damia! Arahan suami ni!” Jerit Iskandar. Dia nak melangkah pergi tapi entah mengapa kakinya seperti tak mahu mengikut arahan otaknya. Jadi kakinya hanya melekat disitu.

            Damia buat tak dengar dan terus melangkah. “Tak kisahlah arahan suami ke. Arahan nenek suami ke. Jangan harap aku nak berhenti. Suruh pilih antara aku dengan kamera buruk ni pun tak nak. Nampak sangat sayang kamera buruk ni dari aku. Huh!”

            Iskandar terduduk kat situ. Aduhaii.. Apa aku buat ni? Masalah kecil macam ni pun dah jadi masalah besar. Is.. Is.. Kau memang tak gunalah!

            “Kenapa ni, bro?”


DAMIA hempas beg tangannya atas meja. Ternaik terus semua buku-buku yang bersepah atas meja tu. Kemudian dia tarik kerusi dan duduk atasnya. Wajahnya masih tiada senyuman.

            “Kenapa ni, sis?” Tanya Zulaikha prihatin. Datang-datang terus tayang muka cemberut. Cubalah beri salam dulu. Sejuklah juga hati dan perasaan ini.

            “Ha, Mia.. Kenapa dengan kau ni? Kau okay tak?” Jue pula yang tanya bila pertanyaan dari Zulaikha tiada balasan. Mereka berpandangan sesama sendiri. Pelik. Tak pernah pula mereka nampak wajah Damia macam ni.

            “DSLR siapa tu, Mia?” June tanya soalan lain pula bila matanya menangkap kamera tu dileher kawannya.

            Damia tak menjawab. Tetapi sebaliknya dia sembamkan wajahnya atas meja. Lepastu dia mendongak balik pandang tiga kawannya. “Ohh.. Tak seronoknya gaduh macam ni.” Batang payung ditengah-tengah meja dia genggam lalu digoyang-goyangkannya.

            “Kenapa ni, Mia?”

            “Kau gaduh dengan siapa ni?”

            “Ceritalah Mia. Kalau kau diam macam ni, macam mana kita orang nak tolong kau?”

            Damia pandang Zulaikha tajam. Naik takut Zulaikha nak balas renungan Damia. “Ika, aku nak tanya kau ni.” Damia berdehem sekejap. “Antara novel kesayangan kau dengan aku.. Kau pilih yang mana?”

            Zulaikha pandang Jue dengan June dengan pandangan pelik. Sangat aneh. “Aku.. Pilih kau.” Meskipun pelik dengan perangai Damia sekarang ni, tetap juga dia menjawab. Tak nak menghampakan kawannya.

            Damia senyum nipis. “Sebab?” Dah ada jawapan mesti ada sebabnya sekali. Baru puas hati.

            “Se.. Sebab.. Novel tu boleh beli. Kau.. Satu aje dalam dunia. Kalau kau mati, tak mungkin ada kau yang sama dah. Mungkin ada orang yang wajah sama macam kau. Tapi perangai kau yang gila-gila tu.. Takkan ada pada tujuh orang muka yang sama.”

            Damia senyum lebar. Dia tarik Zulaikha dalam pelukannya. Erat dia peluk gadis tu. “Terima kasih weh. Sayang sangat kat kau.” Damia puas hati dengan jawapan dan sebab yang diberi Zulaikha tadi. Sangat menghargainya.

            “Okay.. Boleh aku tahu apa yang berlaku sebenarnya? Kau pergi mana tadi? Tiba-tiba hilang.” Zulaikha rendahkan nada suaranya. Nak kata Damia pergi tandas, Jue pun pergi tandas juga. Tak jumpa pun dua minah tu. Dia kenal Damia Aleesya. Damia tu takkan pergi tandas yang lain yang jauh dari tempat mereka.

            “Aku pergi jumpa lelaki ‘hot’ dalam uni nilah. Mana lagi?” Dia berpeluk tubuh. Kamera DSLR yang tersangkut ditengkuknya di letakkan atas meja. Dia pantas tepis tangan June yang baru nak capai kamera tu. Lemak ahh.. Orang punya dia nak pegang-pegang pulak. Beli sendirilah, der.

            “Siapa? Adam?”

            “Kawan Said Adam tulah.”

            Zulaikha angguk. Kawan Said Adam? “Iskandar?” Damia angguk.

            “DSLR ni, Is yang punya?” Damia angguk lagi.

            “Boleh kau cerita tak? I still don’t get it.

            Damia keluh sekejap. “Okay look. Aku hanya suruh dia pilih, antara aku dengan kamera buruk ni. Tu aje weh. Tapi dia.. Erghh!”

            “Jadi kau marah dia sebab kamera ni?” Damia tak jawab. Tak geleng tak juga angguk. Dia hanya pandang DSLR dihadapannya. Macam nak buang aje kamera ni. Tapi bila fikir balik yang kamera ni Iskandar dapat dari mama ayah dia, dia fikir dua tiga kali nak buat benda tu.

            “Ya Allah, Damia Aleesya. Nak kata bodoh, belajar sampai universiti dah. Tapi itulah hakikatnya.” Zulaikha ketuk tangan Damia. Dia pandang pula pada June dengan Jue. Dua gadis itu hanya serahkan segalanya pada dirinya. Tak nak masuk campur kalau melibatkan pasangan yang tengah bermuram muka ni.

            “Kau tahukan lelaki ni macam mana? Dia orang memang sayang sesuatu barang tu. Tapi atlast, dia akan cari perempuan juga weh. Tak kisahlah lelaki tu tua ke muda. Tetap perempuan yang dia cari.”

            “Gay cari lelaki apa.” Ucap Damia perlahan.

            “Mia! Is tu gay, ke?” Tinggi Zulaikha menyoal. Sempat dia bulatkan mata pada Damia.

            “Huih! Minta simpang.”

            “Dah, dah. Sekarang, kau pergi jumpa Is minta maaf. Tak baik tau isteri bermasam muka dengan suami dia. Tak cium bau syurga nanti.” Zulaikha ugut Damia. Sebab dia tahu, Damia takut bila dibincangkan soal akhirat.

            Damia kaku. Ohh my.. Jerawat yang baru timbul di pipinya di main-mainkan. Comel ajelah jerawat ni. “Kena pergi sekarang ke?” Zulaikha angguk. “Esok tak boleh?” Damia masih cuba nasib. Zulaikha geleng banyak kali.

            “Aku nak cari dia kat mana?” Tanya Damia lurus.

            Zulaikha tepuk dahi. “Calllah sayang..”

            June tepuk bahu Damia. Damia menoleh dan pandang arah tunjuk gadis tu. Tunjuk arah gadis tu tepat pada seseorang yang berjalan ke arahnya.

            “Hah! Panjang umur.” Suara Zulaikha keluar bila nampak Iskandar yang tengah berjalan bersama Adam disisinya ke arah mereka bertiga.

            Damia mengeluh. Kata ibu, jangan ingkar arahan suami. Huh. Satu dosa dah dapat tadi sebab ingkar arahan Iskandar. Kata ibu lagi, jangan tinggikan suara pada suami. Hah. Dapat lagi satu dosa. Katanya ibu lagi sekali, kalau nampak suami jangan sesekali tunjuk wajah muram. Damia dapat satu lagi dosa. Totally, tiga dosa dah dia kutip untuk harini sahaja. Tiga weh. Bukan pahala pula tu.

            Dia bangkit akhirnya bila Iskandar makin mendekat. Kamera DSLR diatas meja dia capai. Tapi tak tahu apa silapnya, kamera tu terjatuh menghempap lantai dan.. Berkecai?

            Damia terkejut. June, Jue dengan Zulaikha juga turut sama terkejut sehingga mereka bangkit. Iskandar dan Adam yang melangkah dah berhenti. Masing-masing kaku ditempat sendiri.

            “Ohh my God.. My camera!

            Damia dongak bila dengar suara jeritan Iskandar tidak jauh darinya. Menggigil tangannya saat tu. Dia pandang Iskandar dan kamera yang berkecai tu silih berganti.


            Iskandar yang tak dapat kawal perasaan marah dan geram dia langsung angkat kaki beredar dari situ. Sementara Damia.. Dia jatuh terduduk kat situ juga. Apa aku dah buat ni? My badd..

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.